You are on page 1of 27

KEBUDAYAAN MELAYU

Disediakan oleh :-

Nama :Mohd Faizal bin Zammeri


Nama pensyarah : Encik mohd Asri bin Abdul Razak
Pengaruh Hindu Budha dan
Islam dalam masyarakat Melayu
SEJARAH KEDATANGAN HINDU
 BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
 Pengenalan
  
 ·        Kemunculan Tamadun awal Asia Tenggara dapat dibuktikan dengan
wujudnya  kerajaan awal di Tanah Besar spt:Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai, dan
Ayuthia. Di kawasan kepulauan Melayu dapat dilihat melalui Kedah Tua, gangga Negara
dan Langkasuka, Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram.
 ·        Bukti kewujudan dapt dilihat menerusi sumber bertulis dan artifak arkeologi.
 ·        Sumber Cina: Funan wujud pada 3M – yg awal di AT. Data arkeologi Funan wujud
3M – bukti jumpa seni arca unsur Hindu Buddha. Langgamnya dipengaruhi langgam
Amaravati di India.
 ·        Tahap awal jalin hubungan diplomatik dgn Cina hubungan budaya dengan India.
Hubungan petempatan wujud sejak zaman logam – hubungan dagang.
 ·        Buktinya jumpa artifak gendang gangsa Dongson dari Dongson, Vietnam Utara di
Batu Buruk Trengganu, Sg tembeling, Sungai Klang,Thai, Indonesia, dan Burma.
 ·        Hubungan dagang Rom juga wujud – buktinya persamaan artifak manik di Kuala
Selinsing, Kota Tinggi, dan Muar, Pantai Barat dan Selatan Siam.
  Petempatan awal merupakan pembekal bahan
mentah dan pelabuhan pembekal kerana
berhampiran dengan sungai.- tetapi belum ditakrif
sebagai kerajaan sebab tidak ada raja.
·        Tamadun Awal AT seiring dengan
perkembangan perdagangan maritim – yang
berkembang dengan kapal layar dan perahu.
·        Manik dan tembikar bukti perdagangan di AT
mula sejak 5SM dan petempatan awal pada 2 @ 3M.
·        Bukti proses tamadun ambil masa 600- 700
tahun untuk bentuk kerajaan.
 
Cara-cara pengaruh hindu budha tersebar ke
tanah melayu
Dibawa golongan
kesyatria atau golongan Dibawa pedagang atau
tenter penakluk dari vaisya melalui aktiviti
india yang membentuk perdagagang antara Asia
tanah jajahan takluk di Tenggara dengan India
Asia Tenggara

4
cara

Dibawa golongan Pengambilan terus aspek-


Brahmin atau pendeta aspek kebudayaan india yang
yang mengetuai pelbagai menarik oleh pemerintah
upacara keagamaan di dan kemudian disesuaikan
istana kerajaan awal dengan budaya
tempatan(asimilasi)
Bentuk kerajaan
 Bentuk Kerajaan Awal
 
 Dibahagi 2 : Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim. Berasaskan kedudukan
geografi dan sosioekonomi.
 ·        Kerajaan Agraria
 1.     Kerajaan berasaskan  ekonomi pertanian, penternakan, dan pemungutan
hasil hutan dan sungai. Terbentuk berhampiran lembah sungai yg subur spt
kerajaan Dvaravati – Sungai Menam, Thailanddan Sg Irrawady, Kerajaan
Sungai Merah, Vietnam, Kerajaan Sg Mekong ( Kemboja, Loas, dan Vietnam)
 2.     Selain itu dapat juga di pedalaman – kaw. Berbukit dan lereng gunung
berapi spt kerajaan taruma di Tanah Tinggi Dieng, Indonesia..
 3.     Kerajaan awal yg terkenal: Sailendra ( Jawa tengah ), Angkor ( Kemboja ),
dan Sukhotai ( Thailand ). Funan dari agraria ke maritim
 4.     Terbentuk secara evolusi – jadi petempatan kekal kemudian bandar dan
kerajaan.
 5.     Tanaman utama : Padi sawah, padi huma, jagung , pisang, keledek, dan
sayur-sayuran. Rempah ratus spt – cengkih, dan lada hitam hasil hutan spt
gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana, dan pelbagai
buahan.
6.     Lain-lain : Sarang burung utk perdagangan,
Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai, kulit kura-
kura.
7.     Ternakan haiwan spt lembu, kerbau, kambing, dan
ayam.
8.     Tahap awal pertanian utk sara diri kemudian
komersil – ia dipengaruhi pembinaan sistem pengairan.
Funan dan Angkor pengairan dari sungai Mekong dan
Tasik Tonle Sap. – raja da kerajaan bertanggungjawab
membina dan mengurusnya spt zaman Raja Indravarman 1
(877M) – bina sistem pengairan dan baray – tempat
takungan air seperti tasik.- Majukan pertanian Angkor.
9.     Kerajaan Angkor kuat sebab kedudukannya dekat
dengan Tasik Tonle Sap dan Sungai Mekong. Cuaca yang
sesuai dan tanah yang subur.- utk padi, ikan air tawar,
punca air minum – upaya tampung penduduk yg ramai.
 
