You are on page 1of 18

Masalah Pendidikan, 31(1)

KEPIMPINAN RABBANI DI SEKOLAH

RABBANI LEADERSHIP IN SCHOOLS

Hailan bin Salamun


Rahimah Hj. Ahmad
Institut Pengajian Kepengetuaan
Universiti Malaya

This article discusses an alternative framework to develop human capital


in school educational leadership. Rabbani leadership is a practical model
based on the national educational philosophy. There are several attributes
of leadership suggested to lead teachers managing educational programs
and building up the learning culture in schools. They are: highlighting the
great characters to develop others, strengthening emotional quotient,
focusing the educational vision, building up teachers' leadership,
strengthening understanding among teachers, building up learning culture
and managing the teaching programs.

Membangunkan modal insan merupakan salah sate tumpuan yang diberikan dalam
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Dalam hal ini, kepimpinan
pengetua dilihat sebagai peneraju utama menyediakan landasan yang betul bagi
memastikan usaha membangunkan modal insan di sekolah dapat direalisasikan.
Biarpun sebelum ini, amalan kepimpinan pendidikan sering dikaitkan dengan model
pengurusan pendidikan, kepimpinan pengetua seharusnya menyediakan diri melalui
fasa baru yang memberi tumpuan membina nilai kemanusiaan yang dapat dikongsi
bersama dalam kalangan warga pendidik. Usaha membina nilai kemanusiaan begitu
signifikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang meletakkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan sebagai teras memacu segala perancangan dalam program
pendidikan. Usaha ini juga merupakan fokus utama dalam pendidikan Islam agar
manusia dapat dibangunkan keseluruhannya menjadi insan yang bertaqwa dan
berguna kepada ummah,
Kepimpinan yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW merupakan
langkah yang terbaik bagi membina generasi manusia. Kepimpinannya yang sentiasa
menghubungkan dirinya dengan Tuhan merupakan model `Kepimpinan Rabbani' dan
menjadi contoh kepada umat Islam. Dalam konteks kepimpinan di sekolah,
kebijaksanaan pengetua menggunakan pertimbangan berasaskan rabbani dapat
memimpin orang lain menggerakkan program pendidikan dan membangkitkan budaya
pembelajaran untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Definisi Kepimpinan

Terdapat beberapa istilah Arab yang berkaitan dengan kepimpinan seperti; sj Ll


(Idarah), (Qiyadah), (Siyasah) Lt dan sue+ (Tadbir). Kepimpinan
163
Masalah Pendidikan, 31(1)

ditakrifkan sebagai satu proses mempengaruhi kegiatan-kegiatan individu atau


kumpulan dalam usaha mencapai matlamat (goal) dalam sesuatu keadaan.
Kepimpinan berbeza dengan pengurusan kerana pengurus adalah satu bentuk
kepimpinan yang mementingkan matlamat organisasi (Yusof Ismail, 2004).
Perkataan kepimpinan (leadership) tidak wujud dalam perbendaharaan bahasa
Inggeris sehingga tahun 1800 masehi. Perkataan ini mula mendapat tempat seratus
tahun berikutnya apabila ahli-ahli sains sosial di barat mula mengambil berat dan
mengkaji pola kepimpinan sebagai satu bidang kajian. Andaian awal para pengkaji
bidang kepimpinan yang beranggapan sifat-sifat seorang pemimpin adalah berbeza
dengan para pengikutnya. Sifat-sifat ini perlu dikaji dan dipelajari bagi melahirkan
seorang pemimpin yang berkesan (Razali, 1996; Zulkiple & Ahmad Redzuwan, 1999).
Dalam dunia Islam, kepimpinan diberikan perhatian sejak di zaman Rasulullah
SAW iaitu lebih kurang 700 tahun masehi. Baginda menganjurkan agar dilantik
seorang pemimpin walau dalam kumpulan kecil sekalipun. Rasulullah SAW bersabda,
maksudnya "Apabila tiga orang keluar bermusafir, ma/ca hendaklah dilantik seorang
daripadanya sebagai ketua ".
Salah seorang penyelidik yang mengkaji bidang kepimpnan iaitu Ali Moh'd
Jubran (2004) mendefinisikan kepimpinan sebagai proses menunjuk jalan lebih
daripada memberikan arahan. Konsep kepimpinan merupakan proses memberikan
jalan dan mempengaruhi ahli-ahli organisasi dengan memberi keyakinan bahawa
mereka mampu menunjukkan daya usaha dan kecintaan terhadap tugasan sebagai
sebabagian daripada ibadat untuk memenuhi matlamat organisasi.

Konsep Kepimpinan Rabbani

Perkataan Rabbani ada disebut di dalam al-Quran sebanyak tiga kali iaitu dalam surah
aui-muran (3:79) dan surah al-Maidah (5:44 dan 5:63). Ketiga-tiga ayat yang menyebut
perkataan Rabbani membawa maksud manusia yang mempunyai hubungan yang erat
dengan Allah SWT (Ramli Awang, 1997; al-Qaradawi, 1977). Perkataan Rabbani
banyak didefinisikan oleh ramai ulama' tafsir, diantaranya Hamka menyatakan
manusia rabbani ialah manusia yang berhubung secara langsung dengan Allah SWT.
Tafsir al-Baidhowi (1968) mengistilahkan Rabbani sebagai orang yang mempunyai
ilmu yang sempurna dan diamalkannya. Manakala Al-Alusi (1987) menafsirkan
perkataan rabbani berdasarkan pandangan Saidina All dan Ibn Abbas sebagai prang
yang benar-benar berilmu. Ibn Zaid mendefinisikannya sebagai orang yang bijak
mentadbir segala urusan manusia.
Al-Zabidi (1306 hijrah) dan Ibn Manzur (1990) memecahkan perkataan Rabbani
kepada tiga pengertian, iaitu: (i) Manusia yang menyembah Allah SWT; (ii) Manusia
yang memiliki dan memahami ilmu ketuhanan; dan (iii) Manusia yang berilmu dalam
ilmu agama dan ilmu dunia iaitu orang yang berilmu, beramal dengan ilmunya dan
mengajarkannya kepada orang lain. Dalam hat ini, Ramli Awang (1997, him. 96)
merumuskan manusia Rabbani adalah mereka yang meletakkan matlamat dan hala
tuju kehidupannya adalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT
yang menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidupnya.
Metodologi Pendidikan Rabbani yang diutarakan Iehsan (2003) dan juga Haron
Din (1988) yang membicarakan 'hakikat kejadian manusia' menyatakan manusia
berperanan sepanjang hayat mereka sebagai:

164
Masalah Pendidikan, 31(1)

I. Hamba Allah SWT


Manusia sebenarnya hasil ciptaan Allah SWT. Sebagaimana firmanNya, yang
bermaksud:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan fin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku
(al-Zariat, 51:56)
Segala aktiviti dan rutin kehidupan manusia dianggap sebagai Ibadah apabila
meletakkan tujuan setiap amalan yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT.
II. Khaiifah Allah SWT
Sebagaimana firman Allah SWT, maksudnya:
Sesungguhnya Aku akan menjadikan khalifah di alas bumi!
(al-Baqaroh, 2: 30)
Selain memenuhi tuntutan sebagai hamba Allah SWT, manusia juga dikehendaki
memimpin orang lain memakmurkan alam ini dengan berbuat kebajikan.
Ill. Menerima hakikat kehidupan di dunia sebagai ujian
Sebagaimana firman Allah SWT, maksudnya:

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mall dan hidup


(kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu:
siapakah di antara kamu yang lebih balk amalnya....
(al-Mulk: 2)

