You are on page 1of 15

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN TENIS TERTUTUP


IPGM KAMPUS PERLIS
TAHUN 2009

PENGANJUR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PERLIS

TARIKH

23 MEI 2009

TEMPAT

GELANGGANG TENIS IPGM KAMPUS PERLIS


BEHOR PULAI,01000,KANGAR,PERLIS
PERTANDINGAN TENIS TERTUTUP IPGM KAMPUS PERLIS
TAHUN 2009
1.0 Pengenalan

Sukan tenis merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebai

sukan teras Negara.Namun Negara agak ketandusan bakat muda bagi sukan ini

terutama bagi peringkat remaja.Menyedari hakikat ini,Institut Pendidikan Guru

Kampus Perlis telah mengambil inisiatif unuk mencukil bakat-bakat muda terutama

dalam kalangan remaja dengan penganjuran pertandingan tenis ini.

2.0 OBJEKTIF

a. Memperkenalkan dan mempromosikan sukan tenis dalam kalangan generasi

remaja

b. Memajukan sukan tenis sebagai sukan tera di peringkat institute seterusnya ke

peringkat yang lebih tinggi.

c. Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan sihat dari segi rohani,jasmani,intelek

dan social.

d. Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara pensyarah-pensyarah

dan pelajar-pelajar di IPGM Kampus Perlis terutamanya dalam pembangunan sukan

tenis
3.0 Tentatif Pelaksanaan

Tarikh : 23 Mei 2009 (sabtu)

Masa : 8.00 pagi – 6.00petang

Tempat : Gelanggang Tenis Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

4.0 Pengelolaan/Penganjuran

Kelab Tenis IPGM Kampus Perlis

5.0 Penaja Utama

1.Institut Pendidikan Guru Perlis Kampus Perlis

2.PETRONAS

3.ADIDAS MALAYSIA SDN.BHD

6.0 Sasaran Peserta

Semua warga IPGM Kampus Perlis tidak kira dari mana-mana bahagian

termasuk pekerja rendah am,pelajar mahupun pensyarah.

7.0 Bayaran Penyertaan

Bayaran bagi setiap peserta ialah RM15 (termasuk minum pagi,makan

tengahari)
8.0 Jawatankuasa Pengelolaan Kejohanan

Jawatankuasa khas pengelolaan kejohanan ini yang telah dilantik oleh Kelab

Tenis IPGM Kampus Perlis

Penaung: Haji Md. Rusli bin A.Rasyid

Penasihat : Mohd.Yusoff bin Haji Mohd

Syariff

Ketua Pengelola: Muhammad Hafizzi bin

Kamaronzaman

Timbalan Ketua Pengelola 1: Muhammad Syafiq bin

Sahabudin

Timbalan Ketua Pengelola2: Syarifah Halimah binti Yusof

Tayub

Setiausaha: Nik Syazwani binti Abdullah

Bendahari: Mikael Aizat bin Harun


Jawatankuasa Kecil: ( Pengurusan Majlis )

- Mohd Nor Hidayat bin


Muhammad Nordin

( Penyelaras Program )

- Mior Hakimi bin Syuib

( Penyelaras Peralatan )

- Veera a/l Kunasegaran

(Penyelaras Kepengadilan)

- Mohd Salleh bin Idris

( Penyelaras Kebajikan &


Cenderamata )

- Siti Halijah binti Johan

(Penyelaras Protokol )

- Mohd Iqram bin Mohd


Amin
9.0 Kewangan

9.1 Perbelanjaan

PERKARA BAJET JUMLAH(RM)


Minum pagi untuk peserta,pengurus dan RM 5.00 X 50 RM250.00

pengadil
Makan tengahari untuk peserta,pengurus RM10.00 X 50 orang RM 500.00

dan pengadil
Khemah ( VIP dan peserta ) RM150.00 X 6 buah RM 900.00
Minuman (Air Mineral ) RM10.00X 15 kotak Rm150.00
Hadiah Peserta RM 600 .00(Johan) RM 600 .00

RM400 .00 (Naib RM400.00

Johan) RM200.00

Rm200.00 (Ketiga)
Sijil Penghargaan RM2.00X 50 orang RM100.00
Urusan Pentadbiran RM500.00
Banner RM150.00 X 1 RM150.00

JUMLAH RM3750

9.2Pendapatan

PERKARA JUMLAH
Bayaran daripada peserta RM750

(Rm15 X 50 penyertaan)
Sumbangan Penaja-Penaja

1.PETRONAS RM1250

2.ADIDAS MALAYSIA SDN BHD Rm1250


Peruntukan dari IPGM Kampus Perlis RM1000

JUMLAH RM4250

10.0Penutup

Kerjasama dari semua pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung

adalah diharapkan bagi melancarkan lagi perjalanan program yang julung-julung

kali diadakan ini.

