Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
19Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Teknik Kaunseling Menggunakan Pendekatan Psikologi Individu (2)

Teknik Kaunseling Menggunakan Pendekatan Psikologi Individu (2)

Ratings: (0)|Views: 1,012 |Likes:
Published by eddliestaniselie

More info:

Published by: eddliestaniselie on Aug 12, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/20/2013

pdf

text

original

 
TEKNIK KAUNSELING MENGGUNAKAN PENDEKATAN PSIKOLOGI INDIVIDUProses perhubungan dalam terapi ini memberi fokus
kepada hubungan kolaboratif antara kaunselor-klien.
Di samping itu,
klien diberi segala galakan agar mempunyai rasa bertanggungjawab atas tindak-tanduknya
. Kaunselor bekerjakeras dengan secara sedar 
mewujudkan wawasan kepada klien tentang kekuatanyang ada dalam dirinya.
Walaupun segala kelemahan diterangkan kepada klien,bagaimana pun kelemahan dan serba kekurangan klien tidak begitu ditonjolkan.Teknik melayan dalam terapi ini lebih
mementingkan kepada aliran pemikiran danpengalaman klien secara subjektif.
Serupa dengan cara layanan terapi afektif,peringkat awalan proses terapi ini juga memfokus kepada keupayaan penerokaan
menjelaskan matlamat yang hendak dicapai
keseluruhan cara layanan jugamengabung aspek kefahaman empati dan ketulenan terhadap klien.Tujuan memahami gaya hidup klien, kaunselor pada biasanya akan
mengambilperhatian tentang perasaan, motif serta matlamat yang dikemukakan oleh klien.
 Perkara ini diterokai secara mendalam tujuan
untuk mendapatkan suatu penilaiankefahaman tentang kehendak klien.
 KAEDAH ANALISIS DAN PENTAFSIRAN DALAM PROSES KAUNSELINGPSIKOLOGI INDIVIDU
Konstelasi Keluarga.
Sebagai satu matlamat untuk memahami klien, kaunselor juga pentingkan analisisterhadap gabungan dalam keluarga klien. Kedudukan kelahiran antara adik-beradik juga digunakan sebagai analisis dan penilaian untuk memahami gaya hidup yangsedang dialami oleh klien. Aspek kedudukan psikologikal adalah ditumpukan apabilaanalisis kedudukan kelahiran diguna sebagai pentafsiran. Soalan tentang siapakah diantara adik-beradik yang disayangi oleh ibu bapa? Apakah hubungan yang dapatdiperhatikan antara bapa dengan ibu; bapa dengan anak-anak; ibu dengan anak-anak?Siapa di antara adik-beradik yang menyerupai klien? Menyerupai bapa atau ibu?Perkara ini penting bagi kaunselor, bertujuan untuk menyelami persepsi danpengalaman yang mempengaruhi pertumbuhan hidup klien.
Ingatan awal.
Terapi Adlerian menggunakan teknik ingatan-ingatan awal, di mana ingatan-ingatantersebut dapat digunakan sebagai petanda memahami tentang gaya hidup yang dialamiklien sekarang. Angapan ini bersesuaian dengan fahaman bahawa individu hanyaingatkan even yang konsisiten dengan pandangan hidup mereka sekarang. Persepsi
 
