You are on page 1of 54

Tajuk 1 Perkembangan dan Penguasaan Bahasa

1. Tahap Perkembangan Bahasa

Perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak dipengaruhi oleh perkembangan intelek,


umur, pengaruh persekitaran, dan juga kematangan alat pertuturan. Apabila sampai pada
peringkat umur tertentu kanak-kanak sudah boleh menuturkan perkataan-perkataan, frasa, atau
ayat mengikut tahap penguasaan bahasa mereka.

Menurut Marilyn Friend (2005), masa yang paling kritikal dalam perkembangan bahasa dan
pertuturan kanak-kanak adalah peringkat awal kanak-kanak. Beliau telah memberikan beberapa
petunjuk penting perkembangan kanak-kanak normal seperti di bawah.

Petunjuk perkembangan bahasa kanak-kanak :


Umur Petunjuk perkembangan

Umur 1 - Mengenal nama


 Sudah boleh menyebut dua hingga tiga perkataan tambahan kepada“mama” dan
“papa”.
 Faham arahan mudah.

Umur 1-2 : Faham perkataan “tidak”/ “no”.


 Guna sepuluh hingga dua puluh perkataan, termasuk nama.
 Menggabungkan dua perkataan – “Mak. Makan”.
 Meniru bunyi binatang yang sudah biasa seperti lembu.
 Melambai-lambai selamat jalan

Umur 2-3 : Mengenal anggota badan

 Guna dua perkataan dalam frasa negatif - “tak mau”, “no want”.
 Memahami konsep masa yang mudah - “esok”, “ semalam”.
 Selesai masalah dengan bercakap, bukanya secara memukul atau menangis.
 Menyesuaikan tiga atau empat warna, tahu tentang “kecil” dan “besar”.

Umur 3-4 : Sudah boleh bercerita


 Menguasai lebih kurang 1000 patah perkataan.
 Memahami makna “kelmarin”, “makan tengah hari”.
 Mula menurut arahan/perminatan –“Letak kasut di luar”

Umur 4-5 : Menguasai lebih kurang 1,500 patah perkataan


 Mengenal pasti segi tiga, bulatan, atau segi empat.
 Boleh bercakap angan-angan - “saya harap ….”
 Banyak menyoal, termasuk “Mengapa…..?”

Umur 5-6 : Menguasai lebih kurang 2,000 patah perkataan


 Memahami hubungan ruang seperti “atas” dan “belakang”.
 Tahu alamat sendiri.
 Tahu perkataan antonim mudah seperti “kecil – besar”
 Membezakan tangan kanan dan kiri tanpa bantuan.
 Menggunakan berbagai jenis ayat

2. Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Behavioris / Mekanis (B.F. SKINNER)

Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang


berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut
Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang
lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap
kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi
adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh
kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman,
ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.

B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan
keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia
yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris
iaitu;

Rangsangan tindak balas

Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap
kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa
akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan
yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya.

Teori Mentalis/Innatis (NOAM CHOMSKY)

Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan
bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan
bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi
untuk mempelajari bahasa apa sahaja
Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The Innateness
Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi
(genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa
sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition Device).

Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;

i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama;


ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya
rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama );
iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak ;
dan
iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa


ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut;

i. wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang
terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori
tatabahasa;
ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan
sejadi; dan
iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa
keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

Teori Kognitif (JEAN PIAGET)

Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss.
Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan
mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi
penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa
seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya.

Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak berumur dalam
lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skemata atau
struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan
digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak
memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan
bahasa kanak-kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak
sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang
lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 – 12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai
beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian, dan
persirian. Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal.
http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/pengenalan-bahasa.html

Teori Interaktionis (HALLIDAY)

Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila dia
memerlukannya. Sebagai contoh cikgu Zainal melakukan aktiviti lakonan agar muridnya
berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa. Perkembangan bahasa
melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi, terhasillah ayat
penyata dan ayat perintah. Hasil interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak
untuk mempelajari sistem bahasa.

Pandangan ahli Interaksionalis


 Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan
bentuk linguistik yang jelas dan tepat
Pandangan Dalam P&P
 Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan linguistik
 Mementingkan proses pembentukanhipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam
p&p
 Seseorang pelajar perlu menggunakanstruktur-struktur bahasa yang betul darisegi
tatabahasa dan makna
 Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid
 Menganggap penyampaian makna (semantik) penting namun struktur bahasa
perlu berjalan serentak
 Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajari dengan betu

Prinsip P&P Interaksionalis


 Penyampaian makna bermakna dalam komunikasi
 Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik
 P&P perlu penumpuan terhadap aktiviti yang bermakna

http://www.scribd.com/doc/3951911/TEORI-PEMEROLEHAN-BAHASA-1

3. Faktor-faktor yang mempengaruhi Pemerolehan bahasa.

Kematangan
 Faktor kematangan mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Setiap
kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berlainan. Kematangan otak
kanak-kanak yang berkembang dengan cepat dapat menguasai kemahiran bahasa.
Mereka mempunyai kemahiran mendengar dan kemahiran pemprosesan maklumat
yang baik, jadi mereka dapat mempelajari bahasa dan memahaminya dalam tempoh
yang singkat. Sebaliknya, perkembangan otak kanak-kanak yang kurang matang atau
tidak matang, kemungkinan besar tidak dapat menguasai kemahiran bahasa dan
mempelajari dengan lebih lambat jika berbanding dengan kanak-kanak biasa.

 Selain itu,  perkembangan yang berlaku pada satu tahap juga akan mempengaruhi
tahap seterusnya. Oleh itu, ibu bapa perlu mengetahui tahap perkembangan kanak-
kanak dan sedar bahawa untuk menyediakan persekitaran, kegiatan dan rangsangan
yang sesuai dengan kebolehan dan kesediaan anak mereka. Hal ini disebabkan jika
perkembagan kanak-kanak diurus dengan baik, kematangan otak mereka dapat
berkembang dengan normal dan tidak mempengaruhi mereka untuk menguasai
kemahiran bahasa.

Persekitaran

 Faktor-faktor persekitaran merangkumi keluarga dan sekolah yang mempengaruhi


pemerolehan bahasa.
 Keluarga merupakan lingkungan pertama dan utama yang memberikan landasan dasar
bagi proses belajar pada lingkungan sekolah dan masyarakat. Lingkungan keluarga
yang berpengaruh terhadap perkembangan belajar anak berupa fisik dan sosial
psikologis. Lingkungan fisik dalam keluarga adalah keadaan rumah, tempat belajar,
sarana prasarana di rumah dan suasana dalam rumah atau disekitar rumah. Sedang
kondisi dan suasana sosial psikologis dalam keluarga menyangkut keutuhan keluarga,
iklim psikolois dan iklim belajar serta hubungan antara keluagra.
 Ibu bapa berperanan dan bertanggungjawab untuk membantu anak mereka dalam
pemerolehan bahasa. Ibu bapa perlu sering mengajar dan melatih anak mereka
bercakap dan membaca kerana ini dapat membantu kanak-kanak menguasai kemahiran
bahasa dengan baik.
 Lingkungan sekolah juga memegang peranan penting bagi perkembangan belajar
kanak-kanak. Hal ini disebabkan, kanak-kanak mendapatkan pengetahuan lain yang
lebih banyak dan kompleks di sekolah berbanding dengan keluarga. Lingkungan
sekolah ini berupa lingkungan fisik sekolah dan lingkungan sosial. Lingkungan fisik
meliputi linkungan sekolah, sarana prasarana, sumber belajar, dan media belajar.
Keadaan belajar di sekolah akan mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak.
Untuk meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak, pihak sekolah mestilah
menyediakan suatu persekitaran pembelajaran bahasa yang selesa dan baik.

Kognitif

 Perkembagan otak yang tidak sempurna akan menyebabkan kognitif kanak-kanak


terjejas. Perkembangan otak yang lebih lambat akan menyebabkan pemerolehan bahasa
kanak-kanak kurang memuaskan. Biasanya disebabkan semasa dilahirkan tidak cukup
bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.

 Menurut penemuan psikolinguistik kognitif, pemerolehan bahasa dan keupayaan


membaca seseorang individu bermula sejak ia dilahirkan malah kanak-kanak
sememangnya telah mula belajar menulis sejak dari peringkat awal perkembangan
mereka. Permulaan kanak-kanak belajar menulis boleh diperhatikan melalui tingkah laku
mereka, isyarat (gesture), perbualan, cara mereka bermain dan contengan yang mereka
lakukan membentukkan makna yang tertentu (Vygotsky, 1978). Menurut aliran ini
membuktikan bahawa apabila seseorang individu itu dilahirkan dia terus berusaha untuk
mempelajari dunia di persekitarannya melalui pancainderanya. Pengetahuannya tentang
dunia di sekelilingnya itulah nanti akan menjadi dasar bagi dirinya untuk pemerolehan
bahasa dan bacaannya.

4. Alat artikulasi

 Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan untuk
berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi dapat dilihat seperti
yang berikut: 

1 Bibir atas 11 Tengah lidah

2 Bibir bawah 12 Belakang lidah

3 Gigi atas 13 Akar lidah

4 Gigi bawah 14 Epiglotis

5 Gusi 15 Pita suara

6 Lelangit keras 16 Rongga tekak

7 Lelangit lembut 17 Rongga Hidung

8 Anak tekak 18 Rongga mulut

9 Hujung lidah 19 Rahang

10 Hadapan lidah 20 Tenggorok

1. Lidah
 Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam penghasilan bunyi
bahasa. Bahagian lidah terbahagi empat bahagian,iaitu hujung lidah, tengah lidah,
hadapan lidah, dan belakang lidah.
 Selain itu, bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah memainkan
peranan yang penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan,
tengah dan belakang.
 Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan boleh digerakkan ke
mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara. Hal ini membolehkan
lidah dapat membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi dengan adanya
pembahagian-pembahagian ini.

