You are on page 1of 13

 Skip to content

 Skip to main navigation


 Skip to 1st column
 Skip to 2nd column

Carian   Saiz Pilihan Text 

23 Jul 2010
 Utama
 Mengenai PMR
 Profil Malaysia
 Maklumat Kenegaraan
 Laman Jabatan
 Pautan

Ingin Tahu Isu Rasuah Di Malaysia


Definisi Rasuah
 Politik
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana
 Ekonomi seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak
berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian
kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia
 Sosial terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

 Meminta/Menerima Rasuah
 ICT
 Menawar/Memberi Rasuah

 Antaraba  Membuat Tuntutan Palsu


ngsa  Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

 Agama Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak


masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan
sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.
 Alam
Sekitar
 Budaya

 Pendidika
n

 Umum
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Bukti Kesungguhan Pak
Lah
 1
Malaysia
RANG Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
 Kesela (SPRM) 2008 yang diluluskan kelmarin, selepas dibentangkan di Parlimen
matan melegakan semua pihak kerana kini negara berada di landasan tepat untuk
mencapai tahap integriti yang selari dengan pembangunan negara
menjelang 2020.

Selepas dibahaskan selama dua hari membabitkan Ahli Parlimen kerajaan


dan pembangkang, akhirnya ia diluluskan menerusi suara majoriti anggota
Dewan yang bersidang dalam suasana agak tegang. Ternyata hasrat
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mahu
melihat perubahan dalam sistem penyampaian kerajaan ketika mula
memegang jawatan pada 2004, mula menampakkan hasil.

Ia bermula dengan penubuhan Institut Integriti Malaysia yang bertujuan


KERTAS
PEPERIKSAAN mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan pentadbiran dan
tadbir urus negara, diikuti SPRM, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan
 Kertas
Peperiksaan Program Perlindungan Saksi.

TARIKH Semua ini adalah ilham Abdullah ketika mengambil alih jawatan untuk
KEMASKINI
memperlihatkan keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan, malah ia
FRIDAY 23 JULY menjadi sebahagian manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya
2010, 12:49
Umum 2004. Seperti dijangkakan, perubahan berlaku secara berperingkat-
peringkat dalam usaha kerajaan merealisasikan Wawasan 2020, untuk
menjadikan negara dalam kelompok negara maju. SPRM yang bakal
menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mulai Januari depan,
mempunyai struktur pentadbiran dan bidang pelaksanaan yang
menyeluruh serta mampu memberi impak besar dalam usaha membasmi
rasuah dan penyelewengan.

Sebagai rakyat, kita cukup gembira dengan pembentukan suruhanjaya ini,


selepas melihat gejala rasuah dan penyelewengan yang merebak dalam
masyarakat sehingga menjejaskan imej kerajaan dan membantutkan
pembangunan negara. Kita yakin SPRM yang mengambil pendekatan
dilaksanakan Pentadbiran Hong Kong dalam mencegah rasuah selama 30
tahun, akan beroleh kejayaan berikutan gejala rasuah di negara ini masih
pada tahap terkawal. Dengan lebih 5,000 kakitangan SPRM yang
diberikan latihan dalam aspek pembanterasan dan pencegahan rasuah,
hasrat kerajaan untuk menghapuskan gejala itu sudah pasti mampu
dicapai, terutama dengan sokongan seluruh rakyat.

Malah, cadangan untuk mewujudkan satu mahkamah khas bagi


mendengar dan membicarakan kes rasuah yang berlaku di negara ini
menunjukkan komitmen tinggi kerajaan membanteras rasuah dan
penyelewengan sehingga ke akar umbi. Begitu juga Rang Undang-Undang
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang turut dibahaskan di Parlimen
bakal memantapkan lagi institusi berkenaan selepas terjejas teruk
berikutan krisis kehakiman yang melanda sebelum ini. Kita berharap
semua pihak terus memberi sokongan padu kepada usaha kerajaan bagi
memantapkan lagi pentadbiran supaya tadbir urus yang dijalankan telus
dan memanfaatkan rakyat.
Pentadbiran telus dan berwibawa amat penting bagi membawa negara ini
melepasi halangan dan krisis ekonomi yang tidak nampak penghujungnya.
Jadi menerusi rang undang-undang bersejarah ini, semua pihak perlu
melihat ke depan untuk bersama berganding bahu dengan kerajaan dalam
mencapai Misi Nasional negara.

