You are on page 1of 10

8.

ISU-ISU SEMASA DALAM BIDANG PERUBATAN DAN KESIHATAN


a. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman dalam bidang:
i. Kempen Cara Hidup Sihat.
ii.PROSTAR.
iii.Pendermaan Organ.
iv.Penswastaan perkhidmatan sokongan hospital.
v.Peranan NGO dalam bidang kesihatan.

RANGKA NOTA :
KEMPEN CARA HIDUP SIHAT

Kempen Cara Hidup Sihat 1991 – 2002

1 | Page
Kempen Cara Hidup Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia telah dimulakan pada
tahun 1991 atas kesedaran bahawa cara hidup memainkan peranan penting dalam
kesihatan dan penyakit. Kempen ini telah dilancarkan pada 25 Mei 1991 dengan tema
pertamanya penyakit-penyakit kardiovaskular.
Objektif jangka pendek dan sederhana kempen ini adalah:-
• Untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Malaysia tentang
penyakit-penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat dan
• Untuk menggalakkan mereka mengamalkan amalan-amalan dan cara hidup
yang mempromosikan kesihatan.
Manakala objektif jangka panjang adalah hasil daripada perubahan-perubahan di atas
dapat mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti penyakit yang berkaitan dengan cara
hidup.
Kempen Cara Hidup Sihat telah dilaksanakan dalam 2 fasa yang mana setiap satunya
berjalan dalam tempoh 6 tahun dengan satu tema setiap tahun. Fasa 1 (1991 – 1996)
lebih fokus kepada tema-tema yang berasaskan penyakit seperti :-
Tema Tahun
• Penyakit Kardivoskular 1991
• Pencegahan dan Kawalan AIDS/STD 1992
• Kebersihan Makanan 1993
• Promosi Kesihatan Kanak-Kanak 1994
• Kanser 1995
• Diabetes 1996
Bagi setiap tema, faktor-faktor risiko berkaitan cara hidup seperti pemakanan yang tidak
sihat, kurang aktiviti fizikal, merokok dan stres menjadi mesej utama yang disampaikan
kepada masyarakat umum.
Fasa ke 2 kempen ini pula lebih memberi penekanan terhadap tingkahlaku tertentu
yang mana dapat memberi kesan jangka panjang terhadap cara hidup. Pendekatan ini
adalah untuk memberi pengetahuan dan untuk menambahkan kemahiran rakyat dalam
mengamalkan tingkahlaku-tingkahlaku yang sihat. Tema-tema untuk fasa ini adalah :-

Tema Tahun
• Promosi Pemakanan Sihat 1997
• Promosi Senaman dan Kecergasan Fizikal 1998
• Promosi Keselamatan dan Pencegahan Kecederaan 1999
• Promosi Kesihatan Mental 2000
• Promosi Keluarga Sihat 2001
2 | Page
• Promosi Persekitaran Sihat 2002
Kempen Cara Hidup Sihat 2003
Kempen Cara Hidup Sihat yang berjalan sekarang akan berakhir pada penghujung
tahun 2002 dengan tema “Promosi Persekitaran Sihat” akan diteruskan dengan tujuan
mempromosi tingkahlaku yang sihat agar rakyat Malaysia dapat mencapai tahap
kesihatan yang lebih baik.
Di bawah tema umum “Sihat Sepanjang hayat”, fokus akan diberikan kepada 4 elemen
asas yang berkaitan dan penting dengan konsep cara hidup sihat iaitu :-
• Makan secara sihat
• Senaman dan Kecergasan Fizikal
• Tidak Merokok
• Menangani Stres
Tema “Sihat Sepanjang Hayat” akan menjadi tema umum untuk kempen di tahun-tahun
seterusnya. “Sihat Sepanjang Hayat” menggambarkan penekanan dan fokus kempen
terhadap amalan-amalan yang boleh dipraktikkan oleh rakyat Malaysia untuk
mempromosikan kesihatan mereka. Tema ini juga menegaskan konsep yang jelas
dalam promosi kesihatan bahawa masyarakat boleh diperkasa untuk mengambil
tindakan terhadap penentu-penentu kesihatan. Setiap tahun, kempen ini akan
memfokus kepada satu `setting’ tertentu beserta warganya.

PROSTAR
PROSTAR adalah singkatan kepada “Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja”.
Program ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di
kalangan remaja. Ide penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil
perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pelancaran
program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24
November 1996 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan penerbitan dan
penggunaan manual latihan PROSTAR pada tahun yang sama.

KONSEP PROSTAR
PROSTAR berkonsepkan “Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja”. Program ini
menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS. Sebagai PRS

3 | Page
mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan
HIV/AIDS kepada remaja yang lain.