2. Gigi

 Gigi juga mempunyai peranan yang penting dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi
peranannya pasif dan tidak aktif. Kedudukan gigi hanyalah statik dan kebiasaannya
digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilanbunyi. Penampan aliran
udara inilah yang telah menghasilkan bunyi.

3. Bibir Atas dan Bibir Bawah

 Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar daripada rongga mulut. Bibir
terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dibundarkan dan dihamparkan dan juga
berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan
paling luar daripada rongga mulut. Kedua-dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan,
dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya,untuk menghasilkan bunyi b, w dan v. Apabila
membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi terhampar, manakala jika
menyembunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat
sekatan kepada udarayang keluar daripada rongga mulut, untuk menyembunyikan bunyi
[ m ] misalnya,udara disekat di bibir.

4. Gusi

 Gusi merupakan bahagian yang terletak di antara gigi dan lelangit keras. Rupanya
cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan
sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi
seperti bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi
membuat penyekatan.

5. Lelangit

 Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit lembut dan lelangit
keras. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga
mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga
mulut dapat diturun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus
ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulutakan terbuka dan udara akan keluar
melalui rongga mulut dan apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara
terpaksa keluar melalui rongga hidung. Justeru itu, alat artikulasi ini amat penting bagi
menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun tidak. Apabila
lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah sengauan manakala jika dinaikkan,
bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau.

6. Tulang Rahang

 Tulang rahang juga terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa dalam menentukan
kedudukan gigi dan bibir. Tulang rahang memainkan peranan utama kerana mulut akan
terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup.

7. Anak Tekak

 Lokasi anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan
lelangit lembut (anak tekak bersambungan dengan lelangit lembut). Anak tekak
berperanan sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangit lembut khususnya dalam
menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau
tidak. Di samping itu, anak tekak juga boleh digerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau
diturunkan.

8. Rongga Hidung

 Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh
dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit
lembut dinaikkan atau tidak.

9. Pita Suara

 Peta suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam

penghasilan bunyi. Dalam peti suara, terdapat otot-otot selaput nipis yang dikenali

sebagai pita suara. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka

dan tertutup. Ruang di antara kedua-dua selaput digelar glotis. Apabila kedua-dua

selaput itu dirapatkan, glotis akan menjadi sempit atau tertutup dan apabila diregangkan,

ia menjadi luas.

 Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara boleh melalui

tanpa sekatan. Makna kata, dalam pernafasan biasa, glottis terbuka. Jikalau glotis
dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru-paru yang kuat menyebabkan

rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyi letupan pita suara.

 Tambahan lagi, jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang, maka

udara dari paru-paru dapat lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita,bunyi yang

dihasilkan disebut bunyi bersuara, misalnya [ a ]. Manakala jika pita suara tidak

bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi yang tidak bersuara,misalnya [s].

5. Masalah dalam Penguasaan Bahasa

Mengingat Kembali Perkataan

 Sesetengah murid akan mengalami masalah dalam mencari semula perkataan.


Mereka lemah dalam mengimbas kembali pengajaran yang telah diajar di dalam
kelas.
 Selain itu, murid juga tidak dapat menjawab soalan secara spontan. Setiap kali
guru perlu mengulangi arahan dan soalan secara berkali-kali agar murid dapat
menjawab dan mengikut arahan guru.
 Fakta-fakta yang telah murid dengar juga sukar untuk mereka ingat selepas
pengajaran. Hal ini demikian murid tidak dapat menyerap dan memahami fakta-
fakta tersebut di dalam minda.
 Murid juga mengalami kesukaran mengingati nama kawan-kawan dan anggota
keluarga serta menyenaraikan waktu dan tarikh.
 Apabila ditanya soalan, murid akan menjadi kaku dan bisu.
 Bahasa-bahasa yang diajar mudah dilupai oleh murid.

Memahami Perkataan Pelbagai Makna


 Biasanya murid yang menghadapi masalah memahami perkataan pelbagai
makna mempunyai kognitif yang rendah.
 Mereka mempunyai ingatan yang lemah terutamanya dalam kemahiran bahasa.
 Murid juga keliru dengan perkataan yang pelbagai makna dan tidak boleh
menggunakan perkataan tersebut dengan betul.
Menyatakan Sesuatu yang Abstrak
 Murid mengalami kesukaran membezakan sesuatu yang abstrak seperti
perasaan.
 Keliru dan sukar membezakan perkara yang abstrak disebabkan oleh
pemprosesan maklumat di dalam otak mereka.

Menggunakan Ayat yang Betul dan Lengkap


 Kesukaran murid dalam menghasilkan perkataan untuk menyampaikan sesuatu
pandangan atau kesukaran memahami pertuturan dan mencari perkataan yang
tepat semasa bertutur.
 Murid suka memperbanyakkan penggunaan perkataan seperti “apa tu……”,
“err……”.
 Ucapan murid biasanya dituturkan dalam keadaan terbalik ataupun silap.
 Mereka sering menterbalikan ayat, Cth: bapa topi. (topi bapa) serta menambah
dan mengurang sesuatu perkataan dalam ayat.

Memberi Penjelasan
 Murid-murid sukar menjelaskan sesuatu dengan menggunakan bahasa. Merreka
tidak dapat menggunakan bahasa (perkataan / frasa) yang betul untuk
menjelaskan suatu konsep atau fakta.
 Murid-murid suka menjawab @ menjelaskan jawapan yang tidak setampil
dengan soalan yang ditanya dan ketidakbolehan mereka dalam mengeluarkan
penjelasan yang lengkap dan baik walaupun mengetahui jawapan tersebut.

Mempelbagaikan gaya berkomunikasi


 Semasa berkomunikasi, bukan bahasa sahaja aspek yang penting, gaya
berkomunikasi juga amat penting.
 Pendengar yang berbeza status, perlu menggunakan gaya yang berbeza supaya
dapat berkomunikasi dengan berkesan.
 Dalam aspek gaya berkomunikasi, ia juga merangkumi aspek pengunaan
bahasa.
 Semasa berkomunikasi, perlu menunjukkan gaya yang berpatutan dan
menggunakan bahasa yang tepat.
 Contohnya pada majlis rasmi, kita perlu menggunakan gaya yang formal dan
menggunakan bahasa yang lebih formal dan bersesuaian.

Menghasilkan mesej yang kompleks


 Murid yang bermasalah dalam bahasa, tidak akan dapat menghasilkan mesej
yang kompleks.
 Mereka hanya dapat menyatakan suatu mesej yang ringkas.
 Contohnya saya mahu makan.
 Mereka tidak dapat menghasilkan mesej yang kompleks seperti melibatkan
emosi, suatu yang abstrak, perasaan, suatu yang adjektif dan sebagainya.
 Di dalam suatu ayat mesej sukar merangkumi dua atau lebih makna.

Memaklumkan sesuatu maklumat


 Tanpa menggunakan bahasa, ia adalah mustahil untuk menyampaikan suatu
maklumat yang lengkap.
 Bahasa adalah penting dalam menyampaikan suatu maklumat.
 Contohnya, jika seorang penyampai ingin menyampaikan suatu suatu maklumat,
penyampai perlu menggunakan bahasa yang betul supaya pendengar dapat
memahami maklumat yang ingin disampaikan.
www.keepandshare.com/doc/view.php?id=587498&da=y
http://www.blogger.com/feeds/8212937574644113700/posts/default?start-index=26&max-results=25
Cheng Song Huat, Lai Choy. 2008. Kamus Perdana Edisi Ketiga. Selangor: United Publishing House
(M) Sdn. Bhd.
http://ain-sinarilmu.blogspot.com/2009/10/prinsip-prinsip-asas-intervensi-bahasa.html

6. Prinsip-prinsip Intervensi Bahasa

Mempelajari perkara yang mudah kepada sukar


 Murid perlu diajar daripada perkara yang mudah kepada yang kompleks dengan
dikaitkan dengan bahasa.
 Guru memulakan intervensi bahasa dengan memperkenalkan perkataan terlebih
dahulu kepada murid. Kemudian diikuti dengan konsep atau peraturan membina
ayat mengikut urutan perkembangan bahasa yang normal iaitu dari mudah
kepada yang lebih sukar.
Mengajar perkataan asas kepada yang kompleks
 Guru perlu mengajari muridnya penggunaan perkataan baru yang biasa
digunakan dahulu dan tingkatkan penggunaan dalam konteks yang lebih sukar,
iaitu dari sedikit kepada banyak.
 Contohnya, guru mengajar murid dengan perkataan seperti ’bola, ayam, baju’.
Contoh-contoh tersebut adalah perkara yang paling biasa pada murid dan
merupakan objek yang di sekitar mereka.
 Kemudian, guru bolehlah mengajar yang lebih kompleks seperti imbuhan dan
perkataan yang lagi kompleks seperti perkataan majmuk.

Tajuk 2 Kemahiran Lisan

1. Definisi Kemahiran Lisan

DEFINISI KEMAHIRAN LISAN

 Lisan adalah pertuturan atau percakapan.


 Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur
sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar.
 Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu
mendengar dan bertutur.
 Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai
kedua-dua kemahiran ini.
 Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan
mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah pendengaran yang
teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau dikatakan
sebagai bisu.

 Mendengar:
 Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak
dalam perkembangan pemerolehan bahasanya.
 Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu proses
minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan.
 Berdasarkan definisi mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahawa
kemahiran lisan melibatkan tiga perkara penting, iaitu:
i. Pendengaran (Hearing) – iaitu proses fisiologikal yang merangkumi
ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi
pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi,
mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam
ingatan,
ii. Mendengar (Listening) – merupakan bentuk tingkah laku persepsi
iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-
petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran,
iii. Auding – iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada
pendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh
makna daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi
sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan
menghargai apa yang didengar.

 Bertutur:
 Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada
alat sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam
suasana berbahasa manusia ( Kamarudin Hj. Husin, 1978).
 Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau
mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya.
 Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya
mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat
menguasai pertuturan yang lebih kompleks.
 Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula
berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya.
 Sebab itulah orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang
baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan
berkesan.

2. Masalah Mendengar

 Dikriminasi auditori menyebabkan sukar belajar menggunakan kaedah fonetik.


