You are on page 1of 1

Dialog

Shiun Yi : Hai, Jia Nian! Apa khabar? Lama sudah kita tidak berjumpa, ya?
Jia Nian : Oh,kamu Shiun Yi! Khabar baik. Benar kata kamu itu, sudah lama kita tidak berjumpa.
Kali terakhir kita berjumpa adalah pada hujung tahun lepas.
Shiun Yi : Bilakah kamu sampai ke sini?
Jia Nian : Saya baru sampai pagi tadi. Kami sekeluarga pulang ke kampung tetapi ayah saya
akan pulang ke bandar pada petang ini.
Shiun Yi : Berapa lama kamu akan berada di sini?
Jia Nian : Saya akan berada di sini sepanjang cuti ini. Apabila sekolah akan dibuka, ayah akan
menjemput saya pulang.
Shiun Yi : Baguslah kalau begitu halnya, Jia Nian. Esok, kamu ada rancangan untuk ke mana-
mana?
Jia Nian : Saya tidak mempunyai apa-apa rancangan. Kamu pula bagaimana?
Shiun Yi : Saya bercadang hendak mengajak kamu menyaksikan perlawanan akhir bola sepak.
Kamu setuju?
Jia Nian : Saya setuju tetapi saya mesti mendapatkan kebenaran daripada datuk saya.
Shiun Yi : Selain daripada menyaksikan perlawanan akhir bola sepak,bagaimanakah kamu
mengisi masa lapang pada cuti sekolah ini?
Jia Nian : Saya akan mengisi masa lapang dengan pergi ke perpustakaan untuk membaca buku
kerana membaca itu jambatan ilmu.
Shiun Yi : Selain daripada membaca, apa lagi aktiviti untuk mengisi masa lapang awak?
Jia Nian : Saya juga akan membantu ibu bapa membuat kerja rumah untuk megurangkan beban
ibu seperti menggunting rumput,menyapu lantai dan sebagainya. Shiun Yi,
bagaimanakah awak mengisi masa lapang awak?
Shiun Yi : Saya akan bermain badminton untuk menyihatkan badan. Selain itu, saya akan
mengulang kaji pelajaran dan pergi tuisyen dengan kawan saya.
Jia Nian : Inilah aktiviti yang awak lakukan?
Shiun Yi : Bukan, saya juga sama dengan kamu. Saya juga membantu kedua-dua orang tua untuk
membalas jasa mereka seperti mencuci kereta, mencuci pinggan dan sebagainya.
Adakah awak pergi ke aktiviti kokurikulum di sekolah pada cuti sekolah ini?
Jia Nian : Oh, memang baik cara awak mengisi masa lapang.
Shiun Yi : Baiklah, Jia Nian. Esok pagi, kita berjumpa lagi dan cubalah dapatkan kebenaran
daripada datuk kamu itu.
Jia Nian : Baiklah.

You might also like