Cara lain ialah dengan mengikat 10 jenis objek di tali dan disimpankan ke dalamkotak/karung. Bila Pengakap sudah bersedia, mereka dinasihatkan supaya tidak bercakap. Keluarkan tali itu perlahan-lahan (pastikan Pengakap itu tidak berbincang/bercakap di antara mereka). Selepas 1 atau 2 minit, tali itudimasukkan semula ke dalam kotak dan Pengakap itu bolehlah berbincang danmenyenaraikan nama objek-objek yang dilihat mengikut susunan yang betul.Deria Sentuh/raba
Alatan:
pensil, pen, pemadam, lencana, paku, skrew, batu kecil, botol, duitsyiling, kotal mancis, penutup botol, tali pendik, getah bulat dll.Objek-objek tersebut dimasukkan ke dalam karung/beg/kotak dan setiapPengakap diberi masa 1 minit untuk menyentuh objek-objek tersebut tanpamelihatnya. Setelah semua pengakap dalam patrol tersebut menyentuhnya,mereka dikehendaki berbincang dan ketua menulis senarai nama objek-objek tersebut.Deria Dengar
Alatan:
Pita rakaman (pelbagai bunyi misalnya, bunyi enjin, air dibuka, kayu patah, membuka penutup, laci, pintu, mengheret kerusi, menggoncangdan lain-lain.) Jika tidak menggunakan pita rakaman, Pengakap bolehmembuat bunyi-bunyian yang dibuat di luar bilik.Mainkan pita rakaman untuk didengari oleh Pengakap. Selepas semua bunyi itudimainkan, mereka boleh berbincang dan menyenaraikan bunyi-bunyian yangtelah didengarinya tadi.Deria Hidu
Alatan:
Minyak wangi, minyak angin, halia, cuka, kopi, bawang, ubat gigi,minyak rambut dan sebagainya.Pengakap dikehendaki menutup matanya dengan skaf dan menghidu objek-objek itu bergilir-gilir. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menulis jawapannya.Deria R asa
Alatan:
Kunyit, garam, gula, lada, bunga cengkih, cili dsb.Pengakap dikehendaki merasa dengan lidah bahan-bahan/serbuk yang disediakanitu bergilir-gilir. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menuliskan jawapannya.
4.`Baloo’ di mana kamu
Alatan:
Senaskah surat khabar yang diikat dan digulung.Pengakap membuat satu bulatan dan duduk. Dua orang dipilih; seorang dipanggil‘Baloo’ (beruang) dan seorang lagi bergelar ‘Mowgli’. Mowgli diberikan suratkhabar yang bergulung untuk dijadikan sebagai pemukul dan matanya ditutupdengan skaf. Baloo dikehendaki berdiri di mana-mana dalam bulatan tersebuttanpa pengetahuan Mowgli. Mowgli hanya diberi peluang sebanyak 3 kali untuk bertanya “Baloo, di mana kamu?” dan boleh memukul dengan gulungan surat
Add a Comment