Oleh kerana kehidupan ini sebagai medan ujian, manusia dikehendaki melakukan
amalan yang terbaik berlandaskan kehendak syara'. Melakukan amalan yang terbaik
dan disertai dengan niat yang ikhlas menjadi faktor penting untuk mendapat keredhaan
Allah SWT. Sesuatu kebaikan menjadi lebih bermakna sekiranya diamalkan secara
bersama atau berjamaah. Dalam hal ini, seseorang itu seharusnya berpengetahuan dan
berkemahiran (keterampilan) dalam sesuatu bidang untuk menghasilkan sesuatu yang
terbaik. Begitu juga dengan amalan hidup bermasyarakat, persefahaman yang terjalin
mendorong permuafakatan berbuat kebajikan semata-mata kerana Allah SWT adalah
lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan amalan kebajikan yang dilakukan
secara individu. Begitu juga halnya dalam melaksanakan amalan solat berjamaah
diberi ganjaran berlipat ganda jika dibandingkan amalan solat secara sendirian.
Sehubungan itu, setiap manusia tidak dapat lari daripada menjaga hubungan
manusia dengan Allah SWT dan hubungan manusia sesama manusia sebagaimana
firman Allah SWT dalam surah Ali Imran (3: 112) yang bennaksud:

Mere/ca itu ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada,


kecuali (lika mereka berpegang) pada tali Allah dan tali
manusia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan proses pengembangan potensi


manusia seimbang melalui aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek perlu seiring
dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Ini kerana kehidupan manusia
mempunyai hubungan secara langsung dengan kehidupan bermasyarakat.
Persefahaman merupakan jalan terbaik untuk mengenali antara satu dengan yang lain,
agar lahir suasana harmoni dan amen (Wan Mohd Nor, 2005, h1m. 128)
Fokus kepimpinan rabbani dalam institusi pendidikan atau sekolah merujuk
secara khusus kepada pola tingkah laku pengetua yang bertindak memimpin warga

165
Masalah Pendidikan, 31(1)

sekolah. Pengetua akan menunjukkan jalan dan mempengaruhi warga sekolah bekerja
bersamanya memenuhi misi dan visi sekolah semata-mata mendapatkan keredhaan
Allah SWT. Dalam hal ini, pengetua yang bertingkah laku `pemimpin rabbani'
mengambil asas pertimbangan yang mengambil kira tanggungjawab manusia sebagai
i) Hamba Allah SWT, ii) Khalifah Allah SWT dan, iii) menerima kehidupan ini
sebagai satu ujian. Bagi memenuhi tanggungjawab di atas, kepimpinan rabbani
disarankan mengambil peduli perkara-perkara asas yang berkaitan dengan: pegangan
dan nilai, bimbingan, persefahaman, dan keterampilan.

Asas Pertimbangan dalam Kepimpinan Rabbani

Setiap pengetua akan menyelidiki beberapa perkara yang berkaitan dengan kekuatan
dan kelemahan sekolah yang dipimpinnya. Ada pengetua yang mengambil masa
berbulan-bulan untuk melakukan sesuatu bagi meningkatkan prestasi sekolah.
Pengetua akan memilih tumpuan perubahan yang betul sebagai kunci ke arah
penambahbaikan sekolah. Pengetua juga akan mendapatkan bantuan dan kerjasama
dalam kalangan barisan pengurusan sekolah untuk meningkatkan prestasi pencapaian
pelajar. Pertimbangan yang betul sebenarnya dapat mendorong pengetua memberi
tumpuan memainkan peranannya melakukan usaha-usaha penambahbaikan di sekolah
(Waters, Marzano, & McNulty, 2003, hIm. 5).
Leithwood, Aitken, dan Jantzi (2006, him. 6) pula menganggap segala tindakan
ataupun keputusan yang dilakukan dalam kepimpinan seseorang adalah berbeza.
Keputusan yang dibuat bergantung kepada keyakinan terhadap sesuatu kepentingan
dalam sesebuah organisasi yang diwakilinya. Begitu juga dalam kepimpinan Islam
yang mengemudi institusi tertentu melihat individu yang mempunyai asas rabbani
mempunyai landasan aqidah yang utuh dan menjadikan Rabb sebagai asas
pertimbangan dalam setiap tutur katanya, tingkah lakunya dan juga niat amalannya
(Sidek Baba, 2006, hlm. 28).
Dalam konteks kepimpinan Islam asas pertimbangan hendaklah merujuk kepada
al-Quran dan sunnah. Asas pertimbangan ini dianggap sebagai tuntutan Islam yang
bersifat rabbani, yang dikongsi dengan masyarakat Islam dahulu (zaman awal),
sekarang dan pada masa akan datang (al-Khatib, 1991, hlm. 132). Sehubungan dengan
itu, kepimpinan rabbani sewajarnya mengambil iktibar dengan perjuangan yang dilalui
oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Asas Pertimbangan Pegangan

Setiap manusia ada pegangan yang menjadi asas dalam kehidupannya seperti
pegangan agama, pegangan falsafah, pegangan nilai, pegangan kepercayaan dan
sebagainya. Merujuk kepada kepimpinan Rasulullah SAW yang memberi keutamaan
kepada pegangan aqidah sebagai asas pertimbangan ketika membina negara Madinah
yang berdaulat (Armusy, 1991, hhn. 100), tugas pertama dalam peristiwa Hijrah ialah
membina masjid Quba' dan juga pembinaan masjid Nabawi di Madinah merupakan
petunjuk kepada pentingnya menjaga aqidah dalam setiap misi perjuangan. Begitu
juga Baginda Rasulullah SAW setelah melantik seorang pemimpin dalam setiap misi
perjuangan menganjurkan kepada para sahabatnya agar memenuhi beberapa perkara,
di antaranya mengambil kira pegangan Tauhid dengan bertaqwa kepada Allah SWT
(Sahib Muslim, hadis 1716).

166
Masalah Pendidikan, 31(1)

Dalam hal ini, Imam Nawawi meletakkan Hadis yang berkaitan dengan niat dan
yang berkaitan dengannya dalam kedudukan pertama pembicaraannya dalam kitab
Hadis Empat Puluh. Hanya niat yang ditujukan semata-mata kepada Allah dianggap
sesuatu amalan yang dilakukan sebagai ibadat (Mustafa Abdul Rahman, 1988). Begitu
juga dengan pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada Muaz bin Jabal sebagai utusan
risalah Islam ke Yaman telah meletakkan rujukan pertama untuk menyelesaikan
masalah bersandarkan al-Quran, kemudian sunnah dan akhirnya pertimbangan sendiri
yang tidak bertentangan dengan kedua-dua rujukan utama.

Asas Pertimbangan Bimbingan

Dalam peristiwa Hijrah, Rasulullah SAW juga telah mengistiharkan kepimpinan


Baginda dalam kalangan warga Madinah iaitu di antara orang-orang Islam dengan
orang-orang Yahudi melalui perjanjian yang dikenal sebagai Sahifah Madinah atau
Piagam Madinah. Isi perjanjian ini merupakan satu bimbingan dan dijadikan garis
panduan yang dianjurkan Rasulullah SAW bagi memperkukuhkan binaan sebuah
negara baru Madinah. Begitu juga dalam setiap misi perjuangan, Baginda Rasulullah
SAW memberikan bimbingan kepada para sahabat yang berjuang di medan
peperangan agar mematuhi etika jihad yang tidak dibenarkan menipu, khianat, kejam
dan membunuh orang-orang yang lemah seperti kanak-kanak. Inilah nasihat yang
dianggap sebagai bimbingan yang menggambarkan etika Islam ketika berjihad
(berjuang). Nasihat merupakan gambaran agama sebagaimana hadis yang bermaksud:

Agama itu merupakan nasihat. Kami bertanya: "Untuk siapa? "


Sabda baginda: "Bagi Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-
pemimpin orang Islam dan masyarakat semuanya. (Imam Muslim,
Hadis 55)

