You are on page 1of 1

Pada hari ini kita telah maklum bahawa permulaan alam semesta bermula dengan suatu yang dikenali

sebagai Big Bang. Mengikut laporan yang yang terdapat di laman web NASA, pakar-pakar mengatakan bahawa kejadian alam bermula 12 ~ 14 billion tahun dahulu dan panjang alam ketika ia bermula mengikut apa yang saintis nampak ialah beberapa millimeter sahaja. Tetapi dalam masa yang singkat. Dalam masa yang tidak sampai satu saat ia telah mengembang sehingga menjadi seperti apa yang kita lihat pada hari ini. Hal ini telah di laporkan pada tahun 1929 oleh Edwin Hubble dengan menggunakan Hubble Telescop kemudian di sokongi oleh pakar astrofizik dari Amerika seperti Arno Penzias dan Robbert Wilson pada tahun 1965 dan begitulah juga di sokongi oleh para saintis yang lain yang semuanya mengatakan bahawa alam bermula daripada suatu yang bercantum padu sebelum berlaku letupan yang dikenali sebagai big bang dan selepas berlaku letupan itu barulah alam mengembang dan daripada situ akhirnya lahirlah bintang-bintang dan bumi lahir kemudian. Semuanya bermula sama iaitu bermula dengan suatu titik yang sama dan berlaku letupan big bang selepas itu. Maka al-quran begitu hebat sekali. Telah menyatakan tentang hal ini sedangkan hal ini baru difahami pada abad yang ke20. Sebab itu ada saintis yang mengagumi quran. Sebagai contoh Dr Alfred Kroner, beliau pernah menjadi dekan di jabatan geologi di Institute Of Geosciences di sebuah universiti di Jerman. Beliau pernah berkata berhubung dengan ayat ini. Katanya Melihat tentang asal usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui bahawa langit dan bumi mempunyai asal usul yang sama. Hal ini disebabkan ilmu tentangnya hanya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini. Itu dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seorang yang tidak mengetahui tentang ilmu fizik nuclear 1400 tahun dahulu, saya rasa tidak akan mampu mengetahui tentangnya. Tetapi yang mengkagumkan, Muhammad mengetahui tentangnya . Sudah pasti nabi mengetahui tentangnya daripada Allah. 021. Al Anbiyaa' 30. dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman? Berpandukan ayat ini, kita memahami bahawa alam bermula daripada satu titik yang sama. Permulaan itu di perincikan dalam satu teori yang dikenali sebagi teori big bang yang selari dengan firman Allah swt. Ia di turunkan 1400 tahun terdahulu sedangkan teori big bang hanya wujud pada abad ke-20. Allah maha besar. Rugilah mereka yang merasakan bahawa ego mereka yang besar.

007.Al Araaf:
54. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; ia melindungi malam Dengan siang Yang mengiringinya Dengan deras (silih berganti) dan (ia pula Yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (Semuanya) tunduk kepada perintahNya. ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

Nur Muhammad

Masa 1: Electron & quarks

Masa 2: Proton & neutron

Masa 3: Charged Proton & electron

Masa 4: Atom

Masa 5: Giant clouds, stars

Masa 6: Galaxies, stars & planets

You might also like