You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN AIR PANAS,

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BADMINTON
(TERTUTUP)
SK PEKAN AIR PANAS
TEMPAT:
DEWAN SERBAGUNA
PEKAN AIR PANAS

TARIKH :
27 JUN 2010 ( AHAD )

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
SK PEKAN AIR PANAS
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
MENGADAKAN PERTANDINGAN BADMINTON (TERTUTUP)
BAGI MURID-MURID TAHAP 2
SK PEKAN AIR PANAS

1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan Badminton ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang


dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sk Pekan Air Panas.
Program ini boleh disertai oleh murid-murid lelaki dan perempuan, tahap dua, Sk
Pekan Air Panas. Ia akan diadakan di Dewan Serbaguna SK Pekan Air Panas
pada 27 Jun 2010. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak
Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam
bidang kokurikulum. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum
untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam
kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti
permainan badminton ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi
alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan peraturan


dan teknik permainan badminton. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri
serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pertandingan ini juga
dapat membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk
modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang
mampan.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam


Pertandingan Badminton.
3.2 Membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan
diri dalam pelbagai situasi.
3.3 Melatih murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan
menghargai kesihatan tubuh badan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai
pertandingan yang disediakan.
3.5 Melahirkan murid yang berpengetahuan dalam sukan badminton.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis
sikap mementingkan diri sendiri ( acara bergu ).
3.7 Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah pada 27 Jun 2010.


4.2 Dilaksanakan sepanjang 4 jam, bermula dari jam 8.00 pagi dan
dijangka tamat pada jam 12.00 tengah hari.
4.3 Aturcara pertandingan adalah seperti dalam Lampiran 1.
5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Terbuka kepada semua murid lelaki dan perempuan Tahap 2, Sk


Pekan Air Panas.

6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : En. Hasan Bin Haron (Guru Besar)


Pengerusi : Pn. Norhayati Binti Hasan
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : En. Hamdan Bin Hamzah.
Bendahari : En. Mohamad Fauzan Bin Mohamad Yusof.

AHLI JAWATANKUASA

Ketua Teknik Pertandingan : En. Md Nizam Bin Zainuddin.


Ketua Pengadil : En. Mohd Fuad Bin Yahya.
Bantuan Kecemasan : Klinik Kesihatan, Pekan Air Panas.
Buku Program : En. Muhammad Razi Bin Hj Tokiwoon.
Persediaan Tempat dan
Siaraya : En. Mohd Fauzi Bin Ahamad.
AJK Hadiah dan Sijil : Cik Wan Zakiah Darajah Binti Naruddin
AJK Disiplin : Pn Nooryati Binti Pardi
7.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Bulu Tangkis 2 balang X RM25 50.00
2 Cenderamata Pengadil 2 orang X RM30 60.00
3 Hadiah :
a) Perseorangan Lelaki 3 pemenang X RM 5 15.00
b) Perseorangan Perempuan 3 pemenang X RM 5 15.00
c) Bergu Lelaki 6 pemenang X RM 5 30.00
d) Bergu Perempuan 6 pemenang X RM 5 30.00

6 Rencam (belanja tak terduga) 30 orang X RM1 30.00


Jumlah 200.00
10.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam
aktiviti pertandingan badminton ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian
mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ..................................................
(En. Hamdan Bin Hamzah) (En. Hasan Bin Haron)
Guru Ketua Panitia, Guru Besar,
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sk Pekan Air Panas.
Sk Pekan Air Panas.
LAMPIRAN 1

ATURCARA
PERTANDINGAN BADMINTON (TERTUTUP)
SK PEKAN AIR PANAS.

7.30 pagi : Pendaftaran peserta.

7.50 pagi : Taklimat kepada peserta.

8.00 pagi : Pertandingan di mulakan :

a) Perseorangan Lelaki - Gelanggang A


b) Perseorangan perempuan - Gelanggang B

10.00 pagi : Pertandingan disambung :

a) Bergu Lelaki - Gelanggang A

b) Bergu perempuan - Gelanggang B

11.30 pagi : Ucapan Penutup oleh Tuan Haji Ibrahim Bin Yaman
( Yang Dipertua PIBG, SK Pekan Air Panas ).

11.45 pagi : Penyampaian hadiah dan cenderamata.

12.00 tengah hari : Bersurai.

You might also like