You are on page 1of 5

KOLEKSI NOTA KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II

PENGKAEDAHAN SUKAN

3 TEORI PEMBELAJARAN MOTOR

Seorang jurulatih akan mengajar kemahiran-kemahiran yang ada di dalam


sukannya bagi membolehkan atlet bukan sahaja mencapai kecemerlangan tetapi
juga mendapat keseronokan dari kegiatannya itu. Jika jurulatih mengajar
berdasarkan konsep, prinsip atau fakta tentang bagaimana pembelajaran berlaku
(teori), atlet akan belajar dengan lebih berkesan dan cepat. Proses pengajaran
dan pembelajaran dalam sukan adalah berdasarkan dua aspek iaitu:

1. Pembelajaran Kognitif
2. Pembelajaran Fine motor (small muscle movement)

Terdapat banyak teori tentang pembelajaran motor berdasarkan pembelajaran


motor secara dinamik. (melibatkan otot-otot besar) yang lebih relevan terhadap
pembelajaran kemahiran dalam sukan. Dalam hal ini teori Gentile dipilih sebagai
panduan untuk proses mengajar kemahiran-kemahiran sukan

Teori Gentile

Teori ini menerangkan tentang proses bertindak dan apa yang perlu dibuat untuk
mencapai matlamat tersebut

Keadaan
KeadaanRegulatory
Regulatory Selective
Selective
Non-regulatory Attention
Non-regulatory Attention
Population
Populationofofstimuli
stimuli

Formulation Decision
Formulation Feedback Decision
ofofmotor Feedback Process
motor Process
plan
plan
Response Next
Response
Execution Nextresponse
response
GOL
GOL Execution
KOLEKSI NOTA KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II

Gol

Setiap pergerakan adalah berorientasi matlamat (goal). Seorang individu akan


mengatur satu corak pergerakan motor dalam menyelesaikan sesuatu masalah
atau memenuhi sesuatu kehendak. Sebagai contoh seorang bayi melihat satu
objek berwarna merah akan tertarik dengan objek tersebut lalu ingin
mengambilnya. Lantaran itu dia akan bergerak untuk mengambilnya. Anda
hendak ke bandar untuk membeli-belah, maka anda berlari untuk mengejar bas
yang sedang bergerak. Begitu juga seorang pemain bola yang hendak
menjaringkan gol, maka dia hendaklah menyepak bola masuk ke dalam jarring.

Population of Stimulii (Ransangan)

Manusia hendaklah mengadaptasikan diri dengan persekitaran untuk mencapai


golnya serta memenuhi kehendak-kehendak diri.

Corak lakuan motor atau kemahiran akan dikenalpasti, terhad dan terkawal
bergantung pada persekitaran yang mempengaruhi ciri-ciri ke arah mencapai
gol. Seorang atlet juga hendaklah mengadun pergerakannya yang disesuaikan
dengan persekitaran di mana dia bergerak. Dalam hal ini terdapat dua keadaan
persekitaran iaitu regulatory stimulus subsets dan non-regulatory stimulus
subsets. Keadaan yang dikatakan Regulatory adalah berkaitan rapat dengan gol
yang hendak dicapai. Contohnya dalam permainan badminton, ia merupakan
raket, bulu tangkis, jaring, ukuran gelanggang dan lawan.

Selain daripada itu adalah merupakan non-regulatory seperti lampu, bunyi-


bunyian, cuaca, keresahan, penonton, pengadil.

Pemilihan Tumpuan

Atlet hendaklah memberikan tumpuan dalam mengumpul dan memproses


maklumat tentang persekitaran sebelum menghasilkan satu motor plan.
Sememangnya terdapat banyak perkara yang berkaitan dengan persekitaran
dan atlet itu hendaklah menjuruskan fokusnya kepada subset ransangan
regulatory. Di samping itu, ada situasi yang berubah-ubah dari semasa ke
semasa sementara ada yang tidak. Gentile mengklasifikasi semua kemahiran
dalam sukan kepada dua iaitu:

a. Kemahiran Terbuka
b. Kemahiran Tertutup.