Asas Pertimbangan Persefahaman

Dalam peristiwa hijrah, Baginda Rasulullah SAW telah mengikat hubungan


kemanusiaan di antara orang-orang Islam dengan orang-orang Yahudi yang tinggal di
Madinah. Baginda juga mengeratkan hubungan silaturrahim dengan
mempersaudarakan orang-orang Arab (Muhajirin) penduduk asal Mekah yang
berhijrah ke Madinah dengan orang-orang Arab (Ansar) penduduk asal Madinah
(Azahar Yaakub, 2006). Dua peristiwa ini menggambarkan betapa pentingnya usaha
memperkukuhkan persefahaman melalui hubungan erat dalam kalangan orang-orang
Arab dan juga orang-orang Yahudi. Nabi Muhammad SAW telah mengambil
pertimbangan yang berasaskan persefahaman sebagai asas membentuk sebuah
masyarakat yang aman dan harmoni di negara Madinah.
Begitu juga Baginda Rasulullah SAW ketika memberi amanat kepada para
sahabatnya sebelum berjihad, agar mereka menerangkan tujuan peperangan kepada
pihak musuh dengan memberikan pilihan untuk mereka menerima Islam atau
sebaliknya sebelum diserang. Ini bermakna setiap risiko yang akan ditanggung oleh
pihak musuh telah difahami dan dipersetujui. Dalam hal in persefahaman merupakan
salah satu bentuk hubungan manusia yang amat dititikberatkan biarpun berhadapan
dengan musuh. Persefahaman membuka ruang kepada hubungan kemanusiaan yang
mantap. Baginda menggambarkan betapa eratnya hubungan sesama orang yang
beriman sebagaimana dalam hadisnya yang bermaksud:

167
Masalah Pendidikan, 31(1)

Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang,


saling bersimpati dan saling mencintai samalah seperti anggota tubuh
yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, is melibatkan
seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam.
(Muttafiq, Imam Bukhari, 6011 dan Imam Muslim, 86)

Asas Pertimbangan Keterampilan

Dalam peristiwa hijrah, kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW menyusun strategi dan
menggunakan kepakaran orang lain membantu baginda membina sebuah negara Islam
Madinah. Bermula dengan peristiwa perancangan untuk membunuh Nabi, strategi
perjalanan Nabi ke Madinah, strategi menggunakan sumber manusia ketika Nabi
bersembunyi di gua Hira' semuanya membuktikan kemahiran Nabi Muhammad SAW
merancang. Dalam hal ini, Baginda Rasulullah SAW menggunakan pertimbangan
keterampilan untuk menghadapi segala ancaman bagi menjayakan usaha hijrah.
Kebijaksanaan seseorang menggambarkan keterampilannya menghadapi situasi
yang dihadapinya kerana ilmu, keyakinan dan kemahiran yang dimilikinya. Banyak
hadis yang menganjurkan tentang kepentingan ilmu dan juga kemahiran. Dalam hal
ini, Zulkifli Mohamad (2007, hlm. 61) menganjurkan agar umat Islam memiliki
beberapa kemahiran, iaitu; kemahiran ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem,
kemahiran berfikir, kemahiran berorganisasi, kemahiran berstrategi dan kemahiran
berkomunikasi.
Sehubungan itu, disarankan agar setiap pengetua yang memimpin barisan warga
sekolah mengambil pertimbangan pegangan, pertimbangan bimbingan, pertimbangan
persefahaman dan pertimbangan keterampilan bagi menonjolkan kepimpinan Rabbani
untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Tindakan dan amalan kepimpinan yang
berasaskan pertimbangan di atas dapat memenuhi hakikat penciptaan manusia yang
berperanan sebagai Hamba Allah SWT dan juga Khalifah Allah SWT serta dapat
melaksanakan pekerjaan yang terbaik bagi menempuh ujian kehidupan.

Peranan Pengetna dalam Kepimpinan Rabbani

Berdasarkan kepada peristiwa hijrah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW


bertindak membuat pertimbangan pegangan, pertimbangan bimbingan, pertimbangan
persefahaman, dan juga pertimbangan keterampilan. Nabi Muhammad SAW adalah
model kepimpinan rabbani dan contoh terbaik untuk diikuti semua manusia. Allah
SWT berfirman, maksudnya:

Sesungguhnya telah ada pads diri Rasulullah itu surf tauladan yang
baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan
(kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (a]-
Ahzab:21)

Dalam konteks kepimpinan di sekolah, pengetua seharusnya menjadikan prinsip


kepemimpinan di atas dalam merangka program dan aktiviti yang bersifat pendidikan.
Sehubungan dengan itu, pengetua disarankan bertindak dengan mengamalkan gaya
kepemimpinan yang menonjolkan amalan yang bersesuaian dengan kepimpinan Ihsan,
membina upaya kepimpinan guru, meningkatkan persefahaman guru, membangun
budaya ilmu, dan mengurus program pengajaran.

168
Masalah Pendidikan, 31(1)

i. Kepimpinan Ihsan

Ihsan dari sudut bahasa bermaksud perlakuan kebaikan, perbuatan kebajikan atau
ikhlas dan benar-benar mendalam pengetahuan dalam sesuatu perkara (Ismail
Abdullah Siputeh, 2006, h1m. 87). Imam Nawawi mengertikan Ihsan dengan
kewaspadaan dalam melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah kerana melihatNya,
dan jika tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah melihat perbuatan setiap
hambanya (al-Nawawi, 1966). Manakala Sidek Baba (2007) menyamakan kepimpinan
hati dengan kepimpinan Ihsan iaitu pemimpin yang dapat berkomunikasi dengan baik
terhadap Penciptanya. Manakala Zakaria Stapa (2004, h1m. 115) mengertikan Ihsan
sebagai satu kaedah keyakinan dan penghadiran rasa dan kesedaran bahawa Allah
SWT sentiasa melihat apa yang dilakukan seseorang manusia. Komunikasi yang balk
terjalin dalam kepimpinan Ihsan melalui setiap amalan pekerjaannya dikaitkan dengan
Tuhan. Tuhan yang menyediakan sumber rezeki. Tuhan juga yang menggerakkan
manusia berusaha mencari rezeki.
Kepimpinan Ihsan adalah kepimpinan yang menonjolkan sifat dan nilai-nilai
yang balk. Kepimpinan Ihsan amat menghargai setiap sumbangan guru-guru dalam
proses pendidikan yang dianggap sebagai amal ibadat. Kepimpinan Ihsan sentiasa
mengaitkan setiap sumbangan memberi manfaat bukan sahaja kepada dirinya bahkan
orang lain dan juga kehidupan lain. Kepimpinan Ihsan memberi penekanan kepada
usaha mengikat hati guru-guru melalui contoh dan tauladan yang dizahirkan dalam
program pendidikan dan juga budaya pembelajaran dalam kalangan warga sekolah.
Dalam institusi sekolah, pengetua merupakan orang yang menjadi tempat rujuk.
Semua guru, staf bukan mengajar dan juga pars pelajar mengharapkan bimbingan,
nasihat dan juga panduan dalam segala hal yang berkaitan dengan pendidikan,
pengurusan, dan juga hal ehwal pentadbiran. Pengetua yang dapat menonjolkan
contoh dan tauladan yang balk boleh mempengaruhi suasana khususnya hubungan
pengetua dengan guru-guru, staf bukan mengajar dan juga para pelajar. Pengetua
sebagai pendidik bukan hanya melatih dan memberi kernahiran tertentu tetapi juga
hares menggunakan asas-asas nilai untuk mengasuh dan membentuk akhlak yang
balk. Kualiti diri yang boleh dicontohi dan diteladani begitu penting sebagai seorang
pendidik (Sidek Baba, 2006).
Menonjoikan sikap dan tingkah laku yang baik adalah sebahagian daripada
usaha menggilap kebaikan dalam institusi pendidikan iaitu sekolah. Menggilap
kebaikan bermakna seseorang dapat mengajak orang lain dengan menerangkan
kebaikan, cintakan kebaikan dan menunjukkan cara melakukan kebaikan. Seseorang
itu dianggap berintegriti apabila dia bercakap benar dan melaksanakan apa yang
dimaksudkan secara berterusan (Ryan & Bohlin, 1999). Kajian yang dilakukan oleh
Kouzes dan Posner (1993) menunjukkan nilai integriti mempunyai hubungan yang
signifikan di antara pemimpin dengan pengikut.
Seseorang yang menyedari tanggungjawab memikul amanah yang besar sebagai
pemimpin boleh mendorong seseorang berusaha untuk memperbaiki din dan menjadi
lebih balk. Hanya manusia yang layak sahaja yang seharusnya memikul amanah.
Banyak ayat al-Quran dan hadis yang membicarakan tentang amanah dan kesan bagi
mereka yang dapat memikulnya atau sebaliknya. Salah satu hadis yang membicarakan
amanah sebagaimana sabda Rasulullah SAW, maksudnya:

Apabila amanah telah disia-siakan ma/ca tunggulah kehancuran.


(al-Bukhari)

169
Masalah Pendidikan, 31(1)

Kesediaan pemimpin untuk memimpin merupakan faktor penting memastikan


keberkesanan dalam kepimpinan. Pemimpin yang sedar tanggungjawab memimpin
dan bersedia untuk memimpin mempunyai keseimbangan emosi dan spiritual.
Kebanyakan pemimpin yang berkesan adalab mereka yang mempunyai tahap
kecerdasan emosi atau EQ (Emotional Quotient) yang tinggi (Siti Aisyah Abd.
Rahman, 2006, him. 75)
Pemimpin sering dikaitkan dengan perubahan ke arah penambahbaikan.
Pemimpin yang melaksanakan perubahan biasanya akan berhadapan dengan masalah
yang berkaitan dengan emosi seperti stres, kebimbangan, ketidakpuasan, kemarahan,
dan kekecewaan. Pemimpin perlu mempromosikan cara-cara meningkatkan
kecerdasan emosi bagi membolehkan mereka membaca dan memahami perasaan
orang-orang yang ada di sekelilingnya. Seseorang pemimpin akan berhadapan dengan
kegagalan disebabkan emosinya yang menyukarkan mereka menjalinkan hubungan
kerjasama dengan pelbagai pihak di tempat kerja. Ab. Aziz Yusof (2004, him. 165)
menyarankan kecekapan kecerdasan emosi melalui: (i) kesedaran diri, (ii) peraturan
diri, (iii) dorongan diri, (iv) empati, dan (v) kemahiran sosial. Ary Ginanjar (2005,
him. 119) menyamakan kecerdasan emosi dengan kekuatan mental yang perlu
dibangunkan melalui enam prinsip rukun iman. Seorang pemimpin boleh
meningkatkan keupayaan EQ melalui kebolehan untuk merasa, mendekati, dan
menghasilkan emosi sebaik-baiknya dengan bersedia untuk membantu orang lain
(Mayer & Salovey, 1997; Zohar & Marshall, 2004).
Kejayaan sesuatu usaha untuk penambahbaikan sekolah memerlukan visi
pendidikan yang jelas melalui: (i) perkongsian misi institusi dalam kalangan
warganya, (ii) tahu bagaimana cara untuk mencapai misi tersebut, (iii) dapat mengenal
pasti 'fokus' penambahbaikan, (iv) rancangan pembangunan untuk mengubah aktiviti
pendidikan, dan (v) pelaksanaan pelan tindakan secara berkesan (Betances, 1992;
Bumberg, 1994; McEwan, 2003). Pengetua yang menonjolkan kepimpinan Ihsan
menjadikan nilai yang baik sebagai misi dan visi di sekolah yang dipimpinnya.
Pengetua boleh menggunakan budi bicara melalui perkongsian pandangan dengan
guru-guru secara syura bagi menentukan visi, misi dan matlamat sekolah.
Sand Md. Yasin (2002, him. 9) menyatakan sesebuah organisasi seperti sekolah
memerlukan visi dan misi yang dikongsi bersama bukan sahaja oleh pengetua, tetapi
guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat agar mereka mempunyai arah tuju yang sama
bagi mencapai matlamat organisasi yang disepakati bersama. Pengetua • berkongsi
bersama dengan guru, staf dan pars pelajar untuk memahami, mengamalkan dan
menghayati misi sekolah yang menitikberatkan nilai yang baik. Hubungan dan
persefahaman yang kuat dalam kalangan guru-guru diperkukuhkan agar mereka
semuanya dapat menghayati erti bekerja dalam satu kumpulan untuk merealisasikan
misi sekolah.
Crosby (1996, him. 56) berpendapat seseorang pemimpin yang berkesan perlu
mempunyai dua jenis visi iaitu: (i) visi personal iaitu merangkumi matlamat jangka
panjang dan strategi jangka pendek serta objektif; dan (ii) visi organisasi iaitu lahir
daripada visi personal yang dikembangkan dalam organisasi dan seterusnya menjadi
visi dan berkongsi bersama sesama warga organisasi tersebut. Pengetua yang
menonjolkan nilai kebaikan dalam kepimpinannya merangka matlamat dan strategi
bersama guru-guru bagi mencapai penambahbaikan. Mereka bekerja dalam kumpulan
menyedia dan melaksanakan pelan tindakan dengan menekankan nilai pilihan untuk
ditonjolkan dalam setiap program di sekolah.

170
Masalah Pendidikan, 31(1)

II. Membina Upaya Kepemimpinan Guru

Konsep kepimpinan di dalam Islam dilihat sebagai satu tanggungjawab. Pemimpin di


dalam Islam wujud pads setiap peringkat, sama ada pads peringkat negara,
masyarakat, organisasi dan juga keluarga (Ahmad Sufyan Che Abdullah, 2006;
Hamka, 1983; Zulkiple & Ahmad Redzuwan, 1999). Berdasarkan hadis RasuluIlah
SAW maksudnya:

"Setiap kamu adalah pengembala, dan bertanggungjawab atas


pengembalaannya. "

