You are on page 1of 28

PENANAMAN

SAYUR-SAYURAN
DAUN
TANAMAN SAWI
PENYEDIAAN TANAH
• Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam
15-20cm.
• Kemudian batas yang berukuran 1.2m lebar,
7.5m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan.
PENANAMAN
• Biji benih sawi boleh ditanam terus ke atas
batas. Sebanyak 1.5kg biji benih digunakan
untuk sehektar.
• Sebelum menanam, biji benih dirawat dengan
racun kulat thiram dan digaulkan dengan pasir
halus atau tanah peroi dan di tabur sama rata
ke dalam jalur-jalur pada batas.
• Selepas 10-14 hari, penjarangan di buat
mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20cm
antara baris (alur) dan 10cm antara pokok.
PEMBAJAAN
• Bagi tanah mineral, baja organik digaulkan ke dalam batas
untuk menentukan kesuburan pokok.
• Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-

Pusingan Masa Jenis baja Kadar/ batas Kadar/hektar


1. Sebelum Baja Organik 6 kg 4 tan
menanam
2. Minggu ke 2 NPK 15:15:15 0.4 kg 0.25 tan
3. Minggu ke 3 NPK 15:15:15 0.4 kg 0.25 tan
PEMUNGUTAN HASIL
• Daun sawi boleh dikutip 28-30 hari selepas
menyemai.
• Sayur ini dipungut dengan memotong pada
paras tanah.
• Hasilnya boleh juga dipungut apabila pokok
mengeluarkan bunga.
• Pengeluaran hasil adalah di antara 10-16
tan/ha. dan hasil purata ialah 14 tan/ha.
PENGAIRAN
• Sawi memerlukan air yang banyak untuk
tumbesarannya. Penyiraman air dua kali
sehari dalam musim panas, secara manual
atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.

KAWALAN RUMPAI
• Kawalan rumpai dilakukan secara manual
dilakukan dua kali sepanjang umur pokok.
• Racun glifosinate ammonium boleh digunakan
di keliling batas dan parit.
KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
• Di antara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman
sawi ialah:
Jenis Serangga Penyakit Kawalan
Ulat Ratus (Army Worm) ( Spodoptera Sembur racun fenvalerate
litura)
Kumbang Kutu ( Phyliotera sinuata Sembur racun malathion
Ateph)
Ulat Pangkas (Cut Worm) ( Agrotis Sembur racun fenvalerate
xpsilon)
Ulat Plutela (Pluttel xylostella) Sembur racun Bacillus thuringiensis.
Amalkan tanaman giliran.
Reput Lembut ( Erwina carotovora) Amalkan tanaman giliran dan saliran
yang baik.
Bintik Daun (Leaf spot) (Cercospora Rawat biji benih dengan thiram
spp.)
Reput Daun ( Leaf Rot) (Corticum solani) Cabut dan buang pokok yang
berpenyakit.
TANAMAN BAYAM
PENGENALAN
• Bayam adalah sejenis sayuran daun yang
mengandungi vitamin A, B dan C dan zat-zat galian
seperti kalsium dan besi.
 
JENIS
•  Terdapat 2 jenis bayam iaitu:
1. Bayam berwarna hijau. Jenis ini berdaun lebar
dan kadangkala berdaun bujur.
2. Bayam berwarna hijau keunguan dan
kemerahan.
TANAH
• Bayam sesuai ditanam dipelbagai jenis tanah
terutama tanah gembur liat ringan dan tanah
liat berpasir.
• Tanah yang kaya dengan bahan organik,
mempunyai saliran yang baik dan mempunyai
kemasaman tanah di antara 5.5 – 6.5 adalah
paling sesuai.
PENANAMAN
A. Menyediakan Batas
– Bajak dan gemburkan tanah sebelum
menyediakan batas.
– Ukuran batas ialah 120 cm lebar, 20-30 cm tinggi
dan 760 cm panjang.
– Jarak antara batas ialah 46 cm.
– Buat tiga alur kecil memanjang di permukaan
batas.
PENANAMAN
B. Menanam