 Ketidakupayaan membahagikan perkataan kepada suku kata atau bunyi.
 Tidak dapat membunyikan semula dan mengingati huruf dalam perkataan serta
tidak boleh menyebut perkataan bermakna.
 Kesukaran memahami bunyi berurutan dan mengubah urutan huruf semasa
menulis.

3. Strategi Mengatasi Masalah Mendengar

1. Membezakan bunyi:
 Mengenalpasti bunyi sama ada ia sama atau berbeza dengan bunyi yang
lain:
i. Membeza bunyi suara manusia dengan bunyi yang lain. Kemahiran
suprasegmental seperti nada panjang, pendek, tinggi, rendah
kekuatan bunyi yang kuat dan perlahan mula dipelajari. Mengguna
dua atau tiga benda maujud.
ii. Membezakan bunyi bunyi binatang / kenderaan / benda yang
mengeluarkan bunyi. Contoh, ayam kucing Nama ahli
keluarga/anggota badan / binatang / tumbuhan / benda
persekitaran (1 suku kata) bas, jam,pen,bom 1-2 suku kata mata,
ibu dan ayah 1-3 suku kata kereta, kerusi, kelapa 1-4 suku kata
matahari, serigala.

2. Mengecam bunyi/perkataan:
 Memahami bahawa setiap bunyi membawa maksud tertentu. Sudah
mengenal objek yang diminta dan memahami arahan ringkas.
 Menggunakan 4 hingga 8 benda maujud / gambar bunyi binatang /
kenderaan / benda yang mengeluarkan bunyi. Contoh: miaw, kok kok.
 Nama ahli keluarga / tumbuhan / benda persekitaran / anggota tubuh (1-2
suku kata), sama ada (1-3 suku kata) – telefon, sama ada (1-4 suku kata)
– pembaris, matahari.
 Benda yang mempunyai 2 perkataan / frasa, contoh: surat khabar, cermin
mata, baju kotor, pen biru, bola kecil dan lain-lain.

Sumber rujukan:
http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/kemahiran-lisan.html
http://www.slideboom.com/presentations/93362/TERAPI-PERTUTURAN
http://www.slideboom.com/presentations/93684/Disleksia

4. Masalah Bertutur

1. Auditori Visual
Visual dan pemprosesan pendengaran adalah proses pengakuan dan menafsirkan
maklumat yang diambil dalam melalui indera penglihatan dan suara. Istilah,
pemprosesan "visual dan pendengaran" dan "persepsi visual dan pendengaran",
seringkali digunakan bergantian. Meskipun ada banyak jenis persepsi, dua bidang paling
umum dari kesulitan terlibat dengan ketidakmampuan belajar visual dan persepsi
auditori. Karena begitu banyak maklumat di kelas dan di rumah disajikan secara visual
dan / atau secara lisan, anak dengan gangguan pendengaran atau persepsi visual dapat
di kedudukan yang kurang menguntungkan dalam situasi tertentu. Maklumat berikut ini
menggambarkan dua jenis gangguan, implikasi pendidikan mereka, beberapa intervensi
dasar dan apa yang harus dilakukan jika ada masalah disyaki.
Visual pemprosesan gangguan
Sebuah pemprosesan visual, atau persepsi, gangguan merujuk pada kemampuan
terhalang untuk memahami maklumat yang diambil melalui mata. Hal ini berbeza dari
masalah yang melibatkan penglihatan atau ketajaman visi. Kesulitan dengan
pemprosesan visual mempengaruhi bagaimana maklumat visual diinterpretasikan, atau
diproses oleh otak.

2. Auditori Memori
Memori auditori adalah kemampuan untuk memproses maklumat yang disajikan secara
lisan, menganalisis secara mental dan menyimpannya menjadi ingatan kemudian.
Mereka yang mempunyai kapasiti yang kuat untuk memori pendengaran disebut pelajar
pendengaran. Kemampuan untuk belajar dari arahan lisan dan penjelasan adalah
kemahiran asas yang diperlukan sepanjang hidup.

Kanak-kanak dengan kemahiran belajar lemah pendengaran sering mengalami kesulitan


memahami apa ertinya kata-kata, dan boleh menunjukkan pemahaman yang tertunda
bahasa. Hal ini kerana phonics memerlukan memori jangka pendek pendengaran bagi
kanak-kanak untuk mengingati kata dan sepotong suara mereka bersama-sama untuk
membentuk kata-kata. Selanjutnya, kerana ramai anak-anak menghadapi, masalah
dengan belajar auditori ini, cenderung kepada memakan masa yang lebih lama untuk
belajar membaca, dan penangguhan ini dapat dinampak pada kemudian hari dengan
mengahadapi masalah membaca dan kemahiran menulis.

5. Strategi Pengajaran-Pembelajaran Bertutur

Latih tubi
Teknik latih tubi adalah merupakan pengulangan fakta- fakta atau kecekapan yang diajar.
Tujuannya teknik ini diajar ialah untuk mencapai taraf kemahiran tersebut atau untuk
melekatkan sesuatu perkaitan supaya menjadi kekal. Teknik ini perlu dielakkan dalam
pengajaran mata pelajaran sains atau mata pelajaran yang bercorak kemasyarakatan, kerana
latih tubi dalam mata pelajaran ini akan menggalakkan hafalan. Amat sesuai untuk mencapai
sesuatu kemahiran seperti melukis peta, menyebut perkataan, atau mengingat fakta-fakta yang
terpenting .Terdapat beberapa kelemahan dalam menggunakan teknik latih tubi ini antaranya
ialah mengehadkan kebebasan berfikir dan daya kreatif murid dalam sesuatu tugasan dan
mungkin akan menimbulkan satu situasi yang sangat membosankan kepada murid-murid.
Seterusnya ialah maklumat yang diberikan adalah bersifat tidak kekal sekiranya tidak digunakan
secara berterusan. Kelemahan yang seterusnya ialah akan menjadikan pembelajaran sebagai
satu tindakan mekanikal.

Soal jawab
Strategi soal jawab merupakan strategi yang berpusatkan pelajar iaitu berfokuskan kepada
bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor dan lain-lain. Situasi ini
berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Melalui pendekatan ini, penekanan tentang
penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi. Pendekatan ini wujud
disebabkan didapati pendekatan yang lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada
peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks
wacana. Hasilnya, pelajar tidak menguasai kecekapan berkomunikasi. Dalam pendekatan
komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar pelajar dapat menggunakan
bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang
dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid mengunakan bahasa
dalam berkomunikasi.

Nyanyian
Strategi ini merupakan strategi yang berpustkan pelajar iaitu menyerapkan bahasa yang hendak
diajar kepada lyric music yang digemari oleh murid. Ini dapat membolehkan murid lebih
mengingati tentang pengajaran yang diajar seterusnya lebih berfokus kepadan apa yang diajar.
Strategi ini juga dapat mengukuhkan peringatan murid .

Choral Speaking
Berbicara merupakan kompetisi paduan suara yang diadakan oleh kementerian pendidikan.
kompetisi ini bertujuan untuk menggalakkan dan meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris di
kalangan pelajar. Hal ini membangun rasa percaya diri pelajar untuk bercakap, membuat,
menghafal dan exprss dalam Bahasa Inggeris

Speaking gabungan suara adalah tafsiran puisi atau menimbulkan kumpulan-kumpulan, yang
terdiri dari apa pun dari setengah lusin hingga seratus speaker. Ini melibatkan penggunaan
penuh dan bervariasi dari suara individu membentuk kumpulan. Kemungkinan pembahagian
kumpulan suara utuh ke dalam terang dan gelap, lantang dan tidak lantang, lelaki dan
perempuan,dan sebagainya. Individu suara mungkin digunakan sebagai solo.

Perbualan
• Aktiviti perbualan kebiasaannya dilakukan berdasarkan sesuatu tajuk.
• Teknik perbualan bertujuan melatih murid berkomunikasi secara sosial seperti berbual
melalui telefon.
• Perbualan hendaklah berkisar tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka
setiap hari.
• Murid-murid boleh diminta bercakap tentang ibu atau bapa, kawan, hobi, permainan,
dan sebagainya.
• Perbualan boleh berlangsung antara guru dengan murid atau sesama murid. Tajuk yang
guru tetapkan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid supaya mereka dapat
berbual tentang tajuk itu.
• Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan sesuatu tajuk.
Kemungkinan tidak semua murid akan dapat peluang berbual dengan guru tersebut,
oleh kerana itu bolehlah guru menyusun atau meminta murid-murid sendiri memilih
kawannya.
• Dalam masa perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid itu sendiri yang
menceritakan hal dirinya atau keluarganya atau lain-lain mengikut tajuk yang telah
ditetapkan tetapi murid yang dilawan berbual itu akan menceritakan semula apa yang
telah diceritakan oleh rakan bualannya itu.
• Ketika murid bercerita atau selesai bercerita, guru menyusun strategi:
1. Guru menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid dalam perbualan
itu.
2. Pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu untuk dibincangkan
dengan secara lebih mendalam. Sebaiknya guru merancang tajuk dan jika tajuk itu tidak
disebut oleh murid, guru bolehlah kemukakan soalan yang boleh menerbitkan tajuk yang
dirancangkan itu.

Puppet
• Teknik Boneka dikenali juga sebagai teknik patung atau ”puppet”.
• Teknik ini adalah antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana
pergerakan boneka dan dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan
menghiburkan.
• Ada kanak-kanak berkeperluan khas yang pendiam tetapi akhirnya mahu bercakap
setelah gurunya menggunakan boneka untuk bercakap dengannya dan dia juga
menggunakan boneka untuk menjawab soalan guru tadi.
• Guru boleh menyediakan berbagai-bagai jenis boneka seperti boneka kayu, boneka
sarung tangan, boneka tali, boneka piring dan sebagainya.
• Namun, boneka yang dibuat oleh murid sendiri adalah lebih bermakna kepada mereka.
• Bagi mencapai objektif pengajaran lisan, guru hendaklah memberi peluang muridnya
bercakap atau berlakon dengan menggunakan boneka sesama mereka.
Pemintal Lidah

 Latih tubi pemintal lidah sangat penting untuk melatih kanak-kanak menyebut sesuatu
bunyi dengan betul dan tepat. Latih tubi jenis ini hanya menumpukan kepada bunyi
tertentu yang menjadi masalah kepada kanak-kanak menyebutnya.

