You are on page 1of 1

ANGKATAN MUDA KEADILAN PULAU PINANG

(AMKPP)

KENYATAAN MEDIA
Hentikan Segera Fitnah ‘Perkauman’
Terhadap Kerajaan Negeri
10 OGOS 2010

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) pada hari ini menegaskan tidak akan bertolak
ansur kepada mereka yang memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai ‘perkauman’ dalam
menyelesaikan masalah rakyat. Cukuplah dengan siri-siri fitnah bermula dari Kampung Buah Pala,
Tanah Wakaf Bagan Ajam, Isu Jelutong dan Pokok Asam yang menjadi ‘modal’ politik murahan
UMNO untuk menagih sokongan rakyat, sekarang ditambah lagi dengan menghasut peniaga-peniaga
Melayu Komtar untuk membenci Kerajaan Negeri, dalam isu lot niaga di ruang legar Komtar.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) merujuk kepada tuduhan liar yang
dilemparkan oleh Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO Pulau Pinang, Aziaan Ariffin yang
mengatakan "Ia memperlihatkan sikap pilih kasih pemimpin DAP dan menunjukkan sikap perkauman
yang amat tebal.” Tuduhan jahat ini jelas menggambarkan, siapa sebenarnya pemimpin UMNO yang
jelas suka bermain dalam ruang lingkup perkauman mereka yang sempit dan suka ambil sikap hentam
keromo sebelum tahu apa yang sebenarnya berlaku. Siapa dia Aziaan? Adakah dia benar-benar
menyelami permasalahan yang berlaku? Konon menjadi ‘hero segera’ Melayu, tetapi selama lebih 50
tahun, apa yang UMNO berjaya tinggalkan untuk orang Melayu Pulau Pinang?

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) juga merasa amat kesal dengan tindakan Naib
Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abdul Jiman yang mengapi-apikan hubungan
baik yang sudah terjalin lama antara komuniti peniaga Komtar dengan pihak Kerajaan Negeri. Tindakan
beliau yang menuduh Kerajaan Negeri meroboh premis gerai dan menghalau Melayu dari Komtar
adalah amat tidak tepat dan hanya emosional semata-mata. Bilakah masanya ada notis yang mengatakan
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menghalau peniaga-peniaga Melayu dari Komtar? Yang
jelas ada hanyalah notis untuk urusan menaiktaraf ruang niaga tersebut, agar lebih teratur dan tidak
menghalang lalulintas pelanggan Komtar. Bahkan, 27 peniaga sedia ada boleh terus berniaga seperti
biasa, dan ditambah lagi dengan 17 lot di tingkat yang sama dan 10 lot di tingkat 4.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) di sini juga menyatakan sokongan kepada
kenyataan Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar untuk PDC melakukan kutipan terus bayaran sewa
tapak dari peniaga, dan bukannya menerusi Komtar Merchant Association (KMA). Ini adalah untuk
memastikan ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan, setelah kontroversi yang ditimbulkan oleh
Naib Pengerusi KMA itu sendiri, Mohamed Ghani.

Justeru, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) dengan ini sekali lagi menegaskan,
tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melontarkan fitnah jahat kepada Kerajaan
Negeri Pulau Pinang, Kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk orang Melayu, Cina dan India di negeri
ini. Demi memastikan isu-isu rakyat yang membabitkan tiga kaum ini ditangani dan diselesaikan dengan
baik, AMKPP menawarkan diri sebagai orang tengah atau ‘mediator’ untuk mencari jalan keluar
sebarang pemasalahan pada masa akan datang. Atas kesedaran ini, AMKPP akan menubuhkan satu
sekretariat khas yang dinamakan sebagai “Sekretariat Warga Diskusi Isu Rakyat” (SWADAYA)

SYED MIKAEL RIZAL AIDID


Setiausaha,
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang
(AMKPP)

You might also like