You are on page 1of 1

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Bangunan Kembar Petronas Kuala Lumpur

Pada 11 August 2010, Persatuan Bahasa Melayu SJK © Pei Hwa telah mengadakan lawatan sambil
belajar ke Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur. Seramai 35 orang murid telah menyertai lawatan
ini dan diiringi oleh tiga orang guru.

Kami bertolak pada pukul 5.30 pagi dari sekolah dan tiba di destinasi pada pukul jam 9.30 pagi. Kami
disambut mesra oleh Pengurus Menara Berkembar Petronas, Encik Abd Yunus bin Ismail dan diberi
taklimat oleh petugas-petugas di situ diikuti dengan tayangan dokumentari tentang sains, pameran
kehidupan zaman dahulu iaitu dinasor, maklumat tentang penemuan sains dan banyak lagi. Kami berasa
bangga kerana berpeluang melihat Menara Berkembar Petronas yang tertinggi di dunia.

Kami meneruskan lawatan ke Taman Rama-Rama Kuala Kumpur. Kami dapat melihat dan mempelajari
pelbagai jenis rama-rama. Kelihatan rama-rama berterbangan ke sana sini. Kami berasa terhibur dengan
keadaan di situ.

Sebelum pulang, rombongan kami singgah ke Planetarium Negara. Pelbagai kemudahan seperti Taman
Balaicerap Purba,Taman Istirehat bertema Angkasa dan pendidikan berkenaan bidang sains dan
teknologi telah mengkagumi kami.

Pada kira-kira pukul 2 petang, kami pun bertolak pulang. Lawatan ini berjaya membuka mindaku supaya
lebih cenderung dengan kemajuan teknologi terkini dan meningkatkan pengetahuanku tentang
kehidupan manusia pada zaman silam. Kuala Lumpur wajar menjadi kebanggaan rakyat jelata.

Persatuan Bahasa Malayu bercadang akan mengadakan aktiviti menarik seperti ini pada masa akan
datang.

Disediakan oleh,

(GINA ONG)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu.

You might also like