Dalam hal ini, Muhammad Yasin Mazhar (1993) menyatakan setiap kali
Rasulullah SAW meninggalkan kota Madinah untuk tujuan ketenteraan dan dakwah,
Baginda akan melantik seorang timbalan yang akan menguruskan hal ehwal orang
Islam. Baginda Rasulullah SAW akan melantik dalam kalangan sahabatnya untuk
melaksanakan tugas tertentu bersesuaian dengan kemampuan yang dimiliki oleh
mereka. Biarpun Rasulullah SAW sebagai khalifah di muka bumi, pengarah dan
hakim yang mutlak dalam negara Islam, Baginda sering mendapat nasihat para
sahabat mengenai hal ehwal negara. Tanggungjawab memimpin hal ehwal negara
Islam dikongsi bersama berpandukan Kitab al-Quran dan sunnah.
Berdasarkan kepada sirah Rasulullah SAW menggambarkan bahawa para
sahabat telah mendapat bimbingan Baginda untuk memimpin umat dalam negara
Islam. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakr, kemudiannya Saidina
Umar al-Khatab, kemudiannya Saidina Othman, dan Saidina Ali sebagai khalifah
yang menggantikan baginda Rasulullah SAW dalam kepimpinan Khulafa al-Rasyidin.
Jika dirujuk kepada sunnah yang ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah SAW jelas
sekali menitikberatkan usaha membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam kalangan
sahabat Rasulullah menjadi pemimpin dan mengurus hal ehwal negara.
Dalam institus. i sekolah, ada pengkaji yang menyarankan proses kepemimpinan
sekolah memerlukan anjakan paradigma daripada konsep kepemimpinan seorang iaitu
pengetua kepada konsep kepemimpinan berpusatkan kumpulan iaitu guru-guru
(Abdullah Sani, Abdul Rashid, & Abdul Ghani, 2007; Nathan, 2001). Guthrie et al.
(1989) menyatakan untuk mencapai keberkesanan kepimpinan, pihak sekolah perlu
membangunkan kemampuan atau potensi pemimpin dan staf lain kerana kemampuan
staf memainkan peranan penting dalam proses penambahbaikan sekolah (Barth, 1990;
Hopkins et al., 1994; Joyce & Showers, 1995). Pengetua yang dapat memupuk barisan
kepimpinan guru dengan sebaik mungkin dapat menyumbang peranan merubah
sekolah menjadi lebih berkesan (Katzenmeyer & Moller, 1996; Snell & Swanson,
2000). Pengetua seharusnya menitikberatkan usaha membimbing dan memberi tunjuk
ajar kepada guru-guru lain untuk menjadi pemimpin di sekolah. Pengetua boleh
mengembangkan kemahiran memimpin dengan menggalakkan guru-guru melibatkan
din dalam proses membuat keputusan. Guru-guru juga digalakkan melibatkan diri atau
bergilir-gilir mengurus perkara berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah
seperti pengurusan disiplin, pengurusan skim pinjaman buku teks, pengurusan
biasiswa, pengurusan pendaftaran pelajar dan sebagainya. Guru-guru juga diberi ruang
mengetuai kumpulan atau ahli jawatankuasa program sekolah, dan juga memberi
kemahiran menyelesaikan masalah.
Di sekolah, guru-guru yang dianggap sebagai rakan kongsi dalam memimpin,
membentuk dan melaksanakan usaha penambahbaikan merupakan salah satu faktor

171
Masalah Pendidikan, 31(1)

penting yang menyumbang kepada perubahan sekolah yang lebih bermakna (Snell &
Swanson, 2000). Barth (1990, hlm. 23) bersependapat dalam hal ini dengan
menyatakan pengetua yang berkesan adalah pengetua yang mengagihkan
kepemimpinan mereka yang turut melibatkan guru dalam membuat keputusan di
peringkat sekolah: Ada dalam kalangan pengkaji yang lebih memberi tumpuan kepada
perkembangan guru (Harris, 2002, him. 99) kerana menurut Hopkins (2001, him. 71)
faktor penyumbang utama ke arah kejayaan proses penambahbaikan adalah kualiti
pengajaran guru yang tinggi. Pandangan ini disokong oleh Joyce (1991) dengan
mengatakan guru yang berjaya bukan sahaja mempunyai autoriti karisma,
berpengaruh atau baik semasa berucap, tetapi mempunyai kemampuan atau keupayaan
untuk melahirkan pelajar yang berfikiran tinggi dan berguna kepada masyarakat.
Manakala McEwan (2003, him. 101) melihat seseorang yang menganggap
pengajaran merupakan suatu peranan di luar daripada konsep kepimpinan samasekali
tidak tepat. Ini kerana kepimpinan yang memberikan tumpuan kepada pengajaran
memerlukan sokongan dan kerjasama dalam kalangun guru lain khususnya
kepimpinan guru. Beliau mendefinisikan kepimpinan guru sebagai seseorang yang
menonjolkan beberapa kemahiran kepimpinan dalam satu atau lebih bidang-bidang
tersebut, iaitu: (i) memberi bimbingan kepada guru barn; (ii) kolaborasi dengan semua
rakan sekerja; (iii) memantapkan pembelajaran dan mengembangkan idea untuk kelas
dan sekolah; (iv) menggilap bakat penulisan dan kemahiran penyampaian dalam
perkongsian ilmu; (v) melibatkan diri dalam membuat keputusan dan penyelesaian
masalab; (vi) berani menghadapi risiko; dan (vii) berkongsi maklumat, idea dan
pandangan.

iii. Meningkatkan Persefahaman Guru


Kepimpinan muafakat adalah berasaskan kepada taqwa, amalan syura dan juga usaha
dan tawakal. Hubungan baik dalam masyarakat wujud melalui komunikasi yang
berasaskan kepada: (1) memahami perbezaan dan kelainan, (ii) memahami pentingnya
kesalingan dan juga (iii) memahami citarasa yang berbeza dalam kalangan setiap
manusia. Oleh itu, bersifat tolak ansur, memberi dan menerima dan juga muafakat
menjadi elemen yang penting bagi melahirkan masyarakat yang sating faham
memahami di antara satu dengan yang lain (Sidek Baba, 2007). Menjalinkan
komunikasi dua hala adalah dengan melontarkan perkataan secara berhati-hati dan
berhikmah. Kata-kata yang baik dapat mengelakkan salah faham dan prasangka buruk
dalam kalangan guru-guru dan juga pemimpin. Rasulullah SAW apabila memanggil
seseorang anak memanggil dengan panggilan yang sesuai dengan kematangannya
(Jamal Abdur Rahman, 2005).
Hubungan yang baik membawa persefahaman yang mantap dalam sesebuah
organisasi. Persefahaman yang baik akan mewujudkan suasana yang mendorong ahli
organisasi memberikan komitmen tinggi melaksanakan tugasan. Ada kajian yang
menunjukkan komitmen pekerja terhadap organisasi mempunyai pertalian yang rapat
dengan persekitaran yang dipimpin pengetua yang suka memberi galakan. Para
pekerja akan memberikan komitmen yang tinggi sekiranya mempunyai hubungan
yang baik dengan pemimpin yang bertimbangrasa (John & Taylor, 2000).
Dapatan kajian Waters et al. (2003, hlm. 4) menunjukkan beberapa ciri
pertimbangan yang melibatkan persefahaman pengetua diambil kira sebagai indikator
yang menyumbang ke arah penambahbaikan sekolah dan peningkatan prestasi
pencapaian pelajar, di antaranya: (i) menekankan disiplin, (ii) menjaga hubungan baik

172
Masalah Pendidikan, 31(1)

dengan memberikan ruang masa, (iii) memberi kepercayaan mengurus dan membuat
keputusan, (iv) menjaga kebajikan guru, dan (v) berkongsi pandangan dan
bekerjasama. Manakala McEwan (2003, h1m. 109-112) menggariskan beberapa
langkah bagi membina persefahaman, di antaranya: (i) beri ruang masa bagi
mengukuhkan hubungan dengan pekerja, (ii) beri tugasan yang bersesuaian dan
bernilai bagi pandangan mereka, (iii) beri sokongan dan keyakinan keputusan yang
telah dibuat dalam kalangan pimpinan guru.
Pengetua contohnya bersikap terbuka dan menghargai setiap pandangan dan
kelebihan yang ada pada guru-guru. Pengetua juga harus memberi kepercayaan
dengan memberikan kuasa kepada guru-guru yang. diyakini mengikut tahap
kemampuan mereka. Kepercayaan yang diberikan harus diiringi dengan pemantauan
rapi atau sebaliknya bergantung kepada pengalaman dan kemampuan menjalankan
tugasan. Mengambil peduli kebajikan guru-guru, prihatin hubungan silaturrahim,
membuka ruang perbincangan masalah yang dihadapi guru dan bertindak membantu
mereka secara tertutup merupakan indikator yang mempunyai pertalian rapat dengan
penambahbaikan sekolah. Semangat kerjasama atau kolaborasi dalam kalangan guru-
guru dapat meningkatkan keutuhan dan kesatuan ketika menjalankan tugasan harian
(McEwan, 2003; Waters et al., 2003).

iv. Membina Budaya ilmu


Ayat pertama dalam surah al-Alaq yang diturunkan oleh Allah SWT kepada
Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW menekankan kepada tuntutan membaca,
sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan."(al-AIaq:1)