OBJEKTIF PROSTAR
1. Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan HIV,
cara pencegahan dan pengawalannya.
2. Menyemai sikap positif dikalangan remaja agar prihatin akan masalah HIV yang
dikaitkan dengan gejala social yang melanda remaja masa kini.
3. Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat, serta menghindari
tingkahlaku berisiko tinggi kepada jangkitan HIV.
4. Membentuk segolongan PRS bagi mempengaruhi remaja ke Arah Cara Hidup
Sihat dan menggerakkan remaja agar turut serta dalam usaha menentang
ancaman AIDS.
5. Melahirkan segolongan PRS yang berperanan sebagai sukarelawan khidmat
social dalam member khidmat sokongan kepada remaja.

KUMPULAN SASAR
1. Secara umumnya, program ini ditujukan kepada remaja berumur 13 hingga 25
tahun yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah, pelajar institusi pengajina
tinggi, remaja lepasan sekolah dan remaja harapan (Berisiko).

STRATEGI
Bagi mencapai objektif program, strategi berikut digunakan:
1. Pengukuhan jaringan kerjasama pelbagai agensi
a. Melibatkan secara aktif dan berterusan pelbagai agensi kerajaan dan
bukan kerajaan termasuk badan korporat, badan professional dan lain-lain
dalam merancang, melaksanakn dan menilai program PROSTAR secara
perkongsian pintar.
b. Jaringan kerjsama meliputi bantuan teknikal, tenaga manusia,
perkhidmatan dan kewangan.
2. Pendekatan komunikasi secara intensif

4 | Page
a. Menggunakan kaedah komunikasi interpersonal dan kaedah-kaedah lain
termasuk media massa yang bersesuaian secara meluas di setiap
peringkat.
3. Promosi
a. Menggunakan pelbagai jenis media seperti media cetak, media eletronik,
media luar (Outdoor media) dan teknologi maklumat dalam menyebarkan
maklumat bagi mempromosi PROSTAR.

PENDERMAAN ORGAN
Isu mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar
untuk diperkatakan. Apatah lagi untuk mereka yang kehilangan orang yang tersayang.Ia
juga merupakan perkara yang rumit bagi kakitangan perubatan yang sentiasa
berusaha untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit. Keputusan untuk
mengizinkan penderma organ dan tisu seseorang yang disayangi apabila beliau
meninggal dunia, bukan sesuatu yang mudah. Ia membangkitkan beberapa
kemusykilan bagi keluarga simati. Untuk meringankan beban mental keluarga kita
semasa kematian, haruslah kita membuat pengakuan persetujuan untuk menderma
organ dan tisu semasa hayat kita

Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan
membenarkan organ dan tisu anda digunakan bagi tujuan transplan, selepas anda
meninggal dunia. Ini akan mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami
kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat
menyelamatkan nyawa mereka dari maut.
Siapakah Yang Layak Menjadi Penderma ?
Sesiapapun,sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar segagai penderma
organ dan tisu. Walaubagaimanapun mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun
perlu mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga terlebih dahulu.

Apakah Itu Pendermaan Organ?


Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk
transplan selepas ianya meninggal dunia. Transplantasi (Permindahan Organ) adalah
suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami

5 | Page
kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan
daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia.
Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi
lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan
tisu adalah satu amalan kemanusian yang mulia.

Apakah Organ dan Tisu Yang Boleh Didermakan?


Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggan,
jantung, hati(heper), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah
mata, tulang, kulit dan injap jantung. Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat
mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.

Bilakah Organ dan Tisu Sipenderma itu Diperolehi?


Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya
akan dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh dua orang doktor dengan
pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan
pemindahan organ dan tisu.

Apakah Perbezaan Rawatan Jika Diketahui Anda adalah seseorang Penderma?


Tidak! Doktor -Doktor yang merawat anda akan berusaha sedaya mungkin
dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlukan untuk
menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu akan
dibincangkan dengan waris anda hanya selapas kematian telah disahkan.

Adakah terdapat Bantahan Dari Sudut Agama?


Tiada! Kebayakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan
Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia.

Bagaimana Jika Anda Berubah Fikiran Menderma?


organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat
ini pada bila-bila masa. Tiada sesiapapun yang dipaksa untuk menderma organ dan
menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu. Anda hanya perlu memberitahu
keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ anda kepada
kami.

Adakah proses pendermaan Organ akan melambatkan urusan pengkebumian


Jenazah?
Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu
diperolehi dari tubuh penderma maka jenazah akan dibersihkan, dikhafankan dan
dipulangkan kapada waris penderma secapat mungkin. Proses perolehan organ dan

6 | Page
tisu tidak akan menjejaskan adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada
jenazah.

