You are on page 1of 3

Soalan 1.

Syarikat Malaysia Boleh Berhad mengeluarkan pizza segera. Ianya terpaksa melalui 2
jabatan pemerosesan. Jabatan pemerosesan A untuk membuat intinya. Inti ini dimasukkan
ke jabatan pemerosesan B bagi menghasilkan pizza segera.

Butir-butir berikut diambil dari jabatan pemerosesan A yang menghasilkan inti.


Tingkat keluaran setahun 100,000 unit
Kos-kos pengeluaran seunit :-
Bahan RM 1.50
Buruh 1.00
Overhed berubah 0.40
Overhed tetap 0.50
----------------
RM 3.40
==========
Jabatan pemerosesan B menunjukkan butir-butir berikut untuk seunit keluarannya.
Harga jualan RM 8.00
Bahan : Inti 3.40
Kulit 0.50
Buruh langsung 0.80
Overhed berubah 0.30
Overhed tetap 1.20

Anda dikehendaki:-

(a) Pihak pengurusan meminta pendapat anda sama ada Jabatan pemerosesan B patut
ditutup atau diteruskan operasinya. Jika jabatan pemerosesan B ditutup, inti pizza itu
boleh dijual dengan hargaRM5.00 seunit.
[12]

(b) Sebagai alternatif kedua, syarikat boleh meneruskan pengeluaran pizza segera
dimana inti pizza boleh dibeli dari syarikat asing dengan harga RM2.50 seunit. Jika inti
pizza itu dibeli,kos mengangkut item itu adalah sebanyak RM0.10 seunit dan ditanggung
sendiri. Nasihatkan pihak pengurusan sama ada patut membeli atau membuat sendiri.
[8]

(c) Apakah perkara yang patut dipertimbangkan sekiranya salah satu jabatan ditutup.
[5]
Soalan 2

Syarikat Cdrom Bhd telah diberi satu tawaran kontrak untuk mengeluarkan dan
membekal 4,000 perakam CD khas setahun selama 2 tahun.

Persetujuan telah dibuat bahawa syarikat akan dibayar RM700 seunit untuk tahun
pertama dan meningkat RM50 untuk tahun kedua.

Jumlah pembayaran akan diselesaikan dalam 3 ansuran seperti berikut:-


(a) 30% akan dibayar sewaktu tandatangan dibuat
(b) 30% lagi akan dibayar setahun kemudian
(c) 40% selepas penyelesaian kontrak

Kos yang diperlukan untuk mengeluarkan perakam khas ini adalah seperti
berikut:-

(a) Bahan mentah


Jenis Kuantiti Stok semasa Harga semasa Harga selepas
diperlukan (kg) dalam gudang sekilo setahun sekilo
(kg) RM RM
X 3 - 20 21
Y 2 10,000 22 24
Z 1 5,000 40 44
Bekalan bahan X akan dibeli dengan serta merta
Bahan Y tidak boleh digunakan untuk tujuan lain
Bahan Z boleh digunakan untuk mengeluarkan alat-alat yang lain. Maka syarikat tidak
akan mempunyai baki stok pada akhir setiap tahun.
Bekalan bahan Y dan Z, jika diperlukan dan dibeli untuk kontrak ini akan diperolehi
selepas setahun.

(b) Buruh langsung


25 orang pekerja tambahan diperlukan untuk tawaran ini. Pekerja-pekerja tetap yang
sedia ada boleh membantu projek ini tanpa menjejaskan pengeluaran yang lain. Pekerja
tambahan akan bekerja selama 8 jam sehari dan 260 hari setahun. Kadar upahnya adalah
RM 15 per jam bagi tahun pertama dan meningkat menjadi RM 20 per jam bagi tahun
kedua.

(c) Overhed kilang.


Jumlah kos overhed kilang berdasarkan penggunaan jam mesin. 13 jam diperlukan untuk
menghasilkan seunit perakam khas. Jumlah kos overhed kilang ialah RM20 per jam
mesin bagi tahun pertama dan RM25 per jam bagi tahun kedua. Susut nilai RM2 per jam
mesin telah termasuk dalam pengiraan kos tetap yang tidak berubah langsung bagi kedua-
dua tahun iaitu RM9 per jam mesin. Kos tetap akan berlaku tanpa mengira kontrak ini
diterima atau tidak
Maklumat tambahan:-
(a) 10 buah mesin yang sedia ada sekarang boleh digunakan untuk projek ini. Jika
kontrak ini tidak diterima, mesin itu akan dijual dengan harga RM150,000 sebuah.
Kos asal RM2,000,000. Pada akhir tahun kedua, nilai skrap setiap mesin dianggarkan
RM30,000 sahaja.
(b) Andaikan bahawa semua penerimaan dan pembayaran berlaku pada hujung
tahunyang berkaitan. Kos modal 9% setahun

Anda dikehendaki menyediakan :-

(1) Laporan untuk menunjukkan sama ada tawaran ini patut diterima atau tidak dari segi
kewangan.
[18m]
(2) Berikan alasan-alasan yang lain mengapa tawaran ini patut diterima
[4m]
(3) Berikan 3 sebab mengapa analisis keputusan perbelanjaan modal modal penting
[3m]

Kos modal 9% T1 0.9174 T2 0.8417 T3 0.7722 T4 0.7084 T5 0.6499

You might also like