Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
19Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan

Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan

Ratings: (0)|Views: 1,837|Likes:
Published by MUSA ISMAIL
Teknologi Multimedia dalam Pendidikan (M/S 1-6). Pengenalan Dan Definasi Multimedia (M/S 7-12)
DARI : USTAZ MUSA (PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN : (PKG KULIM )
Teknologi Multimedia dalam Pendidikan (M/S 1-6). Pengenalan Dan Definasi Multimedia (M/S 7-12)
DARI : USTAZ MUSA (PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN : (PKG KULIM )

More info:

Published by: MUSA ISMAIL on Aug 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

05/09/2013

pdf

text

original

 
 Pengenalan Dan Definasi Multimedia
 
(M/S 7-12)DARI : USTAZ MUSA (PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN : (PKG KULIM )
Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik,audio, video dan animasi. Selain dari itu, interaktiviti juga merupakan sebahagiandaripada elemen yang diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi interaktif menerusi penggunaan multimedia. Setiap elemen ini mempunyai peranannya yangtersendiri dalam mewujudkan satu persembahan informasi yang lebih menarik dan berkesan. Berikut merupakan penerangan ringkas peranan serta ciri utama setiapteknologi tersebut dan hubungannya dengan dunia pendidikan era digital.
Teks
Memandangkan penggunaan teks dalam suatu proses komunikasi maklumat telahlama wujud, ianya sering kali dianggap sebagai satu media tradisi. Namun demikian, penggunaan teks dalam satu sistem multimedia sememangnya merupakan sesuatuyang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Walaupun terdapat pelbagai elemenmedia yang bersifat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukan sebagaisalah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat.Teks secara amnya merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun bagi membentuk satu makna yang boleh difahami atau membawa pengertian yang tertentu. Teks juga merujuk kepada semua jenis simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai jenis tulisan dan fon yang menjadi asas utama bagi penyaluran maklumat masadahulu dan juga masa kini.Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagalmenyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki. Penggunaan teks juga akanmenjadi lebih menarik sekiranya ia digabungkan dengan elemen-elemen multimediayanglain dan gabungan penggunaanmedia ini menjanjikan penyampaianmaklumat yang lebih menarik, tepat dan menyeluruh.
Panduan Menggunakan Teks di dalam Aplikasi Multimedia atauLaman Web Pendidikan
Walaupun teks merupakan antara sumber yang terbaik bagi menyampaikansesuatu maklumat, kadang kala ianya gagal untuk menyebarkan sesuatumaklumat dengan kadar yang pantas. Contohnya, sekiranya seseorang hanyadiberi masa selama 3 saat bagi menarik perhatian pengguna dalam sesuatu sesi persembahan, teks agak sukar untuk menangani keadaan ini dengan berkesan.Berikut merupakan beberapa garis panduan dan perkara yang perlu diberi perhatian semasa anda bekerja dengan teks di dalam pembangunan sesebuahaplikasi multimedia.
Teknologi Multimedia dalamPendidikan
(M/S 1-6)
.
 
2ringkas tetapi padatgunakan typeface dan fon yang bersesuaian.pastikan teks tersebut boleh dibacapemilihan stail tulisan dan juga warna teks yang bersesuaiankawal pemilihan fon serta konsistenpastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain
Grafik 
Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yangtidak bergerak sepertigambar,lukisan, lakaran,gambarfoto, ilustrasidansebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagimemberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaangrafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantasdan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual.Grafik juga dikatakan mampu membantu dalam menerangkan sesuatumaklumat dengan lebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau carta misalnyamampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuahsyarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata-mata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaianmaklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadapmaklumat yang ingin disampaikan.
Panduan Menggunakan Grafik dalam Aplikasi Multimedia atauLaman Web Pendidikan
Apabila grafik digunakan di dalam sesuatu persembahan, tujuan utamanya ialah bagi menyediakan satu persekitaran yang lebih cantik dan mampu menarik  perhatian pengguna. Selain dari itu, apa yang paling penting ialah grafik yangdigunakan mampu menyampaikan mesej atau maklumat dengan tepat dan tidak mengelirukan. Walau bagaimanapun, penggunaan grafik yang tidak dirancangdengan betul dan digunakan tanpa rasional yang bersesuaian biasanya hanyamengundang masalah yang berlarutan.Berikut merupakan sebahagian dari garis panduan serta perkara yang perludiberi perhatian semasa bekerja dengan grafik di dalam pembangunan sesebuahaplikasi multimedia atau laman web khususnya yang berkaitan dengan bidang pendidikan :pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaranpilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agamapilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugaspilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasigunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah
Audio
Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu suatu daya penarik yang berkesanuntuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia bolehmerujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khasaudio dan sebagainya.
 
3
Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain dari itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi di kalangan para penggunaagarlebih berminatmengikutisuatuproses penyampaianmaklumat. Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkansuasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadapapa yang ingin dipersembahkan.
Panduan Menggunakan Audio dalam Aplikasi Multimedia atauLaman Web Pendidikan
Walau pun penggunaan audio di dalam sesebuah aplikasi atau persembahanmultimedia mempunyai pelbagai kelebihan, penggunaannya perlu dirancangdengan teliti serta dikawal penggunaanya. Ini adalah kerana tanpa perancanganyang teliti serta apabila ianya digunakan ditempat yang tidak sesuai atau pundigunakan secara keterlaluan mampu mencacatkan keseluruhan persembahan.Berikutnya merupakan beberapa panduan asas bagaimana audio dapatdigunakan dengan berkesan di dalam sesebuah aplikasi multimedia :Audio hanya digunakan jika ianya didapati bersesuaian dengan isi kandunganaplikasi atau program.Audio hanya digunakan sekira ianya diperlukan atau pun terdapat rasionalmengapa ianya digunakan.Sekiranya audio digunakan, pastikan pengguna mempunyai kuasa kawalanterhadapnya. Kuasa kawalan di sini merujuk kepada kuasa mengawal ketinggianaudio, memberhentikan audio dan sebagainya.Elakkan menggunakan terlalu banyak kesan audio yang sama di dalamsesebuah aplikasi bagi mengelakkan kebosanan. Sebagai contoh, pelajar mungkin akan merasa kagum atau seronok apabila mendengar kesan audioyang tertentu apabila mereka bergerak dari satu skrin ke satu skrin yang baru. Namun demikian mereka pastinya akan mula merasa bosan apabila kesan audioyang sama terus digunakan berulang-ulang setiap kali mereka memasuki skrin baru.Gunakan saiz sampel atau kadar sampel yang tidak terlalu tinggi bagi tujuanrakaman atau semasa menyimpan fail audio. Selain dari mengurangkan saiz failaudio, kualiti audio yang terhasil juga sudah memadai bagi digunakan di dalamsesebuah aplikasi multimedia.Elakkan daripadamenggunakan audio sekiranyaia didapati bolehmengganggu persembahan.
Video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbandingelemen-elemen yang lain.Ianya juga dikatakanmerupakan gabungan pelbagai media (seperti teks, grafik, audio dan sebagainya)di dalam satu medium. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupayauntuk mempengaruhimotivasi seseorangterhadapproses penerimaan maklumat. Selain dari itu, video juga mampumembawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secaratidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanyadengan lebih nyata.

Activity (19)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Qaseh Qaede liked this
Qaseh Qaede liked this
Qaseh Qaede liked this
Qaseh Qaede liked this
aduka_kencana liked this
Nor Salwa liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->