You are on page 1of 40

Tazkira Ramadan 3

Hari 7; Hari 8 dan Hari 9

Musbri Mohamed
DIL; ADIL ( ITM )
MBL ( UKM )

1
7. JALAN KE SYURGA PENUH DURI

Segala puji bagi Allah s.w.t . Salam dan juga


selawat buat Junjungan Nabi Muhammad s.a.w,
keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala


jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian
ditegaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. mengenai dua jalan yang
ditempuhi oleh manusia. 

Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang


dikurniakan kepada hamba-hamba Allah s.w.t yang beramal soleh.

Neraka pula adalah tempat azab keseksaan disediakan untuk


mereka yang beramal tholeh (kejahatan). 

2
Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah
menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan
Allah s.w.t dan rasul serta menjauhi laranganNya.
Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang
bermula daripada keimanan kepada Allah s.w.t.

Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan


amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka
yang beriman. Sebab itulah maka Nabi Muhammad s.a.w
mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan. 

3
Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena
bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk
melakukan kebaikan.  Syaitan dan nafsu memang
menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan
kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak
syaitan sudah tentu kita tidak akan mampu melakukan
sebarang kebajikan. 

Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi


dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang
cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan
pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu.   

4
Amat mudah melakukan kejahatan. Di depan kita
terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan
mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman -
bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu. 

Betapa tidak susah masuk syurga? Dalam satu


keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa
kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya
binasa kecuali yang beramal. Orang beramal
semuanya binasa kecuali yang ikhlas.

Untuk mencapai darjah keikhlasan memerlukan


banyak latihan dan perjuangan. Ibarat mendaki bukit
yang tinggi, hanya orang yang lasak dan tidak putus
harapan saja akan berjaya sampai ke mercu.  

5
Kebahagiaan di dunia belum menjadi tiket untuk
ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan
jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan
dibelanjakan secara Islam.   

Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan


di dunia hanya sementara manakala kesenangan
akhirat akan kekal abadi. Orang yang bijak sudah
tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang
bersifat sementara.

Hanya orang yang cetek akal saja memilih


kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan
akhirat.  

6
Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang
amal kita yang banyak walaupun baru sedikit
benar. Kita gembira apabila dipuji manusia.
Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan
pahala.

Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa


sebaliknya menyangka kita masih beramal
soleh. Kita mesti mengawasi diri daripada
serangan penyakit batin seperti ria, ujub,
bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya
merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf
yang perlu kita pelajari dan juga dalami. 

7
Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang
ketaatan, Allah s.w.t sudah terlebih dulu
mendahului dan mengingati kita.

Kalau Allah s.w.t tidak gerakkan kita untuk


beramal, kita tidak akan beramal. Ini maknanya
Allah s.w.t mendahului kita.

Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah


s.w.t menggerakkan kita untuk beramal. Jadi soal
pahala tidak akan timbul. Sepatutnya kita bersyukur
kerana Allah s.w.t gerakkan kita beramal. 

8
Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan
kita? Saidina Ali r.a yang sudah dijamin masuk syurga
pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan beliau
sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh.

Saidina Ali r.a memang terkenal dengan zuhud dan


banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan
diri kita? Saidina Ali r.a menggigil mengenangkan
bekalan yang sedikit untuk perjalanan ke akhirat yang
jauh. 

9
Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan
mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya.

Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan


kesusahan ini Allah s.w.t mengampun dan meninggikan
darjat kita.

Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya


di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak
bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.  

10
Ingat sekali lagi pesanan Nabi Muhammad
s.a.w

"Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan.


Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu
dan syahwat." 

Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu


adalah jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan
berbentuk nafsu syahwat kerana itu merupakan
jalan ke neraka.

Wallahu 'Alam  

11
9. KEDUNIAAN YANG MERUGIKAN AKHIRAT 

 
Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam dunia
yang fana ini. Kita dihidupkan dan insyallah akan dimatikan dengan
izinNya. Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang
diizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya.

Hidup kita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah


s.a.w sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan
ke suatu destinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan.
Tentunya dalam perjalanan itu banyak halangan dan gangguan yang
boleh menjejaskan matlamat untuk ke destinasi.

12
Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengan keseronokan
dan kebahagiaan sementara yang ditempuh dalam perjalanan kerana dia
tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi.

Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-


puasnya apa sahaja yang dijumpai dan ditempuhi ; seolah-olah inilah
dunianya sehingga terlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya
yang sebenar. Mereka terpedaya dengan kemanisan dunia dan
menyangkakan apa yang dipungut itulah bekalan . 

13
Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke
arah yang betul mengikut arah kompas yang dipiawaikan oleh Rasulullah
s.a.w. Untuk sampai ke destinasi akhirat , pungutlah bekalan sebanyak
mungkin.

Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai beban yang boleh


menjejaskan perjalanan ke sana. Ingatlah pesanan orang tua : Kita
sebenarnya adalah Warga Akhirat - tempat yang kekal abadi; sementara
dunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuh kepalsuan dan
tipu-daya.

Oleh itu kita mestilah bijak memilih mana satu bekalan dan mana satu
bebanan . Barangan yang dikategori sebagai bebanan akan menyusahkan
perjalanan ke akhirat manakala barangan bekalan akan berfaedah untuk
kehidupan di sana. Kutiplah bekalan sebanyak mungkin dan hindarkan
memikul bebanan yang menyulitkan perjalanan.

Ingatlah: "Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan
kecapi di akhirat nanti."

14
"Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup
selama-lamanya. Beramallah untuk akhirat seolah-olah
kamu akan mati keesokannya." - Hadis

Ramai mentafsirkan hadis ini dari segi keduniaan iaitu


kerja bersungguh-sungguh kerana kita akan hidup lama di
dunia.

Tetapi makna yang tersirat ialah kita hidup lama lagi


di dunia jadi kenapa nak bekerja beria-ia mencari
pendapatan lebih sedangkan masa banyak lagi.

Tetapi dalam hal dan perspektif akhirat, kita akan mati


esok - jadi terpaksalah buat persiapan dengan lengkap dan
berhati-hati kerana kita akan mati esok. Tafsiran begini
jarang diterangkan oleh umum terutama pemburu harta
di dunia ini.

15
Islam tidak menghalang umatnya mencari harta-benda
dan kekayaan; asalkan ia tidak menghalang dari
melakukan pengabdian kepada Allah s.w.t.  Malahan
orang Islam yang kaya adalah amat diperlukan kerana ia
adalah sumber ekonomi negara dan sebagai juruwang
bagi saudaranya yang miskin dan memerlukan bantuan. 
Orang kaya adalah pembantu orang miskin, orang kuat
adalah pelindung golongan yang lemah, orang alim
sebagai sumber cahaya dan ilmu kepada orang jahil.
Begitulah golongan ini saling bantu-membantu antara
satu dengan lain. 

Apa yang Islam larang ialah meletakkan keduniaan


sebagai sasaran utama dalam hidup melebihi hal-hal
keakhiratan dan pengabdian kepada Allah s.w.t.
Sekiranya keduniaan diberikan keutamaan dalam hidup
bererti konsep syahadahnya terjejas.

16
Intipati syahadah ialah mengaku dengan sebenar-benar
pengakuan bahawa Tiada lain yang lebih besar selain Allah
s.w.t dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah
utusan Allah s.w.t. Ini bererti tumpuan pengabdian hakiki
ialah Allah s.w.t dan bukannya harta-benda dunia.

Jika kekayaan dunia dijadikan asas hidup berertilah kita telah


membesarkan dunia daripada Allah s.w.t sendiri; atau dalam
kata-kata lain kita bertuhankan harta bukannya Allah s.w.t .
Di sinilah terpesongnya aqidah orang-orang kebendaan.

17
Sangat beruntunglah mereka yang mempunyai harta kekayaan
yang menjadikannya sebagai modal untuk akhirat.

Wang ringgit dipertaruhkan sebagai saham akhirat dengan


bersedekah, mendirikan masjid, membantu fakir miskin dan
anak yatim, menyelesaikan masalah dan keperluan jiran dan
masyarakat sekeliling. Mereka inilah yang berjaya menukar
harta menjadikan sebagai pahala atau membeli akhirat dengan
dunia.

Sebaliknya amat rugi mereka yang mempunyai wang ringgit


dan harta kekayaan tetapi membelanjakan untuk perkara-
perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah untuk
akhiratnya; atau lebih dahsyat jika digunakan untuk kerja-kerja
maksiat dan hiburan semata. Di akhirat akan ditanya Allah s.w.t
ke mana wang ringgit kita dibelanjakan dengan begitu halus
dan tereperinci.