Formulation of motor plan

Preceding skill execution an image of the skill or general plan of action seems to
appear. This mental plan is the putting together of past motor patterns stored in
the brain.
KOLEKSI NOTA KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II

Informasi Maklumbalas

Selepas melaksanakan sesuatu kemahiran, pelaku akan mendapa dua bentuk


maklumbalas. Pengetahuan mengenai keputusan akan memberikan informasi
berkaitan gol sementara pengetahuan tentang pencapaian akan memberikan
informasi tentang bagaimana dia bergerak atau tahap kemahirannya.

Proses Membuat Keputusan dan Respons seterusnya

Terdapat sedikit perbandingan tentang informasi maklumbalas yang diterima,


iaitu: -
 gol yang ingin dicapai dan gol yang dicapai.
 Plan pergerakan yang ingin dilakukan dan pergerakan yang
sebenar. Jika jawapan terhadap kedua-dua perbandingan itu ialah
ia, pelaku akan mendapat idea tentang pergerakan itu dan akan
bersedia untuk berubah kepada tahap II. Jika jawapan sebaliknya,
pelaku hendaklah mencuba sekali lagi dengan bantuan yang lebih
daripada jurulatih sehingga keputusan Ya / Ya dicapai.

Semasa Tahap II, atlet berusaha untuk mencapai satu tahap kemahiran.
Kemahiran didefinisikan sebagai pencapaian gol secara konsisten. Bagi
kemahiran tertutup, memandangkan golnya ialah untuk bergeraka dalam satu
cara yang sama, fokusnya ialah untuk menetapkan satu pergerakan yang ideal
agar ia dihasilkan semula dalam persekitaran pertandingan.

Bagi kemahiran terbuka pula, oleh kerana subset stimulus regulatori sentiasa
berubah-ubah, atlet terpaksa padankan pergerakannya terhadap keadaan yang
berubah-ubah itu, untuk mencapai golnya. Lagi banyak dan kerap keadaan yang
berubah-ubah ini berlaku, pelaku mengalaminya dan memadankan
pergerakannya, akan memberikannya peluang yang lebih banyak untuk
mencapai gol secara konsisten. Secara ringkasnya daripada menetapkan satu
plan pergerakan motor yang tertentu, atlet mestilah belajar banyak corak
pergerakan motor iaitu, dia hendaklah mempelbagaikan pergerakannya.
KOLEKSI NOTA KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II

KITARAN PROSES YANG BERLAKU DALAM MINDA DAN TINDAKAN OLEH


PEMAIN

MATLAMAT

KEADAAN PERSEKITARAN

TUMPUAN PEMILIHAN

MERANGKA PELAN TINDAKAN


- Tindak-tanduk lawan
-
LAKSANAKAN RESPONS
- bagaimana atlet bertindak

DAPATKAN MAKLUM BALAS

- knowledge of results.
Apabila atlet menendang bola dan bola itu sipi maka atlet tahu yang
dilakukannya itu tidak berkesan.
-
- knowledge of performance
Jurulatih yang melihat lakuan itu akan mendapat maklumat tentang
apa yang dihasilkan oleh atletnya. Apa yang dilihat oleh jurulatih itu
hendaklah di maklumkan kepada atlet agar dia dapat mengubah suai
lakuannya tadi.

BUAT MEMBUAT KEPUTUSAN

NEXT RESPONSE
-

TEORI GENTILE

1. MATLAMAT untuk dicapai/diselesaikan (jika masalah


2. ransangan- dari persekitaran: suasana (non regulatory – tidak boleh
dikawal)
1. (regulatory – boleh dikawal)
3. tumpuan terpilih – memilih dan memproses maklumat (sebelum
rancang tindakan)
a. focus pada yang boleh dikawal

4. membentuk pelan minda – kumpul semua pengalaman lalu/ corak


pergerakan disimpan dlm otak
5. respons/ tindakan pelaksanaan – berdasarkan pelan minda (Bertindak)
6. dapat maklumbalas – selepas tindakan dan ada 2 jenis : keputusan &
lakuan
7. proses membuat keputusan – harapan vs pencapaian
KOLEKSI NOTA KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II

i. perlakuan
ii. harapan sebenar

8. respons/ Tindakan seterusnya – cuba baiki & atasi kelemahan untuk


capai matlamat
9.

You might also like