Antipsikotik ubat utk sakit mental
Pengenalan
Antipsikotik adalah kelas ubat yang digunakan untuk merawat psikosis (penyakit mentalyang menyebabkan perubahan personaliti dan tidak peka dengan realiti).
Ubat-ubatan ini juga dikenali sebagai 'neuroleptik'.
Ubat-ubatan ini memberi kesan kepada sistem perhubungan khas yang membenarkankomunikasi antara sel-sel otak dan membolehkan otak berfungsi secara normal.
Hasilnya, pesakit akan dapat pulih dari gejala psikotik dan melalui kehidupan yang normalsemula.
Jenis-jenis Antipsikotik
1.
Antipsikotik Tipikal (juga dikenali sebagai antipsikotik generasi pertama):
o
Phenothiazines (Chlorpromazine "Largactil®", Thioridazine "Melleril®",Fluphenazine, Perphenazine, Prochlorperazine "Stemetil®", Trifluoperazine"Stelazine®").
o
Butyrophenones (Haloperidol)
o
Thioxanthenes (Flupenthixol "Fluanzol®", Zuclopenthixol "Clopixol®")
o
Benzamides yang diubah (Sulpiride)2.
Antipsikotik Atipikal (juga dikenali sebagai antipsikotik generasi kedua):
o
Clozapine (Clozaril®)
o
Olanzapine (Zyprexa®)
o
Risperidone (Risperdal®)
o
Quetiapine (Seroquel®)
o
Aripiprazole (Abilify®)
o
Ziprasidone (Geodon®)
o
Sertindole (Serlect®)Clozapine
Kesan Sampingan
Kesan sampingan yang dikaitkan dengan Antipsikotik termasuklah :
1.
Kesan sampingan Ekstrapiramidal:
o
Kejang dan menggeletar (gejala Parkinson) ± biasa berlaku secara beransur-ansur pada pesakit dewasa atau warga tua
o
Pergerakan muka dan badan yang tidak normal ±biasanya pada kanak-kanak atauremaja
o
Perasaan tidak selesa ±boleh berlaku selepas pengambilan dos yang tinggi
o
Pergerakan beritma tidak terkawal pada lidah, muka dan rahang ± biasanya berlakuselepas rawatan jangka panjang atau dengan dos ubat yang tinggi2.
Kesan sampingan yang lain