You are on page 1of 29

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

TENGKU MENTERI, 34850 CHANGKAT JERING, TAIPING

FOLIO PENDIDIKAN SIVIK &


KEWARGANEGARAAN
2010

TAJUK:

TEMA 3-HIDUP BERMASYARAKAT:

“PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR”

NAMA PELAJAR : NORSAIFUL EFPENDEY BIN ABDUL HADI

TINGKATAN : 3 TEKNOLOGI 1

NAMA GURU : ENCIK ANAJEE KAKA SINGH


PENGHARGAAN

Saya berasa sangat gembira kerana dapat mengumpulkan maklumat yang secukupnya bagi

menulis laporan ini. Sehubungan dengan itu, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada

beberapa individu dan pihak sekolah yang telah memberikan bantuan, galakan dan kerjasama

kepada saya dan rakan-rakan.

Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada ibubapa saya yang memberikan

galakan dan bantuan kepada saya.

Yang kedua, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Anajee, Guru Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Tidak lupa juga

kepada semua rakan saya yang telah membantu saya.


ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Muka Surat

1. Penghargaan 1

2. Konsep Pemeliharaan dan Pemuliharaan 2-7


3. Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar 8-26

4. Lampiran 27

Konsep Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar


Malaysia kaya dengan pelbagai sumber alam seperti air, hutan, tanah, mineral, dan bahan api.

Sumber-sumber ala mini diteroka untuk keperluan penduduk serta pembangunan Negara.

Walau bagaimanapun, sumber-sumber ini ada hadnya. Sesetengahnya boleh diperbaharui dan

sesetengahnya pula tidak boleh diperbaharui. Bagi menjamin agar sumber ala mini tidak pulus

dan juga memastikan keseimbangan ekosistem tidak terjejas, kita perlu menguruskan alam

sekitar secara lebih bijak dan bertanggungjawab.

Usaha pengurusan alam sekitar yang terancang merangkumi langkah-langkah pemeliharaan

dan pemuliharaan. Pemeliharaan alam sekitar meliubatkan usaha mengekalkan sumber-sumber

dengan cara mengujrus, memelihara, dan mengawal alam sekitar dengan cekap. Tujuannya

adalah untuk menjamin bekalan sumber berterusan. Pemuliharaan melibatkan usaha

memperbaik dan memulih sesuatu kawasan yang telah diteroka sumbernya serta memulihara

spesies haiwan yang terancam.

KAMUS Dewan edisi keempat tahun 2005 mendefinisikan pelihara sebagai membela, menjaga

dan merawat, manakala pulihara membawa makna memulihkan serta memelihara, dan

melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan baik. Konsep pemeliharaan dan

pemuliharaan dalam konteks alam sekitar memperlihatkan bahawa tahun demi tahun dunia ini

seolah-olah berada dalam keadaan tidak selamat. Isu pemanasan global, kempen anjuran

Greenpeace, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Sahabat Alam Malaysia, Malaysia Nature

Society, World Wildlife Fund, (WWF) memanggil kita supaya melakukan sesuatu. Adakah kita
hanya perlu berdiam diri dan menyerahkan segalanya kepada Kementerian Sumber Asli dan

Alam Sekitar, atau pihak-pihak berkaitan untuk menangani isu-isu tersebut?

Pemeliharaan dan pemuliharaan ini bermula dengan kesedaran individu. Ia bermula dari rumah

dengan nasihat ibu-bapa kepada anak-anak mereka akan peri pentingnya menjaga alam sekitar,

kebersihan, keprihatinan terhadap alam tumbuhan dan alam haiwan, dan membina masyarakat

penyayang dengan memahami prinsip Rukun Negara itu sendiri. Sikap membuang sampah ke

dalam sungai sehingga mencemarkan sungai perlu dikikis. Tahniah kepada kerajaan Melaka

yang berjaya memulihkan kebersihan sungai Melaka. Namun, usaha pemeliharaan dan

pemuliharaan, pasti menelan kos yang banyak. Justeru itu, alangkah elok sekali kita bermula

dengan sikap penjagaan secara semula jadi dengan kesedaran dan keprihatinan kepada alam

sekitar yang berterusan.