• Bayam ditanam terus dengan menggunakan biji benih. Oleh kerana


biji benih bayam berkeadaan halus, gaulkan bijibenih dengan pasir
atau tanah peroi sebelum disemai. Kemudian taburkan sama rata
ke dalam alur-alur di atas batas.
• Selepas 2-3 hari anak benih akan bercambah. Jarakkan mengikut
ukuran yang disyorkan iaitu 8-10cm antara pokok dan 2-3 cm
antara barisan. Sebanyak 6-7 kg biji benih diperlukan untuk 1
hektar.
• Bayam boleh juga disemai di dalam tapak semaian sebelum di ubah
ke batas. Sebelum menyemai, gaulkan biji benih dengan racun kulat
seperti Thiram dengan kadar 3 gm Thiram dengan 1000 gm biji
benih untuk mencegah penyakit melecuh. Lebih kurang 12 hari
selepas menyemai, siram anak benih dengan baja larutan urea
sebanyak 4 gm dalam seliter air.
• Sungkupan penuh dibuat 3 hari selepas selepas menyemai. Ubah
dan tanam anak-anak benih ke atas batas yang telah disediakan
selepas 3-4 minggu disemai.
PENJAGAAN
i. Membaja
• Baja organik seperti tahi ayam boleh digunakan sebagai
baja asas. Baja ini digaul ke dalam batas. Lebih kurang 5
tan metrik baja ini diperlukan untuk sehektar.
• Sebagai panduan, kadar pembajaan yang disyorkan 100
kg N, 23 kg P2O5, 144 kg K2O sehektar.
• Pada hari ke-4 dan hari ke 10-14. Baja-baja ini digaul dan
ditabur di antara lorong-lorong pokok.

ii. Menyiram
• Bayam memerlukan air yang banyak untuk
pembesarannya. Dalam musim panas siram 2 kali sehari.
PENJAGAAN
iii. Sungkupan
• Sungkupan diletakkan di atas batas selepas
manabur benih atau mengubah. Gunakan
pelepah kelapa atau rumput – rumput kering
sebagai bahan sungkupan.
• Sungkupan boleh mengawal kehilangan air,
pertumbuhan rumput rampai serta memperbaiki
struktur serta kesuburan tanah.

iv. Merumput
• Kawalan rumput rampai dilakukan sepanjang
masa. Merumput boleh dilakukan dengan
tangan.
MEMUNGUT HASIL
• Bayam boleh dipungut 3-4 minggu selepas
ditanam atau apabila pokok mencapai 20-25
cm tinggi. Kutipan dibuat 3-7 hari sekali.
• Pokok dicabut atau dipotong batangnya.
• Tanam di tanah yang mempunyai saliran yang
elok. Amalkan giliran. Elakkan menyiram
berlebihan.
• Gaulkan 3 gm Thiram (80WP) dengan 100 gm
biji benih sebelum menyemai.
MUSUH DAN PENYAKIT
Nama Kerosakan Kawalan

Ulat pangkas (agrotis ypsilon rott.) Ulat memotong batang anak benih Sembur racun serangga seperti
di paras permukaan trichlorphon dengan kadar 0.1 %
b.a. di sekeliling anak-anak benih.
Ulat Ratus (Prodenia litura F) Larvanya memakan daun Sembur dengan racun serangga
seperti triclorphon dengan kadar
0.1% b.a.
Hawar Melecuh Terdapat tompok-tompok putih Amalkan tanaman giliran. Tiada
(Cystobus bliti) pada daun. Bayam jenis daun kawalan
bujur kimia yang berkesan. Tanam
adalah lebih tahan kepada bayam pada
penyakit kawasan baru yang bebas
ini. daripada
penyakit.