Bagaimanakah Anda Berhajat Untuk Manjadi Seorang Penderma Organ?


Anda perlu mengisi borang akaun penderma dan kad penderma. Borang yang telah
dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional, sementara kad
penderma anda hendaklah disimpan dalam dompet dan dibawa bersama anda pada
setiap masa.

Anda Dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang


penderma organ dan tisu Kepada Keluarga Anda?
Ini akan memudahkan serta melicinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ
dan tisu selepas kematian anda kelak.

Mati Otak dan Pendermaan Organ


Pemindahan organ hanya akan dilakukan setelah pesakit disahkan mati otak. Bagi
melaksanakan pemindahan ini anggota perubatan perlu mendapatkan kebenaran
terlebih dahulu daripada ahli keluarga terdekat penderma. Pembedahan pemindahan
organ hanya akan dilakukan setalah mendapat kebenaran ahli keluarga pesekit yang
mengalami mati otak tersebut.

Apakah yang dikatakan MATI OTAK?


Mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang
menyababkan keseluruhan otak (termasuk batang otak iaitu penghidupan seperti
pernafasan dan denyutan janting) tidak lagi berfungsi. Kehilangan fungsi otak ini tidak
boleh dipulihkan.

PERANAN NGO DALAM BIDANG KESIHATAN


Senarai NGOs Kesihatan

No Nama Persatuan Alamat No: Tel/ Faks/Emel


1 Heart Foundation Of Malaysia - Tingkat 2,
Yayasan Jantung Malaysia Tel: 03-2693 4709
Block B, Faks:03-2693 3267
http://www.yjm.org.my/
Anjung Felda,
Jalan Maktab,
Off Jalan
Semarak, 54000
Kuala Lumpur

7 | Page
2 Kiwanis Down Syndrome Foundation Lot 13940, Jln
http://www.kdsf.org.my/ Jenjarum, Off Tel: 03-7803 0179
SS23/1, Taman Faks: 03-7806 4862
SEA, 47400 Emel: info@kdsf.org.my
Petaling Jaya

3 Malaysia Energy Healing Portal - 19, Jalan Mesui, Tel:03-2143 2966


Meditation, Reiki stress reduction Off Jalan Emel:darreck@meditation.com.my
http://www.meditation.com.my/ Nagasari, Kuala
Lumpur

4 Malaysian AIDS Council - MAC - No. 12, The Tel: 03-4045 1033
Umbrella body of 32 NGOs working Boulevard Shop Faks: 03-4043 9723
on AIDS education care & support
http://www.mac.org.my/
Office Emel:maf@mac.org.my
Jalan 13/48A,
off Jalan Sentul
51000 Kuala
Lumpur,
MALAYSIA
5 Malaysian Association for the 2 Lorong Syed Tel: 03-2274 3070
Prevention of Tuberculosis - MAPTB Putra Kiri, 50460 Faks: 03-2274 4156
TB Kuala Lumpur Email:maptb@po.jaring.my
http://www.maptb.org.my/
6 Persatuan Tel: 03-7957 4062
Malaysian Diabetes Association -
Diabetis Malaysia Faks: 03-7960 4514
http://diabetes.org.my 2, Lorong 11/4E, Emel: info@diabetes.org.my
46200 Petaling
Jaya
7 Malaysian Liver Foundation - MLF 10-2, Jln 25/70A Tel: 03-2300 3455
Yayasan Hepar Malaysia Desa Sri Faks: 03-2300 3452
http://www.liver.org.my/ Hartamas Emel: enquiries@liver.org.my
50480 Kuala
Lumpur
Malaysia
8 Malaysian Menopause Society Wisma Goshen Tel : 03-7726 2828
http://www.menopause.org.my/ (Ground & 1st ext 19 (Ms. Hee)
Floor) Faks : 03-7728 9986
60 & 62, Jalan Emel: mms@ryt.com.my
SS 22/21
Damansara Jaya
47400 Petaling
Jaya
Selangor

9 Malaysia Mental Health Association 8 Jalan 4/33, Off Tel: 03-7782 5499
http://www.mentalhealth.org.my/ Jalan Othman, Faks: 03-7783 5432
46000 Petaling
Jaya
Emel: mmha@streamyx.com
10 Malaysian Association for the Blind Kompleks MAB, Tel: 03-2272 2677