Contoh:
a) Masalah menyebut fonem /p/
Pandang pandan tepi pagar depan padang

b) Masalah menyebut fonem /s/ di awal perkataan


( contoh yang sangat popular digunakan dalam bahasa Inggeris)
She sells sea shells at the sea shore. The shells she sells are sea shore shells.

http://iptaa.edu.my/Portal/download/Bahasa%20Melayu%20Pend
%20Rendah/ModulPGSRBMM3104/2.pdf

Tajuk 3 Kemahiran Membaca

1. Definisi dan Konsep Membaca

2. Kesediaan Membaca
Definisi Kesediaan Membaca
 situasi yang wujud dalam diri seseorang individu yang memungkinkannya untuk belajar
atau mungkin melibatkan ciri-ciri yang menghalang pembelajarannya.

Konsep Kesediaan Membaca

 Kemampuan seseorang untuk menerima pengajran dari segi mental, emosi dan fizikal.
 Mengikut Bruner (1966), kesediaan belajar merujuk kepada apa jua perkara yang dapat
disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila–bila peringkat
perkembangan.
 Piaget (1966) mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat pembelajaran mengikut
perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat
pra-operasi (2-6 tahun), peringkat operasi konkrit (7–12 tahun) dan peringkat operasi
formal (selepas 12 tahun).

 Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu


peringkat bacaan dimulakan, sama ada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan
asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.
 Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang
aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan
mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca

 Kematangan
Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran.Kematangan
boleh merupakan kematangan fizikal, kematangan intelek, kematangan sosial dan
kematangan emosi. Kesemua sifat-sifat ini memang sedia ada di dalam diri setiap
pelajar. Ia merupakan faktor-faktor asas yang mempengaruhi proses pembelajarannya.

 Pengalaman
Kesediaan murid untuk belajar di sekolah bukan sahaja bergantung kepada
kematangan, tetapi juga jenis pengalaman pendidikan. Pengalaman yang disusun rapi
dapat menolong kanak-kanak mempunyai kesediaan yang teratur dalam mata-pelajaran
tertentu.

 Persekitaran
Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan
dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Sebagai contoh, kanak-
kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat
orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita
untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak
sebayanya yang tidak mendapat peluang yang sama.

 Keadaan fizikal
Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan yang
sempurna.

 Emosi, motivasi, dan sahsiah


Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi,
motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh
mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak.

 Kecerdasan
Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran
membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran
membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya
dengannya.

 Pengamatan
Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya
diskriminasi penglihatan dan pendengaran. Semasa membaca, kanak-kanak perlu
mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf.

 Penguasaan Bahasa
Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran
membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat
manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak, dan sebagainya semasa
berkomunikasi.

Faktor-faktor yang Menghalang Kesediaan Membaca

 Konsep kematangan mental


- Gangguan kepada mental akan mengakibatkan masalah kepada kebolehan
membaca

Aspek Kemahiran Kesediaan Membaca

 Bagi kanak-kanak yang belum didedahkan dengan dengan aktiviti bacaan, kesediaan
membaca merangkumi,
o Kebolehan fizikal
- Keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan.
o Kebolehan emosi
- Minatnya terhadap bahan-bahan bacaan terutama buku cerita dan akan
mendengarnya.
o Kebolehan mental
- Keupayaannya mengingat apa-apa yang akan diberitahu
Sumber Maklumat:

http://www.scribd.com/doc/12950789/konsep-kesediaan-membaca

http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/pengajaran-kemahiran-bahasa-melayu_19.html

http://www.scribd.com/doc/19688863/Konsep-kesediaan-membaca

http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran

http://www.scribd.com/doc/20747438/BONEKA-SIAP

3. Faktor-faktor yang mempengaruhi Kemahiran Membaca

Kognitif

Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran


membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca
dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya diskriminasi
penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa membaca kanak-kanak perlu
mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf. Oleh itu, kanak-kanak yang
lebih mahir dalam bahasa dapat mempengaruhi kemahiran membacanya.

Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca
dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan
fikiran, perasaan, kehendak ,dan sebagainya semasa berkomunikasi.

Persekitaran

Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat


merangsang otak dan menimbulkan minat membaca serta meningkatkan kemahiran membaca
mereka. Misalnya mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa
yang kerap berbual dengan anak mereka, dan sebagainya.

Keadaan rumah tangga yang dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi,
motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh
mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak. Dengan ini, secara tidak langsungnya
mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak.

Persekitaran rumah banyak memainkan peranan dalam menguasai kemahiran membaca. Ini
termasuklah tahap pendidikan ibu bapa, kegiatan sosio budaya, pendapatan, kestabilan sosio-
ekonomi, corak interaksi dan komunikasi ke atas pembelajaran.
Ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik-beradik yang lebih tua merupakan role model dalam
membina tingkah laku, tabiat dan sikap suka membaca dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu,
rumah yang diisi dengan majalah, surat khabar dan buku mempunyai dorongan untuk
meningkatkan kemahiran membaca anak-anak.

Persekitaran sekolah juga boleh mempengaruhi kebolehan membaca kanak-kanak. Sekolah


yang menyediakan persekitaran yang sesuai bagi membaca boleh memberikan kesan psikologi
kepada pelajar supaya gemar membaca dan meningkatkan kemahiran membaca.

Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak mempengaruhi kemahiran membaca
murid, termasuklah :

a. Pemilihan bahan
b. Jenis soalan yang ditanya
c. Jenis maklum balas yang diberi
d. Suasana pembelajaran
e. Dorongan
f. Pengukuhan yang digunakan.

Apabila bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar menarik minatnya, ini memberikan respon yang
positif dan mudah baginya memberikan tindak balas. Dengan ini, mereka dapat menguasai
kemahiran membaca.

Budaya

Budaya dikaitkan dengan tingkah laku dan kebudayaan yang dihasilkan oleh kumpulan budaya
itu seperti seni, bahasa, muzik, makanan, aktiviti membaca dan sebagainya.

Pihak sekolah yang menitikberatkan budaya membaca dapat mempengaruhi kemahiran


membaca murid-murid. Budaya ini diamalkan pada setiap guru dan murid agar peningkatan
berlaku. Misalnya, setiap hari pada waktu 10 minit sebelum kelas bermula, guru mengalakkan
murid membaca bahan bacaan dan semakin lama budaya ini boleh mempengaruhi kemahiran
membaca murid.

Sosioekonomi

Sosioekonomi lebih ditujukan kepada tanggungjawab ibu bapa. Pendapatan ibu bapa berkait
rapat dengan pembelajaran kanak-kanak termasuklah kemahiran membaca mereka.

Sememangnya, keluarga yang lebih berpendapatan boleh menyediakan kemudahan yang


mencukupi untuk meningkatkan kemahiran membaca anak mereka. Misalnya, memberi tuition,
membeli buku rujukan, membeli alat elektronik yang mengajar pembacaan, prasarana dan
suasana yang selesa untuk membaca dan lain-lain lagi. Semua ini dapat meningkatkan
kemahiran membaca anak-anak.

Bahan Rujukan:

http://cikguhaidi.wordpress.com/2009/10/15/strategi-pengajaran-dan-pembelajaran-bahasa-
melayu-part-5/
http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/tajuk-5-kemahiran-membaca-pengenalan.html

4. Masalah dalam Membaca

PENGENALAN
Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun
mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran
Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pealajaran dan kelemahan
dalam kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah
.

Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya dan seterusnya
menjalankan pengajaran pemulihan bacaan dengan segera. Berbagai-bagai kaedah dan teknik
mengajar bacaan boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Kaedah dan teknik
mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca
murid.

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan jenis kesalahan bacaan, punca masalah
membaca, dan seterusnya kaedah-kaedah mengajar bacaan Bahasa Melayu. Bagi mengajar
kanak-kanak berkeperluan khas, guru hanya perlu sesuaikan kaedah-kaedah ini dengan
keupayaan murid-murid.

Masalah Bacaan
Masalah bacaan di kalangan pelajar sekolah sekarang mendapat perhatian umum. Kerisauan
tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke
peringkat pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan di peringkat
sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah
KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan
KBSM di sekolah menengah.

Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita yang masih gagal menguasai
3M. Hakikat ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang merumuskan;

Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelasKBSR tidak mencapai tahap
yang dijangkakan – menyebabkan terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai
kemahiran asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan
di peringkat persekolahan menengah.

Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca
walaupun sudah memasuki sekolah menengah. Sebagai usaha untuk memulihkan masalah
bacaan murid di sekolah randah, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pprogran Kelas
Intervensi Membaca dan Menulis atau KIA2M.
Jenis Masalah Bacaan
Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring,
manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman.

Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:

a) membuang/meninggalkan (omission)
Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya ”buah” disebut
’uah”, ”kering” disebut ”kerin”. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca,
seperti;
”Buku itu sangat tebal. ” dibaca sebagai ”Buku itu tebal”.
Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti ”mengandungi” disebut ”mengandung” dan
sebagainya.

b) Ulangan (repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini
bukan disebabkan oleh masalah gagap.

c) Gantian (substitute)
Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ”ladang” disebut ”lalang”.
Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah
maksud ayat.

d) Tambahan (insertion)
Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya “buah” disebut “buwah”.
Manakala penambahan perkataan berlaku seperti berikut;

”Saya suka makan rojak.” dibaca sebagai ” Saya sangat suka makan rojak.”

e) Pembalikan (reversals)
Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang.
Contoh ;
”Bala” disebut ”laba”, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan
diubah kedudukannya, contoh: ”Dia makan nasi” dibaca sebagai ” Dia nasi makan”, dan begitu
juga dengan pembalikan frasa.

f) Tidak kenal huruf

Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca
dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka
hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan
makna.
g) Salah sebutan

Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan
sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.

Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan
perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati
tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu
bermasalah dalam bacaan.Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah seperti berikut:

a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan,
b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar,
c) teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut
sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya,
d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan,
e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,
f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,
g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata, mengerut
dahi, menggeleng kepada, dan sebagainya,
h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau ”blurring”,
i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,
j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan
k) tidak boleh membaca langsung.

Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-
muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah
dalam bacaan.

Lemah daya ingatan

Ingatan di otak kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel di otak tidak dapat
berhubung antara satu sama lain. Ia mungkin juga disebabkan oleh kecederaan yang pernah di
alami oleh pesakit samaada kemalangan mahupun kecederaan terhantuk benda yang keras.

Simptom:
1. Semakin lemah daya ingatan/ lupa
2. gagal mengenalpasti objek
3. Masalah emosi seperti kemuringan dan depresi
4. Rasa janggal di tempat yang biasa dilawati
5. Hilang kemampuan jasmani
6. Tidak mengendahkan kebersihan diri
7. Tidak berminat dengan pelajaran/ pekerjaan

Faktor-faktor penyebab:

1. kecederaan kepala
2. Penyakit tarik sawan
3. Trauma
4.Genetik
5. Pemakanan

Menambah perkataan

-Tertinggal atau menambah perkataan semasa membaca

-Penambahan seperti bulan-bulang,ikan-ikang dan sebagainya

Mengulang perkataan

-semasa membaca berulang-ulang perkataan dalam sesuatu ayat

Mengeja semasa membaca

-Teragak-agak semasa membaca

-Menunjuk teks bacaan dengan jari ketika membaca

-Tidak berupaya membaca ayat yang panjang ~ was-was dan kurang yakin salah atau betul.

-Kemajuan pembacaan yang lemah

5. Kaedah Membaca

Kaedah bunyi

1. Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan
bentuk-bentuk pada usia ini. Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal
bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat.

2. Anak-anak dapat menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ (nama huruf ‘ei’) dan bunyi ‘ii’
apabila melihat huruf ‘e’. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat huruf ‘ani’, dia akan
menyebut bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ (iaitu bunyi ani) bukannya ‘ei’ ‘en’ ‘ai’ (bunyi enai).

3. Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah
yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi ‘aa’ tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena
api. Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit ‘aaaaaaa panasnya!’ Melalui asosiasi ini
anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan.

Guru tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus dan hanya beberapa bunyi asas
terlebih dahulu. Sila dapatkan siri cepat membaca Bacalah Anakku yang telah disusun secara
sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. Dengan mengikut
susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. Oleh sebab
laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal ‘a’ ‘i’ dan
‘u’ lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi ‘a i u’ diperkenalkan dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini
lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan
satu persatu , contohnya ‘b’ ‘n’ ‘m’ ‘s’ dan ‘k’.

Seterusnya, dengan berpandukan siri cepat membaca Bacalah Anakku, ajar anak-anak
membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan , contohnya ‘b’ dan ‘a’ ‘i’ dan ‘u’
untuk membaca ‘ba’ ‘bi’ dan ‘bu’. Melalui kaedah fonetik, anak-anak tidak akan mengeja ‘ba’
menjadi “ba” ; tidak juga menghafal suku kata ‘ba’; tetapi mereka membaca dengan
menggabung-gabungkan bunyi ‘beh’ (bagi huruf ‘b’) dan ‘aa’ (bagi huruf ‘a’).

http://readnetwork.com/index.php?option=com_content&view=article&id=148:ajar-anak-anda-
membaca-bagaimana-menggunakan-kaedah-fonetik-bahagian-1&catid=57:tips&Itemid=30

Kaedah fonik

1. Menurut Azman Wan Chik, kaedah fonik adalah untuk mengajar murid melihat hubungan
antara simbol (huruf) dengan bunyi supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan)
perkataan-perkataan baharu yang mereka jumpa.
2. Bunyi-bunyi huruf diajar. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Contoh : “a”
dibunyikan ‘aaaa…..’, “u” dibunyikan ‘uuuu…….’.
3. Setelah tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya,
‘ba’, ‘da’, ‘tu’ dan sebagainya.
4. Seterusnya, digabungkan suku kata ini menjadi perkataan seperti ‘baba’, ‘batu’, ‘ibu’ dan
sebagainya.

Kaedah abjad

1. Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf
yang digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu A, B, C, hingga Z.
2. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari A
hingga Z.
3. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru
menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid.
4. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk
mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru.
5. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan.
6. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-abjad yang
telah diajar.
7. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih
murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad kad di papan hitam
berdasarkan apa yang disebut oleh guru.
8. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan
menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.

http://cikgufais.wordpress.com/2009/09/10/kaedah-pengajaran-bacaan/

Kaedah seluruh/seluruh perkataan/pandang dan sebut

 Menyebut keseluruhan perkataan tanpa mengeja menurut suku kata.


 Pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight
words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya,
makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.
 Perkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya.
Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang
murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti
mengeja sama sekali.
 Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak
menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu
bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi
perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r”
iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].
 Dasar kaedah ini ialah menggunakan perkataan dari mulanya tanpa mengenalkan
dan menghafalkan huruf-huruf abjad terlebih dahulu. Perkataan-perkataan yang
diperkenalkan itu disertakan dengan gambar. Kaedah ini mementingkan bunyi
perkataan atau rangkaikata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan bunyi
ayat atau cerita berdasarkan gambar.
 Kanak-kanak dilatih melakukan dua kemahiran dalam satu masa, iaitu
menyebutkan keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap
rangsangan berbentuk gambar.
 Guru kerap kali menunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-
gambar yang dilambangkannya. Contohnya, perkataan “bunga” ditulis di tepi atau di
bawah gambar bunga. Kadang-kadang ini boleh digunakan sebagai kad-kad
imbasan.
Kaedah suku kata
 Kaedah suku kata ini tidak memerlukan murid-murid untuk mengeja atau
membatangkan ejaan. Murid-murid hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan
dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus.
 Contohnya;

ba bi bu be bo (untuk 2 huruf)
ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)
bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)

Kaedah pelbagai deria/ kaedah VAKT


VAKT:
V - visual ( penglihatan )
A - audio ( pendengaran )
K - kinesthetic ( pergerakan )
T - tactile ( sentuhan )

 Kaedah ini berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran dan berdiri
atas Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan
mengukuhkan pembelajaran .

 Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut:


a. Kaedah ini menggunakan surihan (tracing)’ untuk mengajar bacaan.
b. Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4” x 10”. ( menggunakan krayon )
c. Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu.
d. Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada
kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul
yang besar dan lain-lain.

 Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah:


a. lihat huruf (V)
b. dengar guru sebut huruf (A)
c. menyebut huruf (A)
d. dengar huruf yang disebut (A)
e. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)
f. rasa permukaan huruf dengan hujung jari (T)
g. lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)
h. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A)

Kaedah pembelajaran masteri


 Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu
unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini
memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti.

 Kaedah P&P untuk Pembelajaran Masteri:

1. Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana
pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran
yang berlainan.
2. Kaedah atau aktiviti p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah
atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan.
3. Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti p&p yang
berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda.
4. Berikut ialah kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru iaitu guru yang
melalukannya:

 Syarahan
 Penerangan
 Penjelasan
 Huraian
 Demonstrasi
 Bercerita
 Pembacaan
 Memberi nota

5. Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang
melakukannya ialah:
 Soal jawab
 Latih tubi
 Bercerita
 Membuat latihan
 Penerangan, penjelasan, huraian
 Perbincangan
 Inkuiri
 Penemuan
 Bacaan
 Sumbang saran
 Demostrasi oleh pelajar
 Kerja amali
 Eksperimen
 Projek
 Kuiz
 Penyelesaian masalah
 Reka cipta
 Pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan
 Main peranan
 Lakonan
 Simulasi
 Membuat nota sendiri
 Lawatan
 Pengajaran berprogram
 Pembelajarean berbantu komputer
 PAK (Pembelajaran Akses Kendiri)

6. Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan
kekurangan.

Kaedah lain yang sesuai


 Kaedah Eklektik
 Kaedah ini adalah kaedah campuran – campuran kaedah-kaedah mengikut kesesuaian
murid, situasi bilik darjah dan bahan-bahan bacaan yang digunakan. Ada yang
menggunakan penujuan sintetik, ada penujuan analitik dan ada pula penujuan sintetik-
analitik.

 Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. Bagi bahasa Melayu, kesan yang
didapati apabila seseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini, ialah seolah-olah mereka
memikirkan kaedah ini adalah yang paling sesuai untuk mengajar membaca bagi kanak-
kanak Melayu kita.
 Kemudian jika diperhatikan betul-betul cara kaedah ini diterapkan, agak banyak yang
mengajar kurang sistematik. Jadi kerap kali kaedah ini menjadi akedah cacamurba,
kerana asas gabungan itu kurang diperhatikan.

 Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar ‘eklektik’ tetapi
sistematik, yang mengambil perhatian keistimewaan sifat-sifat ejaan bahasa Melayu,
struktur suku-katanya, dan tatabahasanya di suatu pihak, dan keadaan pembelajaran
murid-murid Melayu di pihak lain. Maksudnya kita harus menciptakan Kaedah Eklektik
yang sesuai untuk mengajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama; tetapi
kaedah itu haruslah sistematik.

