Raja berperlembagaan3
Raja berperlembagaan
adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yangmengiktiraf Raja sebagai ketua negara.
[1]
. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep
trias politica
, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dankuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yangpenuh ia dipanggil monarki mutlak atau
absolute monarchy
.Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masihdibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya PerdanaMenteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian,terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, rajaJepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta; manakala yang lain,adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh MajlisRaja-Raja setiap lima tahun.
Sejarah
, sebab utama pemberontakan Oliver Cromwell yangdisokong oleh 15,000 askarialah semaraknya kemarahan rakyat akibat keengganan Raja Charles I mengadakan
persidangan Parlimen kerana bimbang kuasanya akan terjejas. Selepas peristiwa itu, Raja Charles I telah dihukum
pancung dan Cromwell telah menjadi presidendi mana England telah menjadi republik buat seketika. Kerajaan
Cromwell tidak bertahan lama dan selepas lebih kurang 9 tahun berkuasa beliau meninggal dunia akibat malaria.Selepas itu, anak sulungnya Richard telah mengambil alih kuasa.
[2]
. tetapi hanya memerintah selama setahun. Maka,tanpa pilihan lain, Raja Charles II diangkat ke takhta. Namun demikian, raja pada kali ini naik takhta ataspersetujuan parlimen dan pada detik itu bermulalah sistem raja berperlembagaan di England sampailah ke hari ini.
[3]
.
Senarai Negara-Negara Raja Berperlembagaan
•Antigua dan Barbuda
(Ratu Elizabeth II)
•Australia
(Ratu Elizabeth II)
•Bahamas
(Ratu Elizabeth II)
•Barbados
(Ratu Elizabeth II)
•Belgium
(Raja Albert II)
•Belize
(Ratu Elizabeth II)
•Kemboja
(Raja Norodom Sihamoni)
•Canada
(Ratu Elizabeth II)
•Denmark
(Ratu Margrethe II)
•Greenland
(Ratu Margrethe II)
•Grenada
(Ratu Elizabeth II)
•Jamaika
(Ratu Elizabeth II)
•Jepun
(Maharaja Akihito)
•Jordan
(Raja Abdullah II )
•Liechtenstein
(Putera Hans Adam II)
•Luxembourg
(Grand Duke
Henri)
•Malaysia
(Yang di-Pertuan Agong
Tuanku Mizan Zainal Abidin)
•Monaco
(Putera Albert II)
•Maghribi
(Raja Mohammed VI)