You are on page 1of 16

Mengatasi Kelemahan Murid Menguasai Aspek

Tatabahasa Dalam Bahasa Melayu Melalui


Cara Permainan Bahasa

Oleh

A. CHELLAMAL BAGAVATHY
SJK (T) Ladang West Country (Barat)
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

ABSTRAK

Guru Bahasa Melayu sering menghadapi masalah dalam pengajaran Bahasa


Melayu kerana murid tidak menguasai aspek tatabahasa. Kemahiran tatabahasa
ini perlu dikuasai oleh murid kerana kemahiran ini amat berguna dalam penulisan
Bahasa Melayu. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam
aspek tatabahasa. Seramai 25 murid dari tahun 6 telah dipilih sebagai responden
kajian berdasarkan kelemahan mereka dalam aspek tatabahasa . Instrumen kajian
terdiri daripada Ujian pra dan Ujian Pasca mengenai 4 aspek tatabahasa yang
terpilih iaitu kata hubung, kata adjektif, kata seru dan kata tanya. Tindakan un
tuk
meningkatkan penguasaan tatabahasa responden berkenaan adalah penggunaan
permainan bahasa khasnya kuiz, latih tubi dan mencantum kad. Murid-murid berasa
gembira dalam menyertai aktiviti-aktiviti ini kerana mereka berlumba-lumba untuk
memenangi pertandingan dan permainan ini. Dapatan kajian telah menunjukkan
bahawa tindakan yang dilaksanakan telah membantu murid untuk menguasai aspek
tatabahasa. Hasilnya hampir kesemua murid dapat menguasai aspek tatabahasa
dalam tajuk Kata Tanya, Kata Seru, Kata Adjektif dan Kata Hubung. Pengkaji
berpuas hati dengan dapatan kajian kerana dapat menarik minat murid belajar
kemahiran ini tetapi perlu ditambah baikkan lagi dengan tindakan baru yang lebih
efisyen serta menarik minat murid .

FOKUS KAJIAN

Pelajar Malaysia dikehendaki menguasai Bahasa Melayu kerana bahasa ini amat pent
ing bagi
kehidupan harian kita di Malaysia. Pelajar diwajibkan lulus Bahasa Melayu dalam
peperiksaan
dalaman sekolah dan juga peperiksaan UPSR bagi murid sekolah rendah dan juga PMR
dan SPM
bagi murid sekolah menengah.
Selain itu pendidikan di Malaysia juga mewajibkan semua murid supaya lulus mata
pelajaran Bahasa
Melayu. Salah satu syarat yang penting bagi kemasukan ke IPTA ialah pelajar mest
i mendapat
kepujian dalam Bahasa Melayu.

Murid-murid sekolah dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dalam semua aspek iait
u perlu
menguasai tatabahasa dan juga harus mahir dalam penulisan Bahasa Melayu. Jika ti
dak mereka
mungkin menghadapi masalah dalam menjalani kehidupan seharian.
Dalam aspek tatabahasa murid-murid dikehendaki mahir dalam tajuk-tajuk seperti k
ata tanya, kata
seru, kata hubung, kata adjektif, kata sendi, kata bilangan, penjodoh bilangan,
simpulan bahasa,
peribahasa, perumpamaan dan jenis-jenis ayat. Manakala, dalam penulisan pula mur
id-murid harus
mahir dalam teknik-teknik menulis karangan yang baik.