Disediakan oleh:

(NOR LAILA BT.ABDUL KADIR)

Setiausaha,
Kejohanan Tenis,
Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
LAMPIRAN 1

Jadual Tentatif Program

7.30 pagi - 8.00 pagi Pendaftaran Peserta

8.30 pagi - 9.30 pagi Majlis Perasmian


(disempurnakan oleh
Haji Md. Rusli bin
A.Rasyid)
Pengarah IPGM
Kampus Perlis

10.30 pagi – 1.00 petang Kejohanan dimulakan


( pusing awal secara
round robin)

1.00 petang – 2.30 petang Rehat/Jamuan Makan


Tengahari/Solat

2.30 petang – 5.30 petang Pusingan 2 kalah


mati/separuh
/akhir

6.00 petang – 6.30 petang Penyampaian


Hadiah/Bersurai

PERATURAN DAN SYARAT

PERTANDINGAN TENIS TERTUTUP IPGM KAMPUS PERLIS

1.0 NAMA PERTANDINGAN


Kejohanan Tenis Tertutup IPGM Kampus Perlis Tahun 2009
2.0 PENGANJUR
Kelab Tenis IPGM Kampus Perlis

3.0 PENGELOLA
Jawatankuasa Kelab tenis IPGM Kampus Perlis

4.0 PERATURAN UMUM


Menggunakan undang-undang dan peraturan Kesatuan Lawn Tenis Dunia
dan Lawn Tenis Malaysia

5.0 PERATURAN TAMBAHAN


Selain daripada peraturan-peraturan di atas,Jawatankuasa Penganjur
adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan
tambahan,selaras dengan matlamat penganjuran.

6.0 JENIS PERTANDINGAN


Kejohanan Individu

7.0 HADIAH-HADIAH
Tempat pertama-RM600,trofi dan sijil
Tempat kedua -RM400,trofi dan sijil
Tempat ketiga -RM200,trofi dan sijil
8.0 ACARA PERTANDING
Setiap pemain hanya dibenarkan untuk mendaftar menggunakan satu
nama sahaja.Pemain yang didapati mendaftar sebanyak dua kali akan
dibatalkan penyertaannya.

9.0 PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA


- Peserta yang ingin menyertai pertandingan hendaklah mendaftar
sekurang-sekurangnya 2 minggu sebelum pertandingan bermula.
- Para peserta hendaklah mendaftar menggunakan borang asal yang
mempunyai cop Kelab Tenis IPGM Kampus Perlis.
- Borang penyertaan boleh didapati daripada Ahli Jawatankuasa Kelab

10.0 PENGESAHAN PESERTA-PESERTA


-Para peserta perlu mengesahkan kehadiran pada pagi pertandingan
dengan mendaftar diri di kaunter kehadiran.
-Peserta yang gagal berbuat demikian akan dikira tidak hadir dan
penyertaannya akan dikira terbatal dengan sendirinya.
(SELEPAS ITU SEMUA PERTUKARAN ATAU PENGGANTIAN TIDAK
AKAN DILAYAN)

11.0 TAKLIMAT PENGURUS – PENGURUS PASUKAN

Semasa taklimat ini,hanya penarikan diri TANPA penggantian dibenarkan

12.0 PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN


Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat

Pengurus-Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu

acaranya, KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit/

cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, atlet berkenaan tidak

akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas

namanya.

Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas

mengambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan sakit/

cedera daripada Peegawai Perubatan Kejohanan, adalh dianggap

sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan

atas namanya.

Seseorang pesserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas

nasihat Pegawai Perubatan Kejohanan, hanya boleh mengambil bahagian

seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan

mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan

Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan.

13.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA

13.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 15 minit

sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung.Selepas itu,

mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta.


13.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diriterus kepada

Pegawai Teknik dalam arena pertandingan

13.3 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi

acara-acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT.Maklumat meminta peserta

melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di tempat Penyelia

Peserta.Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang

pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan.

13.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan mempunyai peralatan

permainan masing-masing yang lengkap

13.5 Apabila melaporkan diri unutk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti

menunjukkan nombor daftar peeserta sebagaimana yang didaftarkan

kepada Penyelia Peserta berkenaan.Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi,

peserta berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.

13.6 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara

mereka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.

14.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar

daripada arena pertandingan diiringi oleh Penyelia Peserta.


15.0 MEMANASKAN BADAN

Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang

ditentukan.

16.0 BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 LTM, kecuali

perkara-perkara berikut :

16.1 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta

yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan

bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah

bantahan (under protest) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada

Kelab Tenis IPGM Kampus Perlis kelak.

16.2 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan

hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada lima

belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara

pusingan awal.

16.3 Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-

acara peringkat akhir.


16.4 Sebarang bantahan bertulis keapda Juri Rayuan mesti disertai dengan

wang Pertaruhan sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus

Sahaja)

17.0 HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang

ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola Kelab Tenis IPGM Kampus

Perlis, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu.Jika berlaku

pemindaan, pengurus-pengurus pasukan akan diberitahu.

17.1 Jawatankuasa Pegelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak

tercatat dalam Undang-Undang LTM terkini

18.0 HAL-HAL LAIN

18.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk pesserat-peserta dan

pegawai-pegawai.Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke

tempat-tempat khas tersebut.

18.2 Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-

peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN

MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN


KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

18.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian,

kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda

atau sebarang kecederaan lain berlaku :

a. Semasa perajalanan pergi dan balik dari sekolah ke

kompleks sukan

b. Semasa kejohanan dijalankan

c. Di dalam dan di luar kawasan kompleks sukan

18.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk

mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan

kesejahteraaan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang

munasabah.

You might also like