Alam sekitar merupakan tautan antara tanah, angin, api dan air. Ia merupakan hubungan kitar

dalam proses kesemulajadian yang berterusan. Penggondolan bukit akan menyebabkan

hilangnya tunggak bumi dan penghadang banjir. Banjir lumpur akan mengalirkan air lumpur dan

apabila pohonan kayu di tepi pantai dibuang, maka tanah pantai akan terhakis. Di tahun-tahun

kebelakangan ini kita menghadapi masalah kemarau yang menyebab air terpaksa dicatu.

Sehubungan itu kita akan mencari sebab kerana berkurangnya kawasan tadahan hujan. Dalam

masa yang sekejap, hujan lebat pasti membawa banjir kilat yang dahsyat di bandaraya Kuala

Lumpur. Kerugian kewangan yang ditanggung sepatutnya boleh diguna sebagai biayai

pemeliharaan dan pemuliharaan.


Kajian menunjukkan suhu di Lembah Klang yang membabitkan kawasan hutan hijau lebih

rendah sebanyak lima darjah Celsius berbanding kawasan lapang tanpa pohonan kayu. Hutan

hijau menjamin suasana udara nyaman yang bersih lantaran proses fotosintesis dengan

pohonan hijau menyerap karbon dioksida dan memberikan oksigen yang diperlukan manusia.

Kita harus menyedari persekitaran yang bersih menjamin hayat yang panjang. Ikan dalam laut

yang bersih memberikan protein bermutu buat manusia dan sayuran tanpa racun vitamin atau

galian yang diperlukan manusia. Apabila manusia menggunakan racun untuk menghindari

serangga perosak secara berlebihan yang menanggung akibatnya adalah manusia. Apabila ikan

tercemar akibat perbuatan manusia, yang menderita diserang penyakit adalah manusia juga.

Jadi di sini kelalaian atau pun keserakahan manusia akan mengakibatkan kesan langsung

kepada manusia. Secara keseluruhan, yang rugi adalah manusia juga.

Dengan lapisan ozon yang semakin menipis, suhu bumi menjadi suatu yang tidak dapat

dijangkakan dan diramalkan meningkat kepada 4.5 darjah Celsius di hujung abad ke-21 ini. Air

batu kutub utara dan kutub selatan mula cair dan ini meningkatkan paras air laut. Paras air laut

dikatakan akan meningkat dari 28cm kepada 43 cm pada akhir abad ini. Peningkatannya

mengakibatkan gelombang ombak ganas yang memusnahkan habitat pantai dan merosakkan

kesemulajadian pantai. Pemanasan global akan terus meningkat dalam suasana yang sukar

dikawal. Perdebatan tentang pemanasan global menjadi satu tajuk yang besar. Protokol Kyoto

yang berkuatkuasa secara penuh pada 16 Februari 2005 bertujuan menangani permasalahan

perubahan iklim. Isu pemanasan global, usaha untuk mengurangkan karbon dioksida dan gas

rumah hijau yang merosakkan atmosfera, belum diakui sepenuhnya oleh kebanyakan negara.
Asas pemeliharaan dan pemuliharaan perlu ditinjau dari sudut berikut:

1. Memahami persekitaran dan keperluannya.

2. Penglibatan segenap peringkat masyarakat dalam peranan pemeliharaan dan

pemuliharaan

3. Membina kempen kesedaran dengan pengenalan subjek nyata berkaitan alam sekitar di

peringkat rendah, menengah, universiti dan juga masyarakat dewasa.

4. Mengetat dan menguatkuasa undang-undang berkaitan pemeliharaan dan

pemuliharaan alam.