Biasanya guru-guru bahasa berasa tercabar dan kerap menghadapi masalah dalam pen
gajaran Bahasa
Melayu. Ini kerana murid-murid agak sukar untuk memahami tatabahasa Bahasa Melay
u. Oleh itu,
guru-guru bahasa dikehendaki menggunakan pelbagai teknik pengajaran dan pembelaj
aran yang
baru dan mencabar bagi memudahkan pemahaman murid dalam Bahasa Melayu iaitu dala
m aspek
tatabahasa dan juga penulisan karangan.
REFLEKSI ISU KAJIAN

Isu kelemahan penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu di kalangan murid-murid sekola


h sering
menjadi buah mulut. Isu ini juga menjadi hangat dan mendapat perhatian pelbagai
pihak. Statistik juga
menunjukkan bahawa murid-murid sekolah berasa sukar untuk memahami tatabahasa Ba
hasa Melayu.
Buktinya adalah kemerosotan keputusan peperiksaan UPSR 2004 dalam subjek pemaham
an Bahasa
Melayu.
Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang West Country (Barat) murid-murid mengha
dapi masalah
dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu. Laporan prestasi UPSR 2004 dan ujian
bulanan sekolah
menunjukkan kelemahan pelajar dalam Bahasa Melayu. Misalnya dalam UPSR tahun 200
4 separuh
daripada murid-murid tahun 6 gagal dalam kertas pemahaman. Ini merupakan petanda
bahawa hampir
separuh daripada murid-murid gagal menguasai tatabahasa Bahasa Melayu. Hal ini b
erlaku kerana
murid-murid yang tidak menguasai tatabahasa tidak boleh menjawab soalan pemahama
n. Ini kerana
30 daripada 40 soalan pemahaman meliputi tajuk tatabahasa. Jika murid tidak meng
uasai aspek
tatabahasa maka mereka tidak boleh menjawab soalan pemahaman.

Guru- guru Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang West Country (
Barat) telah
mengkaji masalah ini dan cuba untuk mengatasi masalah ini. Guru-guru bahasa memb
uat kajian
untuk mendapat tahu punca masalah ini .Daripada kajian ini, didapati bahawa muri
d-murid lemah
dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu kerana murid-murid malas membaca surat
khabar,
buku-buku cerita, membaca buku rujukan, rujuk kamus, berjumpa guru, perbincangan
kumpulan dan
sebagainya.

Salah satu punca penting mengapa murid-murid gagal menguasai tatabahasa Bahasa M
elayu ialah
kurang berminat membaca surat khabar. Jika murid-murid rajin membaca surat khaba
r mereka boleh
memperkayakan perbendaharaan kata dan seterusnya mereka boleh menguasai tatabaha
sa Bahasa
Melayu. Bagi mengatasi masalah ini guru guru perlu menggalakkan murid-murid supaya
rajin
membaca surat khabar dan memberi penerangan tentang kebaikan membaca surat khaba
r.

Hasil daripada laporan prestasi ini dan pengalaman penyelidik sendiri yang mengh
adapi pelajar-pelajar
yang tidak mempunyai kemahiran penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu, menyebabkan
penyelidik
mencuba kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Dalam kajian ini pe
rmainan bahasa
dipilih untuk menyelesaikan masalah tadi. Kami memilih cara ini kerana permainan
bahasa sangat
diminati oleh murid. Ini mungkin disebabkan permainan bahasa ini memberangsangka
n minat murid
dan menggalakkan murid untuk mengambil bahagian. Dengan ini diharap supaya murid
-murid dapat
menguasai kemahiran tatabahasa. Dalam permainan bahasa ini dibahagikan kepada 3
bahagian yang
kecil iaitu kuiz, mencantum kad dan latih tubi.
Namun apa yang menggembirakan saya selaku guru Bahasa Melayu adalah kini murid-m
urid lebih
mahir dan boleh menguasai aspek tatabahasa dengan baik. Keputusan murid dalam uj
ian pasca iaitu
ujian yang dibuat selepas permainan bahasa ini agak baik dan memberangsangkan. H
ampir keseluruhan
murid Tahun 6 mahir dan kini telah menguasai aspek tatabahasa. Jadi saya mencada
ngkan permainan
bahasa ini kepada guru-guru yang lain untuk dicuba di dalam kelas mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk :

1.
Mengenal pasti kelemahan pelajar tahun 6 dalam aspek tatabahasa.
2.
Merangka tindakan pembaikan untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam
tatabahasa Bahasa Melayu.
3.
Meningkatkan keberkesanan penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu dalam usaha
meningkatkan
keupayaan,
kemahiran
dan
pencapaian
pelajar
dalam
Bahasa
Melayu.
4.
Guru-guru
menilai
keberkesanan
penggunaan
permainan
bahasa
dalam
meningkatkan
prestasi murid dari segi pengguasaan tatabahasa Bahasa Melayu.
KUMPULAN SASARAN

Saya memilih murid Tahun 6 Biru sebagai kumpulan sasaran dalam mengkaji masalah
penguasaan
tatabahasa Bahasa Melayu. Murid-murid kelas ini agak lemah dalam penguasaan tata
bahasa Bahasa
Melayu. Boleh dikatakan bahawa hampir keseluruhan murid kelas ini tidak boleh me
njawab soalan
tatabahasa Bahasa Melayu.
Saya sebagai Guru Bahasa Melayu kelas ini menghadapi masalah semasa proses penga
jaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Oleh kerana murid lemah dalam penguasaan tatabahasa
Bahasa
Melayu, maka saya tidak boleh menjalankan pengajaran dan pembelajaran seperti bi
asa. Maka saya
terpaksa menjalankan kelas pemulihan. Inilah yang menyebabkan saya memilih kelas
dan tajuk ini
bagi menjalankan kajian tindakan ini.
INSTRUMEN KAJIAN

Ujian Pra

Dijalankan pada 16 Februari 2005 untuk mendapatkan data pelajar yang tidak mahir
dalam penguasaan
tatabahasa Bahasa Melayu. Soalan tatabahasa ini merangkumi tajuk-tajuk seperti k
ata hubung, kata
adjektif, kata seru dan kata tanya. (Rujuk lampiran A)

Ujian Pasca

Dijalankan pada 25 Februari 2005 untuk mendapatkan data pelajar untuk mengetahui
sama ada pelajar
benar-benar memiliki kemahiran tatabahasa setelah beberapa tindakan telah diambi
l. Soalan tatabahasa
ini merangkumi tajuk-tajuk seperti kata hubung, kata adjektif, kata seru dan kat
a tanya
(Rujuk lampiran A).
Ujian pra dan ujian pasca ini saya sediakan dengan dibantu oleh guru-guru bahasa
yang lain. Kami
telah berbincang dan menyediakan soalan soalan tatabahasa bagi ujian pra dan ujian
pasca. Semasa
menyediakan soalan ini kami juga menghadapi beberapa masalah. Bagi mengatasi mas
alah ini
kami meminta bantuan ketua panitia Bahasa Melayu. Beliau membantu kami dengan me
nyemak
soalan soalan yang kami sediakan. Selain itu, kami berasa amat bangga dan gembira
kerana dapat
menyediakan soalan tatabahasa ini. Kami juga berazam untuk menangani masalah pen
guasaan
tatabahasa Bahasa Melayu di kalangan murid tahun 6 sekolah kami. Ini kerana muri
d-murid ini akan
menduduki peperiksaan UPSR akhir tahun ini.
LANGKAH LANGKAH TINDAKAN

Tindakan pertama ialah penyediaan ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra ini diada
kan pada 16 Februari
2005. Manakala, ujian pasca diadakan pada 25 Februari 2005. Guru bahasa dan ketu
a panitia Bahasa
Melayu berganding bahu dalam menyediakan ujian-ujian ini.

Setelah dikaji tentang keputusan ujian pra, maka guru dapat memahami tentang kel
emahan murid
dalam penguasaan tatabahasa. Guru telah menjalankan beberapa tindakan untuk meng
atasi kelemahan
tatabahasa murid dalam Bahasa Melayu. Permainan bahasa dipilih sebagai alat yang
penting dalam
mengatasi kelemahan murid. Antara permainan bahasa yang dipilih ialah kuiz , men
cantum kad dan
latih tubi seperti dalam Rajah 1.