18
Dalam Al-Quran banyak sekali ayat yang menjelaskan bahawa kehidupan
akhirat adalah lebih penting dan lebih kekal. Oleh itu sayugia bagi kita
melebihkan kehidupan akhirat daripada dunia. Kehidupan di dunia hanya
dalam tempoh terhad; jarang-jarang melebihi 90 tahun; tetapi akhirat tiada
batasan waktu. Sudahlah begitu diriwayatkan satu hari di akhirat menyamai
1000 tahun di dunia. Jadi berapalah nilai umur di dunia dibandingkah
di akhirat?

Orang yang bijak tentunya berpandangan jauh iaitu untuk kehidupan


akhirat. Ada di antara orang-orang alim dan para wali sangat mengambil
berat tentang pengisian waktu dengan ibadat. Mereka tidak rela membuang
masa begitu sahaja. Setiap saat bagi mereka adalah berharga dan mesti diisi
dengan sesuatu ibadat supaya tidak terbuang begitu saja. Bagi mereka,
setiap nafas yang turun naik akan dipersoalkan. Pada sebelah malam, 
mereka menggunakan masa untuk beribadat. Masa tidur mereka amat
sedikit. 

19
Sebaliknya mereka yang asyik mengumpul harta dunia untuk dunia
adalah berfikiran sempit kerana tidak menjangkau alam abadi di akhirat.
Ahli dunia saban masa memikirkan bagaimana nak mengumpul harta
benda hingga menjadi kaya. Walaupun sudah kaya, mereka masih
berusaha lagi supaya menjadi bertambah kaya; tanpa sedikit pun
memikirkan bagaimana harta yang ada pada mereka hendak diinfaqkan di
jalan Allah s.w.t supaya hasilnya dapat dituai di akhirat kelak.  Orang
kaya begini pada hakikatnya adalah miskin kerana masih banyak
memerlukan sesuatu. 

Semasa perjalanan Israk Mikraj, Allah s.w.t menunjukkan satu golongan


yang menanam gandum dan kemudian menuainya. Baru lepas ditanam,
terus berbuah dan dituai; begitulah seterusnya. Inilah ibarat orang yang
membuat kebajikan sentiasa tak putus-putus menerima ganjaran pahala
yang banyak di sisi Allah s.w.t. Balasan pahala ini akan dinikmati
kebahagiaannya di akhirat kelak. 

20
Dinukilkan dalam sebuah kitab, seorang raja dihadiahkan orang sebuah piala
minuman bertatahkan permata fairuz. Piala itu sangat cantik dan amat berharga.
Raja sangat gembira menerima hadiah itu. Apabila seorang hukama datang
berjumpa dengannya, raja itu bertanya kepadanya mengenai piala tersebut.
Hukama itu berkata, "Aku tidak lihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan
fakir." Raja tercengang dan berkata, "Mengapa kamu berkata begitu?" Hukama
itu menerangkan, "Kalau piala itu pecah, sudah tentu ia tidak boleh dibaiki lagi
dan hati menjadi susah atas bala yang menimpa. Kalau ia dicuri orang, tuanku
akan bersedih atas kehilangan itu dan berasa seperti fakir. Bahkan sebelum
tuanku dapat piala ini, tuanku tidak ada rasa apa-apa bahkan senang dengan
keadaan begini, tetapi selepas ada piala ini, jika berlaku kehilangan tentu tuanku
berasa amat sedih."

Selang beberapa bulan, piala yang disayangi raja itu pecah berkecai. Raja itu
menjadi sangat sedih dan hampa atas kehilangan piala itu. Dia kembali berjumpa
hukama itu dan mengaku atas kebenaran kata-katanya.

Kisah ini jelas membuktikan bahawa harta dunia yang kita sayangi tidak
memberi apa-apa makna di dunia kecuali kesusahan dan kemiskinan. Bahkan
dirasakan amat berat untuk meninggalkan harta itu semasa roh hendak kembali
berjumpa Allah s.w.t

21
Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah mempunyai pendirian berkaitan
dengan penumpukan harta kekayaan. Yang lebih penting bagi kita ialah
adakah kita akan diterima oleh Allah s.w.t di akhirat kelak sebagai hambaNya
yang soleh.