5. Membentuk sebuah Suruhanjaya Alam Sekitar.

Koperasi Dalam Peranan Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Keprihatinan kepada masyarakat

merupakan prinsip ketujuh koperasi yang secara pasti mengangkat isu pemeliharaan dan

pemuliharaan ke takat paling strategik. Prinsip itu melihat dasar pembabitan gerakan koperasi

yang cintakan alam sekitar. Koperasi boleh memainkan peranan dengan bergerak secara

bersepadu dalam membangkitkan kesedaran perlunya penjagaan persekitaran secara betul. Di

serata dunia, gerakan koperasi mempunyai keanggotaan yang mencecah 800 juta manusia,

yang pasti mampu membawa suatu kesan reformatif tentang penjagaan alam sekitar. Dengan

kuasa majoriti yang terdiri daripada pelbagai lapisan kemanusiaan, koperasi mampu

menggembleng semangat “jaga alam sekitar” secara tekal dan membawa hasil yang konkrit. Ia

berselaras dengan Matlamat Ketujuh UN Millennium Development Goals yang menggariskan

tiga perkara utama iaitu:


1. Menyepadukan prinsip pembangunan mapan dalam dasar dan program setiap negara;

untuk mengekang kehilangan sumber persekitaran.

2. Mengurangkan hingga ke separuh anggaran manusia yang sukar memperoleh sumber

air yang selamat untuk diminum dan digunakan.

3. Meningkatkan pencapaian hidup bermakna bagi 100 juta manusia yang menghuni

tempat sesak dan pengap selewat-lewatnya sehingga tahun 2020.

Kenyataan Jati Diri Koperasi yang diisytihar di Manchester pada 24 September 1995, secara

jelas mengetengah isu-isu kemanusiaan dan persekitaran yang perlu dipupuk secara jujur oleh

masyarakat anggota koperasi. Sekiranya kesedaran berkoperasi dihayati secara tepat dan

diterjemah dalam setiap kegiatan koperasi, pastinya persoalan pemeliharaan dan pemuliharaan

alam sekitar berkaitan dengan alam kemanusiaan, alam tumbuhan dan alam binatang dapat

ditangani dengan baik dan mudah.

Isu-isu besar persekitaran ditangani melalui kesedaran yang digiatkan oleh gerakan koperasi,

dengan menggalakkan pembangunan yang mapan. Gerakan koperasi perlu menjadi suara besar

dalam meluhurkan kewujudan sahsiah kemanusiaan yang sebenarnya. Nasib masyarakat orang

asli, kemandirian orang Penan di Sarawak, pupusnya haiwan dalam perlindungan,

pencerobohan tanah hutan dan paya yang berterusan dan anak-anak gelandangan tanpa rumah

perlu diberi perhatian serius. Keprihatinan koperasi bersesuaian dengan perumpamaan,

“Seorang manusia yang baik tidak akan minum air gula yang manis apabila orang di sebelahnya

terketar lapar dan dahaga tanpa perlindungan”. Dunia yang baik lahir dari kemanusiaan yang
baik. Kemanusiaan yang baik mencipta alam sekitar yang baik. Segalanya bermula dari kita;

manusia. Manusia yang boleh bercakap dan berfikir melalui isi hati.

Pemeliharaan dan pemuliharaan bukanlah isu bersifat sementara tetapi bersifat sejagat. Ia

berlaku kini dan akan terus berlaku. Jadi kita perlu sedar dan bertanggungjawab untuk pelbagai

peristiwa ini. Hubungan langsung anggota koperasi dan pertubuhan koperasi dengan alam

sekitar terbukti jelas kerana di mana-mana pun, kita tidak boleh lepas dari pengaruh alam

sekitar, bahkan kitalah perencana baik buruknya. Jadi koperasi dan anggota koperasi serta

masyarakat manusia keseluruhannya perlu mengambil peranan sebagai pembela alam sekitar

yang murni. Ayuh! Marilah membela alam sekitar demi kelangsungan generasi mulia anak-anak

dan cucu-cicit kita.


PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM

SEKITAR

1. KESEIMBANGAN ALAM

Keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana interaksi antara organisma atau antara

organisma dengan alam sekitar. Keseimbangan ini dapat mengekalkan kehidupan. Untuk

mencapai keseimbangan alam, peranan kitar semulajadi amatlah penting. Antara kitar semula

jadi tersebut adalah :-

 Kitar karbon

 Kitar Nitrogen

 kitar air

Kesemua kitar semula jadi itu membolehkan organisma terus hidup dan beranak. Dalam kitar

nitrogen, nitrogen digunakan untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan. Dalam kitar

karbon pula, karbon dioksida yang terbebas semasa respirasi (pernafasan) digunakan oleh

tumbuhan. Tumbuhan pula mengeluarkan makanan dan sumber oksigen untuk haiwan. Dalam

kitar air pula, air tersejat dari proses transpirasi tumbuhan dan respirasi haiwan. Air yang

tersejat ini membentuk awan dan turun semula ke bumi sebagai hujan.
Selain dari keseimbangan alam, kita juga sering diancam oleh bencana alam. Letupan gunung

berapi(volcano), gempa bumi(earth quake), kemarau(drought), Kebakaran hutan(forest fire),

banjir(flood) dan taufan(tornado) boleh menyebabkan keseimbangan alam tergugat.