Rajah 1 : Permainan Bahasa


1. Kuiz
Guru guru menyediakan soalan kuiz yang meliputi soalan tatabahasa. Soalan soalan kui
z ini dibincang
dan disediakan oleh guru guru Bahasa Melayu. Kuiz ini dijalankan pada 20 Februari
2005.
Semasa menjalankan kuiz ini murid-murid tahun 6 dibahagikan kepada dua kumpulan
yang berasingan
dan diberi nama iaitu KUMPULAN MYVY dan KUMPULAN SYVY. Setiap kumpulan diberikan
masa 1 minit untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Markah bagi kumpulan pertam
a yang
menjawab dengan betul ialah sebanyak 3 markah. Manakala, bagi kumpulan yang kedu
a menjawab
soalan dengan betul diberikan 1 markah.
Kuiz ini dijalankan selama 1 minggu dan setiap hari soalan kuiz berbeza iaitu be
rdasarkan tajuk tajuk
yang berbeza. Contohnya, kata hubung, kata adjektif, kata seru, kata tanya dan s
ebagainya.

Contoh soalan kuiz adalah seperti berikut:

Senaraikan 3 kata tanya


1)
2)
3)

Senaraikan 2 kata seru


1)
2)

2. Mencantum Kad
Guru-guru bahasa juga mengadakan permainan mencantum kad. Permainan ini diadakan
pada 22
Februari 2005. Dalam kad manila ditulis soalan-soalan tatabahasa dan jawapannya
ditulis berasingan
dalam kad manila yang lain.
Murid-murid dibahagikan dalam 2 kumpulan . Satu kumpulan diberikan soalan dan sa
tu lagi kumpulan
diberikan jawapan. Murid-murid dikehendaki membaca soalan dan mencari jawapan pa
da rakan
mereka. Kemudian mereka akan mencantumkan kad manila tersebut dan melekatkan kad
manila
tersebut di hadapan kelas.

Contoh Soalan :

Bagavathy Ramesh suka makan buah mangga.


dan
3. Latih Tubi
Selain daripada soalan kuiz dan permainan mencantum kad murid-murid juga diberi
latih tubi. Latih
tubi ini diadakan pada 24 Februari 2005. Dalam latih tubi ini murid-murid diberi
kan 10 soalan
tatabahasa dan mereka diminta menjawab soalan-soalan ini dalam masa yang ditetap
kan.
Dalam melaksanakan langkah-langkah tindakan seperti yang disebut di atas guru-gu
ru menghadapi
pelbagai masalah. Contohnya, menyediakan soalan kuiz. Walau bagaimanapun, murid-
murid berasa
gembira dan cenderung untuk terlibat dalam kuiz. Mereka berebut-rebut untuk menj
awab soalan kuiz.
Begitu juga semasa permainan mencantum kad, murid-murid begitu aktif menjawab so
alan. Walau
bagaimanapun, murid-murid tidak aktif menjawab soalan latih tubi.
KEPUTUSAN

Sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan untuk menentukan kelem


ahan murid
dalam aspek tatabahasa Bahasa Melayu pelbagai langkah telah diambil. Ujian Pra b
erupa soalan
tatabahasa diadakan pada 16 Februari 2005 untuk menentukan dan melihat tahap pem
ahaman murid
tentang tatabahasa Bahasa Melayu. Guru telah menyediakan beberapa soalan tatabah
asa Bahasa
Melayu.