Lecuh anak benih Penyakit ini disebabkan kulit Tanam di tanah yang mempunyai
(Phythium aphani bahagian pangkal pokok menjadi saliran
dermatum) reput dan pokok akam mati. yang elok. Amalkan giliran.
Elakkan
menyiram berlebihan. Gaulkan 3
gm
Thiram (80WP) dengan 100 gm
biji benih
sebelum menyemai.
PENANAMAN KANGKUNG

PENYEDIAAN TANAH
• Tanah perlu dibajak dan digembur dua kali
sedalam 15-20 cm.
• Kemudian batas yang berukuran 1.2 m lebar,
7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan.
• Alur dibuat merintangi batas dengan jarak
20cm dan sedalam 3cm untuk menabur benih.
• MENANAM
• Biji benih kangkung boleh ditanam terus ke atas
batas. Sebanyak 46 g biji benih sebatas (30 kg biji
benih sehektar) ditabur jarang-jarang ke dalam
alur-alur.
• Selepas 10 – 14 hari, penjarangan dibuat
mengikut ukuran yang di syorkan, iaitu 20 cm
antara baris (alur) dan 10 cm antara pokok.
 
• PEMBAJAAN
• Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke
dalam batas untuk menentukan kesuburan
pokok.
PEMBAJAAN
• Pembajaan yang disyorkan:

Bil. Pusingan Jenis baja Kadar/ batas Kadar/hektar


Masa (7.5m x
1.2m)
1. Sebelum Baja Organik 6 kg 4 tan
menanam
2. minggu ke2 NPK 0.4 kg 0.25 tan
15:15:15
3. minggu ke3 NPK 0.5 kg 0.25 tan
15:15:15
PENGAIRAN
• Kangkung memerlukan air yang banyak untuk
tumbesarannya. Penyiraman air dua kali sehari
dalam musim panas, secara manual atau
sistem pengairan renjis adalah disyorkan.
 
KAWALAN RUMPAI
• Kawalan rumpai dilakukan secara manual
dengan kadar dua kali sepanjang umur pokok.
Racun glufosinate ammonium boleh digunakan
di keliling batas dan parit.
KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
• Kangkung jarang diserang oleh serangga.
• Penyakit utama yang menyerang adalah:-
– Karat Putih (Albugo pomoeae aquaticae)
– Amalkan tanaman giliran.
– Sembur racun mancozeb.
PEMUNGUTAN HASIL
• Kangkung boleh dipungut hasilnya 30 hari selepas
ditanam.
• Pokok dicabut bersama akar dan dibasuh dalam air.
• Pengeluaran hasil adalah di antara 10-15 tan/ha.
• Purata hasil dianggarkan sebanyak 12 tan/ha.

KAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA


• Untuk kawalan ulat pengorek buah sembur jika perlu
dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1 % bahan
aktif.
• Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan
mancozeb, 0.1 % b.a.
PANDUAN MENANAM BAWANG
PENGENALAN
• Bawang merah ( Alium cepa) adalah salah satu bahan penting
dalam masakan harian negara ini dan sejenis tanaman yang cepat
berhasil. Pada masa sekarang, bawang merah dan bawang putih
keseluruhannya diimpot dari luar negara seperti Thailand, Filipina
dan India.
• Mengikut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian,
sebanyak 194,300 mt bawang merah diimpot bernilai Rm 267.2 juta
iaitu kira-kira 33% daripada jumlah impot negara.
• Di Malaysia, tanaman bawang mula diperkenalkan di sekitar tahun
80an dan berjaya mengeluarkan hasil tetapi sehingga kini,
penanaman bawang secara besar-besaran belum lagi diusahakan di
negara ini.
• Faktor harga yang terlalu rendah, hasil yang sederhana, kos yang
tinggi berbanding dengan bawang yang diimpot menyebabkan
penanaman bawang tidak ekonomik untuk diteruskan.
PENGENALAN
• Dalam usaha mengurang impot bahan makanan semasa negara
menghadapi masalah kegawatan ekonomi dan kejatuhan nilai
matawang minat terhadap penanaman bawang bagi maksud
penggantian impot telah timbul. Beberapa percubaan menanam
bawang merah dilakukan bertujuan untuk melihat potensi tanaman
tersebut khususnya dari segi agro-ekonomik dan menggantikan bawang
yang diimpot.

• Berdasarkan percubaan yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian di


beberapa tempat, didapati bawang sesuai ditanam di tanah berpasir
dan tanah mineral asalkan mengandungi bahan organan dan tahap
kesuburan yang tinggi. Pengairan yang mencukupi dalam masa lima
minggu selepas menanam dan kering setelah pokok berumur 8 minggu
adalah penting.

