Agenda 2 :Mengesahkan Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama
2.1Minit mesyuarat perlu dicatatkan juga nama guru-guru yang tidak hadir.2.2Minit Mesyuarat Kurikulum Kali pertama telah dicadang disahkan oleh En. MustafaKamal dan di sokong oleh Ustaz Aznan.
Agenda 3 :Perkara-perkara Berbangkit
3.1Tiada.
Agenda 4 :Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun
4.1Keputusan peperiksaan untuk tahun 6 telah dibincangkan bersama guru-guru tahun 6dalam satu mesyuarat yang telah diadakan. Guru-guru tahun 6 diminta merancangstrategi atau kaedah dalam masa yang terdekat untuk mencapai sasaran UPSR darisegi kualiti dan kuantiti.4.2Guru Besar membacakan analisis peperiksaan untuk tahun 1, 2, 3, 4 dan 5.4.3Guru Besar menyatakan peratus lulus Matematik untuk murid tahun 1 iaitu 77.5%dan 47.62% untuk tahun 2 agak rendah.4.4Guru menyatakan keputusan Matematik dalam setiap tahun menunjukkan adamasalah.4.5Meminta setiap panitia khususnya Matematik membuat post-mortem keputusan peperiksaan pertengahan tahun dalam mesyuarat panitia kali ke-2 dan membuattindakan yang perlu.Tindakan : Semua guru.
Agenda 5 : Persediaan / Perancangan untuk Peperiksaan Pengesanan 2, AkhirTahun dan UPSR
5.1 Guru Besar meminta guru-guru menggunakan strategi supaya lebih ramai muriddaripada kelas Jaya mencapai tahap sekurang-kurangnya lulus.5.2 Diharap guru-guru dapat menambah bilangan murid yang mendapat keputusanA daripada kelas Maju.5.3 PK Pentadbiran memaklumkan tarikh UPSR adalah selepas Hari Raya Puasa.Beliau bimbang jika cuti hari raya bersambung menyebabkan masa untuk guru-guru tahun 6 bersama murid menjadi semakin singkat.5.4 PK Pentadbiran menyatakan Ujian Pengesanan 2 akan dijalankan serentak denganUPSR. Setiausaha Peperiksaan Dalaman akan menyediakan jadual ujian.5.5 Peperiksaan Akhir Tahun akan dijalankan pada bulan Oktober.Tindakan : Semua guru.
Agenda 6 :Laporan Panitia
6.1 Guru Besar menekankan sekali lagi supaya post-mortem terhadap analisispeperiksaan pertengahan tahun dilakukan.Tindakan : Semua guru.