You are on page 1of 3

Ulasan Artikel

Visualisasi Menerusi Sistem Berasaskan Pendekatan Pembelajaran Situasi Dalam Persekitaran


Autentik Dalam Mempelajari Rekabentuk Infrastruktur Rangkaian
Komputer Bagi Program Perguruan

Noor Azean Atan & Zaidatun Tasir


(Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310, Skudai,Johor)

Pengenalan.
Artikel ini adalah berkenaan membangunkan satu rangkaian komputer yang menggunakan
visualisasi dalam persekitaran autentik berasaskan pendekatan pembelajaran situasi bagi
membantu guru-guru pelatih untuk mendapatkan latihan yang cukup. Penyelidik menyatakan
adalah penting bagi guru pelatih untuk mengaplikasikan segala teori dan kemahiran yang
dipelajari secara berkesan pada situasi sebenar.

Penyelidik berpendapat penggunaan dan infusi pembelajaran berasaskan komputer serta


kemudahan pengaksesan kepada internet dalam pengajaran dan pembelajaran telah berkembang
dan merubah strategi pengajaran di dalam dunia pendidikan, sekaligus merubah kaedah
pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Ini kerana Pembelajaran sebenarnya merupakan suatu
proses interaksi dengan dunia sebenar, iaitu secara berterusan menganalisa dan menginterpretasi
informasi baru yang diterima, seterusnya menghubungkaitkan pada konteks kehidupan.

Isu dan Persoalan Kajian


Menurut penyelidik, berdasarkan kajian-kajian lepas menunjukkan guru pelatih perlu mahir
dalam ICT sebagai persiapan untuk memantapkan kerjaya di masa hadapan. Oleh itu mereka
seharusnya memperoleh kemahiran teknikal secara praktis dan pemahaman melalui teori
berkenaan penggunaan ICT dalam profesion perguruan mereka. Ianya secara tidak langsung
menuntut guru-guru ini sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi semasa serta mampu
mengusainya agar pembelajaran yang dijalankan adalah sentiasa segar dan dapat menarik minat
murid secara berterusan.

1
Dalam pernyataan masalahnya, penyelidik mengutarakan perlunya rangkaian komputer
dibangunkan menggunakan visualisasi dalam pembelajaran autentik kerana Pembelajaran secara
konvensional dimana pelajar secara pasif menerima sahaja maklumat yang diberikan adalah
tidak sejajar dengan kaedah pembelajaran yang memerlukan perkaitan dan berasaskan kepada
dunia sebenar. Begitu juga dengan subjek-subjek sains komputer yang dilihat mengalami
pelbagai masalah dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran konsep kandungannya agar
pelajar secara langsung dapat mengaitkan pengaplikasiannya pada situasi sebenar.

Objektif Kajian
Makanya dalam kajian ini penyelidik menetapkan tiga objektif utama kajian iaitu mengenalpasti
konsep persekitaran pembelajaran autentik yang berasaskan kepada ciri-ciri rekabentuk
pembelajaran situasi, membangunkan sebuah sistem pembelajaran interaktif menerusi web
berdasarkan ciri rekabentuk pembelajaran situasi, tugas autentik serta penggunaan media visual
dan menilai keberkesanan sistem pembelajaran berasaskan kepada persekitaran pembelajaran
autentik bervisualisasi menerusi web.

Metodologi Kajian
Kajian ini akan dijalankan secara kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif.
Instrumen yang akan digunakan pula adalah temubual dan soal selidik. Bagi menjayakan kajian
ini responden yang terlibat sebagai sampel adalah pelajar-pelajar sarjana muda pendidikan tahun
dua Universiti Teknologi Malaysia yang mengambil matapelajaran Pengenalan Kepada
Telekomunikasi dan rangkaian komputer.

Kepentingan Kajian
Bersandarkan kerangka teori yang digunakan, penyelidik dengan jelas menyatakan kepentingan
kajian ini adalah untuk membantu pihak fakulti dan pensyarah lain dalam pemilihan
pendekatan/strategi pengajaran yang bersesuaian dalam membangunkan/menyediakan bahan
bantu mengajar serta persekitaran pembelajaran yang efektif dan kondusif kepada pelajar-pelajar.
Manakala dalam konteks pelajar pula, hasil dari prototaip sistem pembelajaran ini diharap dapat
membantu pelajar dalam mempelajari subjek rangkaian komputer dengan lebih jelas serta
mampu menghubungkaitkannya dengan keadaan sebenar, seterusnya memperbaiki pencapaian
pelajar dalam subjek ini dari segi teoritikal dan praktikal.

2
Kesimpulan
Melalui gabungan pendekatan pembelajaran menerusi situasi dalam persekitaran autentik bagi
pembinaan sistem pembelajaran interaktif untuk kajian ini, pelajar dapat mempelajari rekabentuk
infrastruktur rangkaian komputer dengan lebih jelas lagi dengan pengaplikasian media visual
berdasarkan prinsip-prinsip rekabentuknya, dan seterusnya mampu mempertingkatkan tahap
literasi visual pelajar daripada pemikiran visual, pembelajaran visual kepada komunikasi visual.

Ini kerana pembelajaran melalui pendekatan situasi yang menekankan kepada persekitaran
sebenar (autentik) sememangnya dapat memberikan pengalaman yang paling hampir kepada
pengalaman sebenar. Melalui sistem rangkaian yang dibangunkan kelak, ia bukan sahaja menjadi
tempat para guru pelatih menajamkan kemahiran ICT dan pedagogi sekaligus, namun ia juga
menjadi medan untuk mereka menghasilkan bahan pembelajaran yang mantap dalam pengisian
pengajaran dan pembelajaran mereka nanti.

You might also like