• Penggunaan sungkupan seperti jerami padi dapat mengekalkan


kelembapan dan mengawal suhu tanah. Kawalan rumpai dibuat pada
peringkat awal pertumbuhan dan semasa penyediaan tanah.
BENIH BAWANG
• Benih yang bermutu adalah penting.
• Percubaan yang dijalankan menggunakan benih dari
bebawang jenis Thailand, Filipina, China dan India.
• Pemerhatian menunjukkan penggunaan bebawang
sebagai benih tanaman menimbulkan masalah seperti
peratus percambahan yang tidak menentu ( antara 60-
70 % ) dan tidak serentak, pertumbuhan yang tidak
sihat (vigorous) serta melibatkan kos yang tinggi.
• Walaubagaimanapun bawang jenis India adalah lebih
baik dari jenis yang lain dari segi pertumbuhan,
ketahanan dari gejala ‘White Tip’ (kekeringan bahagian
hujung daun) dan penghasilan bawang.
HASIL
• Dari segi hasil bawang, pemerhatian yang dijalankan oleh Bahagian
Pengurusan Tanah Jabatan Pertanian mendapati hasil adalah diantara
2.8 – 4.2 mt/ha bawang bersih yang telah dkeringkan.
• Hasil bawang ini boleh dipertingkatkan dengan penggunaan benih
bawang yang lebih bermutu.

• Dari segi kos pengeluaran bawang, kos keseluruahan ( menggunakan


tenaga buruh upah ) dianggarkan RM12,690 sehektar. Berasaskan hasil
bawang sebanyak 3.5 mt/ha dan harga jualan sebanyak RM4.00/kg,
pendapatan kasar bawang merah semusim ialah sebanyak RM 14,000.
Ini memberikan pulangan bersih sebanyak RM 1,310/ha/musim,
manakala nisbah kos-faedah 1:1.10.

• Melihat kepada kos pengeluaran, hasil dan nisbah kos-faedah, kita


dapati aktiviti pengeluaran bawang dengan teknologi yang ada
sekarang tidak begitu memberangsangkan berbanding dengan aktiviti
pengeluaran lain-lain sayuran seperti kacang panjang atau cili yang
memberikan pulangan yang lebih baik.
HASIL
• Bagi membolehkan aktiviti penanaman bawang menjadi
lebih menarik dan menguntungkan, beberapa strategi
pengeluaran perlu dilakukan.
•  Antara strategi-strategi ini adalah:

• Mengurangkan kos pengeluaran


1. Salah satu cara mengurangkan kos pengeluaran ialah
penggunaan biji benih sebagai bahan tanaman. Analisis
menunjukkan kos penggunaan bebawang sebagai bahan
tanaman adalah 30-45% daripada kos pengeluaran.
 
• Penggunaan biji benih sebagai bahan tanaman boleh
mengurangkan kos benih sebanyak 90 % atau 25 -40% kos
pengeluaran.
• Meningkatkan hasil bawang
– Percubaan penanaman bawang yang dijalankan masih
belum memberikan potensi hasil sebenar bawang.
Peningkatandalam teknik-teknik penanaman dan
penggunaan benih tanaman yang bermutu boleh
memberikan hasil sehingga 6 mt/ha/musim.

• Penanaman secara kecil-kecilan


– Perlu diperkenalkan dan digalakkan kepada petani-
petani kecil kerana kerana pendekatan ini mampu
mengurangkan kos disamping memberi peluang yang
lebih baik berdasarkan penjimatan kos oleh sebab
penggantian kos tanaga upah kepada kos tenaga
keluarga.
• Berasaskan fakta yang dibincangkan diatas,
penanaman bawang merah di Malaysia
mempunyai potensi yang baik. Kita telah
mempunyai teknologi yang mampu mengeluarkan
hasil bawang merah. Kejatuhan nilai ringgit
menjadikan bawah merah import mahal dan
bawang merah tempatan menjadi lebih kos
kompetitif.
• Apa yang perlu dilakukan ialah meningkatkan
produktiviti pengeluaran bawang merah supaya ia
lebih menarik untuk diusahakan oleh pihak swasta
dan juga petani-petani.

You might also like