5. Mendapatkan Pelekat Pas Lawatan (Kerja Sementara) Di Pejabat Imigresen Negeri Atau DiIbu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya. Dokumen diperlukan:• Surat kelulusan asal dari Pusat Kelulusan Setempat, KDN• Resit-resit asal bayaran yang telah dibuat• Pasport pekerja
Peringatan:
Semua urusan di atas hendaklah dilakukan dalam tempoh sebulan daripada tarikhkemasukan pekerja ke Negara ini.Tatacara Permohonan Lanjutan• Permohonan dilakukan di Bahagian Pekerja Asing, Ibu Pejabat/Pejabat Imigresen Negeri.Majikan perlu memohon 3 bulan sebelum tarikh tamat PL(KS).• Pekerja asing perlu melakukan ujian pemeriksaan kesihatan dengan FOMEMA dan disahkansihat (bagi lanjutan tahun kedua dan ketiga sahaja).• Permohonan perlu dihantar atau dimohon oleh majikan.• Dokumen yang diperlukan :• Borang 49 / Borang B & D / kad wakil syarikat• Borang bayaran• Pasport pekerja asing yang masih sah tidak kurang 12 bulan• Salinan resit bayaran wang cagaran /Jaminan bank/ Jaminan insuran (tidak kurang daripada 18 bulan)Bentuk bayaran• Tunai - bagi bayaran kurang dari RM250• Bank deraf atas nama "KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA" dan bagi negeri-negeri atas nama "PENGARAH IMIGRESEN NEGERI" berkenaan. (Contoh : PENGARAHIMIGRESEN NEGERI KEDAH)Maklumat Tambahan• Syarikat outsourcing dibenarkan membuat penukaran pekerja-pekerjanya dari satu syarikat kesatu syarikat di dalam sektor yang sama sahaja.• Syarikat outsourcing hendaklah bertanggungjawab mematuhi garis panduan yang telahditetapkan.
Perhatian:
• Pekerja Asing mestilah dalam lingkungan umur 18-45 tahun.• Pekerja Asing tidak dibenarkan membawa keluarga masuk dan tinggal di negara ini.• Pekerja Asing tidak boleh bertukar sektor pekerjaan atau bertukar majikan tanpa mendapatkebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri.Pekerja asing hanya dibenarkan bekerja dalam tempoh tidak melebihi 5 tahun• Pekerja Asing dibenarkan tinggal di negara ini mengikut tarikh pas yang telah ditetapkan.Lanjutan tempoh sah laku PL(KS) hendaklah dikemukakan kepada mana-mana PejabatImigresen 3 bulan sebelum tarikh tamat PL(KS).• Majikan adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam segala hal pembayaran deposit, visa, pasdan levi Pekerja Asing di Jabatan Imigresen Malaysia• Deposit hanya boleh dibayar balik jika majikan telah mengemukakan bukti bahawa PekerjaAsing telah meninggalkan negara atau telah bertukar majikan dengan kebenaran JabatanImigresen.• Pekerja Asing hendaklah dihantar pulang ke negara asal sebaik sahaja tamat tempoh bekerja,dibuang kerja atau apabila PL(KS) telah tamat tempoh atau telah dibatalkan atau disahkan tidak sihat.