Hadis yang mewajibkan umat Islam menuntut ilmu pengetahuan. Dalam hal ini,
Wan Mohd Nor (2003, h1m. 23) menyatakan bahawa tidak semua ilmu wajib
dipelajari tetapi sekadar memperolehi ilmu yang berkaitan dengan hal ehwal
kehidupan. Justeru itu, ilmu merupakan teras sistem nilai agama Islam dan menduduki
tempat yang amat tinggi dalam pandangan Islam. Ilmu adalah lebih utama jika
dibandingkan dengan aural kerana sesuatu amal ibadah tidak diterima kecuali diiringi
ilmu (Zulkifli Mohamad, 2007, hIm. 56). Allah SWT akan mengangkat darjat
seseorang kerana imannya dan juga ilmu yang dimiliki olehnya (al-Mujadalah: 11).
Ilmu pengetahuan begitu signifikan dalam kehidupan umat Islam. Budaya ilmu
menjadi sebati dalam kehidupan umat Islam sejak dari zaman Baginda Rasulullah
SAW. Para sahabat berkumpul di rumah al-Argam bin al-Argam membaca al-Quran,
berbincang, memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran. Budaya ilmu telah
bertapak di Kota Mekah hingga Islam berkembang di Kota Madinah dan ke seluruh
pelusuk dunia. Begitu juga dengan perkembangan disiplin ilmu yang bersumber
daripada al-Quran dan al-Hadis telah berkembang biak dengan munculnya berbagai
ilmu pengetahuan sarna ada ilmu pengetahuan yang bersumberkan wahyu dan juga
ilmu pengetahuan yang bersumberkan sains dan kemanusiaan.
Sehubungan dengan itu, pengkaji-pengkaji dalam penambahbaikan sekolah
seperti Harris (2002, him. 3-6) menyamakan kepemimpinan dengan usaha ke arah
perubahan dan penambahbaikan dalam sesebuah organisasi. Beliau berpendapat
bahawa kejayaan sesebuah organisasi dalam membangunkan kemampuan staf adalah
bergantung kepada keberkesanan kewujudan masyarakat pembelajaran dalam
organisasi tersebut. Masyarakat pembelajaran dalam institusi sekolah adalah staf

173
Masalah Pendidikan, 31(1)

sekolah yang terdiri daripada pengetua, staf pentadbiran dan guru turut aktif dalam
merebut peluang pembelajaran sepertimana para pelajar menerusi penyediaan
kemudahan-kemudahan di bilik staf dan mewujudkan kemudahan yang selesa dan
selamat seperti mana dimiliki pelajar. Pengetua disarankan mewujudkan dasar yang
dapat membangkitkan budaya pembelajaran tedelma melalui contoh dan penekanan
guru-guru dalam pembelajaran.
Di dalam Islam, budaya ilmu dalam institusi pendidikan yang berasaskan
Rabbani adalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT, yang
bersumberkan al-Quran dan sunnah. Kedua-dua sumber tersebut mendidik manusia
mengenal Allah SWT, tabu tujuan asal mengapa manusia dicipta dan tanggungjawab
sebagai khalifah. Oleh yang demikian, budaya ilmu dalam institusi pendidikan bukan
sekadar menyampaikan maklumat, ilmu pengetahuan, keterampilan dan latihan.
Maklumat yang disampaikan juga mestilah menepati al-Quran dan sunnah (Sidek
Baba, 2006). Manakala Wan Mohd. Nor (2003, hIm. 29) mendefinisikan budaya ilmu
sebagai kewujudan satu keadaan. yang setiap lapisan masyarakat melibatkan diri, baik
secara langsung mahupun tidak langsung dalam kegiatan keilmuan bagi setiap
kesempatan. Suasana budaya ilmu digambarkan melalui amalan setiap individu dan
budaya dalam institusi tersebut yang memberi keutamaan, bantuan, kemudahan dan
pengiktirafan yang tinggi kepada sesiapa yang melibatkan din mencari dan
menyebarkan ilmu pengetahuan. Dalam masa yang sama, masyarakat yang
mengamalkan budaya ilmu menolak dan tidak mengiktiraf pandangan, pernyataan
serta amalan yang tidak berasaskan ilmu dan kebenaran.
Sufean Hussin (1996, him. 20) mengertikan budaya ilmu sebagai amalan
masyarakat yang mementingkan pemerolehan dan perkembangan ilmu pengetahuan
berlandaskan kepercayaan bahawa ilmu dapat mengubah cara dan taraf hidup
masyarakat daripada keadaan mundur kepada keadaan maju. Budaya masyarakat yang
mementingkan pemerolehan ilmu dapat dilihat melalui penekanan terhadap dorongan
(motivasi), sikap dan minat untuk menguasai pelbagai bidang ilmu dan
mempertajamkan kemahiran. Manakala perkembangan ilmu pengetahuan berjalan
seining dengan usaha menggiatkan penyeldikan, gabungan ilmu daripada pelbagai
disiplin bagi memperolehi perspektif yang jelas tentang kebenaran, kesenian dan
hikmah tentang kebesaran Allah SWT. Di antara ciri-ciri budaya ilmu dapat dilihat
adalah melalui amalan; a) gemar membaca, b) bijak menggunakan ilmu yang
diperolehi, c) berfikiran rasional dan terbuka, d) menyintai kebenaran, dan e)
mengamalkan prinsip pendidikan seumur hidup.
Usaha membudayakan ilmu tidak hanya melihat kepada proses penyampaian "isi
kandungan" yang dianggap sebagai proses pengajaran. Penekanan kepada proses
pendidikan yang menghubungkan "isi kandungan', dan juga "siapa yang menyampai"
ilmu perlu diambil perhatian. Isi kandungan yang disampaikan hendaklah bermanfaat
serta menepati al-Quran dan sunnah. Guru yang mempunyai kekuatan peribadi
mengukuhkan lagi penyampaiannya kerana pada dirinya terdapat akhlak mithali (contoh
tauladan yang baik) yang memberi asas pembudayaan ilmu dalam kalangan pelajar.
Ramai pengkaji dalam kepimpinan yang mengaitkan usaha membina budaya
pembelajaran merupakan salah satu faktor yang dapat menyumbang kepada
penambahbaikan organisasi khususnya sekolah (Harris, 2002; Senge, 1990). Ada juga
pengkaji yang mengandaikan usaha membina komuniti pembelajaran profesional di
sekolah menjadi indikator utama kepada usaha penambahbaikan (Hord, 1997). Dufour
(2004) beranggapan fokus hares diberikan kepada usaha pembelajaran daripada
pengajaran. Usaha-usaha ke arah pembelajaran melibatkan usaha menyokong dan

174
Masalah Pendidikan, 31(1)

melakukan perkongsian kepemimpinan, perkongsian visi, misi dan nilai-nilai,


pembelajaran kolektif dan pengaplikasian, keadaan-keadaan yang menyokong, dan
perkongsian amalan personel (Hord, 1997).
Pengetua disarankan menyediakan peluang pembelajaran untuk staf yang akan
melahirkan organisasi pembelajaran (Harris, 2002, him. 61) seterusnya, masyarakat
pembelajaran (Joyce et al., 1999, him. 144) dengan menggalakkan ahli organisasi: (i)
bersifat kekitaan dan bekerja secara berpasukan, (ii) saling hormat menghormati
semasa berkomunikasi, (iii) bersedia untuk menerima maklumat untuk membentuk
dan mengamalkan idea-idea baru (Senge, 1990). Konsep budaya ilmu menekankan
usaha mengutamakan pemerolehan dan perkembangan ilmu dalam kalangan warga
sekolah. Budaya ilmu lebih sesuai dengan budaya masyarakat Islam yang
mengutamakan sumber wahyu sebagai alas untuk memperolehi kebenaran. Faham
kebenaran Islam bertunjangkan al-Quran dan sunnah yang kadangkala mempunyai
tafsiran manusia yang berbeza tetapi tidak akan terkeluar daripada landasan dasar
kebenarannya. Ilmu dalam perspektif Islam dikenali sebagai sifat, proses dan hasil.
Proses pemerolehan ilmu berlangsung bermula daripada kegiatan mencari maklumat
yang benar dan pemikiran yang tinggi sama ada melalui: a) pengalaman sendiri, b)
pengalaman sebenar orang lain yang disampaikan melalui kajian ataupun khabar
berita, dan c) pemikiran yang berasaskan pancaindera, berita dan akal (Wan Mohd.
Nor, 2003, him. 39).

