You are on page 1of 5

PANTUN BUDI

TENANG-TENANG AIR DI LAUT,

SAMPAN KOLEK MUDIK KE TANJUNG;

HATI TERKENANG MULUT MENYEBUT,

BUDI YANG BAIK RASA NAK JUNJUNG.

BUNGA MELATI BUNGA DI DARAT,

BUNGA SEROJA DI TEPI KALI;

HINA BESI KERANA KARAT,

HINA MANUSIA TIDAK BERBUDI.

BUNGA CINA DI ATAS BATU,

JATUH DAUNNYA KE DALAM RUANG;

ADAT DUNIA MEMANG BERGITU,

SEBAB EMAS BUDI TERBUANG.

ANAK BERUK DI TEPI PANTAI,

PANDAI MELOMPAT PANDAI BERLARI;

BIAR BURUK KAIN DIPAKAI,

ASAL HIDUP PANDAI BERBUDI.


MAKSUD PANTUN BUDI.
RANGKAP 1

 Budi perkerti yang baik akan senantiasa disanjung, diingati, dan menjadi sebutan orang.

RANGKAP 2

 Orang yang tidak bersopan dipandang keji atau rendah tarafnya sama seperti besi yang
sudah berkarat.

RANGKAP 3

 Sudah menjadi resam hidup, iaitu kekayan lebih diutamakan daripada budi bahasa.

RANGKAP 4

 Walaupun seseorang itu miskin, tetapi ia masih dipandang mulia sekiranya bersopan
santun.

TEMA
 budi perkerti yang baik disanjung dan dipandang mulia oleh masyarakat.

PERSOALAN
 orang yang tidak bersopan dipandang hina
 sikap mementingkan kekayaan mengakibatkan seseorang lupa pada budi bahasa.

BENTUK
 pantun ini terdiri daripada empat rangkap.
 Bilangan baris setiap rangkapnya sama,iatu empat baris serangkap (pantun empat
kerat).
 Panjang pendek barisnya hampir sama, iaitu antara 3 hingga 6 patah kata atau 9 hingga
10 suku kata. Cntohnya
TENANG-TENANG AIR DILAUT, (4 patah kata/9 suku kata)
SAMPAN KOLEK MUDIK KE TANJUNG; (5 patah kata/9 suku kata)
HATI TERKENANG MULUT MENYEBUT, (4 patah kata/10 suku kata)
BUDI YANG BAIK RASA NAK JUNJUNG. (6 patah kata/10 suku kata)
 Pantun diatas berbentuk terikat atau tidak bebas.
UNSUR-UNSUR BUNYI
 Asonansi. Contohnya, HINA BESI KERANA KARAT ( pengulangan vocal a)
 Aliterasi. Contohnya , ASAL HIDUP PANDAI BERBUDI. (pengulangan konsonan d)
 Rima akhir pantun terikat dengan struktur rima sengkelang, iaitu abab. Contohnya.
BUNGA MELATI BUNGA DI DARAT, [a]
BUNGA SEROJA DI TEPI KALI; [b]
HINA BESI KERANA KARAT, [a]
HINA MANUSIA TIDAK BERBUDI. [b]
 Jeda, iaitu hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun. Contohnya
BUNGA CINA / DI ATAS BATU.
JATUH DAUNNYA / KE DALAM RUANG;
ADAT DUNIA / MEMANG BERGITU,
SEBAB EMAS / BUDI TERBUANG.
[TANDA ( / ) BERMAKSUD TANDA JEDA / PEMERGGALAN PUISI/ SIZURA.]

UNSUR-UNSUR BAHASA
 Diksi ( pemilihan kata) bertetapan dengan maksud yang hendak disampaikan.
Contohnya: HINA BESI KERANA KARAT.
 Sinkof (singkatan kata) contonhya: BUDI YANG BAIK RASA NAK JUNJUNG.
 Repitasi (pengulangan kata dalam baris). Contohny : PANDAI MELOMPAT PANDAI
BELARI.
 Anaphora (pengulangan kata pada awal baris). Contohnya:
BUNGA MELATI DI DARAT,
BUNGA SEROJA DI TEPI KALI;
 Perlambanagn. Contohnya : SEBAB EMAS BUDI TERBUANG .( emas merupakan harta
benda/kekayaan)
NILAI

 Mengenang jasa. Contohnya, orang yang telah berjasa akan tetap dikenang dan
disanjung.
 Bersopan. contohnya, orang yang berbudi pekerti yang baik dipanggil mulia walaupun
hidupnya miskin.

PENGAJARAN
 Kita hendaklah berbuat jasa kerana orangyang berjasa akan disukai dan dikenang.
 Kita janganlah mementingkan kekayaan dunia semata-mata sehingga mengabaikan budi
pekerti yang baik.
 Kita hendaklah berbudi bahasa kerana amalan tersebut dipandang mulia.

Soalan.

1. Mengapakah ada kalanya masyarakat tidak menjunjung tinggi budi seseorang?


A. Kerana lazimnya masyarakat mementingkan diri sendiri.
B. Kerana masyarakat sibuk dengan tugasan harian
C. Kerana masyarakat lebih mementingkankan kebendaan
D. Kerana manusia tidak dapat menilai budi seseorang

2. kata kali dalam baris kedua rangkap kedua pantun budi bermaksud
A. kolam C. tasik
B. sungai D. telaga

3. semua yang berikut merupakan persoalan yang dibincangkan dalam pantun budi.
A. Orang yang berbudi dipandang mulia walaupun miskin
B. Mengutamakan kekayaan sememangnya resam hidup di dunia
C. Biarlah hidup dalam kemiskinan asalkan berbudi
D. Pentingnya berbudi untuk memperopleh harta.

4. Cirri-ciri yang terdapat pada pantun budi ialah…


I. rima akhirnya abab
II. bilangan baris dalam rangkapnya sama.
III. Setiap barisnya berisi maksud
IV. Mempunyai jeda yang dapat mengindahkan bunyi
A. l dan ll sahaja
B. l, ll dan lll saja
C. l,ll, dan lV saja
D. l,lll dan lV saja
5. pada pandangan anda, antara keempat-empat rangkap pantun budi, rangkap manakah
mempunyai maksud yang berbeza daripada rangkap-rangkap yang lain?
A. Rangkap 1
B. Rangkap 2
C. Rangkap 3
D. Rangkap 4

You might also like