Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
1
MENGENAL AHLI SUNNAH WAL
JAMAAH
DISUSUN OLEH

HAJI ABDUL HAMID @ YUSOFF BIN YUNUS
Pakar Rujuk Aqidah JAKIM
Tahun 1426 H/2005 M

2
MENGENAL AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
KANDUNGAN
1.
Tujuan
2.
Maksud Ahli Sunnah Wal Jamaah
3.
Kenapa selain dari Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak diterima
4.
Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah
5.
Dasar-dasar (Da'aim) Ahli Sunnah
6.
Asas-asas Metodologi Ahli Sunnah
7.
Prinsip-prinsip (Mabadi') yang disepakati Ahli Sunnah Wal
Jamaah
8.
Dasar-dasar Yang Disepakati Kesesatannya Secara Ijma
9.
Penutup
Sumber Rujukan
3
   
    
MENGENAL AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
1.
TUJUAN

Kertas ini disediakan adalah untuk dijadikan bahan bacaan pengenalan kepada masyarakat dan para penggemar akidah yang jelas daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah agar dapat dijadikan panduan dan rujukan mudah bagi mereka.

Kertas ini sengaja disusun dengan secara ringkas yang diambil dari beberapa buah buku bacaan yang sempat dibaca, mudah- mudahan menjadi bekalan di hari akhirat kelak.

2.
MAKSUD AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

2.1 Kalimah Ahli Sunnah Wal Jamaah terdiri daripada kalimah- kalimah ahli sunnah dan jamaah yang membawa erti mereka yang mengikuti pegangan Nabi ataupun jalan hidup Nabi s.a.w. dan jamaah para sahabat terutama sekali para khulafa al-Rasyidin yang dididik oleh Baginda s.a.w.

Konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah itu adalah suatu pegangan yang pengistilahannya walaupun timbul kemudian tetapi ia adalah berakar umbi dari Rasulullah s.a.w. sendiri.

2.2 Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah meliputi ajaran-ajaran Islam mengenai akidah, syariah dan akhlak yang dibawa sejak Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat yang telah disusun secara bersistem oleh ulama kemudian dan dipertahankan di dalam ajaran itu oleh dua tokoh iaitu

Syeikh Abu Hassan al-Asyari (260-324H) dan Imam Abu
Mansor AI-Maturidi (W333H). Kemudiannya disebarkan
oleh ulama terkemudian seperti Imam Abu Bakar al-
Qaffal (W41 1 H), Imam Hafiz al-Baihaqi(W 455H), Imam
al-Haromain al-Juwain(W 460H), Imam al-Qhusairi
(W465H), Imam al-Baqillani (W403H), Imam al-Ghazali
(W505H), al-Fakhrol Razi (W606H), Sheikh Abdullah
al-Sharqawi(W 1277H), Sheikh Ibrahim al-Banjari
(W1272H), Sheikh Nawawi al-Bentani (W1315H) dan
lain-lain lagi.
3.
KENAPA SELAIN DARIPADA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
TIDAK DITERIMA
3.1 Rasulullah s.a.w. bersabda seperti yang diriwayatkan dalam
hadis At-Tirmidzi yang bermaksud:
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • More From This User

    Notes
    Load more