Antara kesan bencana alam ini ialah :-

a. merosakkan habitat(tempat tinggal haiwan)

b. menyebabkan kematian haiwan dan tumbuhan

c. Mengganggu kitar semula jadi

d. Pencemaran alam sekitar

2. KESAN PENCEMARAN

Selain daripada bencana alam, manusia juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Penggunaan kenderaan dan jentera yang menggunakan bahan api fosil(petrol dan diesel)

menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Hasil pembakaran bahan api fosil menghasilkan

gas beracun seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida. Kilang-kilang yang didirikan boleh

menghasilkan sisa toksik(beracun) seperti bahan buangan radioaktif dan merkuri.

Dalam industri pertanian pula, penggunaan racun yang berleluasa boleh mengancam

keselamatan alam sekitar. Insektisid(racun serangga) seperti DDT boleh masuk ke rantai

makanan. Sumber makanan seperti daging dan ikan mengandungi DDT yang seterusnya akan di

makan oleh manusia.


Jika hendak disenaraikan punca pencemaran, amatlah banyak sehinggakan website ini tak

cukup untuk menampung senarai tersebut. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan punca

pencemaran adalah disebabkan oleh aktiviti manusia.

3. MELINDUNGI ALAM SEKITAR

Akibat pencemaran yang teruk, pelbagai isu berkaitan dengan alam sekitar timbul. Antaranya

ialah :-

a. Pemanasan Global (Global Warming) - dimana suhu bumi kita meningkat akibat

daripada peningkatan gas karbon dioksida diatmosfera. Gas ini memerangkap haba dan

menyebabkan suhu di bumi meningkat. Fenomena ini juga dikenali sebagai "Kesan

Rumah Hijau" (Green House Effect).

b. Penipisan Lapisan Ozon (Depletion of Ozone Layer) - Gas Klorofluorokarbon (CFC) yang

digunakan dalam peti sejuk dan aerosol bertindak balas dengan lapisan ozon dan

seterusnya menipiskannya. Penipisan ini menyebabkan sinaran U/V matahari

menembusi atmosfera dan menyebabkan penyakit kulit.

Kita hendaklah melindungi alam sekitar kita. banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk

tujuan ini.

i. Mencari sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar.

ii. Mengurangkan pembakaran.

iii. Menukar CFC kepada HCFC yang lebih selamat.

iv. Menanam pokok


v. Perhutanan semula(reforestation)

4. MENGURUS SUMBER ALAM YANG TERHAD

Selain daripada masalah pencemaran, kehidupan kita juga sedang diancam oleh kekurangan

sumber alam. Makanan, air, logam dan bahan api merupakan sumber alam yang kian

berkurangan akibat daripada penuaian berleluasa dan penggunaan yang tidak terancang.

Adalah penting kita menggunakan kebijaksanaan kita untuk mengurus sumber alam ini supaya

ia kekal lebih lama untuk digunakan oleh generasi yang akan datang. Beberapa langkah yang

praktikal ialah :-

a. Menghadkan aktiviti pembalakan dengan menuai kayu balak yang matang sahaja. Kayu

kayan yang tidak mempunyai nilai komersial yang tinggi tidak harus ditebang.

b. Mengharamkan penggunaan pukat harimau yang boleh merosakkan terumbu karang

(coral reef).

c. Mengawal pembukaan tanah baru dengan melakukan kajian terperinci berkaitan

kesannya kepada alam sekitar sebelum sesuatu projek dilaksanakan.

d. Menghadkan aktiviti perlombongan dan mencari idea baru untuk menggunakan bekas

lombong.