ini memberi peneguhan terhadap logik yang wujud dalam individu tersebut, yang manamerupakan asas dalam pegangan hidupnya. Dari ingatan-ingatan awal, kaunselor dapat menyelami matlamat klien serta perkara-perkara, nilai yang merangsangkanklien.Pada biasanya klien akan diminta untuk relaks sejenak, dan pejamkan mata. Kemudiankaunselor akan bertanyakan soalan atau pernyataan kepada klien:"Saya sangat berharapkan agar anda dapat mengingati semula memori yang palingawal dalam hidup anda. Suatu perkara yang benar-benar terjadi kepada diri anda,bukan suatu perkara yang dimaklomkan kepada anda."Ingatan-ingatan ini akan diminta oleh kaunselor mengikut sejauh mana dalamnyakeinginan kaunselor untuk meneroka tentang diri klien berkaitan isu yang diproses.
M
engglakkan wawasan.
Cara ini menumpukan keupayaan kaunselor selepas memahami gaya hidup klien untukberusaha menggalakkan wawasan klien tentang tingkahlaku yang baru. Denganmenggunakan teknik yang konfrontif, klien akan dicabar untuk menyelami dan sedar terhadap matlamat hidupnya yang merosakkan dirinya. Teknik mencabar digunakansealiran dengan teknik galakan. Biasanya pentafsiran-pentafsiran yang bernas adalahperlu untuk mencetuskan wawasan baru untuk diri klien. Pentafsiran juga digunakansesuai dengan kefahaman kaunselor tentang gaya hidup yang dialami oleh klien.Penerimaan wawasan yang baru oleh klien merupakan permulaan untuk klien tersebutmerasai tanggungjawabnya terhadap isu yang dibincangkan dalam proses terapi.PROSES YANG DIGUNAKAN DALAM TEORI PSIKOLOGI INDIVIDU Adler berpendapat kaunselor harus mesra dan menerima klien. Empati adalah satufaktor penting dalam membina suasana teraputik. Hubungan kaunselor dan klien dilihatsebagai kolaboratif yang mana kaunselor dan klien berusaha untuk bekerjasama danbersetuju tentang matlamat kaunseling yang khusus. Teori Psikologi Individu ini tidakmempunyai teknik yang khusus, jadi Adler telah menyediakan empat fasa proseskaunseling (Sabariah Siron, 2005).Fasa terapiFasa 1: Membina hubungan
y
mengambil berat yang mendalam, melibatkan diri dan menganggap kliensebagai kawan.
 
y
mendengar, memberi tindak balas dan menghormati keupayaan klien untukmemahami dan mencari perubahan dengan cara kaunselor memberi harapanserta mengambil berat.Fasa 2: Meneroka Kedinamikan Klien
y
gaya hidup klien melalui pemahaman kaunselor tentang kepercayaan, perasaan,matlamat dan motif klien.
y
Kemahiran empati diperlukan untuk membina pemahaman ini.
y
Kaunselor meneroka pengalaman hidup semasa kanak-kanak untuk menilaihubungan adik-beradik dan persepsi kanak-kanak tentang kedudukannya didalam keluarga.
y
Mengingat kembali pengalaman awal hidup digunakan untuk menilai gaya hidupklien.
y
Prosedur penilaian ini digunakan oleh kaunselor untuk menilai gaya hidup klien.
y
objektif temuabual di tahap ini ialah:a) Bagaimana masalah hidup klien bermula;b) Peristiwa-peristiwa yang menyebabkan masalah klien;c) Sejarah kesihatan;d) Sejarah sosial;e) Sebab klien memilih masa tersebut untuk mendapatkan kaunseling;f) Cara klien menangani tugas hidupnya;g) Penilaian gaya hidup klien.Fasa 3: Menggalakkan Pemahaman Kendiri dan Celik Akal
y
Kaunselor menekankan kepada membina dan menggabungkan celik akalkepada masalah klien melalui kesedaran tentang matlamat yang salah dantingkahlaku merosakkan diri sendiri.
y
Kaunselor menggunakan teknik konfrantasi dan interpretasi untuk membina celikakal klien. Bukan sahaja celik akal penting, penekanan kaunseling juga kepadaperubahan tingkahlaku.Fasa 4: Orientasi Semula
y
Mengorientasi dan mendidik semula klien iaitu mempraktikkan celik akal yangtelah didapati oleh klien sepanjang proses teraputik.
y
Klien digalakkan mengambil risiko, mencuba tingkahlaku baru, mengambiltanggungjawab untuk hidupnya dan membuat keputusan baru yangmembolehkannya mencapai matlamat.
y
Di dalam kes tertentu perubahan signifikan diperlukan jika klien ingin mengatasirasa kecewa dan mencari tempat untuk diri sendiri di dalam hidupnya.

Activity (19)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Ana Iffa liked this
Na Zi Rah liked this
Izzuddin Raiz liked this
Ummu Haani Isa liked this
zatilnabilah liked this
Noraidah Kassim liked this
M Fawzy Niss liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->