Begitu juga adakah Nabi Muhammad s.a.w akan mengaku atau mengiktiraf
kita sebagai umatnya. Jika Allah tak mengaku hambaNya dan Nabi
Muhammad s.a.w tak mengaku kita sebagai umatnya, ke mana lagi kita nak
pergi ketika itu? Ke mana tempat kita nak mengadu nasib? Di dunia bolehlah
meminta bantuan dari kaum kerabat dan sebagainya tetapi di akhirat siapa
lagi selain Allah s.w.t dan rasulnya..

Akhirnya sama-sama kita meminta taufiq dan hidayat semoga kita berada
di landasan sebenar sebelum kita dipanggil oleh Allah s.w.t. Kita pohonkan
keselamatan dan taubat di atas dosa-dosa kita dan mudahan kita kembali
menemuiNya dalam keadaan Allah s.w.t meredhai kita, Insyaallah..

22
9. INGAT-BERINGAT BUDAYA KITA

Dalam surah Al-Asr, Allah s.w.t yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim
memperingatkan kita tentang perlunya kita memenuhkan jiwa kita
dengan iman, dan kemudian diikuti dengan amal soleh. Iman dan amal
soleh adalah gandingan sifat yang berdaya maju untuk memberi motivasi
dan sekaligus mengubah diri kita menjadi manusia berakhlak mulia. 
Sekadar memperbaiki diri sendiri belum mencukupi. Kita mempunyai
misi seterusnya iaitu menunaikan tanggungjawab kepada anak-anak,
isteri, keluarga, jiran dan manusia keseluruhannya.

Dalam Surah Al-Asr, Allah s.w.t seterusnya mengingatkan kita supaya


memberikan nasihat dan ingat-beringat sesama muslim dan juga non-
muslim. Sebagaimana misi para Rasul dan Nabi untuk menyelamatkan
umat, kita juga perlu menanamkan tekad yang sama sebab mereka adalah
contoh teladan yang terbaik untuk kita ikuti. 

23
Dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada yang  mungkar,
pastinya kita akan menerima cemuhan dan tentangan, kerana untuk
mendapatkan yang baik, lumrahnya akan menempuh kesusahan dan
keperitan terlebih dahulu. Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah dicerca,
dihina, dipukul, dihalau dan menanggung kesusahan serta kelaparan untuk
menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan; sedangkan baginda
adalah manusia termulia dan maksum.

Betapalah pula dengan diri kita yang bergelumang dengan noda dan dosa. 
Ini adalah lumrah perjuangan. Tidak dinamakan perjuangan dan jihad
sekiranya tidak dicuba terlebih dulu dengan kepayahan. Dalam Al-Quran
selalu dinyatakan 'di dalam kepayahan ada kebaikan'. Oleh itu setiap diri
kita perlu menanggung sabar semasa melakukan usaha nasihat-menasihati
ini. Tugas dakwah ini bukan tugas tok guru dan ustaz sahaja. Dalam zaman
yang penuh dengan kegelapan di mana manusia sudah ramai yang lari dari
Allah s.w.t tugas ini menjadi tanggungjawab setiap individu Muslim.

24
Para rasul tidak kenal penat dalam menjalankan usaha dakwah.
Mereka tidak berputus asa walaupun usaha mereka tidak berjaya,
sebab yang memberikan taufiq dan hidayah ialah Allah s.w.t.

Kita berusaha tapi Allah s.w.t jua yang memberikan petunjuk. Nabi
Noh a.s. meskipun beratus-ratus tahun berdakwah kepada umatnya,
namun yang mengikutnya segelintir saja. Bukan makin lama makin
bertambah, bahkan ada pula yang lari meninggalkan Nabi Noh a.s.
Lantas Nabi Noh a.s membuat bahtera untuk menyelamatkan para
pengikutnya dari ancaman Allah s.w.t. Yang naik bahteranya adalah
sebahagian kecil pengikutnya dan juga haiwan peliharaan mereka.
Anak dan isterinya sendiri tidak berjaya diselamatkan. Di sinilah
letaknya nilai kesabaran yang amat perlu dalam meneruskan
perjuangan.

25
Untuk itu saya ingin mengingati diri saya dan juga saudara dan
saudari supaya kekal menunaikan ibadat solat 5 kali sehari semalam.

Solat ialah anak kunci syurga dan juga amalan yang mula-mula
sekali ditanya dan diperiksa pada hari kiamat. Ia sebagai tiang
agama. Apabila saudara saudari mengerjakannya bererti anda telah
mendirikan agama.

Sebaliknya jika ditinggalkan bermakna anda merobohkan agama.


Sebaik-baiknya solat adalah secara berjemaah di masjid atau surau.

