Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
53Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PEMBENTUKAN KATA TERBITAN

PEMBENTUKAN KATA TERBITAN

Ratings: (0)|Views: 2,453 |Likes:
Published by syara179

More info:

Published by: syara179 on Aug 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/11/2013

pdf

text

original

 
PEMBENTUKAN KATA TERBITAN
Terdapat empat bentuk kata dalam bahasa Melayu iaitu kata tunggal, kataterbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apaproses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu.Proses-proses ini ialah pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan.Proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada katadasar, merupakan salah satu cara pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu.Malahan, bahasa Melayu adalah antara bahasa di dunia yang membentuk banyakperkataannya menggunakan proses pengimbuhan. Dengan ciri ini, bahasa Melayutergolong ke dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif.Proses pembentukan kata dengan cara ini adalah dengan menggabungkan morfemkata dasar dengan morfem imbuhan.Imbuhan merupakan morfem terikat, iaitu bentuk yang tidak dapat wujudsecara bersendirian.Bentuk ini hanya membawa makna apabila digabungkandengan morfem bebas, iaitu kata dasar.Imbuhan digandingkan dengan kata dasar dalam empat keadaan, iaitu mendahului (awalan), mengikuti (akhiran), mengapit(apitan) dan menyisipi (sisipan) kata dasar. Proses penggabungan dua morfem tidaksetara ini disebut proses pengimbuhan.Pengimbuhan ini melahirkan bentukperkataan yang disebut kata terbitan.
Definisi kata terbitan
 
Kata terbitan pula ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yangmengalami proses pengimbuhan, iaitu mendapat atau menerima imbuhan, baikawalan, sisipan, akhiran atau apitan. Kebanyakan daripada kata dasar yangmenerima imbuhan terdiri daripada morfem bebas, manakala imbuhan terdiridaripada morfem terikat. Misalnya dalam bahasa Melayu
mendukung 
(men- +dukung),
dipukul 
(di- + pukul),
makanan
(makan + -an) dan
biarkan
(biar + -kan).Manakala contoh dalam bahasa Inggeris pula ialah,
quickly 
(quick + -ly), dan
kindness
(kind + -ness).
 
J
enis-jenis imbuhan
Berdasarkan keadaan-keadaan imbuhan itu digandingkan, maka wujudlahempat jenis imbuhan, iaitu masing-masing dikenali sebagai awalan, akhiran, apitandan sisipan. Perkataan
sambung
umpamanya, dapat dijadikan
bersambung
 (awalan),
sambungan
(akhiran),
disambungkan
(apitan) dan
sinambung
(sisipan).Malahan, bentuk sisipannya dapat pula menerima awalan dan apitan, iaitu
bersinambung
,
bersinambungan
, dan
kesinambungan
.Imbuhan dalam bahasaMelayu pula terdiri daripada imbuhan kata nama, imbuhan kata kerja, dan imbuhankata adjektif. Imbuhan-imbuhan ini tidak sahaja dapat bergabung dengan kata dasar tunggal dan kata akar tertentu, tetapi juga dengan kata dasar terbitan dan katadasar majmuk.
Kata terbitan berawalan
Kata terbitan berawalan dapat dibahagikan kepada awalan kata nama,awalan kata kerja, dan awalan kata adjektif. Contohnya dapat dilihat dalam jadual dibawah :- Awalan kata nama Awalan kata adjektif Awalan kata kerjaPe- (pelari, perakus) Ter- (terbesar, terputih) Diper- (diperisteri,dipercepat)Per- (perasap, perbara) Te- (teruncing, terendah) Ber- (berjalan, berganti)Ke- (ketua, kelipat) Se- (secantik, sebaya) Ter- (terjebak, tercetus)Juru- (juruukur, juruwang) di- (diatur, ditimbang)Pen- (pendatang, pencari)Bentuk-bentuk bagi pen- ;Pem- (pembuat,pembawa)Peng- (penggali,pengkhianat)Penge- (pengebom,pengetin)Men- (mendaki,mencadang)Bentuk-bentuk bagi men- ;Me- (melawan, menyikat)Mem- (membawa,memfitnah)Meng- (menggali,mengikut)
 
Menge- (mengecat,mengetut)Maha- maharaja,mahasiswa)Be- (beraja, berasa)Pra- (prasejarah, prakata)
Kata terbitan berakhiran
Bagi imbuhan jenis akhiran ,dalam bahasa Melayu hanya terdapat untuk katanama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contohnya :- Akhiran kata nama-an (pakaian, jahitan)-wan (sasterawan, usahawan)-man ( budiman, seniman)-wati (seniwati, olahragawati)-isme (komunisme)-in (hadirin, muslimin)-at (hadirat, muslimat)-ah (ustazah, sultanah )Bagi akhiran kata kerja, hanya terdapat dua imbuhan iaitu ±i dan ±kan. Kedua-duaakhiran ini membentuk kata kerja transitif. Kata kerja yang diimbuhkan dengan -i dan ±kan tanpa awalan hadir dalam dua jenis ayat iaitu ayat pasif dan ayat suruhan.Contoh bagi akhiran kata kerja ±kan ialah buatkan manakala bagi akhiran kata kerja ±i ialah turuti.
Kata terbitan berapitan
Sementara itu, kata terbitan berapitan digolongkan kepada 3 iaitu apitan katanama, apitan kata kerja, dan apitan kata adjektif. Terdapat empat jenis apitan bagikata nama iaitu peN-«-an, pe-«-an (pedalaman), pel-«-an (pelajaran), dan ke-«-

Activity (53)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Md Yazid liked this
Faizah Hamzah liked this
Jay Jay Cjay liked this
Ameelia Nazirah liked this
salrazak liked this
Iezz Iez liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->