KEMAHIRAN MEMBACA DALAM SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYUSEKOLAH RENDAH DAN IMPAKNYA KEPADA PERSEDIAAN GURU DI DALAMBILIK DARJAH
OLEH
BAYREI B. ASRINJERED B. YUTUI
KAMILLAH MOHAMEDNORHAYATI MOHAMADSITI SALBIAH BT. SHAFIE
Pendidikan Awal Kanak-Kanak Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan manusiaUniversiti Pendidikan Sultan Idris25 Mac 2008
PENGENALAN
Kini, pada umumnya diakui bahawa kemampuan murid-murid membaca berkembang sedikitdemi sedikit melalui beberapa tahap perkembangan pembacaan. Kemampuan murid untuk membaca memerlukan setiap murid menguasai beberapa kemahiran membaca. Menurut KamusDewan Edisi Ke-3, kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian yang diketahuioleh seseorang dalam sesuatu perkara. Manakala membaca pula adalah aktiviti seseorang samaada belajar, menelaah, merujuk, memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji,melafazkan, mengucapkan, mendeklamasi, menuturkan, berkata, membatang, mentafsir,meramal, menyimpulkan, menilik, meneliti, melihat dan memerhati. Membaca jugamembunyikan huruf-huruf yang ditulis serta melihat dan memahami apa-apa yg tertulis.Daripada definisi kemahiran dan membaca, maka kita bolehlah mendefinisikan kemahiranmembaca adalah merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dankelancaran yang betul. Penekanan yang betul perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kitis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca (PPK, 2003)Dalam penulisan ini, kami akan membincangkan beberapa subtopik berkaitan kemahiranmembaca iaitu interpretasi kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam sukatan pelajaran sekolah