High Quality
Open the downloaded document, and select print from the file menu (PDF reader required).
Sekiranya terjadi sebarang kemalangan, kecelakaan atau darurat yang lain tetapi pelajar berminat ke UDM, sila hantar wakil lengkap dengan segala dokumen pendaftaran untuk mendaftar pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Wakil ini hendaklah berjumpa dengan Pegawai berikut sebelum mendaftar :
Pihak pengurusan Universiti berhak menarik balik tawaran kemasukan ini sekiranya terdapat perkara-perkara yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk mengikuti program yang ditawarkan dan mana-mana yang berkaitan.
UDM terletak di utara bandar Kuala Terengganu berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Maktab Perguruan Batu Rakit dan Maktab Rendah Sains MARA Kuala Terengganu.
Selepas mendaftar, pelajar tidak dibenarkan pulang tetapi terus mengikut program yang telah dirancang. Harap bawa segala keperluan harian bagi kehidupan di asrama. Semua pelajar Semester I tinggal di asrama.
10.4 Bayaran pendaftaran hendaklah dibayar penuh. Sekiranya ada pihak penaja yang memperakui untuk membayar sebahagian dari yuran tersebut, calon dikehendaki membayar baki yuran melalui tatacara di atas.(Sila bawah surat penaja).
Sila lihat lampiran dari Unit Rundingcara dan Kerjaya. Pelajar diminta mematuhi segala panduan yang diberi untuk mengelak pelajar dari berulang-alik ke rumah bagi menyelesaikan borang permohonan.
UDM tidak menghalang pelajar keluar dari UDM untuk bertukar ke institusi lain. Namun begitu, pelajar dikehendaki mengisi borang tarik diri universiti agar dapat dikira jumlah yuran asrama yang berhak dituntut oleh UDM. Bayaran-bayaran lain tidak dikembalikan.
Pihak Universiti Darul Iman Malaysia ada menyediakan pengangkutan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dan di stesen Bas Bandaraya, Kuala Terengganu.
Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut mengenai waktu pengangkutan disediakan, saudara/i boleh menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Darul Iman Malaysia.
1. SURAT TAWARAN ASAL
2. KAD PENGENALAN ASAL
3. TRANSKRIP ASAL
Add a Comment