UJIAN PRA

Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra

Peratus 0 - 20 21 - 39 40 - 59 60 - 79 80 - 100
Jumlah
Pelajar
BilanganPelajar 4 14 3 2 2 25
Jadual 1 di atas menunjukkan tentang keputusan ujian pra. Jadual di atas menunju
kkan bahawa seramai
18 (72%) murid gagal menjawab soalan tatabahasa yang diberikan. Markah lulus yan
g ditetapkan ialah
40 %. Apa yang mengecewakan ialah 18 daripada 25 murid gagal mendapat 40 markah.
Ini bermakna
sebilangan besar murid tidak memahami soalan tatabahasa yang disediakan.
Hanya 4 orang murid sahaja yang berjaya mendapat markah diantara 60-100. Ini ber
makna hampir
keseluruhan murid tidak dapat menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Daripada
analisis ini,
didapati bahawa murid-murid Tahun 6 terlalu lemah dalam aspek tatabahasa Bahasa
Melayu.
UJIAN PASCA

Jadual 2 menunjukkan tentang keputusan ujian pasca yang dijalankan. Ujian pasca
dilaksanakan
selepas tindakan diambil. Berikut adalah hasil analisis pencapaian Ujian pasca s
elepas pengajaran dan
pembelajaran yang diadakan pada 25 Februari 2005.
Jadual 2 : Keputusan Ujian Pasca

Peratus 0 - 20 21 - 39 40 - 59 60 - 79 80 - 100 Jumlah


Pelajar
Bilangan
Pelajar
--16 4 5 25
Dari keputusan di atas didapati semua murid dapat memahami dan menjawab soalan t
atabahasa
dengan mudah selepas ujian pasca. Ini kerana permainan bahasa yang dijalankan se
lepas ujian pra
amat berkesan dan mendapat respon yang baik daripada murid. Daripada keputusan d
i atas didapati
bahawa semua murid telah lulus dalam ujian pasca ini.
Seramai 16 (64%) murid berada dalam tahap pencapaian C dalam menguasai aspek tat
abahasa dalam
penulisan Bahasa Melayu. Seramai 9 murid telah berjaya mendapat pangkat A dan B.

Pencapaian ini amat memberangsangkan dan menunjukkan bahawa murid dapat menguasa
i aspek
tatabahasa Bahasa Melayu. Pencapaian ini juga menunjukkan bahawa permainan bahas
a yang dibuat
oleh guru selepas ujian pra amat berkesan dan murid-murid dapat menguasai aspek
tatabahasa Bahasa
Melayu.
ANALISIS DATA
Jadual 3 : Analisis Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pasca
Bil Nama Murid Pra Pos Beza
1. Punitian 28 40 12
2. David 25 42 17
3. Luth 35 50 15
4. Afiqah 30 49 19
5. Chin Yu Tong 40 52 12
6. Sharvin 16 45 29
7. Megat 34 50 20
8. Imran 42 55 13
9. Gan Beng Fuh 56 68 12
10. Low Yit Seow 29 40 11
11. Gangai 12 45 33
12. Thayala 14 55 41
13. Raj 15 56 41
14. Vijay 82 90 8
15. Baga 86 89 3
16. Mani 24 56 32
17. Arasu 26 86 60
18. Guna 27 85 58
19. Mano 68 86 18
20. Shanti 28 67 39
21. Kamala 28 76 48
22. Vimala 22 68 46
23. Selvam 24 48 24
24. Segar 78 54 24
25. Uma 26 53 27
Jadual 3 menunjukkan analisis keputusan ujian pra dan ujian pasca secara terperi
nci. Daripada jadual
di atas didapati dalam ujian pra, 7 murid daripada 25 murid sahaja yang lulus ia
itu berjaya mendapat
markah 40%. Bakinya iaitu 18 murid gagal dalam ujian pra ini. Ini menunjukkan ba
hawa hampir 72%
murid gagal dalam ujian pra.
Bagi mengatasi masalah ini maka guru bahasa bersama-sama dengan guru-guru lain b
erganding bahu.
Melalui perbincangan, kami membuat keputusan untuk mengadakan permainan bahasa b
agi mengatasi
masalah ini. Permainan bahasa ini dibahagikan kepada 3 iaitu kuiz, mencantum kad
dan latih tubi.