Penjawat Awam Perlu Integriti Atasi Cabaran Ekonomi: Najib

Datuk Seri Najib Razak menggariskan enam pendekatan yang perlu


diamalkan kakitangan awam bagi menghadapi cabaran krisis ekonomi
global, termasuk meminta pegawai peringkat atasan mengurangkan kuasa
membuat keputusan mengikut budi bicara bagi mengelak amalan rasuah.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, mereka


perlu sentiasa berpegang kepada nilai integriti dalam sistem kerajaan,
sekali gus menjadikan sektor perkhidmatan awam mempunyai integriti
tinggi.

Najib berkata, pendekatan lain perlu diberi perhatian kakitangan awam,


terutama Kementerian Kewangan ialah memperkukuhkan modal
keintelektualan bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan tepat.

Beliau berkata, Perbendaharaan yang turut menyediakan perkhidmatan


kepada agensi dan kementerian lain perlu meningkatkan keberkesanan
sistem penyampaiannya.

Najib juga meminta pegawai dan kakitangan awam menggunakan


kemampuan daya fikir untuk memberi idea yang lebih baik, inovatif dan
kreatif bagi menghasilkan keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah.

Beliau berkata, kakitangan awam juga perlu mementingkan keputusan


atau hasil projek pembangunan yang berkesan bagi memenuhi objektif
setiap kementerian dan kerajaan.

Katanya, mereka juga perlu sentiasa memastikan setiap peruntukan yang


disediakan kerajaan untuk projek pembangunan dapat memberi nilai
sewajarnya.

Selain itu, Najib berkata, tahun ini dan tahun akan datang amat mencabar
bagi Perbendaharaan untuk menangani kesan krisis ekonomi.

Mahkamah Khas Rasuah Permulaan Sebuah Era Baru


Oleh Abdul Rahman Sulaiman
rahmansulaiman@yahoo.com

CADANGAN kerajaan mewujudkan mahkamah khas untuk mendengar


dan membicarakan kes rasuah seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kelmarin, memberi petanda yang
cukup meyakinkan mengenai kesungguhan pihak berkuasa dalam
memerangi jenayah yang boleh menghancurkan negara itu.

Menurut Nazri, yang membuat pengumuman itu ketika menggulung


perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) yang kemudian diluluskan di Dewan Rakyat,
penubuhan mahkamah berkenaan bukan saja dapat mengatasi masalah kes
tertunggak, tetapi juga membuktikan kesungguhan kerajaan menerima
cadangan orang ramai, termasuk daripada pembangkang.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang SPRM sebelum itu beberapa


anggota Dewan Rakyat mencadangkan agar mahkamah seumpama itu
ditubuhkan bagi mengurangkan beban mahkamah biasa yang memang
sudah dibebani dengan timbunan kes jenayah lain dan sivil.

Dengan adanya mahkamah yang tugasnya semata-mata untuk


mengendalikan kes berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan seumpamanya,
maka sudah pasti kes demikian dapat diselesaikan dengan lebih pantas dan
licin tanpa terpaksa menunggu senarai giliran yang panjang.

Ia diharapkan dapat memberi kepuasan kepada orang ramai yang sentiasa


sinis terhadap usaha kerajaan dalam memerangi rasuah selama ini.
Memang tidak dinafikan bahawa persepsi umum, termasuk di kalangan
orang luar, mengenai rasuah di negara ini sejak beberapa tahun
kebelakangan kurang baik, walaupun kegiatan tidak bermoral itu tidak
seburuk di sesetengah negara membangun lain.

Berdasarkan kepada persepsi negatif ini, maka penubuhan Mahkamah


Khas Rasuah seiring dengan kelulusan yang diberikan Parlimen terhadap
penubuhan SPRM nanti, serta pembentukan Suruhanjaya Perlantikan
Kehakiman (SPK) dan Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi 2008
yang sedang dan akan dibahaskan, tidak syak lagi akan membuka era atau
lembaran baru dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.

Perlu diingat bahawa usaha memerangi rasuah berbentuk dua dimensi,


iaitu pencegahan dan pendakwaan. Dalam hubungan ini, penubuhan
mahkamah khas, SPRM, SPK dan Akta Perlindungan Saksi ditambah
dengan usaha yang sedang dijalankan institusi sedia ada seperti Institut
Integriti Nasional, diharapkan mampu berfungsi sebagai infrastruktur yang
akan menakutkan individu atau golongan yang mempunyai kecenderungan
rasuah.

