Kaisa & Omei
Page 2
1.
T
eori Kedatangan Islam Di Asia
T
enggara
T
eori Islam datang dari Semenanjung
T
anah Arab
Teori dari Semenanjung Arab dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh SyedMuhamad Naquib Al-Attas. Buktinya, aktiviti perdagangan menerusi catatan China yangmenyatakan orang Arab dan Parsi mempunyai petempatan di Canton pada 300M. Pedagang Arab berdagang secara berterusan terutama setelah kemunculan Islam di Mekah. Sementara menuggu perubahan angin monsun, mereka menetap dan mewujudkan perkampungan di Asia Tenggara.Terdapat juga antara mereka yang mengahwini penduduk tempatan. Menurut catatan China,terdapat sebuah perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada 650 M. SyedMuhama Naquib Al-Attas mengunakan bukti wujudnya persamaan dalam tulisan kesusasteraandi Asia Tenggara dan Arab. Selain itu, itu, adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak yang dipengaruhi oleh budaya Arab. Syed Naquib Al-Attas juga mengatakan bahawakebanyakan karya tempatan menceritakan bahawa pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukanoleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab.
T
eori Islam datang dari China
Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi mengemukakan teori kedua yang menyatakan bahawaIslam tersebar ke Asia Tenggara menerusi China. Emanuel Gadinha Eredia memberikan alasan bahawa Khan Fo atau Canton menjadi pusat perdagangan Arab sejak abad ke-9 M. Jalinanhubungan antara peniaga China dan Arab yang erat membolehkan Islam berkembang di NegaraChina. Seterusnya, peniaga China yang datang ke Asia Tenggara menyebarkan Islam kepadamasyarakat tempatan. Manakala, bukti yang dikemukakan oleh S.Q. Fatimi pula ialah berlaku perpindahan beramai-ramai oleh pedagang Islam yang tinggal di China ke Asia Tenggara padasekitar 876 M. Bukti ini diperkukuhkan lagi dengan penemuan Batu Bersurat di Terengganu.Selain itu, terdapat juga persamaan unsur seni bina di China dengan seni bina yang terdapat padamasjid-masjid di Nusantara. Di Melaka, unsur seni bina China dapat dilihat pada bentuk bumbung masjid yang kelihatan melentik seperti rumah ibadat China selain pengaruh warna danseni.