v. Pengurusan Program Pengajaran


Salah satu tugas manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ialah membangunkan
dunia, sebagaimana firman Allah SWT:

Dialah menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi, serta


menghendaki kamu memakmurkan bumi... (Hud, 11: 61)

Pengurusan Islam berteraskan nilai dan mempunyai hubungkait dengan perlakuan


manusia. Pengurusan dalam Islam adalah berasaskan ilmu wahyu, iaitu al-Quran,
Hadis dan amalan-amalan ulama' silam. Walau bagaimanapun pengurusan Islam tidak
menolak pengurusan barat seratus peratus. Dari segi sejarah contohnya pengurusan
Nabi Musa a.s. bersetuju mengikut pandangan orang lain untuk menyediakan
beberapa orang yang berkemampuan menjadi pemimpin. Corak kepimpinan ini
menyamai corak kepimpinan yang menekankan konsep disentralisasi dan
empowerment kepada subordinate. Begitu juga halnya dengan junjungan besar Nabi
Muhammad SAW telah mempelopori sistem pengurusan Islam seperti perancangan,
pengorganisasian, pengawalan, penstafan, kepimpinan dan pelaksanaan semasa
peristiwa hijrah (Fadillah Mansor, 2006, him. 47).
Fadillah Mansor (2006, hIm. 45-64) menyarankan beberapa tahap pengurusan
yang dapat melahirkan kerja yang berkualiti dan berjalan dengan sempurna, melalui:
a) menyedia dan melengkapkan keupayaan modal insan; b) meningkatkan keyakinan
diri pekerja dengan memupuk sifat bertanggungjawab dan amanah; c) mengemaskini
faktor-faktor disiplin pengurusan yang bermula dengan perancangan, penyusunan
tugas, pelaksanaan, penyeliaan dan peneguhan terhadap kerja-kerja dilakukan; dan d)
menjalin kerjasama yang lebih berkesan di antara pekerja dengan majikan.
Di sekolah, kepimpinan merupakan satu istilah yang merangkumi sepenuhnya
tanggungjawab pengurusan. Pengetua sebagai pemimpin utama di sekolah
bertanggungjawab secara langsung dalam melaksanakan segala program pendidikan di

175
Masalah Pendidikan, 31(1)

sekolah. Tugas pengetua meliputi tugas-tugas sebagai pentadbir, pengurus, penyelia,


pengarah, pewakil, pemudahcara, penyelaras, pemberangsang dan penilai
(Bennis, 1985).
Ubben dan Hughes (1992, him. 26) menyatakan pengetua yang memberi
tumpuan kepada pengurusan pengajaran biasanya bertindak mengurus struktur
dalaman sekolah yang melibatkan: (i) Organisasi pengajaran, (ii) Amalan pengajaran,
(iii) Iklim sekolah, dan (iv) Budaya sekolah. Manakala Isherwood, Anderson dan
Merhaut (2005) memecahkan sistem sosio-teknikal sekolah kepada beberapa sub-
sistem, iaitu: (i) tenaga manusia seperti pengetua, guns, staf, penjaga dan sebagainya;
(ii) teknikal, iaitu seperti hardware, software, buku teks, alatan sukan, alatan mengajar
dan sebagainya; (iii) struktur sekolah, iaitu seperti struktur organisasi yang
menentukan bagaimana sesuatu kerja dan tugasan disempurnakan oleh seseorang
berdasarkan kuasa dan pangkat yang ada padanya; dan (iv) peranan, iaitu seperti
bagaimana cara penyampaian pengajaran, perkembangan kurikulum, penilaian
pengajaran dan sebagainya.

Kesimpulan

Amalan kepimpinan rabbani disarankan dapat dihayati oleh semua pengetua,


khususnya mereka yang mengemudi barisan kepimpinan guru di sekolah-sekolah yang
bersandarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setelah mengambil beberapa
pertimbangan yang bersesuaian dengan konteks sekolah, pengetua botch memainkan
peranannya membimbing dan menunjuk ajar guru-guru di bawah kepemimpinannya
untuk menjadi role model melahirkan generasi yang seimbang berdasarkan
`Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan' dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pengetua seharusnya menonjolkan kepimpinan Ihsan untuk menggilap kebaikan,
memperkukuhkan mental dan menentukan misi pendidikan dalam kalangan warga
sekolah khususnya guru-guru dan pars pelajar secara amnya. Selain itu, pengetua jugs
boleh memberi tumpuan untuk membina upaya kepimpinan guru, meningkatkan
persefahaman guru, membangunkan budaya ilmu, dan mengurus program pengajaran
di sekolah.

176
Masalah Pendidikan, 31(1)

Rujukan

Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed, & Abdul Ghani Abdullah. (2007).
Guru sebagai pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Ab. Aziz Yusof. (2004). Kepemimpinan dalam mengurus perubahan dari dimensi
kemanusiaan. Petaling Jaya, Selangor: Prentice Hall.
al-Khatib, Muhammad Abdullah. (1991). Masyarakat Islam di era Wawasan 2020.
Kuala Lumpur: Pustaka Hamduna Pustaka Haji Abdul Majid.
Ali Moh'd Jubran Saleh. (2004). Principal Leadership and creativity: A study of
Islamic schools principals in Jordan. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya. Kuala Lumpur.
Al-Nawawi. (1966). Matan al-Arba'in al-Nawawiyah. Terjemahan oleh: Mustafa
Abdul Rahman. Pulau Pinang: Maktabah al-Rawi.
Al-Alusi, Alamah abi al-Fadl Syihabudin as-Sayid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi.
(1987). Tafsir rub al-maani. Dar al-Fikr.
Al-Baidhowi, Nasruddin Abi Said Abdullah bin Umar bin Muhamad Syirazi ai-
Baidhowi. (1968). Tafsir Baidhowi. Beirut: Daril iii.
Al-Imam Muslim. (2003). Sahih Muslim terjemahan hadis. Singapore: Darel Fajr.
Al-Qaradawi, Yusuf. (1977). AI-khasais al-ammah Ii al-Islam. Al-Qahirah: Dar
Gharib Li Tiba'ah.
Al-Zabidi, Al-Imam Lugowi as-Sayid Muhamad Murtadho az-Zabidi. (1306) hijrah.
Tafsir tajul urus. Mesir: Matba' al-Hairiyyah
Ahmad Sufyan Che Abdullah. (2006). Kepimpinan Islam dalam era globalisasi. Dim.
Ab. Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor (Sid. Ed.), Dimensi pengurusan
Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Armusy, Ahmad Ratib. (1991). Qiadah al-rasul al-siyasah wa al-askariyyah. Beirut:
Dar al-Nafais.
Ary Ginanjar Agusti an . (2005). ESQ Emotional Spiritual Quotient The ESQ Way 165
lIhsan 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam Rahasia sukses membangun
kecerdasan emosi dan spiritual. Indonesia: Penerbit Arga.
Azahar Yaakub. (2006). Analisis strategi Rasulullah dalam pembentukan negara
Madinah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Bamburg, J. D. (1994). Raising expectations to improve student learning. NCREL
monograph. Dimuat turun pads Ogos 8, 2007, daripada
http://www.ncrel.org/sdrs/areas/issues/educatrs/leadrshp/leO.bam.htm
Barth, R. S. (1990). Improving schools from within: Teachers, parents and principals
can make a doeerence. San Francisco: Jossey-Bass.
Bennis, W. G., & Nanus, B. (1985). Leaders: The strategies for taking charge. New
York: Harper & Row.
Betances, S. (1992). The administrator's role in building a collective vision in the
school and community. Dimuat turun pads Ogos 8, 2007, daripada
http://www.ncrel.org/sdrs/areas/issues/educatrs/leadrshp/1e1 00.htm
Crosby, P. B. (1996). The absolutes of leadership. San Diego, CA: Pfeiffer.
Dufour, R. (2004, May). What is a professional learning community. Educational
Leadership, 61(8).
Fadillah Mansor. (2006). Kualiti kerja dalam organisasi: Tinjauan dari perspektif
pengurusan Islam. Dalam Ab. Mumin Ab. Ghani & FadilIah Mansor (Sid. Ed.),
Dimensi pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

