DASAR-DASAR KERAJAANDASAR WAWASAN NEGARA
Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas,iaitu Dasar
Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional
dengan objektif utama
mencapai perpaduan nasional
.
Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum,penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadistrategi utama
. DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yangmenyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnyamenjelang 2020.Secara khususnya, DWN merupakan
gabungan semua usaha pembangunan yanglepas
dengan tujuan
mewujudkan Bangsa Malaysia
yang bersatu padu, progresif danmakmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama.Bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh negara untuk menjadi sebuah negara majusepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada membina negarayang berdaya tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksamauntuk memastikan perpaduan dan kestabilan sosial. Bagi merealisasikan objektif ini,DWN akan merangkumi teras kritikal seperti berikut:
•
membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkansemangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supayalebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif sertameningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi;
•
menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmiankemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulanetnik serta wilayah;
•
mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro;