TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL
154
MEMAHAMI STRATIFIKASI
Manusia cenderung untuk meletakkan individu mengikut darjat dan ini telahmewujudkan ketidaksamaan. Maka, terdapatlah mereka yang berada sebelahatas dan di sebelah bawah hierarki.Apakah perbezaan di antara stratifikasi dan kelas sosial? Stratifikasi sosial bermaksud mewujudkan lapisan dalam populasi yang menguasai pembahagianyang ketidaksamaan terhadap keperluan; pendapatan, kekayaan, kuasa dandarjat. Setiap lapisan ini adalah kelas sosial iaitu sebahagian daripada populasidi mana ahlinya memegang pembahagian yang sama ke atas keperluan yangsukar diperolehi dan berkongsi nilai, norma, dan gaya hidup yang sama.Bilangan kelas sosial dalam struktur stratifikasi adalah berbeza. Strukturstratifikasi mungkin mempunyai kelas atasan atas, atasan tengah, atasan bawah,pertengahan atas, pertengahan tengah, pertengahan bawah dan bawahan bawah.Negara-negara membangun hanya mempunyai kelas atasan dan bawahansahaja.Karl Marx dan Max Weber adalah mereka yang banyak menyumbang kepadapengajian tentang stratifikasi dalam masyarakat. Marx menerangkan tentangkepentingan ekonomi dalam kelas sosial manakala Weber pula menekankantentang aspek darjat dan kuasa dalam stratifikasi. Kajian kedua-dua tokoh initelah memberikan gambaran kepada kita bahawa stratifikasi mempunyaimultidimensi.
8.1.1 Dimensi Stratifikasi
Dalam membincangkan stratifikasi sosial, dua tokoh sosiologi yang terkenalharuslah diambil kira iaitu Karl Marx dan Max Weber. Karl Marx mementingkandimensi ekonomi dalam menerangkan stratifikasi, manakala Max Weber lebihtertumpu kepada dimensi-dimensi kuasa dan darjat.(a)
Dimensi Ekonomi: Karl Marx
Mengikut Marx faktor ekonomi adalah pembolehubah tidak bersandaryang menerangkan tentang kewujudan kelas sosial. Weber pula melihatdimensi ekonomi sebagai pembolehubah bersandar. Beliau lebihmementingkan kesan ekonomi ke atas stratifikasi.Marx mengenalpasti beberapa kelas sosial dalam zaman industri, iaitu buruh, pembantu rumah, pekerja kilang, seniman, pengusaha kecil,kapitalis mata wang dan meramalkan bahawa masyarakat kapitalisakhirnya akan dikecilkan kepada dua kelas sosial sahaja. Mereka yang
8.1