•Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.•Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).•Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T.pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.•Allah S.W.T.akan memberinya balasan syurga.'Kata orang Yahudi:'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.' Sabda Rasullullah S.A.W.:'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya,tetapi saya tetapmenyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'Kata orang Yahudi:'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad,kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illahaillallah,wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah :155)
KESUNGGUHAN DAN KEKEMASAN DALAM MELAKSANAKAN IBADAT
Jika anda pernah berada dalam majlis yang didakan dengan kehadiran Sultan,apakah yang akan anda alami atau dapat lihat.Semua hadirin berpakaian kemas (bahkan ada yang seragam),pakaian baru,misai,rambut dan janggut dirapikan,kasut dikilatkan,bau-bauan dipakai,cara berjalan ditertibkan,cara bercakap dilembutkan,tidak bercakap yang bukan-bukan,cara dudukdikemaskan,tidak ada satu perkara yang bising dilakukan hinggakan jika jarum jatuh mungkin kedengaran,mata tajammemandang ke hadapan,setiap aturcara dilalui dengan penuh khusyuk dan sebagainya.Semua orang tak mahu melakukankesilapan.Itu majlis mengadap manusia yang dijadikan pemimpin.Bagaimana pula sikap kita pada majlis mengadap Tuhan kepadamanusia.Baik pada majlis mengadap sendirian maupun pada majlis mengadap di masjid atau surau.•Bagaimana pakaian kita?•Adakah berlebih kurang sahaja?•Bagaimana bau badan yang manusia sendiri memekupkan hidungnya?•Bagaimana gerakan dalam solat kita?•Adakah secara lebih kurang sahaja,tidak sekemas kita mengangkat sembah kepada raja.Orang Kedah kata angkat tanganuntuk takbir pun cara ‘lohleh’.Menyebut takbir pun macam orang nak mati atau secara lebih kurang tidak seperti menyebut‘Ampun Tuanku…’ Cara bangkit dan gerak dalam solat bagaimana? Adakah sekemas cara bangkit dalam majlis di raja?•Cara duduk bagaimana pula.?Adakah tidur ketika khatib berkhutbah sedangkan terbeliak biji mata bila mendengar titah diraja.Dan sebagainya.Memang baikdan dituntut kita beradab di mana-mana majlis pun.Tetapi kadangkala kita lupa bahawa di majlis mengadap Allah sepatutnya kitalebih beradab dan menunjukkan kesungguhan kita kerana kita mengadap Allah tuhan kita meskipun majlisnya tidak penuh warnawarni dan gilang gemilang.Cukuplah kalau kita dapat bersedia mengadap Allah seperti mana kita bersedia mengadap pemerin-tah negeri walaupun sepatutnya lebih dari itu.
PANDUAN MUSAFIR DAN SOLAH DI DALAM PERJALANAN
Setiap orang yang ingin melakukan perjalanan atau bermusafir dengan tujuan yang baik dan dituntut oleh Islam seperti bermusafirkerana menuntut ilmu,melaksanakan sesuatu urusan keagamaan seperti mengerjakan Ibadat Haji,menziarahi keluarga,kenalanatau mencari rezeki yang halal untuk memenuhi keperluan keluarganya,mereka tergolong di kalangan orang-orang yangmenempuh perjalanan yang diredhai Allah,atau dikira beribadat kepada Allah S.W.T .Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:"
Barangsiapa yang bermusafir kerana menuntut ilmu pengetahuan, maka ia adalah dalam perjalanan Allah, sehinggalah ia kembali
".4