You are on page 1of 7

Frasa Sendi Nama

Definisi

- Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata
sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi
itu. Frasa sendi nama juga menentukan tempat dan arah sesuatu. Tanpa kata
sendi, kita tidak akan dapat menyatakan tempat, arah, dan kedudukan sesuatu
kata nama.

Antara kata sendi nama yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah :

1. Di 14. Sampai 27. Laksana

2. Ke 15. Menerusi 28. Dalam

3. Dari 16. Melalui

4. Daripada 17. Mengenai

5. Pada 18. Berkenaan

6. Kepada 19. Berkaitan

7. Untuk 20. Antara

8. Akan 21. Demi

9. Bagi 22. Seperti

10. Hingga 23. Bagai

11. Oleh 24. Umpama

12. Dengan 25. Sejak

13. Tentang 26. Terhadap


Penggunaan kata sendi nama.

a) Kata sendi nama “di “

- Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama
yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata
nama atau frasa nama yang mengikutnya.

- Contohnya dalam ayat :

1. Bapanya menjadi pekebun di sekolah itu.


2. Kanak-kanak itu telah dijumpai sesat di dalam hutan itu.
3. Pertunjukkan artis itu telah diadakan di Kuala Lumpur.

b) Kata sendi nama “ ke “

- Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat
atau arah yang dituju,dan juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama untuk menunjukkan waktu atau masa.

- Contohnya :

*Menunjukkan tempat atau arah

1. Kami akan ke Kelantan esok.


2. Pemuda itu terjun ke dalam sungai.
3. Semua pendatang asing telah di hantar pulang ke negara masing-
masing.

*Menunjukkan waktu atau masa

1. Mesyuarat itu berlangsung dari pukul 8.00 malam ke pukul 10.00 malam.
2. Ramli menunggu rakannya di restoran itu dari pagi ke petang.
3. Mereka mengadakan lawatan dari semasa ke semasa.
c) Kata sendi nama “ dari “

- Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah,
tempat, atau waktu.

-Contohnya :

*Menunjukkan tempat atau arah

1. Angin kencang bertiup dari arah selatan.


2. Kereta itu membelok dari kiri ke kanan.

*Menunjukkan waktu atau masa

1. Perkara itu telah diketahui dari pagi lagi.


2. Tempoh pembayaran bil itu bermula dari tarikh penyerahannya.

d) Kata sendi nama “daripada”

- Hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi
manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu
benda, dan perbezaan atau perbandingan.

- Contonya :

1. Daripada siapakah gerangan surat ini?


2. Cadangan daripada Aiman telah diterima sebulat suara.
3. Ubat itu diperbuat daripada herba.

e) Kata sendi nama “ kepada”

- Hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang
merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan
menyatakan perubahan keadaan.

- Contohnya :

1. Sisa kembalikan borang itu kepada kerani pejabat ini.


2. Abu mengirim surat kepada abang.
3. Bunga itu dibeli ayah untuk diberikan kepada ibu.
f) Kata sendi nama “pada”

- Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan


keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada
( manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu.

- Contoh :

1. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi.


2. Pertandingan itu akan bermula pada pukul lapan pagi.
3. Pada ketika itu, saya sedang tidur.

g) Kata sendi nama “untuk “ dan “ bagi”

- Kata sendi nama untuk dan bagi digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama, dengan fungsi tertentu seperti yang berikut :

* Menunjukkan kegunaan untuk sesuatu

1. Asrama (untuk / bagi) penuntut- penuntut Sabah sedang dibina.


2. Derma (untuk / bagi) anak-anak yatim akan dipungut.
3. Rumah (untuk / bagi) para guru telah siap dibina.

* Menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam


penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi.

1. Hadiah itu untukmu.


2. Tanah seluas tiga ekar itu untuk kami.
3. Pakaian baharu ini untuk mak.

h) Kata sendi nama “ demi”

- Perkataan demi bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan


kata nama dan frasa nama.

- Contohnya :

1. Demi kepentingan bersama, marilah kita berganding bahu


menyelesaikan masalah ini.
2. Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi mengekalkan perpaduan
dan keharmonian negara.
3. Demi negaraku yang tercinta aku sanggup berkorban apa sahaja.
i) Kata sendi nama “tentang “

- Digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak
tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikut kata
sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan.

- Contohnya :

1. Mereka berbincang tentang masalah sosial yang berlaku dalam


kalangan remaja sekarang.
2. Kami berbual tentang isu semasa yang berlaku dalam negara
sekarang.
3. Cerita itu mengisahkan tentang kehidupan anak yatim.

j) Kata sendi nama “seperti”, “bagai”, “umpama”, dan “laksana”

- Mempunyai fungsi yang sama, iaitu sebagai perkataan di hadapan kata nama
atau frasa nama yang membawa maksud perbandingan.

- Contoh :

1. Hatinya keras (seperti,bagai, umpama, laksana) batu.


2. Pasangan mempelai itu (seperti,bagai, umpama, laksana)
pinang dibelah dua.
3. Tumbukan peninju itu pantas (seperti,bagai, umpama, laksana)
kilat.

k) Kata sendi nama “sejak”

- Perkataan sejak atau semenjak bertugas membawa maksud penanda waktu


atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.

- Contoh :

1. Sarah sentiasa sugul (sejak, semenjak) kematian adiknya.


2. (Sejak,Semenjak) hari itu,saya tidak lagi berani melawan cakap
Ibu.
4. Mereka berkawal (sejak, semenjak) subuh lagi.
l) Kata sendi nama “terhadap”

- Kata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa
maksud rujukan yang melibatkan penyambut tetamu, sama ada manusia,
haiwan, atau benda.

- Contoh :

1. Seorang ketua harus sentiasa adil terhadap anak buahnya.


2. Jangan bersikap biadap terhadap orang tua.
3. Rasa belas kasihan terhadap binatang perlu wujud dalam diri
seseorang individu.

m) Kata sendi nama “akan”

- Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan
penggunaanya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif.

- Contohnya :

1. Wanita itu amat rindu akan anaknya.


2. Anak raja itu berahi akan Tuan Puteri Bongsu.
3. Kami sungguh benci akan sikapnya yang biadap itu.

n) Kata sendi nama “oleh”

- Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud
tertentu.

- Contoh :

1. Kuih itu dibeli olehnya.


2. Ia mati oleh (sebab) senjatanya sendiri.
3. Pencuri itu kena tangkap oleh polis.

o) Kata sendi nama “hingga” dan “ sampai”

- Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud
perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. Hingga dan sampai
dapat bertukar ganti antara satu sama lain.

- Contoh :
1. Pegawai itu berjaga (hingga, sampai) pagi.
2. Mereka mengaji al-Quran (hingga, sampai ) dinihari.
p) Kata sendi nama “dalam” dan “antara”

- Berfungsi sebagai kata arah. Hadir di hadapa kata nama dan frasa nama
yang membawa pengertian linkungan yang tidak mempunyai ruang atau
jarak.

- Contoh :

1. Dalam hal ini, kita semua setuju.


2. Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan
kita.
3. Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat yang
lalu.

You might also like