8 | Page
(MAB) Jalan Tebing, Off Faks: 03-2272 2676
http://www.mab.org.my/ Jalan Tun Emel: info@mab.org.my
Sambanthan 4,
Brickfields, 50470
Kuala Lumpur
11 Malaysian Federation of the Deaf No. 6-13A, Tel : 03-8070 9308 / 8930
MFD - Persekutuan Orang Pekak Menara KLH, Faks : 03-8076 1090
Malaysia
http://www.mfd.org.my/
Bandar Puchong Email: epekak@pd.jaring.my
Jaya,
47100 Puchong.
12 Malaysian Psychology Center 25-1, Jalan Desa,
http://www.malaysianpsychology.com/ Taman Desa, Tel: 03-7982 4424
58100 Kuala Faks: 03-7980 3841
Lumpur Emel:info@malaysianpsychology.co
m
13 National Cancer Society of Malaysia - 66 Jalan Raja Tel: 03-2698 7300
Persatuan Kebangsaan Kanser Muda Abdul Aziz, Faks: 03-2698 4300
Malaysia 50300 Kuala Emel:contact@cancer.org.my
http://www.cancer.org.my/ Lumpur
14 National Diabetes Institute No1, Jalan Tel : 03-7876 1676 / 77
(Nadi Diabetes Malaysia) - SS3/50, 47300 Faks: 03-7876 1679
Institut Diabetes Negara Petaling Jaya,
http://www.nadidiabetes.com.my/ Selangor Darul
Emel: nadi@nadidiabetes.com.my
Ehsan.
15 National Kidney Foundation of 70, Jalan 14/29, Tel: 03-7954 9048 / 9049
Malaysia (NKF) 46100 Petaling Faks: 03-7957 7328
http://www.nkf.org.my/ Jaya,
Selangor Darul
Emel:info@nkf.org.my
Ehsan. Malaysia
16 nutriWEB Malaysia - Division of Tel: 03-4402384
Nutrition Society of Malaysia Human Nutrition, Faks: 03-2943575
http://www.nutriweb.org.my/ Institute for Emel:president@nutriweb.org.my
Medical
Research, 50588
Kuala Lumpur,
Malaysia
17 Persatuan SLE Malaysia - Systematic Persatuan SLE Tel: 03-7957 7672
Lupus Erythematosus Malaysia Faks: 03-7957 0407
http://www.lupusmalaysia.org Tingkat. 3,
Bangunan Sultan
Emel:pslem@streamyx.com
Salahudin Abdul
Aziz Shah
16, Jalan Utara,
46200 Petaling
Jaya
Selangor Darul
Ehsan, Malaysia

18 MAKNA : Majlis Kanser Nasional BG 03A & 05, Tel: 03-4256 9178
Ground Floor, Faks: 03-4256 9203
http://www.makna.org.my
Megan Ambassy, Emel: makna@makna.org.my
225,Jalan

9 | Page
Ampang,
50450 Kuala
Lumpur.
19 Persatuan Penggalak Penyusuan 7A, Jalan Kolam Tel : 03-4107 3678
Air, Kg. Klang Faks : 03-4107 2862
Susu Ibu Malaysia(PPPIM)
Gate Baru E-mel: ppplm@susuibu.org
http://www.susuanibu- 53100 Kuala
pk.gov.my/index.html Lumpur.
20 Pengasih Malaysia 3201 Jalan Tel : 03-6201 3179 / 0287
http://pengasih.net/ Syers, Off Faks: 03-6201 3013
Langgak Tunku, Emel:info@pengasih.net
Bukit Tunku,
50480 Kuala
Lumpur.
21 Yayasan MedicAlert® Malaysia c/o University Tel: 03-7960 1355
(The MedicAlert® Foundation Malaya Medical Faks: 03-7960 1355
Malaysia) Centre Hotline: 03-79575111
http://www.ummc.edu.my/ 59100 Kuala
Lumpur, Malaysia
22 Persatuan Bulan Sabit Merah National Tel: 03-42578122 ext.
Malaysia Headquarters, 130/131/105/118
http://www.redcrescent.org.my/
No 32 Jalan Faks: 03-4253 3191
Nipah off Jalan Emel:secgen@redcrescent.org.my
Ampang,
55100 Kuala
Lumpur,
Malaysia
23 Persatuan Juruteknik Perubatan No.2,Jalan 10 A, Tel/Faks : 03- 4280 1796
Kecemasan dan Trauma Selangor Pekedai Luar Emel:paramedik_emt@yahoo.com.my
dan W.Persekutuan Kuala Lumpur Bandar, Lembah
(Paramedik-EMT) Jaya Selatan,
68000 Ampang,
Selangor Darul
Ehsan

10 | P a g e

You might also like