Professional Documents
Culture Documents
Bersyukur kita pada pagi ini kerana sekali lagi kita dapat bersama- sama
berkumpul di dewan ini meraikan satu hari yang begitu bermakna bagi guru-guru
iaitu Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sek Keb. Sri Tanjung Papat 1.
Seperti yang semua murid tahu, 16 Mei merupakan hari yang bersejarah kerana
pada tarikh ini Sambutan Hari Guru akan disambut di seluruh negara. Jadi
sekolah kita tidak terkecuali daripada turut sama meraikan hari kebesaran guru-
guru ini. Dengan adanya perayaan Hari Guru ini, murid-murid berpeluang untuk
menunjukkan penghargaan terhadap sumbangan, komitmen, jasa dan
pengorbanan warga guru selama ini.
Justeru pada hari ini, saya amat berbangga kerana pelaksanaan majlis Hari Guru
ini telah dilakukan oleh barisan pengawas dan murid-murid. Walaupun ada
bantuan sedikit sebanyak dari guru, saya percaya ini akan dapat membantu
sekolah dalam membentuk murid yang berketrampilan dan bersepadu dalam
semua segi. Tahniah kepada ahli jawatankuasa kerana berjaya melaksanakan
perayaan di peringkat sekolah ini.
Murid-murid sekalian,
Tema Hari Guru pada tahun ini iaitu “Guru Pembina Negara bangsa” amat
sesuai dengan tuntutan persekitaran yang menuntut pembangunan warganegara
sejak awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara
serta menyanjung warisan budaya juga kesenian bangsa. Justeru, guru-guru di
hadapan murid-murid telah berusaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab
untuk memupuk dan menanamkan sifat-sifat yang yang baik, bermoral dan
beretika di kalangan murid.
Sekali lagi, Selamat Hari Guru kepada semua guru. Semoga yang kita cita-cita
untuk menjadikan sekolah ini Cemerlang Menjelang 2013 akan menjadi
kejayaan.