Ingatlah bahawa apabila anda tidak meninggalkan solat dan apabila


anda ditimpa dugaan hidup maka anda tetap bersabar……..anda
dianggap sebagai insan bertakwa. Hanya insan bertakwa yang layak
menghuni syurga Allah s.w.t

26
Al-Quran adalah kitab yang paling mulia. Ia merupakan mukjizat
Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w meninggalkan dua perkara
yang mana jika berpegang dengan kedua-duanya kita tidak akan
sesat selama-lamanya; iaitu Al-Quran dan hadis.

Oleh sebab itu, usahlah dijadikan Al-Quran sebagai kitab buruk


yang diletak di atas almari tanpa dibaca dan dihayati.
Lazimkanlah membaca Al-Quran di rumah anda. Kalau dapat
khatamkan sebulan sekali; atau kalau tidak mampu, memadailah
sehari sehelai.

Ramai antara kita yang boleh membaca akhbar harian berjam-jam,


malah ada yang diulang bacaannya. Tetapi mengapa minat
membaca ini tidak dijuruskan pada Al-Quran sedangkan ia
menjadi pelita dan perisai di dalam kubur kita. 

27
Untuk menjaga hubungan baik dan silaturrahim sesama
Islam, Nabi Muhammad s.a.w menyarankan agar kita
sebarkan ucapan 'Assalamu Alaikum' (sejahtera atas kamu).
Ini adalah ucapan ahli syurga. Malangnya ada yang
beranggapan ucapan salam ini kolot dan tidak diplomatik.
Mereka lebih suka mengucapkan 'selamat pagi atau selamat
petang' atau 'selamat sejahtera'. Ucapan begini walaupun
nampak sama maknanya tapi tidak membawa sebarang
pahala.

Ucapan Assalamu alaikum adalah doa untuk keselamatan


sesama Islam. Dengan ucapan itu, kita sudah menyambung
silaturrahim.

28
Keberkatan adalah segalanya. Amatlah
beruntung jika kita mempunyai umur dan
harta yang berkat. Menggunakan usia dan
harta di jalan Allah s.w.t dikira usaha yang
diberkati dan Allah s.w.t akan membalas
dengan berlipat ganda.

Untuk memperolehi keberkatan dalam


segala amalan dan tindakan kita,
biasakanlah membaca 'Bismillahir
rahmanir rahim' apabila memulakan
sesuatu.

29
Lidah adalah punca segala maksiat. Ia adalah ibarat pedang
jika disalahgunakan yang mampu membunuh diri sendiri.

Orang tua pernah berkata 'sebab pulut santan binasa, sebab


mulut badan merasa'. Di antara bahaya lidah ialah apabila
digunakan untuk mengumpat, menghina, mengejek,
memfitnah, mengutuk, memaki, membohong dan sebagainya.

Oleh itu sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah berfikir


terlebih dulu. Gunakan otak sebelum berkata-kata. Jika tidak
perlu, lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang sia-
sia.

30
Semua yang ada di muka bumi ini adalah makhluk
Allah s.w.t. Kita juga adalah makhluk Allah s.w.t sama
seperti mereka.

Oleh itu berbuat baiklah sesama makhluk Allah s.w.t


walaupun mereka bukan jenis manusia. Allah s.w.t
akan melimpahkan rahmat dan kasih sayang kepada
mereka yang menyayangi sesama mereka. Barangsiapa
menyayangi makhluk di bumi, nescaya disayangi oleh
makhluk di langit (malaikat).

31
Allah s.w.t memberi nikmat yang banyak
kepada kita. Nikmat teragung ialah nikmat iman
dan Islam. Sebaik yang menerima nikmat ialah
mensyukuri Allah s.w.t yang mengurniakannya.

Bersyukur atas nikmat ialah menggunakan


nikmat itu untuk mencari keredhaanNya.
Menyalahgunakan nikmat untuk melanggar
perintah Allah s.w.t adalah mengkufuri nikmat.

32
Anak-anak dan isteri adalah petaruhan Allah s.w.t . Allah s.w.t akan
menanya atas didikan yang kita berikan. Oleh itu berikanlah didikan
agama Islam yang sempurna. Penekanan yang begitu serius kepada
akademik dan keduniaan menyebabkan anak-anak semakin jauh dari
agama Islam.