 
5.     PENGHUTANAN SEMULA

a) Penghutanan semula bermaksud usaha menanam semula pokok hutan yang telah

ditebang akibat kegiatan pembalakan.

b) Penebangan pokok hutan secara berleluasa tanpa kawalan akan menyebabkan:

a. Kepupusan hidupan liar.

b. Kekurangan sumber air.

c. Kehabisan sumber perhutanan.

c) Dasar Perhutanan Negara telah diwujudkan untuk menyelaraskan undang-undang yang

berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan, pemeliharaan, dan pembangunan hutan.

d) Institut Penyelidakan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan

Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) ditugaskan untuk memelihara, memulihara, dan

mengawal sumber hutan.

e) Antara cara pemeliharaan dan pemuliharaan hutan ialah:

i. Mewujudkan taman negara untuk melindungi flora dan fauna.

ii. Menanam semula kawasan hutan yang telah diterangkan.

iii. Menubuhkan kawasan hutan simpan.

iv. Mengehadkan pengeluaran lesen pembalakan dan menjalankan penebangan

terpilih.

v. Mengharamkan kegiatan pemburuan dan pembalakan di kawasan hutan simpan

dan taman negara.


 

6.     TEBUS GUNA TANAH

a) Tebus guna tanah merupakan satu cara menjadikan tanah yang tidak

mempunyai nilai atau terbiar berguna kepada manusia dan mengelakkan daripada

pembaziran sumber atau kawasan.

b) Kawasan yang boleh ditebus guna ialah:

i. Bekas lombong

ii. Tanah paya

iii. Pinggir laut


c)      Kawasan yang telah ditebus guna dijadikan:

   Kawasan Dijadikan
(a) Bekas lombong
      Kawasan pertanian. Contohnya, di Tambun

(Perak).

      Kawasan perniagaan dan petempatan. Contohnya

di Bandar Tasik Selatan.

      Kawasan penternakan ikan air tawar.

      Kawasan rekreasi. Contohnya, tasik Titiwangsa,

Tasik Perdana di Kuala Lumpur.


(b) Tanah paya
      Kawasan industri dan perumahan. Contohnya,

Seberang Perai dan Pelabuhan Klang.

      Kawasan pertanian. Contohnya penanaman padi di

Sabak Bernam, Selangor.


(c) Pinggir laut
      Kawasan perniagaan dan petempatan. Contohnya,

Stulang Laut (Johor Bahru) dan Bandar Hilir (Melaka).


 

7)     Pengurangan Penggunaan

a) Pengurangan penggunaan merujuk kepada penggunaan sumber secara optimum tanpa

berlaku pembaziran terutamanya bagi sumber yang tidak boleh diperbaharui.

b) Pengurangan penggunaan boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti:

(a) Perlombongan

-mengehadkan pengeluaran lesen.

-mengawal kadar hasil pengeluaran.

-mempelbagaikan penggunaan agar tidak bergantung kepada sejenis bahan sahaja.


(b) Pembalakan

-mengehadkan pengeluaran lesen.

-mengenakan denda terhadap syarikat yang menjalankan pembalakan secara

haram.
-mewartakan hutan sebagai hutan simpan dan Taman Negara.

-menggunakan kayu secara optimum.

8.      BAGI MEMASTIKAN PENGGUNAAN SUMBER TENAGA DAPAT DIGUNAKAN SECARA

OPTIMUM, BEBERAPA LANGKAH BOLAH DILAKSANAKAN SEPERTI:

a)      Menaikkan kadar bayaran penggunaan tenaga.

b)      Menaikkan kadar cukai.

c)      Penggunaan teknologi moden.

d)      Mengadakan kempen kesedaran.

9.      KITAR DAN GUNA SEMULA

1.      Kitar dan guna semula merujuk kepada pemprosesan bahan-bahan terbuang yang

tidak digunakan kepada penghasilan bentuk baru yang boleh dimanfaatkan.

2.      Tujuan kitar dan guna semula ialah:

a.       Mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar.

b.      Menjimatkan sumber alam dan mengelakkan pembaziran.


c.       Mengurangkan jumlah bahan buangan.

3.      Bahan buangan bolah dikitar semula menjadi:

  Bahan buangan Dikitar/ Diguna semula


(a)  Plastik
      Diguna semula.

