You are on page 1of 12

KONTRAK SOSIAL

KUA ZI LIN AM090075


MOHD SHAIFUL AM090XXX
NUR AMIN AM09XXX
TEE SHI FENG AM090265
APAKAH ITU KONTRAK SOSIAL
 Kontrak sosial adalah persetujuan yang
dicapai sebelum merdeka di kalangan para
pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-
parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan
MIC
BAGAIMANA TERBENTUKNYA
KONTRAK SOSIAL?
 Kewujudan pekerja kontrak di bawah
penjajahan asing.
 Isu hak kerakyatan.
 Kemerdekaan bersyarat yang ditawarkan oleh
kerajaan british.
 Permuafakatan pemimpin UMNO, MCA, MIC.
 Kelahiran kontrak sosial.
 Pemberian kerakyatan kepada pemastaudin.
 Pembentukan perlembagaan.
 Negara Malaysia yang berdaulat.
ADAKAH KONTRAK SOSIAL
TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN?
 Kontrak sosial bukan istilah yang wujud
dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun
1957 tetapi permuafakatan yang mewakili
semangat Perlembagaan.
 Ia merupakan muafakat antara kaum yang
mewarnai Perlembagaan, persepakatan yang
diterjemahkan ke dalam Perlembagaan.
Walaupun istilah kontrak sosial tidak ada
dalam Perlembagaan tetapi semangatnya ada
pada ciri-ciri perlembagaan itu.
APAKAH KANDUNGAN DALAM
KONTRAK SOSIAL INI?
KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 Terhasilnya sistem raja berperlembagaan.
 Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan
cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap
peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan
keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja
negeri.
 Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah.
 Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan
Tentera Persekutuan dan merupakan salah satu unsur
utama daripada tiga unsur utama badan perundangan
persekutuan iaitu parlimen.
HAK KEISTIMEWAAN ORANG
MELAYU
 Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan,
permit dan sebagainya untuk orang Melayu.
 Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah
peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa
undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang
sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu
daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.
 Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak dan
diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang
secara amnya termasuklah hak mendapat
kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan
kewarganegaraan dalam perlembagaan.
KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI
AGAMA RASMI
 “Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi
agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai di mana-mana bahagian Persekutuan”
 Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang
menyebut “tetapi agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan:
 Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
 b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-
maksud agama atau khairat, dan
 Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan
mentadbirkannya mengikut undang-undang.
BAHASA MELAYU SEBAGAI
BAHASA KEBANGSAAN
 Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam
menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu
bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan
bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk
menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-
masing dengan bahasa pertuturannya.
 Terdapat bantahan dari pihak lain,tetapi isu ini dapat
diselesaikan malalui penerangan Tun Tan Siew Sin :
Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan
bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan
Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang
mengekal dan menegmbangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-
bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa
perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan
perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak
dan dipelihara, mereka bersetuju
APAKAH PERKARA PENTING PERLU
DIFAHAMI DALAM KONTRAK SOSIAL?
Rakyat Malaysia perlu memahami kontak
sosial dengan jelas berdasarkan kepada
fakta sejarah. Kontrak sosial harus
difahami sekurang-kurangnya tentang
hubung kaitnya kepada empat perkara
utama iaitu - perlembagaan,
kemerdekaan, hubungan kaum dan
sistem pemerintahan negara. Tanpa
kontrak sosial mungkin kita tidak dapat
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957
kerana pihak British ketika itu
menjadikan permuafakatan itu sebagai
prasyarat. Kontrak sosial adalah anak
kunci kepada hubungan kaum
sebagaimana yang termaktub dalam
perlembagaan.
ADAKAH MASIH RELEVAN LAGI
KONTRAK SOSIAL INI?

Kontrak sosial merupakan


benda abstrak yang seringkala
dipertikaikan oleh orang yang
ingin merosakkan
perpaduan.Perlembagaan
menjadi teras negara.

Sekarang semua kaum hidup


secara aman dan bersumbang
dalam kemajuan negara,
diskriminasi tidak berlaku.
Kerajaan harus terus berusaha
untuk melindungi rakyat dan
mengukuhkan perpaduan yang
amat berharga itu.
KESIMPULAN
'Perpaduan teras kemajuan'
'persefahaman teras kemakmuran '

You might also like