Akhir zaman ini, manusia terlalu asyik mengejar keduniaan dan


kebendaan sehingga ramai anak muda jahil dalam perkara agama. Tidak
hairanlah ada di antara mereka yang menjual agama kerana material yang
sedikit.

Oleh sebab tidak adanya perasaan sayang terhadap agama Islam, maka
ramai di antara mereka yang menghina ulama dan Islam, malahan
menjadi murtad dengan menganut agama yang kononnya menjanjikan
kemewahan dan kebahagiaan. Di manakah maruah individu Islam apabila
membiarkan di depan mata, anak muda kita dimurtadkan oleh kafir
laknatullah?

33
Bantulah Allah s.w.t dengan mengembalikan
kedaulatan Islam dan maruahnya. Kelak Allah
s.w.t akan membantu anda.

Didiklah anak-anak muda dengan menyerapkan


iman di dada mereka. Mereka bakal
menggantikan kita suatu masa nanti.

Amalan kita terputus apabila kita mati kecuali


ilmu kita yang baik, sedekah jariah serta doa anak
kita yang soleh. 

34
Ajarkanlah anak-anak dengan Al-Quran. Ramai anak-anak kita
dewasa ini celik IT dan celik korporat tapi sayang sekali buta Al-
Quran. Mereka tidak pandai membaca Al-Quran, tidak tahu
rukun Islam, rukum Iman dan perkara-perkara yang berkaitan
dengan fardhu 'ain.

Siapa yang perlu dipersalahkan, tidak lain dosa tertanggung


ke atas bahu ibu bapa kerana anak-anak dilahir ikut fitrah; bapa
bertanggungjawab sama ada meyahudi atau mengkristiankannya.
Berjaga-jagalah sebelum nasi menjadi bubur.

35
Dalam mengerjakan ibadat, lakukanlah dengan ikhlas bukan seperti
melepaskan batuk di tangga atau melakukan secara berpura-pura.

Pelajarilah ilmu tasawuf supaya dapat kita ketahui perkara-perkara


yang boleh menghapuskan pahala ibadat yang kita lakukan.

36
Di samping mencari kemewahan di dunia, jangan
lupa bekalan kita untuk dibawa ke akhirat. Begitu
juga jangan lupa tanggungjawab terhadap agama,
bangsa dan tanahair.

Mainkan peranan supaya negara yang kita cintai


ini dirancang, ditadbir dan dikawalselia oleh
mereka yang berjiwa Islam; dan bukan mereka
yang mengutamakan kepentingan peribadi dan
kroni atau mereka yang bersifat zalim.

37
Bertaubatlah sebelum pintu taubat ditutup dan bersedekahlah
semasa ada fakir miskin yang mahu menerimanya.  Kita
semua banyak melakukan dosa dan tidak terlepas dari
melakukan maksiat sama ada kecil atau besar.

Sebaik-baik orang yang berdosa ialah mereka yang


bertaubat. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w yang maksum
tanpa berdosa pun beristighfar dan bertaubat kepada Allah
s.w.t , betapa pula hal dengan diri kita yang bergelumang
dengan kelupaan dan dosa.

Bangunlah di tengah malam dan bertaubat sambil menangis


kerana ketelanjuran berbuat dosa.

38
Kepada orang-orang tua terutama kedua ibu bapa, hendaklah kita
hormati dan kasihi.

Begitu juga kasihilah anak-anak yatim, fakir miskin dan orang-


orang tua. Hulurkanlah apa-apa bantuan atau sedekah untuk
mereka namun sekiranya kalau tidak mampu sukakanlah hati
mereka dengan kata-kata yang menyenangkan mereka.
Sesungguhnya senyuman itu juga adalah satu sedekah.

Nabi Muhammad s.a.w amat menyukai anak-anak yatim. Oleh


itu carilah peluang untuk berjumpa dengan anak-anak yatim
sambil mengusap kepala mereka dengan kasih sayang. 

39
Saya memohon doa agar saya dan saudara- saudari semua diberikan Allah s.w.t
kekuatan dan semangat untuk melakukan segala amalan dengan istiqamah serta
ikhlas.

Semoga kita dimasukkan ke dalam kumpulan Abrar dan diterima Allah s.w.t akan
amalan kita di dunia sebagai kebajikan yang berterusan ke akhirat.
Amin.

Insyallah . Kita bertemu lagi di Takzira di Hari 10, Hari 11


dan Hari 12.

Musbri Mohamed
2010 

40

You might also like