Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
1.0 PENGENALAN
Artikel yang dipilih untuk tugasan ini bertajuk ‘Hak untuk MengetahuiUndang-Undang dan Mendapat Maklumat Perundangan’. Artikel yang dipilihuntuk analisis tugasan ini akan dianalisis dari aspek kebahasaan. Kesalahan-kesalahan bahasa yang dapat dikenalpasti dalam artikel ini akan dikumpulkandan akan dikategorikan mengikut kategori-kategori kebahasaan sepertikesalahan pembentukan kata, penggabungan kata, dan kesalahan-kesalahantatabahasa yang lain. Selain itu, cadangan ayat yang betul akan turutdimuatkan di dalam tugasan ini.
2.0 ANALISIS KESALAHAN BAHASA
Definisi kesalahan bahasa ialah kesalahan-kesalahan tatabahasa yang acap kalidilakukan apabila menulis sesuatu ayat dalam bahasa Melayu. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan mungkin berpunca dari kecuaian penulis atau berpunca dari kurangnya pemahaman yang mendalam dalam aspek tatabahasa bahasa Melayu. Dalam tugasan ini, kesalahan-kesalahan bahasa yang dapatdikenalpasti akan dianalisis dan diklasifikasikan mengikut kategori-kategorikebahasaan yang ada. Subtopik-subtopik di bawah akan menerangkan tentangkesalahan-kesalahan bahasa yang dikenalpasti dalam artikel yang telah dipilih.
2.1 PENGGUNAAN EJAAN
Ejaan adalah perkara pokok dalam sesuatu bahasa. Hal ini adalahkerana, sistem bahasa sangat bergantung kepada ejaan untumenjadikan sesuatu bahasa itu berkembang. Sebagai bahasa yangdinamik, bahasa Melayu banyak meminjam istilah dari bahasa-bahasaasing. Kadangkala, peminjaman isitilah ini menyebabkan timbulnyakekeliruan dalam aspek ejaan. Selain itu, kecuaian penulis juga bolehmenyebabkan berlakunya kesilapan ejaan sehingga mengakibatkansesuatu ayat itu mengalami unsur ketaksaan.1
 
2.1.1 CONTOH KESALAHAN
i)Hanya dengan komitmen dari banyak pihak,merangkumi ahli akademik, agensi kerajaan, badan perundangan, badan-badan korprat… (Perenggan pertama, muka surat kelima).2.1.2
AYAT BETUL
i)Hanya dengan komitmen dari banyak pihak,merangkumi ahli akademik, agensi kerajaan, badan perundangan, badan-badan korporat…
2.1.3 PENJELASAN
Perkataan ‘korporatialah kata pinjaman yang diambil dari perkataan bahasa Inggeris ‘corporate’. Namun demikian,menurut Kamus Dewan dan Daftar Ejaan Rumi BahasaMalaysia, ejaan yang sebetulnya ialah ‘korporatdan bukan‘korprat’.
2.2 PENANDA WACANA
Penanda wacana merujuk kepada unsur-unsur bahasa yangmewujudkan kesinambungan dari satu teks ke satu teks yang lainsehingga membentuk kesatuan. Sekiranya seseorang itu gagalmenggunakan penanda wacana yang betul, seluruh wacana tidak akanmempunyai tautan yang lengkap sehingga mengakibatkan ayat yangdibuat lari dari maksud asalnya. Selain itu, penggunaan penandawacana yang tidak wujud dalam bahasa Melayu juga merupakan salahsatu dari kesalahan yang seringkali dilakukan oleh orang ramai.2
 
2.2.1 CONTOH KESALAHAN
i)Bagaimana pun , Malaysia masih belum mepunyai badan seumpama itu untuk membantu masyarakatawam di negara ini mendapat maklumat perundangansecara sistematik dan percuma. (Perenggan pertama,muka surat keempat).
2.2.2 AYAT BETUL
i)Walaubagaimana pun , Malaysia masih belum mepunyai badan seumpama itu untuk membantu masyarakatawam di negara ini mendapat maklumat perundangansecara sistematik dan percuma.
2.2.3 PENJELASAN
Sebagaimana yang telah dijelaskan, penanda wacana bertujuanuntuk merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat.Sebagai contoh, ayat yang diberi di atas adalah merujuk kepada perbandingan yang dibuat dengan ayat yang sebelumnya.Penanda wacana ini dikenali sebagai penanda wacana perbandingan dan penanda wacana yang betul untuk digunakanialah ‘walau bagaimanapun’ dan bukannya ‘bagaimanapun’.
2.3 TANDA BACA
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, tanda baca merujuk kepadalambang atau simbol yang digunakan dalam tulisan yang mempunyaierti tertentu. Antara contoh tanda baca ialah tanda koma, tanda Tanya,noktah, tanda seru, dan sebagainya. Ketiadaan tanda baca dalamsesuatu ayat boleh menyebabkan sesuatu ayat mengalami keadaan3
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • More From This User

    Notes
    Load more