LAPORAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHASZON C
Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Zon C telah diadakan pada 28Julai 2010 di SK Matang bermula pada 8.00 pagi. Sebanyak 5 acara telahdipertandingkan iaitu azan, tilawah, bercerita, nasyid dan hafazan. TuanPenolong Pegawai Pelajaran Daerah Islam dan Moral, Tn Zolkefli b Mansor telah menyempurnakan majlis perasmian penutup. Majlis berakhir pada pukul1.00 petang.
Rasional
Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-muridPendidikan Khas mengembangkan bakat dan potensi mereka. Selain daripadaitu, mereka juga dapat mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran khususnyadalam mata pelajaran Pendidikan Islam serta memberi pendedahan kepadamurid-murid Pendidikan Khas bergaul dengan rakan-rakan dari sekolah yangberlainan.
Objektif
*Mengembangkan potensi dan bakat murid-murid mengikut kebolehan dankeupayaan mereka.*Memberi pendedahan dalam aktiviti di luar persekitaran sekolah sendiri.*Mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat negeriseterusnya kebangsaan.*Menerapkan penghayatan nilai-nilai murni.*Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga Pendidikan Khas.
Anjuran
Program Pendidikan Khas Integrasi Zon C, Daerah Larut Matang dan Selama.(SK Matang, SK Seri Aman, SK Changkat Larut, SK Dato’ Panglima BukitGantang, SK Sg. Tinggi, SMK Pengkalan Aur, SMK Tat Beng)
Suasana semasa pertandingan dijalankan
Add a Comment