      Dikitar menjadi barang perhiasan.


(b)  Getah
      Diguna semula. Contohnya, tayar sebagai tukun

tiruan atau alat perhiasan.


(c)  Sisa makanan
      Diguna semula sebagai makanan binatang.

      Dikitar menjadi baja.


(d)  Kertas
      Dikitar menjadi tisu atau kertas.

4.      Kempen “Fikir Dahulu Sebelum Buang” telah menggalakkan orang ramai supaya

mengelaskan bahan buangan sebelum dibuang supaya proses kitar semula mudah

dilakukan.

10.      Rawatan Sisa Buangan


1.      Salah satu cara untuk mengatasi masalah pencemaran ialah dengan merawat sisa

buangan supaya tidak berbahaya. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana alat

pembakar sisa industri akan membakar sisa pada suhu yang tinggi supaya kualiti sisa

buangan dapat dikurangkan dan menukarkan sisa toksik kepada bahan yang kurang

berbahaya.

2.      Tujuan rawatan sisa buangan ialah:

a.       Mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar.

b.      Memastikan sisa buangan tidak merosakkan sumber lain seperti sumber air.

c.       Menjamin keselamatan penduduk dan haiwan di darat, laut, dan udara.

Langkah Pemeliharaan

a) Mewartakan taman Negara, hutan

b) Simpan, dan taman marin.

c) Menggunakan sumber tenaga Alternatif.

d) Pemuliharaan spesies haiwan yang

e) Mengitar semula
Langkah pemuliharaan

a) Penghutanan semula

b) Pemulihan sungai yang tercemar

c) Pemulihan kawasan bekas lombong

d) Pemuliharaan spesies haiwan yang terancam

Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama antara pihak

berkuasa, pihak swasta, dan orang ramai. Agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan

kerajaan melaksanakan pelbagai program pemeliharaan dan pemuliharaan melalui

penguatkuasaan undang-undang serta pendidikan. Berikut adalah peranan dan tanggungjawab

beberapa agensi atau pertubuhan yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar.,
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)

Peranan:

Menjalankan program penghutanan semula

Mewartakan taman Negara, hutan simpan, dan taman marin.

Menjalankan rawatan silvikultur (kaedah menebas sekeliling anak pokok yang berharga dan

kaedah gelongan racun pada pangkal pokok).

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Peranan:

Membuat penyelidikan dan pembangunan bagi sumber hutan.

Persatuan Pencinta Alam Malayhsia (MNS)

Peranan:

Mengambil inisiatif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar melalui pendidikan,

kempen, dan program seperti kitar semula


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

Peranan:

Memberi pendidikan pemeliharaan hutan

Melindungi taman-taman Negara dan hidupan liar.

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Peranan:

Mentadbir dan menguatkuasa Akta Kualiti Alam Sekitar.

Mencegah, mengawal pencemaran, dan mempertingkatkan kualiti alam sekitar dan undang-

undang yang berkaitan dengannya.

Menganjurkan program memelihara dan memulihara alam sekitar melalui pendidikan misalnya,

program Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar


Alam Flora Sdn. Bhd.

Peranan:

Mengumpul dan membuatn sisa-sisa pepejal secara mesra alam,

Mengitar semula barangn terpakai atau terbuang.

Usaha menjaga khazanah semula jadi Negara adalah tenggungjawab setiuap individu. Justeru

itu, diperingkat sekolah, kempen kesedaran, serta aktiviti memelihara dan memulihara alam

sekitar telah disalurkan melalui Persatuan Pencinta Alam dan Kelab atau Kadet Alam Sekitar.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti:

(a) Mencantikkan kawasan sekolah dengan taman bunga, kolam ikan, dan sebagainya.