LAMAN WEB :
1. http://www.scribd.com/doc/4853453/PBK-kemahiran-bahasa

2. http://www.docstoc.com/docs/22588752/bahasa-kanak-kanak

3. http://www.scribd.com/doc/20747438/BONEKA-SIAP

4. http://www.scribd.com/doc/3392892/Pembelajaran-Masteri

5. http://blog.cepatbaca.com.my/20070808/jom-kenali-kaedah-mengajar- membaca-
sukukata/

6. http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-membaca.html

7. http://sharidah-mimi.blogspot.com/2009/12/strategi-pengajaran-bacaan.html

8. http://www.teachersrock.net/masteri3.htm

Tajuk 4 Kemahiran Kefahaman

1. Definisi Kefahaman

1. Keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yang


dipelajari (dibaca dan sebagainya)
2. Hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu
3. Berkaitan dengan kognisi

2. Tahap Kefahaman
Selain masalah bacaan nyaring, kanak-kanak juga menghadapi masalah memahami apa yang
dibaca. Masalah tidak memahami isi bahan bacaan tentu akan mengganggu proses
pembelajaran murid berkenaan. Guru dapat mengesan masalah memaham di kalangan
muridnya berdasarkan pemerhatian dan juga melalui aktiviti-aktiviti soal jawab, kuiz,
menceritakan semula, merumus petikan, dan sebagainya.

1. Memahami maksud perkataan dan ayat


2. Membuat urutan idea
3. Hubungan sebab dan akibat
4. Membuat andaian
5. Membuat tafsiran/ andaian

Antara masalah dalam kefahaman bacaan adalah:


i) gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas,
sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya,
ii) tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat “Panjatlah
lagi pokok itu.” yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok,
iii) gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan
bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca,
iv) lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca,
v) gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca,
vi) tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang
dibaca,
vii) tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam
buku.

Masalah pemahaman bacaan akan menjejas pencapaian dalam pelajaran secara


keseluruhannya sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah.
Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran yang
boleh merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Antaranya adalah seperti
melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep, carta alir terutamanya untuk
melatih membuat urutan peristiwa, membuat carta organisasi, menggunakan kamus untuk
mendapatkan makna perkataan, dan yang paling penting adalah melalui teknik penyoalan
seperti teknik soalan 5WH (what, who, , where, when,why, dan how).
3. Strategi Pengajaran-Pembelajaran Kefahaman

Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran yang
boleh merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Antaranya adalah seperti
melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep, carta alir terutamanya untuk
melatih membuat urutan peristiwa, membuat carta organisasi, menggunakan kamus untuk
mendapatkan makna perkataan, dan yang paling penting adalah melalui teknik penyoalan
seperti teknik soalan 5WH (what, who, , where, when,why, dan how).
http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-membaca.html

Alat-alat berfikir seperti pemetaan semantik dan pengurusan grafik membantu kita
menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih
tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu. Ia juga boleh membantu kita
membuat pengurusan lisan , mengurus pemikiran secara visual dan terkawal. Dengan itu,
kefahaman kita tentang terhadap sesuatu dapat ditingkatkan.

http://ramlanhamzah.tripod.com/RM/id1.html

1. Pemetaan semantik

Proses pemahaman selain berkaitan dengan proses visual, juga berkaitan dengan proses non-
visual. Bahagian terpenting dari informasi non-visual yang cukup berperanan dalam proses
pemahaman adalah skemata. Dalam proses pemahaman, menurut teori skemata, dimainkan
oleh skemata-skemata yang dimiliki oleh seorang pembaca, serta tingkat kedalaman
pemahaman itu sangat dipengaruhi oleh latar belakang skemata isi. Menurut penulis,
pengaktifan skemata isi dapat dilakukan dengan pemetaan semantik (semantic mapping).

http://journal.um.ac.id/index.php/bahasa-seni/article/view/2492

Kegunaan :
   1.  Mengambil nota.
   2.  Simpanan nota ringkas.
   3.  Memanggil maklumat.
   4.  Mengembangkan isi.
   5.  Menyelesaikan masalah.
 Disesuaikan/mempunyai perkaitan rapat  dari bentuk saraf otak manusia. Kebetulan ia juga
boleh dikaitkan dengan bentuk dan kekukuhan akar tumbuhan.
 Digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Ia boleh digunakan mengikut
kesesuaian. Guru dan pelajar boleh membuat peta minda mengikut aktiviti yang dijalankan.
 Peta minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri
kerana ia dibuat berdasarkan kefahaman, cara mengingat dan cara mengolah yang amat
tersendiri dan bersifat individu.
 Pemetaan semantik: membantu pelajar dalam proses mengarang

Antara bentuk peta minda adalah :


   1.  Pengkelasan
   2.  Rantai urutan
   3.  Kitaran
   4.  Kitaran (berpusat)
   5.  Tangga hiraki
   6.  Pohon fikiran
   7.  Pengkelasan (berpusat) 

Panduan membuat peta minda 


Bahan :
1. Pen/pensel berwarna.
2. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas lukisan adalah
dianggap baik).

Persediaan :
   a.  Kenalpasti konsep/idea utama.
   b.  Bina dengan pantas.
   c.  Bina dengan riang dan positif.
   d.  Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan.
   e.  Dalam keadaan selesa & tenang.
   f.   Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri.

Langkah-langkah dalam membina peta minda :


1. Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas.
2. Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau gambar yang sesuai.
3. Bentuk cabang-cabang kasar dari tajuk utama – satu cabang untuk satu isi utama.
4. Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang.
5. Lakar cabang-cabang kecil yang halus sedikit dari cabang utama. Tuliskan maklumat
tambahan.
6. Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran.
7. Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari cabang tambahan.
Tuliskan maklumat tambahan.

Strategi-strategi untuk menjadikan peta minda lebih bermakna dalam ingatan :


1. Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya.
2. Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang tambahan
berikutnya.
3. Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah kita.
4. Gunakan anak panah/warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau cabang-
cabang.
5. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan.

http://btpn.moe.edu.my/pspnns/Unit_PSM&HE.PKG/kbkk.htm

2. Carta organisasi
 Carta Organisasi tidak mempunyai definisi yang khusus. Namun demikian ianya bolehlah
ditakrifkan atau diertikan sebagai :-
“ Satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan, kedudukan tempat atau
posisi seseorang individu di dakam sesuatu organisasi selaras dengan bidang kuasa
( authority) , tugas dan tanggungjawabnya. ”
 Carta Organisasi bukan sekadar bertujuan memaparkan bagaimana sesebuah organisasi
itu perlu ditadbirkan mengikut struktur operasi organisasi itu tetapi carta itu perlulah
menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab tiap-tiap anggota organisasi itu. Setiap
individu itu perlulah diberikan peranan yang khusus supaya tidak berlaku pertindihan tugas
dan kekeliruan yang akan menghalang dan mejejaskan kelicinan perjalanan organisasi itu.
http://arifomar.blogspot.com/2008/12/organisasi-adalah-lebih-dari-apa-yang.html
 Bentuk struktur organisasi dalam kebanyakan organisasi adalah terlalu kompleks untuk
difahami . Bagi mengatasi masalah ini, carta organisasi digunakan untuk menjelaskan
sistem atau susunan pengorganisasian dalam sesebuah organisasi .
 Cara organisasi merupakan gambarajah yang menunjukkan fungsi-fungsi jabatan , unit-
unit , atau individu-individu dan bagaimana mereka berkait antara satu sama dengan lain.
 Unit –unit yang berasingan ditunjukkan dalam kotak-kotak segiempat yang berasingan.
Kotak-kotak ini pula terus dihubungkan antara satu sama lain menggunakan garisan terus .
Garisan ini juga dapat menunjukkan rantaian perintah dan saluran rasmi komunikasi antara
unit dalam organisasi.
 Secara umumnya carta organisasi dapat menunjukkan lima aspek pengurusan berikut:
a) Pembahagian Kerja
b) Hubungan ketua-pekerja bawahan
c) Jenis kerja yang dijalankan
d) Pengumpulan bahagian-bahagian kerja
e) Tingkat pengurusan
Ini dapat membantu kefahaman struktur yang menunjukkan fungsi, aktiviti dan hierarki di dalam
sesebuah organisasi.

3. Carta aliran
 Alatan logik popular yang menunjukkan secara grafik jujukan operasi atau aliran kerja yang
akan dilaksanakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
 Dengan lain perkataan carta alir menunjukkan algoritma dalam bentuk grafik.
 Carta alir selalunya dibina di peringkat awal apabila sesuatu masalah pengaturcaraan
hendak diselesaikan.
 Carta ini sangat berguna untuk memahami logik masalah yang hendak diselesaikan.
 Apabila carta alir telah dibina, adalah mudah untuk menulis atur cara komputer dalam apa
jua bahasa pengaturcaraan.

http://books.google.com.my/books?
id=eQ995zdkW0gC&pg=PA41&lpg=PA41&dq=definisi+carta+aliran&source=bl&ots=uNErbM-
KQK&sig=mhAS4Q1loYcymlX4VOVPps9FXfI&hl=en&ei=hZY5TODYC5G2rAeHuP35CA&sa=X
&oi=book_result&ct=result&resnum=2&ved=0CBkQ6AEwATgK#v=onepage&q=definisi
%20carta%20aliran&f=false
 Carta aliran kerja bolehlah dimaksudkan sebagai gambaran secara grafik atau gambarajah
ke atas tindakan-tindakan yang terlibat dalam aktiviti atau prosedur.
 Carta aliran kerja ialah gambaran secara grafik atau gambarajah ke atas tindakan-tindakan
yang terlibat dalam sesuatu aktiviti atau prosedur.
 Carta aliran kerja menggambarkan secara grafik atau gambarrajah ke atas tindakan-
tindakan yang terlibat dalam satu-satu aktiviti. Setiap langkah yang diambil hendaklah
mengikut urutan yang betul dan jelas dilihat, iaitu dengan menunjukkan secara jelas dan
ringkas peringkat permulaan dan peringkat selesai. Dengan adanya carta aliran akan dapat:
i. Memberikan kefahaman kakitangan mengenai tugas dan tanggungjawab
masing-masing.
ii. Menunjukkan dimana berlaku kelewatan, ‘bottle neck’ dan kerja berulang-ulang.
iii. Menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan.
 Penggunaan simbol-simbol tertentu dalam carta aliran adalah perlu disediakan selepas
penyediaan proses kerja. Langkah-langkah bagi penyediaan carta aliran adalah seperti
berikut:
i. Rujuk proses kerja akitiviti yang terlibat.
ii. Sediakan carta aliran kerja terperinci berdasarkan proses kerja aktiviti tersebut.
iii. Gunakan simbol-simbol carta aliran yang ditetapkan.
 Carta aliran kerja diperlukan kerana ia dapat memperlihatkan dengan jelas setiap langkah
atau tindakan yang perlu diambil mengikut urutan yang betul,iaitu menunjukkan peringkat
permulaan dan peringkat selesai yang dijelaskan secara ringkas.
 Carta aliran memberikan kefahaman kepada staf mengenai tugas dan tanggungjawab
masing-masing. Selain itu, carta aliran juga dapat menunjukkan di mana berlaku kelewatan,
“bottleneck’ dan kerja berulang-ulang. Ia juga dapat menunjukkan gambaran menyeluruh
mengenai aktiviti yang dilakukan.
 Simbol-simbol tertentu digunakan dalam carta aliran. Simbol-simbol itu termasuklah simbol
tindakan, simbol aliran, simbol pilihan/keputusan,simbol tindakan serentak dan simbol
penyambung.
http://gurubashid.com/blog/fail-meja-ketua-panitia-dan-manual-prosedur-kerja/carta-aliran-
kerja.html

