You are on page 1of 1

Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk
dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau
tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar
daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta
jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan
berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan
warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih
yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan
rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan
diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung
apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah
direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju
diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau -
Teraju Tiga.

You might also like