(b) Kempen berjimat cermat menggunakan kertas, air, dan elektrik

(c) Kitar semula

(d) Ceramah, peraduan mengarang, dan melukis poster bertemakan alam sekitar

Aktiviti atau kempen yang dilaksanakan diterap dengan nilai-nilai tentang pentingnya

mengekalkan keseimbangan ekosistem demi kesejahteraan manusia sejagat. Sebcagai rakyat


yang bertanggungjawab, setiap individu seharusnya melibatkan diri ldalam pemeliharaan dan

pemuliharaan alam sekitar untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

JAS MENGAWAL KUALITI AIR

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan pemeriksaan dan pemantauan alam sekitar melalui Akta Kualiti

Alam Sekitar. Kualiti air sungai dipantau semenjak tahun 1978. Sampel. Diambil dari semasa ke semasa

di beberapa stesen yang ditetapkan. Sampel air tersebut dianalisa berpandukan Indeks Kualiti Air (IKA).

Pada tahun 2001, terdapat sebanyak 931 stesen pemantauan kualiti air yang terletak di 120 buah

empangan sungai, contohnya empangan Sungai Perak, Sungai Perai, Sungai Linggi, Sungai Melaka, dan

Sungai Skudai. Kira-kira 50% daripada jumlah empangan sungai mempunyai kualiti air yuang bersih,

39.2% yang sederhan tercemar, dan 10.8% yang tercemar. Usaha memelihara atau memulihara sungai

dilaksanakan melaluji kempen kesedaran dan penguatkuasaan undang-undang.

Air bawah tanah juga dipantau dengan rapi, Selain itu, pinggir pantai di Negara Malaysia juga dipantau

dengan baik. Sekiranya pencemaran air berlaku akibat tumpahyan minyak, tindakan yang sewajarnya

dapat diambil. Ini ltermasuk tindakan pembersihan kawasan perairan yang terlibat oleh pihak yang

berkenaan.
KITAR SEMULA

Rakyat Malaysia menghasilkan 15000 tan sampah sarap sehari. Jika dihitung dari segi fizikal, lama–

kelamaan Malaysia sudah pasti tiada ruang untuk menempatkan sampah sarap terselbut. Namun,

dengan amalan kitar semula, kita dapat membantu mengurangkan sisa-sisa buangan ini.

Kita semula juga mampu mengurangkan kadar pencemaran disamping menjimatkan tenaga. Dalam

jangka masa panjang, kos untuk melaksanakan kitar semula adalah lebih murah jika dibandingkan

dengan kos untuk mengekialkan keadaan alam sekitar. Apabila program kitar semula ini dapat

dijalankan dengan lebih efisien, jumlah sampah yang dibuang akan berkurangan.

Kitar semula juga mampu memperbaiki tahap kebersihan alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup

kita. Kertas-kertas yang dikitar semula dapat mengurangkan 4380 tan sampah sehari. Jumlah ini

bersamaan dengan 78000 batang pokok. Justeru itu mengitar semula kertas lama secara tidak langsung

dapat memelihara hutan kita dengan efisien.


Pelbagai sektor terlibat dengan program kitar semula. Misalnya:

(a) Majlis Perbandaran/Daerah

(b) Sekolah-sekolah

(c) Pertubuhan Bukan Kerajaan

(d) Pengumpul Bahan Kitar Semula

(e) Persatuan Kitar Semula

SEKOLAH LESTARI –ANUGERAH ALAM SEKITAR

Sekolah Lestari merupakan program usaha sama Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan

Alam Sekitar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, serta Kerjasama Institut Alam Sekitar dan

Pembangunan (LESTARI), UKM. Programdilancarkan pada 27 Januari 2005.


Program ini bertujuan untuk membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai-nilai

murni dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi

mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.

Konsep program sekolah Lestari berfokus kepada pendidikan menyeluruh yang melibatkan semua

lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, keraajaan, pihak swasta, dan badan bukan

kerajaan.

Program Sekolah Lestari ini menitikberatkan pendekatan secara bersepadu dalam pengurusan,

kurikulum, kokurikulum, dan penghijauan sekolah. Program ini boleh dianggap sebagai payung kepada

aktiviti-aktiviti alam sekitar yang sedia ada, sedang dan akan dilaksanakan.

OBJEKTIF

Memupuk nilai murni alam sekitar di kalangan warga sekjolah

Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Menggalakkan aktiviti mesra alam.

Meningkatjkan kerjasama antara sekolah dlengan masyarakat dalam menjayaikan pendidikan alam

sekitar.
Mengalakkan warga sekolah mempraktlikkan amalan hidup lestari.

You might also like