Simbol-simbol yang digunakan:-


nrlazmi.blastgroups.com/FileDownload/files/0/765

4. Pengurusan Grafik
 Menghasilkan tujuan yang jelas untuk belajar kandungan pelajaran
 Memperlihatkan apa yang sudah diketahui sebagai asas untuk belajar yang baru
 Secara aktif mencadang dan menilai kemungkinan perhubungan dalam kandungan yang
dikaji
 Mentadbir proses berfikir mereka sendiri
http://www.slideboom.com/presentations/145399/Pengajaran-Pembelajaran-KBAT

 Memberi penjelasan untuk kefahaman pelajar.


http://www.scribd.com/doc/2882944/MAKSUD-ISTILAH-KONSEP-

 Sejenis alat berfikir


 Membantu mengurus fikiran
 Tidak akan berfungsi tanpa kemahiran berfikir
 Bentuk dan corak boleh diubahsuai
http://www.scribd.com/doc/4025887/Kemahiran-Berfikir?secret_password=&autodown=doc

 Digunakan untuk mengumpul, menyenarai dan menganalisis fakta dan data untuk
membantu menghurai masalah / situasi / kandungan
 Antaranya adalah :
   1.  Membanding dan membeza.
   2.  Mengkelaskan.
   3.  Membuat urutan.
   4.  Menyusun mengikut keutamaan.
   5.  Membuat ramalan.
   6.  Menerangkan sebab.
   7.  Mengusul periksa andaian.
   8.  Membuat inferens.
   9.  Mentafsir maklumat.
 10.  Membuat gambaran mental.
 11.  Membuat analogi.
 12.  Membuat keputusan.
http://btpn.moe.edu.my/pspnns/Unit_PSM&HE.PKG/kbkk.htm

Tajuk 5 Pentaksiran dan Penilaian dalam Kemahiran Lisan, Membaca


dan Kefahaman

Kemahiran DEFINISI & TUJUAN CARA LAIN-LAIN Matlamat


/ KONSEP PENTAKSIRA PENTAKSIRAN
N pengajaran
komponen

Bahasa  Kenalpst  Ujian  Komponen bhsa


i Diagnostik: lisan :
Lisan  kemahira kelemah  Mengesan  Fonologi – bunyi  dpt lafaz
n an & mslh pmbljrn  Semantik – makna ucap
menyebu kekuata yg dihadapi  sintaksis – susunan tatasusila.
t& n murid murid &  morfologi – prbhn
bunyikan  Utk puncanya bg makna
bunyi2 meranca membolhkn  pragmatik –  Dpt ajuk
bahasa ng intervensi/pr pggunaan bunyi
dgn RPI/RPH ogram yg perkataan
pengujar  Utk khusus & ayat yg
an tentukan dsediakan bg  bahasa ekspresif : didengar
kata2/ay penemp mmbntu mrd  bhsa yg digunakan
at dalam atan berkenaan o pggunanya utk
intonasi,  Kenalpas menyatakan  bersoal
nada ti mslh pemikiran, idea, jwb utk
(tekanan yg  Komponen emosi & nilai. dpt mklmt
suara), dihadapi Ujian  T’capai melalui
jeda pljr Diagnostik: pncapaian darjah
serta  Utk  Ujian pguasaan &  menyatak
helaan kemajua saringan- kefasihan bhsa yg an
yang n murid knlpsti mrd tggi. permintaa
betul.  Utk baiki brmslh  Masalah – n ikt
kelemah  Pemerhatian o Sukar situasi
an & – kumpul ekspresika
tetapkan mklmt n bhsa
interven pncapian lisan  dpt
si awal. mrd o Xbyk bergaul &
bertutur beriteraks
o Sukar i
komunikas
i
o Sukar igt &  bleh
atur komunikas
perkataan. i dgn
msyrkt

 Bahasa reseptif :
 X faham bhsa yg  cerita
dituturkn oleh org semula
lain ssuatu
 Masalah – perkara
o sukar guna
faham & perkataan
ikut sendiri
petunjuk
o xfhm
ugkapan  mendgr&
pjg & mmberi
kompleks gerak
o sukar balas kpd
permintaa
faham
n, arahan
mksd
& cerita.
kiasan
o perlu
huraian
 Mengenal
jelas &
pasti arah
ulang
bunyi.
o blh baca
tp x fhm
 Faham &
lakukan
arahan
dgn betul.
Bacaan  Kenalpst  Faktor masalah  Dpt
i bacaan: kenal&ca
 Keupaya kelemah  IPP2M  Lemah mental m btk &
an an & (Instrumen (pengamatan) bunyi
seseoran kekuata Penentu  Kecacatan fizikal, huruf pd
g n murid Penguasaan pndgrn, alt simbol yg
mengeca  Utk 2M) artikulasi, pglhtn dilihat
mkan meranca  PKBS, atau  emosi  Blh baca
bentuk ng  pemerhatian  perskitaran & faham
visual & RPI/RPH guru, atau  ltr blkg bhsa apa yg
mghubun  Utk  perbincangan lemah dibaca
gkan btk tentukan dgn guru  Tmbh
itu dgn penemp besar, guru perbndaha
bunyi atan darjah, guru  3 tahap bacaan: raan
ataupun  Kenalpas BM, ibu bapa  Pra bacaan perkataan
makna ti mslh  mekanis  Dpt baca
yg yg  mentalis ikt arah &
diketahui dihadapi cara yg
melalui pljr betul
pglm &  Utk  Membina
mampu kemajua minat
mentafsi n murid membaca
rkan  Utk baiki
mksudny kelemah
a. an &
tetapkan
interven
si

Penilaian Kemahiran Bahasa


Penilaian Kemahiran Lisan
 Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur.
 Kemahiran mendengar
=Kemahiran paling asas
=Berlaku pada peringkat penerimaan
=Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir
apa yg didengar.
 Kemahiran bertutur
=Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi
=Peringkat penglahiran
=Perlu ditiru & diajuk
=Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya
menjamin ajukan yg baik.

 Tujuan kemahiran lisan :


1. Menyebut perkataan / ayat dgn betul
2. Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
3. Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
4. Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap, menyatakan
perasaan dan kehendak)
5. Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg sesuai, &
perbendaharaan kata yg luas.

 Kemahiran-kemahiran yang boleh


1. Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul
2. Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul.
3. Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar, & menghormati pertuturan org
lain.
4. Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
5. Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.
6. Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.

 Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:


1. bacaan kuat
2. syarahan
3. perbahasan
4. bercerita
5. perbincangan
6. hafazan
7. temu bual
8. soal jawab
9. nyanyian
10. deklamasi sajak
11. mendengar dan memberi respon secara lisan
 Penilaian lisan membolehkan guru :
1. mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan
bertutur secara gramatis.
2. mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
3. mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
4. mengesan kelancaran dalam sebutan.
5. mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

 Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti


yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.
 Cth : PLBS
 menyediakan instrumen
1. soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
2. aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
3. pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
4. aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

http://pentaksiranbahasamelayu.blogspot.com/2009/09/penilaian-kemahiran-bahasa.html

Tajuk 6 Kajian Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran

1. Aspek-aspek dalam Sukatan Bahasa Melayu dan Pemulihan Khas Bahasa


Kemahiran

Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca,


dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa
baku. Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti,
memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta
dapat memberikan maklum balas. Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid
berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat,
perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara
sopan. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.
Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi,
jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai
teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Kemahiran
menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan
yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti
mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif.

Hasil pembelajaran
Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa.
Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang set kemahiran yang
perlu dicapai oleh murid. Hasil pembelajaran dibina dengan menyepadukan kemahiran bahasa,
sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa
yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran dapat membantu guru
memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan.
Pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai dapat membantu murid
mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat
pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

Aktiviti
Cadangan Aktiviti / Nota dalam lajur ketiga mengandungi cadangan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta bahan bantu belajar di bilik darjah. Cadangan tersebut disesuaikan dengan
Huraian Hasil Pembelajaran serta mengambil kira elemen yang terkandung dalam pengisian
kurikulum, contohnya kemahiran meramal dan membuat pilihan menggunakan kajian masa
depan atau mengaplikasikan jenis kecerdasan pelbagai yang unik bagi seseorang murid.
Semua cadangan ini hanyalah sebagai panduan untuk guru. Guru boleh mengubah suai atau
memilih teknik atau aktiviti lain yang sesuai dengan kebolehan murid.

Tajuk 7 Bahan Bantu Belajar

1. Kepentingan Bahan
Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan BBM
bolehlah dirumuskan seperti berikut:

a) BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep

b) Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar

c) Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

d) Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di


kalangan pelajar

e) Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.

f) Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.

g) Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan
beragam.

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:

a) Memberi rangsangan dan minat murid-muird.

b) Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran


dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.

c) Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran


mereka lebih kekal.

d) Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara
lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.

e) Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan


perbendaharaan kata.

f) Ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat


menambahkan lagi bacaan murid-murid.

Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat:

a) Menjimatkan masa

b) Dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid


c) Menyeronokkan murid-murid.

http://www.scribd.com/doc/12807608/Definisi-ABM

2. Jenis Bahan

Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang boleh
digunakan untuk membantu guru dalam proses pembelajaran. Dalam tugasan ini jenis-jenis
sumber pengajaran dan pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi
maklumat dan bahan maujud. Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza
tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi
pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran.

Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik untuk melihat serta
mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak langsung murid dapat
memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru. Dengan cara ini juga, objektif yang
hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan hasilnya akan lebih
memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu
sendiri.

Bahan Maujud

Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit
atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata
yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah
diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah
kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan
maujud. Manakala dari segi sumber P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat
komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains.

Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu realia asli, realia awet dan spesimen.
Realia asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup. Bahan yang
pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup contohnya cacing
tanah. Manakala bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. Realia awet
pula mestilahberasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam
bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen.

Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-
hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan
hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan awetan. Contoh
bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan
maujud boleh menggunakan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan
didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka
dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan
murid-murid.

Bahan cetak

Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yangmempunyai tulisan dan wujud
secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Ciri penting pada bahan
bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan
tangan mana-mana individu.

Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog,
kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak seperti ini
banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan
oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing.

Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-
guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini
murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu ia adalah bahan yang kekal dan mudah
dirujuk pada bila-bila masa.

Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan ia menjadi
sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan.

Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini.
Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku
teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga tidak boleh disunting dan akan menjadi
masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi
ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu
kemudian dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk
mengikut peredaran zaman.

Bahan teknologi maklumat

Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang


semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid. Teknologi Maklumat (Information
Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat
jika digunakan secara betul. Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang
berkemahiran kerana pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan P&P itu.

Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini, mereka boleh menggunakan portal
pendidikan, internet dan intranet, rangkaian LAN dan akhir sekali ialah multimedia. Komputer
adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi
pelajaran dalam proses P&P. Pada masa kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana
terdapat perisian- perisian yang percuma disediakan oleh kerajaan di mana isi perisian tersebut
bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Banyak kelebihan bahan ini di mana jika
ia digunakan secara betul jadi guru perlu selalu memantau pergerakan murid-murid semasa
proses P&P sedang berlangsung.

Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana mereka akan tertarik
dengan grafik yang ada pada bahan ini di mana secara tidak langsung telah menarik perhatian
mereka. Selain itu murid-murid mudah untuk mengulangkaji apa yang telah dipelajari dan guru
juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat perubahan yang
perlu dibuat. Secara keseluruhannya penggunaan bahan teknologi maklumat ini adalah banyak
kelebihannya berbanding kelemahan yang ada dan dengan bimbingan daripada guru.
Walaubagaimanapun tidak dinafikan kelemahan yang mungkin timbul tetapi ia akan dapat
diatasi dengan mudah sekiranya pengisian yang menarik daripada guru dihasilkan.

http://www.scribd.com/doc/21171336/PSK-TUJUAN-PENGGUNAAN-SUMBER-PENGAJARAN-
DAN-PEMBELAJARAN-sid
3. Ciri-ciri Bahan

1. Kesesusaian
a. Sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak
b. Saiz bahan bantu belajar yang direka adalah sesuai digunakan di dalam
bilik darjah untuk kelihatan semua murid.
c. Sesuai dengan isi pelajaran murid-murid
d. Harus membawa manfaat kepada guru dan murid-murid.
e. Sesuai dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan pengalaman murid-murid.
f. sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah, seperti sama ada
elektrik, plug, dapat digelapkan dan sebagainya.

g.

h. selamat digunakan oleh murid-murid supaya tidaka mendatangkan


sebarang kemalangan yang tidak diingini.

2. Pelbagai kegunaan
a. Ini dapat menjimatkan tenaga, kos, masa atau sebagainya dalam P&P.

b. Contoh: Guru dapat menyimpan semua bahan pengajaran dalam


komputer dan ini menjimatkan tenaga dan kos yang diperlukan untuk
menyediakan BBM.

c. Boleh digunakan dalam beberapa subjek. Contohnya, bahasa melayu


dengan matematik.
d. Boleh digunakan oleh murid-murid pada bila-bila masa bagi
mengkukuhkan ilmu mereka.

3. Mudah Alih

a. senang dibawa, difahami dan dimudah alih oleh guru mahupun murid-
murid. Ini memberi peluang kepada murid belajar dengan lebih berkesan.

b. Menyenangkan guru untuk menyimpan.


c. Senang digunakan semasa di dalam bilik darjah.

Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar

Proses untuk menyediakan atau memilih Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaian
tidak sepatutnya diabaikan. Ini bagi memastikan segala Bahan Bantu Mengajar yang
digunakan oleh guru mahupun pelajar mesti membawa manfaat kepada kedua-dua
pihak. Beberapa kajian telah turut dijalankan dalam memastikan ciri-ciri yang sesuai. Di
sini diturunkan beberapoa kajian yang berkaitan dengan ciri-ciri bahan yang akan
digunakan sewaktu pengajaran pembelajaran.

Sebagai panduan am, Abdul Rahim ( 1989, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s. 12), telah
menyenaraikan beberpa ciri penting dalam membuat pemilihan media pengajaran.
Menurut beliau kesesuaian dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan pengalaman pelajar
itu sendiri adalah penting. Begitu juga fakta yang dikemukakan haruslah kemas kini,
tepat, tidak berat sebelah dan logik. Teknik seperti bunyi yang jelas, saiz penglihatan
dan warna harus juga diambil kira. Beliau turut menekankan ciri fizikal seperti selamat
digunakan, mudah digunakan dan disimpan,tahan lasak, ringkas dan sentiasa kemas
kini. Bahan-bahan ini adalah lebih baik jika boleh dikaitkan dengan mata pelajaran lain.
Kesemua aspek ini amat berguna kepada guruguru kerana beliau banyak menekankan
cara pemilihan yang tepat.

Kepentingan ciri Bahan Bantu Mengajar ini juga dijelaskan oleh Razali (1990, dalam
Zaiton Zainal, 1991, m.s.15) mengariskan beberapa kriteria pemilihan bahan seperti
berikut:

1. tepat dengan tajuk


2. tahan lama dan ekonomi
3. saiz yang mudah dilihat serta menarik perhatian pelajar
4. mudah disimpan
5. kepelbagaian penggunaan.
Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan Bahan Bantu Mengajar juga
telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002, m.s. 21). Kajian
Barry ialah tentang keberkesanan arahan dan gambar berwarna yang realistik dan
bukan realistik. Di mana dalam kajian ini, beliau telah menguji dua teori yang berlainan
tentang kepentingan warna dalam pembelajaran dengan alat pandang. Hasil kajian
beliau mendapati warna memberi suatu demensi untuk pemahaman yang lebih, iaitu
pelajar dapat sesuatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atau perkara dan
menyenangkan lagi penyimpanan maklumat. Manakala Fungsi warna pula adalah
sebagai kod yang menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej.

Seterusnya, Noraziah (1981, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s. 13 ) memberi beberapa
ciri pemilihan bahan yang boleh diambil kira oleh seseorang guru iaitu bahan tersebut
tidak semestinya mahal, boleh dibuat oleh guru sahaja atau bersama pelajar dengan
bimbingan guru. Bahan itu perlulah sederhana dan mudah didapati, boleh digunakan
lebih dari satu mata pelajaran. Ia juga mudah di bawa, ringan dan mudah diganti,
mudah disimpan dan tidak merbahaya.

Tajuk 8 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran


1. Rancangan Pendidikan (RPI)

2. Komponen Rancangan Pengajaran Harian

A. Format Penulisan:

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran :
Kelas :
Bilangan :
Tarikh :
Tajuk :
Tema :
Hasil Pembelajaran/ :
Objektif
Masa :
Pengetahuan Sedia Ada :
Penerapan Nilai :
Bahan Bantu Mengajar :
Pendekatan :
Terapi :

Langkah Kandungan Aktiviti P & P Elemen Bestari


Set Induksi
(5 minit)

Langkah 1
(15 minit)

Langkah 2
(15 minit)

Langkah 3
(10 minit)

Langkah 4
(10 minit)

Penutup
(5 minit)

B. PEMILIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR:

Prinsip pemilihan Bahan Bantu Mengajar:


Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran, dan prinsip-prinsip
pemilihan bahan pengajaran bahasa dirumuskan seperti yang berikut :

1. Sesuai
- Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kesesuian dengan perkara-
perkara seperti berikut :

a) Objektif dan matlamat pengajaran bahasa


b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
c) Keadaan pelajar
d) Suasana pembelajaran
e) Minat pelajar

2. Mencabar
- Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu
rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang
dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka
untuk terus belajar.

- Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar pemikiran


pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan- bahan yang
mengandungi ciri-ciri berikut :

a) Bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak.


b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks.
c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai
hubungan yang bersepadu.
d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif)
e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif)
f) Bahan yang umum kepada teori.
g) Bahan masakini kepada masa akan datang.

3. Menepati
- Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan
pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran
yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa,
proses pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum
pengajaran bahasa adalah berdasarkan ciri-ciri yang berikut:

a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.


b) Susunan bahan
c) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat.
d) Maklumat yang kemaskini
e) Perbendaharaan kata yang sesuai
f) Bahan pengajaran yang diperakui.

4. Menarik
a) Reka letak; peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah
disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan
memydahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.

b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur pelajar.

c) Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.

5. Mudah alih
- Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa
kemana-mana,dan tidak terlalu berat atau besar.

6. Jimat dan mudah


- Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidak semestinya
mahal.sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya
dengan menggunakan bahan terbuang.

C. REFLEKSI
- Amalan refleksi ada amat penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan. Dengan
penggunaan proses refleksi, guru dapat menggunakan teori pengajaran dan
pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran
muridnya, lalu membaiki dan mengubahsuai rancangan, kaedah dan teknik mengajar ke
arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Sumber rujukan:
http://www.scribd.com/doc/25146893/Konsep-Bahan-Bantuan-Mengajar-Dan-Ciri

You might also like