You are on page 1of 11

KULIAH 8

Biosfera
AG1133pplk0708/jurry08 1
BIOSFERA

Biosfera ialah lapisan bumi yang dibina oleh segala benda


hidup yang juga disebut sebagai ‘biotik’.

Biosfera adalah permukaan bumi dan bahagian atmosfera


yang paling bawah di mana organisma hidup. (Simmons
1982)

Biosfera ialah persekitaran organisma hidup, dibina oleh


interaksi atmosfera-lautan, bumi dan persekitaran-
permukaan bumi. (Bradshaw & Weaver 1992)

AG1133pplk0708/jurry08 2
BIOGEOGRAFI
Kajian biosfera dalam bidang geografi lebih
dikenali sebagai ‘BIOGEOGRAFI’ iaitu satu
kajian yang mengkaji tentang hidupan di
ruang bumi, terutama dari segi taburan,
habitat, gangguan dan sebagainya.

Biogeografi merupakan satu ilmu bagi


memahami taburan tumbuhan tumbuhan
dulu dan kini (Brown & Gibson 1983).

AG1133pplk0708/jurry08 3
Asas
Pengetahuan asas yang perlu ada bagi seseorang ahli
biogeografi ialah prinsip asas botani, zoologi dan ekologi
(Jamaluddin 1987).

Subjek kajian biogeografi adalah merangkumi semua hidupan


di bumi, manakala skop kajian utamanya adalah taburan
tumbuhan. Selain daripada itu, implikasi dan sebab-sebab
keadaan tersebut berlaku juga dikaji (Ismail 1989).

Dua proses utama dalam biogeografi adalah :


1. Pertalian antara benda hidup dan benda tidak hidup
2. Pertalian antara manusia dengan biosfera.

AG1133pplk0708/jurry08 4
ELEMEN BIOSFERA

Segala hidupan
(biotik)
-Tumbuhan
- Haiwan
- Manusia

AG1133pplk0708/jurry08 5
PROSES DALAM BIOSFERA
(Biasanya proses biosfera wujud dalam ekosistem
yang disebut proses ekologi.

Penjelasan mengenai proses biosfera boleh dilakukan


dengan mudah apabila melihat kitaran
makanan/rantaian makanan, kitaran tenaga, kitaran
nutrien dan banyak lagi) antara proses umum yang
terdapat dalam biosfera ialah adalah perpeluhan,
penguraian, adaptasi, persaingan, kelahiran,
kematian, transpirasi, pengangkutan...

AG1133pplk0708/jurry08 6
Contoh ringkas:

Dalam satu proses fotosintesis (tumbuhan), tenaga


suria membekalkan (input tenaga) cahaya dan haba
kepada tumbuhan. Apabila tumbuhan menyerap
(penyerapan) haba dan cahaya, maka tenaga haba
bertukar (pemindahan tenaga) menjadi tenaga kinetik
yang boleh mengangkut (proses pengangkutan)
makanan (air dan nutrien) ke seluruh bahagian
tumbuhan. Semasa tumbuhan memproses makanan,
tenaga haba (output tenaga) dilepaskan dan proses
ini dipanggil transpirasi (Pembebasan tenaga haba ke
atmosfera). Pada masa yang sama juga wap air
dibebaskan ke atmosfera.

AG1133pplk0708/jurry08 7
Contoh satu kitaran ekosistem

AG1133pplk0708/jurry08 8
Contoh aliran tenaga dalam satu rantaian makanan yang ringkas

Radiasi solar/ Tenaga matahari

Pembebasan tenaga

Karnivor Karinivor
Tumbuhan Herbivor primer sekunder

Penguraian (Terurai)

AG1133pplk0708/jurry08 9
FENOMENA-FENOMENA/ ISU
BERKAITAN BIOSFERA
 Kepupusan spesies
 Kepupusan habitat
 Pola kepelbagaian spesies
 Taburan tumbuhan mengikut iklim
 Taksonomi tumbuhan
 Kepelbagaian spesies di satu-satu ruang
 Manusia sebagai pengganggu ekosistem
 Adaptasi tumbuhan dan haiwan
 Dan banyak lagi

AG1133pplk0708/jurry08 10
KESIMPULAN
Umumnya, biosfera ialah lapisan bumi yang terdiri
daripada benda hidup (biotik) di bumi.
Kajian biosfera dalam bidang geografi ialah
BIOGEOGRAFI.

Elemen biosfera ialah tumbuhan, haiwan dan manusia.


Manakala proses biasa yang terlibat dalam biosfera
ialah pengangkutan makanan, penyerapan,
pemindahan tenaga, transpirasi, perpeluhan,
penguraian dan sebagainya.

AG1133pplk0708/jurry08 11

You might also like