177
Masalah Pendidikan, 31(1)

Guthrie, L. F., Guthrie, G. P., Van Heusden, S., & Bums, R. (1989) Principles of
successful Chapter 1 programs. San Francisco: Far West Laboratory for
Educational Research and Development.
Hamka. (1983). Falsafah hidup. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Haron Din. (1988). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan.
Harris, A. (2002). School improvement: What's in it for schools? London: Falmer
Press.
Hopkins, D. (2001). School improvementfor real. London: Falmer.
Hopkins, D., Ainscow, M., & West, M. (1994). School improvement in an era of
change. London: Cassell.
Hord, S. M. (1997). Professional learning communities: Communities of continuous
inquiry and improvement. Austin, TX: Southwest Educational Development
Laboratory.
Ibnu Manzoor, Abi Al-Fad! Muhammad Bin Mukram Al-Afriqin Al-Misr. (1990).
Lisan Al Arab. Beirut: Dar al-sadr.
Iehsan M. Hasen. (2003). Al-Manhaj Al-Rabbani Fi Bina' Wa Tarbiat Al-Mujtama'
Al-Insani Wa Athar Al-Taqaddum Al-Ilmi Fih. Bangi: Ph.D. UKM.
Isherwood, R. S., Anderson, R. B., & Merhaut, J. (2005). School Management
Information System Implementation and Its Impact on the Loosely Coupled
Organizational Structure of an Elementary School: A Case Study. Dimuat turun
pada 8 Mei, 2007, daripada http:l/www.weleadinlearning.org/spsu06school_
management_information_sy.htm
Ismail Abdullah Siputeh. (2006). Insan dari aspek epistemologi & perspektif Islam.
Nilai, Negeri Sembilan: Kolej Universiti Islam Malaysia.
Jamal Abdur Rahman. (2005). Tahapan mendidik anak teladan Rasulullah. Bandung:
Irsyad Baitus Salam.
John, M. C., & Taylor, J. W. (2000). Leadership style, school climate, and the
institutional commitment of teachers. Dimuat turun pads 17 Julai, 2007, daripada
http:/lwww. aiias.edu/academic/sgs/info/v2n 1 /j ohn_institutional-
commitment.html
Joyce, B. (1991, May). The doors to school improvement Educational Leadership,
59-92.
Joyce, B., Calhoun, E., & Hopkins, D. (1999). The new structure of school
improvement. Ballmoor, Bucks: Open University Press.
Joyce, B., & Showers, B. (1995). Student achievement through staff development.
New York: Longman.
Katzenmeyer, M., & Moller, G. (1996). Awakening the sleeping giant: Helping
teachers develop as leaders. Thousand Oaks, CA: Corwin Press.
Kouzes, J. M., & Posner, B. Z. (1993). Credibility. San Francisco: Jossey-Bass.
Leithwood, K., Aitken, D., & Jantzi, R. (2006). Making schools smarter: Leading with
evidence. Thousand Oaks, CA: Corwin Press.
Mayer, J. D., & Salovey, P. (1997). What is emotional intelligence? DIm. P. Salovey
& D. J. Sluyter (Sid. Ed.), Emotional development and Emotional Intelligence.
New York: Basic Books.
McEwan, E. K. (2003). 7 Steps to effective instructional leadership. Thousand Oaks,
CA: Corwin Press.
Muhammad Yasin Mazhar. (1993). Organisasi kerajaan pimpinan Rasulullah.
Tegemahan Khalil Mohd. Zain dan Md. Yunus Md. Said. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.

178
Masalah Pendidikan, 31(1)

Mustafa Abdul Rahman. (1988). Hadis empatpuluh. Kuala Lumpur: Pustaka Fajar.
Nathan, M. (2001). Pastoral leadership: A guide to improving your management
skills. New York: Routledge.
Ramli Awang. (1997). Tasawwur Rabbani menurut al-Quran dan al-Sunnah. Shah
Alam: Penerbitan Hizbi.
Razali Mat Zin. (1996). Kepimpinan dalam pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan.
Ryan, K. & Bohlin, K. E. (1999). Building character in schools. San Francisco:
Jossey-Bass.
Sand Md. Yasin. (2002). Menjadikan visi dan misi strategik suatu kenyataan.
Pemimpin, 2, 9-17.
Senge, P. M. (1990). The fifth discipline: The art & practice of the learning
organization. New York: Doubleday.
Sidek Baba. (2006). Pendidikan Rabbani mengenal Allah melalui ilmu dunia. Shah
Alam: Karya Bestari.
Sidek Baba. (2007, Jun 25-27). Kualiti Ihsan dan Insan Dalam Kepimpinan
Pendidikan. Dalam Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
ke-14. Institut Aminuddin Baki Kementerian Pelajaran Malaysia.
Siti Aisyah Abd. Rahman. (2006). Meningkatkan kemahiran memimpin dengan EQ.
Dim. Mohd. Azhar Abd. Hamid (Ed.), EQ panduan meningkatkan kecerdasan
emosi. Selangor: PTS Professional.
Snell, J., & Swanson, J. (2000). The essential knowledge and skills of teacher leaders:
A search for a conceptual framework. New Orleans: American Educational
Research Association.
Sufean Hussin. (1996). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan falsafah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Ubben, G. C., & Hughes, L. C. (1992). The principalship: Creative leadership for
effective schools. Boston: Allyn & Bacon.
Wan Mohd. Nor. (2003). Budaya ilmu: Satu penjelasan. Singapura: Pustaka Nasional.
Wan Mohd Nor. (2005). Falsafah dan amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib Al-
Attas: Satu huraian konsep asli Islamisasi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Waters, T., Marzano, R. J., & McNulty, B. (2003). Balanced leadership: What 30
years of research tells us about the effect of leadership on student achievement.
Denver, CO: McREL.
Yusof Ismail. (2004). Mengurus secara Islam: Model dan prinsip-prinsip pengurusan
Islam bagi individu dan organisasi. Kuala Lumpur: A. S. Noordeen.
Zakaria Stapa. (2004). Peranan dan sumbangan pendekatan tasawuf dalam
menghadapi cabaran era globalisasi dan faham pasca moden. Dim. Fauzi Hamat
(Ed.), Pemikiran Islam dan cabaran semasa. Kuala Lumpur: Universiti Malaya,
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam.
Zohar, D., & Marshall, I. (2004). Spiritual capital wealth we can live by. San
Francisco: Berrett-Koehler.
Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2007). Himpunan hadis modal insan. Kuala Lumpur:
Telaga Biru.
Zulkiple Abd. Ghani, & Ahmad Redzuwan Mohd. Yunus. (1999). Kepimpinan
dakwah dan politik Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan
Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam.

179

You might also like