Jika ini boleh dijelmakan sebagai kenyataan, maka sebahagian daripada


peperangan terhadap rasuah sudah berjaya. Pendakwaan hanya akan
berperanan sebagai pelengkap kepada usaha itu.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa pendakwaan dan hukuman


tidak penting. Adalah sesuatu yang lumrah bahawa manusia itu terdiri
daripada dua jenis – yang baik dan jahat. Individu yang secara tabiatnya
jahat akan terus memiliki kecenderungan untuk membuat kejahatan,
termasuk melakukan rasuah, walau sehebat dan seberat mana peraturan
yang ditetapkan atau hukuman yang dikenakan.

Oleh itu, langkah selanjutnya tentulah keperluan untuk menzahirkan


dalam bentuk tindakan hasrat yang tersemat di sebalik penubuhan pelbagai
entiti dan undang-undang yang sudah dan akan diluluskan Parlimen nanti.

Satu-satunya perkembangan yang orang ramai mahu lihat nanti tentulah


lebih banyak kes berkaitan rasuah, khususnya yang besar-besar, disiasat
dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Ini akan secara langsung meningkatkan keyakinan orang ramai, termasuk


pelabur dari dalam dan luar negara, sekali gus memperbaiki imej Malaysia
pada mata dunia. Semua ini akan memberi sumbangan positif terhadap
usaha menarik pelaburan tempatan dan asing untuk menambah
kemakmuran negara dan rakyat.

Masalah kesukaran memperoleh bukti, keengganan saksi tampil ke


hadapan, kekurangan kakitangan dan pegawai dan sebagainya yang
selama ini sering menghindar usaha Badan Pencegah Rasuah sepatutnya
tidak akan wujud lagi dengan adanya SPRM dan Akta Perlindungan Saksi.

Di lihat dari perspektif ini, adalah jelas bahawa tindakan perundangan


yang digerakkan sepanjang minggu ini untuk merintis jalan bagi
penubuhan SPRM dan SPK serta pengenalan undang-undang baru untuk
melindungi saksi dan mengawal tingkah laku hakim adalah lebih daripada
usaha menunaikan janji yang pernah dibuat Barisan Nasional pada Pilihan
Raya Umum 2004.

Ia juga lebih daripada usaha peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri


Abdullah Ahmad Badawi, seperti yang cuba diuar-uar sesetengah pihak,
untuk meninggalkan legasi pemerintahannya sebelum melepaskan jawatan
Mac tahun depan.

Sesungguhnya, usaha itu adalah permulaan sebuah era baru dalam sejarah
negara memerangi rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai bentuk
penyelewengan. Semoga satu hari nanti, negara ini dikenali dan diiktiraf
sebagai negara paling bersih di dunia.

Datuk Rahman Sulaiman ialah bekas Ketua Pengarang Bernama


Oleh Abdul Rahman Sulaiman
rahmansulaiman@yahoo.com
Sumber : Mingguan Malaysia

Pandangan Islam Mengenai Rasuah

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara
yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan.
Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap
mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah,
seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang
bermaksud :
“Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.
Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana
dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang
bermaksud :
“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah
serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.
Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang
perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima
malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan
rasuah ini.

Punca Berlakunya Rasuah

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa.


Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-
undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini
termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes
dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia
asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-
nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong
berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi.


Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada
pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada
penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya.


Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah
dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran
hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari
yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah
melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi.
Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan
pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek
pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga
akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan
untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya.

Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba


mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati
pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai
jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran,
melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan
projek dan sebagainya.

e) Politik.
Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada
masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan
kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan,
menagih populariti dan sebagainya.
Kesan-Kesan Rasuah

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah


akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya
kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang
atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan
sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang
ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam
terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku,
maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-
tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang
telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai
yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir
pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan
menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir.
Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi,
pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga
boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara.
seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan
kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan
rasuah yang tidak terbendung.
Langkah-Langkah Mencegah Rasuah

Antara Langkah Mencegah Rasuah Adalah Seperti Berikut :

• Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri


Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling
ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu
bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera
kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri
dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan
peluang terbuka luas di hadapan mata.

• Memasukkan Bahaya Rasuah Dalam Sistem Pendidikan


Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan
dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah
akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah,
ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang
bebas daripada rasuah.

• Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman


Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar
masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak
dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para
pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan
rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

• Memudahkan Urusan Menggunakan ICT


Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan
dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan
borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya
tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan
pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah
kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

Sumber :http://www.islam.gov.my
Sejak 14 November, 2008

 PENAFIAN
 DASAR PRIVASI
 DASAR KESELAMATAN

You might also like