TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
122
7.1.2 Punca
Devians
Mengapakah manusia melibatkan diri dalam tingkahlaku yang bercanggahdengan norma? Bagaimanakah kita menerangkan tingkahlaku
devians
?Mengikut penjelasan secara fisiologi atau biologi, tingkahlaku
devians
berpuncadaripada sejenis fizikal yang pincang tugas atau pelik atau diwarisi dan beradadalam gen. Manakala penerangan secara psikologi pula mengatakan bahawatingkahlaku
devians
adalah luahan masalah psikologi atau sifat sahsiah yangluar biasa. Masalah atau sifat tersebut dikatakan berpunca daripada pengalamanindividu bersama ahli keluarganya dan mereka yang berada dalam kedudukanyang boleh mempengaruhi perkembangan psikologi individu tersebut.Daripada sudut psiko-sosial pula, mereka melihat bagaimana individudipengaruhi oleh pemikiran dan tingkahlaku orang disekelilingnya. Mereka iniadalah orang yang sering kita bertemu di sekolah, tempat kerja dan jirantetangga. Sudut psikologi melihat tingkahlaku
devians
sebagai terdapatkekurangan dalam sahsiah seseorang tetapi aspek psiko-sosial pula menekankan bahawa tingkahlaku
devians
dipengaruhi oleh rakan sebaya. Akhir sekali sudutsosiologi pula mengkaji cara bagaimana sebuah masyarakat dibentuk dandesakan yang diletakkan ke atas ahlinya. Penjelasan ini menggambarkan bahawafaktor yang menyumbang kepada tingkahlaku
devians
ini sebenarnya terletak diluar kawalan seseorang individu atau kumpulan yang melakukannya. Dalam ertikata lain mereka yang melakukan
devians
ini boleh dianggap sebagai mangsakeadaan.
7.1.3 Penjelasan Secara Fisiologi
Seorang
devians
dikatakan mempunyai sesuatu tingkahlaku yang berlainandaripada orang lain. Mengapakah ini berlaku? Ada yang mengatakan bahawaterdapat hubungan di antara fisiologi dan tingkahlaku
devians
dalam beberapaaspek. Contohnya, kerosakan kepada otak manusia yang berpunca daripadalanjut usia atau penderaan secara alkohol juga boleh mengakibatkan manusia bertindak luar biasa. Ini ternyata pada mereka yang mengidap penyakitAlzheimer dan alcoholic psychosis. Terdapat petunjuk bahawa sesetengahmanusia mewarisi ketagihan alkohol. Namun begitu penjelasan dari aspekfisiologi terhadap kebanyakan tingkahlaku
devians
masih tidak kukuh.Ahli sosiologi dan sosial sains yang lain masih tidak berapa setuju tentangpenjelasan fisiologi. Mereka beranggapan bahawa penjelasan tentangtingkahlaku
devians
perlu mengambil kira proses pemikiran manusia. Manusiamempunyai rakan, sahabat handai, dan kenalan di mana tingkahlaku mereka