Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
TEORI (2)

TEORI (2)

Ratings: (0)|Views: 92|Likes:
Published by eddliestaniselie

More info:

Published by: eddliestaniselie on Aug 12, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/25/2012

pdf

text

original

 
TEORI ² TEORI PEMBELAJARAN DAN IMPLIKASINYA DALAM PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN
 TEORI PELAZIMAN PAVLOVMengikut teori ini setiap rangsangan akan menghasilkan gerakbalas. Gerakbalas ialahtingkahlaku yang timbul kesan daripada rangsangan. Rangsangan pula ialah tenaga yangmenimbulkan gerakbalas. Contohnya apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri,maka murid dengan cepat akan berdiri. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri ialahgerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlakukesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas.
 Implikasi Teori Pavlov ke atas pengajaran dan pembelajaran.
 Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas dapatdiperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatugerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan ) setiap kali murid mendapat hasil yang baik ( gerakbalas ), maka gerakbalas itumenghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan.Motivasi juga memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran. Contohnya dalam bilik darjah, guru perlu memotivasikan murid-murid dengan menunjukkan sesuatu yang menarik sebelum mereka dapat memberikan penumpuan yang teliti. Pembelajaran juga boleh berlakumelalui latihan, pembiasan atau pengalaman. Oleh itu, guru perlu melibatkan murid-murid dalam proses pengajarannya seperti mengadakan aktiviti kumpulan, perbincangan dan sebagainya.Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna ,sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkinakan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta ± merta juga dapat membantu seseorangguru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET
.Teori ini menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu merujuk kepada aktiviti-aktivitimental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dansebagainya. Menurut Piaget, perkembangan kognitig seseorang kanak-kanak adalah mengikutsiri urutan yang berperingkat-peringkat. Piaget membahagikan perkembangan itu kepada empat peringkat iaitu:Peringkat deria motor ( 0 ± 2 tahun )Peringkat praoperasi ( 2 ± 7 tahun )Perinkat operasi konkrit ( 7 ± 11 tahun )Peringkat operasi formal ( 11 tahun dan keatas )
 
Implikasi Teori Perkembangan Kognitif Piaget terhadap pengajaran dan pembelajaran.
 
Daripa teori ini, guru perlu sedar bahawa pada peringkat awal, kanak-kanak seperti dikelas tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripadaobjek-objek besar iaitu yang senang dilihat dan disentuh. Manakal pada peringkatTahun Dua dan Tiga, kanak-kanak bersifat egosentrik. Oleh itu, tajuk-tajuk sepertiRumah Saya, Keluarga Saya adalah sesuai disediakan sebagai bahan bacaan dantulisan. Pelbagai jenis alat bantu mengajar diperlukan untuk mengajar kanak-kanak diperingkat sekolah rendah disebabkan perkembangan kognitif yang terhad.
 
Murid-murid di peringkat sekolah rendah juga masih belum bersedia menyelesaikanmasalah abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dananalogi diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid sekolah rendah. Isipelajaran dan aktiviti pelajaran yang disediakan perlu selaras dengan peringkatperkembangan kognitif murid-murid. Sekiranya tidak, bahan atau aktiviti pelajarantersebut mungkin akan membosankan murid-murid atau terlalu sukar bagi mereka.
 
Setiap tajuk pelajaran perlu disusun dan diperingkatkan. Ini membolehkanpenyampaian tajuk pelajaran daripada peringkat yang senang kepada peringkat yangsusah. Cara seperti ini akan menjamin murid-murid memperolehi hasil pembelajaranyang maksimum.
 TEORI PEMBELAJARAN GAGNEMenurut Gagne pembelajaran adalah sebagai satu cara pemerosesan data dan maklumat. Proses pembelajaran bergerak daripada peringkat yang paling mudah menuju kepada peringkat yangrumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yangrendah. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran iaitu:Pembelajaran isyarat.Pembelajaran rangsangan gerak balasRangkaian.Pertalian berbahasa.Pembelajaran diskriminasi.Pembelajaran konsepPembelajaran hukumPenyelesaian masalah.
Implikasi Teori Pembelajaran Gagne.
 
 
Pada peringkat awal, pembelajaran isyarat boleh dijalankan. Contohnya, gurumenunjukkan objek sambil mengimbaskan kad perkataan. Pembelajaran rangsangangerak balas membawa implikasi bahawa guru perlu sentiasa memberi pujian dangalakan apabila murid menunjukkan hasil yang baik
 
Daripada aspek rangkaian motor, guru perlu menggunakan prinsip ulangan danmembuat sesuatu mengikut urutan ketika mengajar. Implikasi pertalian berbahasakepada guru ialah ketika mengajar, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis danmengemukan hujah. Contohnya, ketika mengajar konsep buku, guru bukan sahajaboleh menunjukkan buku sebenar malahan murid-murid digalakkan untuk menyebutdan mengeja perkataan itu.
 
Guru perlu membimbing murid-murid membuat diskriminasi atau membezakan faktayang penting daripada yang kurang penting. Kebolehan mendiskriminasi juga bolehdigunakan untuk membezakan ciri-ciri sesuatu kumpulan tumbuhan dengan ciri-cirikumpulan tumbuhan yang lain. Guru juga boleh membantu murid-murid mengenalpasti cir-ciri utama suatu kelas objek agar pembentukan konsep mudah dicapai.Soalan-soalan yang boleh memandu murid-murid ke arah pembentukan konsep denganjelas perlu digunakan.
 
Guru perlu menggunakan perbandingan, anlogi dan aplikasi ketika mengendalikanpembelajaran hukum. Seseorang guru perlu:
 memberikan maklumat yang mencukupi.Membimbing murid-murid untuk mengenal pasti perkara-perkara penting dalam hukum berkenaan.Membantu murid-murid melihat pertalian antara komponen yang releven.Mengemukakan soalan-soalan yang memberi peluang kepada murid-murid untuk membuktikankefahaman mereka terhadap hukum yang dipelajari.Menggalakkan murid-murid membuat huraian tentang sesuatu hukum itu.
Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, guru perlu memberikan panduan dancadangan tentang konsep dan hukum yang diperlukan. Petunjuk yang berhubung terusdengan penyelesaian masalah tidak perlu diberi kerana ini menjadikan tugasan ituterlalu senang dan kurang mencabar.
 TEORI PEMBELAJARAN BRUNER.Kajian Bruner menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak. Ia menekankan cara-caramanusia berinteraksi dalam alam sekitar dan menggambarkan pengalaman secara dalaman.

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
waniep liked this
matderaman liked this
Siti Fatimah liked this
ariel_selama06 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->