You are on page 1of 11

Analisis Kesalahan Kosa Kata

Oleh:
Muhammad Khalilizul Syahmie bin Nordin
Muhammad Fadhli bin Othman
Rozaini bin Zulkiffle
Kosa Kata
• Pemilihan kosa kata (merangkumi aspek diksi
dengan maksud ujaran). Antara yang perlu
diberi perhatian adalah perkara-perkara berikut:
- penggunaan  bentuk jamak
- kesesuaian penggunaan kata ganti nama diri
- penggunaaan kata hubung dan kata sendi
nama
- penggunaaan kata yang tidak tepat
- imbuhan
1. Penggunaan kata majmuk yang tidak betul
contoh kesalahan:

- banyak kanak-kanak itu


- sesetengah daripada idea-idea
- semua kereta-kereta
- para-para pelajar
- empat orang abang-abang
2. Penggunaan kata ganti nama diri perlu dikaitkan dengan
kesantunan bahasa
Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau
binatang. Misalnya
• Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
- Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)

Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang


dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tua-tua,
dan bukan kanak-kanak. Misalnya:
• Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
- Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang
menjadi kamu-kamu, anda-anda, mereka-mereka, dan
sebagainya. Misalnya:
• Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
- Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)

Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi


ianya. Misalnya:
• Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
- Jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh. (betul)
Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan
hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja.
Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang
diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti
“anda dengan saya” atau “anda dengan kami”.
Orang yang diajak bercakap disertakan.
• “Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata
Anas kepada Nazrul. ( salah )
-“Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata
Anas kepada Nazrul. ( betul )
• “Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina
kepada Suzie. ( salah )
-“Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina
kepada Suzie. ( betul )
3. Penggunaaan kata hubung dan kata sendi nama. Penggunaan
kata hubung ada yang tidak sesuai dengan fungsi
keterangannya kerana ada kata hubung yang merujuk kepada
masa, syarta, sebab, akibat dan sebagainya
contoh kesalahan:
• Kata hubung

Salah:
– Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.
– Badannya besar kecuali kakinya kecil.
– Kakak memandu kereta sementara mendengar radio
Betul:
– Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.
– Badannya besar tetapi kakinya kecil.
– Kakak memandu kereta sambil mendengar radio
Kata sendi nama
• i - Dari
Salah:
– Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.
– Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
Betul:
– Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.
– Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.

• ii - Daripada
Salah:
– Tilam itu dibuat dari getah asli.
– Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.
– Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
Betul:
– Tilam itu dibuat daripada getah asli.
– Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
– Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.
• iii - Pada
Salah:
– Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.
– Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
– Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara.
Betul:
– Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan.
– Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
– Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara.

• iv - Di
Salah:
– Saya dilahirkan diSarawak.
– Ayah awak bekerja dimana ?
Betul:
– Saya dilahirkan di Sarawak.
– Ayah awak bekerja di mana ?
4. Penggunaan kata tidak tepat
contoh kesalahan:
• Pada pendapatan saya, kita perlu
menggandakan usaha jika mahu mendapat
lebih keuntungan. (pendapat)
5. Kesalahan imbuhan
contoh kesalahan:
• Cadangan untuk memperbesarkan pejabat akan
menelan belanja RM1juta. (memperbesar)
- `memper' ialah imbuhan kata kerja transitif dan tidak
perlu akhiran `kan' untiuk menjadikan kata adjektif besar
sebagai kata kerja  transitif

• Hakim telah menjatuhkan pengedarkan dadah itu


dengan hukuman gantung mandatori. (menjatuhi)
- Akhir `-kan' menunjukkan bahawa `pengedar dadah' itu
dijatuhkan tetapi maksud ayat ialah `hukuman gantung
mandatori' dijatuhkan ke atas `pengedar dadah'.

You might also like