Seterusnya, Ketua Jabatan hendaklah
mengemukakan laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib
, ataupun PBTT, untuk tindakan selanjutnya. Berdasarkan
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008 [JPA(S)TT. 71/3/1 (16)],sekiranya terdapat lebih daripada satu peringkat PBTT yang terlibat dengan seseorang pegawai, laporan Ketua Jabatan hendaklah dikemukakan kepada PBTT yang mempunyaikuasa untuk mengenakan tindakan tatatertib atau hukuman selain daripada turun pangkat atau buang kerja.Akhir sekali, Ketua Jabatan hendaklah
mengemukakan aduan supaya tindakantatatertib diambil
terhadap Guru A dan
mengesyorkan kepada Lembaga Tatatertib jenis- jenis tindakan tatatertib yang boleh diambil
sebelum prosiding jenayah di mahkamahdiputuskan
.
Sekiranya Guru A dibebaskan, tiada hukuman akan dikenakan terhadapnya. Namun begitu, jika sabit kesalahan, Ketua Jabatan boleh mengesyorkan samada pegawai itudikenakan tindakan buang kerja atau turun pangkat, apa-apa hukuman selain dibuang kerjaatau turun pangkat, ataupun ditamatkan perkhidmatan demi kpentingan awam.Kecekapan dan kewibawaan seseorang Ketua Jabatan dalam memantau prestasi danmengawasi kelakuan pegawai-pegawai bawahannya adalah sangat penting untuk memastikan perkembangan, kelancaran, dan produktiviti sesebuah organisasi. Justeru, seseorang ketuadalam organisasi yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan serta gagal mengenakantindakan tatatertib ke atas pegawai bawahan yang melakukan kesalahan boleh disifatkansebagai pasif dan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab. Oleh itu,wajarlah jika sekiranya seseorang ketua dikenakan tindakan tatatertib atas kegagalanmelaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada beliau.
Add a Comment