Setelah murid-murid menguasai tatabahasa Bahasa Melayu maka ujian pasca pula dia
dakan. Keputusan
ujian pasca ini agak memberangsangkan dan menggembirakan. Ini kerana hampir kese
mua murid telah
lulus dalam ujian pasca ini. Terdapat 5 murid yang berjaya mendapat pangkat A da
n 4 murid berjaya
mendapat pangkat B. Manakala, seramai 16 murid atau 64% murid berada pada tahap
pencapaian C.

REFLEKSI TINDAKAN

Penyelidikan ini dapat memberi kesedaran kepada guru-guru Bahasa Melayu tentang
masalah pelajar
dan kelemahan pelajar dalam penguasaan tatabahasa dalam Bahasa Melayu.

Penyelidikan ini juga dapat memberi banyak pengalaman kepada penyelidik dan memb
antu penyelidik
mencari cara penambahbaikan. Di samping itu, penyelidik juga dapat mengesan kele
mahan dan
kekuatan pengajaran dan pembelajaran guru serta dapat meningkatkan lagi kualiti
pengajaran dan
pembelajaran guru.

Walaupun penyelidik mempunyai banyak tugasan lain yang terpaksa dilaksanakan, na


mun dengan
semangat untuk memperbaiki kelemahan murid dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab
, kajian ini
dapat disempurnakan dalam tempoh yang dirancangkan.

Sebagai kesimpulannya, saya telah berjaya dalam kajian ini. Hampir keseluruhan m
urid telah
berjaya menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Jadi saya sebagai guru Bahasa
Melayu Tahun
6 berasa gembira atas pencapaian murid-murid. Saya juga berazam untuk memastikan
para pelajar
saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun 2005 bagi ma
ta pelajaran
Bahasa Melayu.
Saya sebagai penyelidik ingin mengesyorkan permainan bahasa ini kepada semua gur
u bahasa bagi
mengatasi masalah penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu. Hasilnya tentu baik.
Saya juga telah mencadangkan kepada pentadbiran sekolah supaya meminta semua gur
u Bahasa
Melayu supaya menggunakan cara permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajara
n mereka.
Misalnya guru-guru yang mengajar tahap 1 iaitu tahun 1 hingga tahun 3 sepatutnya
mengunakan
permainan bahasa ini.
Sebagai tindakan lanjutan saya akan menggunakan teknik permainan bahasa ini untu
k mengajar tajuktajuk
yang lain. Misalnya menggunakan kaedah ini untuk mengajar penulisan Bahasa Melay
u.
PENUTUP

Kajian Tindakan ini adalah satu kajian yang baik jika dijalankan di peringkat se
kolah. Kajian ini
bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi pelajar tetapi dapat juga memperbaiki t
eknik pangajaran
dan pembelajaran guru-guru.
Penyelidik berbangga dapat menjalankan kajian tindakan ini pada gelungan pertama
. Oleh yang
demikian, penyelidik berharap dapat meneruskan penyelidikan ke gelung yang kedua
pada masa akan
datang dan akan cuba menerapkan dalam tajuk lain yang akan diajar.
Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada penyelidik sebag
ai tenaga pengajar
yang bertanggungjawab untuk melihat kejayaan pelajarnya dalam bidang bahasa.
LAMPIRAN A
(CONTOH AYAT)
TAJUK : KATA HUBUNG
Gariskan jawapan yang betul.

1.
Ramesh (dan,
dengan)
Suresh
pergi
melawat
Kuala Lumpur
pada cuti penggal yang lalu.
2.
Rina pergi ke kedai (sambil, untuk) membeli kek.
TAJUK : KATA TANYA

Tuliskan jawapan yang betul.

1.
.. nama guru kelas kamu?
2.
.. keadaan nenek kamu di hospital?
TAJUK : KATA SERU

Nyatakan kata seru yang betul.

1.
. , nahas kau!
2.
. , besarnya rumah kamu!
3.
. , cantiknya baju kam!

You might also like