You are on page 1of 5

TUJUAN PENGGUNAAN SUMBER UNTUK PSK YANG BERKESAN

PENGENALAN
 Penggunaan sumber P&P ialah bertujuan untuk meningkatkan
kefahaman murid-murid dalam sesuatu pembelajaran.
 Tidak dinafikan walaupun tanpa penggunaan sumber P&P dalam
sesuatu proses pembelajaran, murid-murid masih boleh
memahami mesej yang ingin disampaikan oleh guru.
 Tetapi dengan penggunaan sumber P&P yang sesuai, kefahaman
murid-murid akan dapat ditingkatkan dengan lebih cepat
berbanding tanpa menggunakan sebarang sumber P&P.
 Ini kerana, kanak-kanak khususnya cenderung dan mudah
terangsang apabila melihat dan mendengar sesuatu yang
berkaitan dengan alam persekitaran mereka.
KEFAHAMAN
 Menurut teori kognitif yang disokong oleh Atkinson, McClelland
dan Bruner, kejayaan dan kegagalan seseorang individu adalah
bergantung kepada kefahaman terhadap sesuatu pengajaran dan
keperibadiannya.
 Ini bermakna penggunaan sumber P&P juga adalah penting di
mana kefahaman seseorang itu bergantung kepada sesuatu
pengajaran tersebut.
 Dalam hal ini, sumber P&P akan bertindak sebagai kaedah
pengajaran yang bertanggungjawab untuk mencapai kefahaman
murid-murid.
INTERPRETASI
 Murid mampu melakukan interpretasi maklumat di mana mereka
akan bertukar-tukar maklumat yang diperolehi sesama mereka.
 Dengan kata lain setelah murid-murid memahami sesuatu pelajaran,
mereka boleh mengadakan perbincangan untuk menjawab
sebarang persoalan yang mungkin timbul dalam diri masing-masing.
 Jadi dengan cara ini juga dapat meningkatkan lagi kefahaman
mereka di dalam sesuatu subjek itu.
 Di samping itu murid-murid akan dapat mengukuhkan lagi
kefahaman di mana mungkin terdapat maklumat yang tidak sampai
kepada mereka semasa proses pembelajaran berlangsung, mereka
akan mendapat penambahan maklumat tersebut daripada rakan-
rakan diskusi mereka.
SUMBER
http://www.scribd.com/doc/21171336/PSK-TUJUAN-PENG
GUNAAN-SUMBER-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN-
sid

You might also like