PERKEMBANGAN MANUSIA Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal.(AtanLong,1980)Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutandan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat, individu akan mengalami perkembangansepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosional dan kognitif serta bahasa.Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara µkualitatif¶ sertacenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.KESIMPULAN:Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif, tidak dapatdiukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan berlaku daripadaperingkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organismaPERBEZAAN ANTARA PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN Aspek Proses pertumbuhan (Perubahan kuantitatif)Proses perkembangan (Perubahan kualitatif)JasmaniTinggi, saiz, berat dan bilangan gigi bertambahBertambah kemahiran menggunakan anggotaspt mengangkat, berjalan, berlari dan melompatMentalBerkembangnya keupayaan memikirkan tentang banyak perkaraBerkembangnya kemahiran menggunakan perkataan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan,pembentukan konsep dan ingatan.SosialMula berinteraksi dgn ahli-ahli bukan keluarga spt jiran, rakan sebaya dan guru.Menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya, kepentingan disiplinkumpulan serta penyesuaian dgn rakan sebaya.EmosiTumbuhnya perasaan suka, duka, marah, sayang dan sebagainya.Berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan ketika marah atau cemburu.