You are on page 1of 2

PENGENALAN

Latihan Fartlek adalah berasal dari negara Sweden. Latihan ini dirancang

bertujuan untuk membina daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot kaki.

Latihan ini juga bermaksud sebagai ‘speed play’ di mana ianya melibatkan larian

yang laju diselangi dengan larian perlahan di atas permukaan tanah semulajadi.

Semasa menjalani larian, individu akan menentukan kelajuan mengikut keadaan

dan kemampuan diri sendiri. Menekankan aspek pecutan di mana atlet

dikehendaki melakukan larian pecut bertempo pada kadar tertentu.Merupakan

satu latihan aerobik kerana ia melibatkan pengeluaran ATP daripada pelbagai

bahan bakar dengan menggunakan oksigen. Sesuai digunakan untuk

meningkatkan keupayaan aerobik para atlet atau para pemain di samping

membina kadar kepantasan sebagai salah satu ‘prasyarat’ dalam pembinaan

kuasa eksplosif.

MATLAMAT LATIHAN

 Membina keupayaan aerobik dan anaerobik

 Meningkatkan kepantasan

 Meningkatkan daya tahan kepantasan

 Meningkatkan daya tahan kardiovaskular

You might also like