 ·        Kerajaan Maritim
 1.     Kerajaan yg menjalankan ekonomi perdagangan dan kelautan serta
pelabuhan.Terletak pesisiran pantai, lembah sungai, dan kepulauan spt Srivijaya di Sungai
Musi, Kedah Tua – Sg Merbok dan Sg.Muda, Tiumah di Pulau Tioman.
 2.     Kearajaan utama : Langkasuka  ( Sungai Yarang ), Kataha/Chieh-cha/Kedah
Tua ( Sungai Merbok dan Sg.Muda ), Chih Tu  ( Sungai Kelantan ), Srivijaya ( Sungai
Musi ), Mo-lo-yu ( Sungai Batang Hari ), Kalah ( Sungai Takuapa), Fo-lo-an         ( Sungai
Trengganu ), Peng-keng ( Sungai Pekan )dan Tiumah di Pulau Tioman.
 3.     Bermula dengan tangkap ikan dan hasil laut – jadi kampung nelayan – ada juga
berkembang jadi kaw. Emas dan timah. Wujud lebihan pengeluaran – didagang – jadi
pusat dagang – pelabuhan pembekal spt  Klang dan Kuala Selingsing          ( Perak ). –
Disinggahi – dapatkan barang spt. Damar, rotan, emas, timah, dan hasil laut.
 4.     Maju – jadi pelabuhan kerajaan spt. Kedah Tua, Langkasuka, dan Srivijaya. – Mula
perdagangan yg berhampiran kemudian berkembang jauh.
 5.     Kedudukan di tengah perjalanan Timur Barat jadikan Kedah Tua dan Srivijaya maju.
Dekat dengan Selat Melaka dan Selat Sunda – laluan dagang antarabangsa. – jadi
pelabuhan entrepot – pembekal emas, timah, hasil hutan, dan hasil kerajaan
persekitarannya.
 6.     Emas banyak – T Melayu dikenali sbg. Semenanjung Emas, Sumatera – Bumi Emas.
Tarikan org India dan Yunani.
 7.     Bahasa melayu – bahasa lingua franca – penduduknya: orang tempatan, orang laut dan
pedagang luar. Org Melayu – terkenal pelaut, pedagang, peneroka – punyai pelabuhan
yang lengkap spt di Champa, dan Srivijaya. – Mampu belayar dan berkemahiran buat
perahu dan kapal layar. Tahu juga kaedah bintang di langit.
 ·        Kerajaan Maritim Srivijaya
 1.     Terletak di Sungai Musi. Punyai tentera yg  besar.- Kawal
keselamatan dan perdagangan di Selat Melaka.
 2.     Rakyat terdiri – orang laut dan pelbagai golongan lain.
 3.     Pelabuhan strategik ditengah laluan Timur dan barat di Selat
Melaka. – Bekalkan barang dagang di kawasan jajahan takluk dan
pemerintahannya. – Ia juga mampu bina kapal besar kata I Tsing.
 4.     Anutan agama Hindu.
 5.     Jadi kuasa Maritim Utama dengan cara
                                                               i.      Ada bala trentera yang besar
kawal perdagangan dan jalan laut seperti di Selat Melaka.
                                                             ii.      Kedudukan pelabuhan yang
strategik  dan jadi pusat persinggahan kapal yang berdagang antara
Cina dan India.
                                                           iii.      Ada hasil barangan untuk
perdagangan antara bangsa yang dibekalkan oleh wilayah
taklukannya.
                                                          iv.      Keupayaan membina kala
besar.
 ·        Kerajaan Maritim Kedah Tua
 1.     Terletak di Sungai Merbok dan Sg.Muda, Kedah. Jadi pelabuhan entrepot.
Bukti : jumpaan tembikar Cina Dinasti Tang, Song, dan Yuan, pelita tembaga
dan tembikar dari Timur tengah, manik dari India, Sri Lanka dan Myanmar.
Banyak terpengaruh dengan Srivijaya.
 2.     Panduan ke pelabuhan – Gunug Jerai.
 3.     Kedudukan strtegik – Selat Melaka, terlindung dari angin monsun, laluan
Timur dan Barat.
 4.     Wujud tempat penyimpanan barang spt. Damar, rotan dan timah.
Barangan luar yang ada spt. Teh, sutera, kaca, manik dan tembaga.
 ·        Hubungan Kerajaan Maritim dan Kerajaan Agraria
 
 1.     Agraria hasilkan beras , makanan dan hasil hutan kepada kerajaan
maritim Kerajaan maritim bekalkan barangan mewah spt tembikar, tekstil,
gelas, dan manik. – Berlaku perdagangan – cara tukar barang @ sistem barter.
 2.     Kerajaan maritim juga perlukan kayu dari kerajaan agraria untuk buat
kapal – guna tukang kayu kerajaan agraria.
 3.     Kerajaan maritim juga perlukan gajah – diperoleh dari kerajaan agraria.
 4.     Berlaku hubungan dan saling perlu memerlukan antara kerajaan –
hubungan diplomatik.
 

·        Ciri-Ciri Kerajaan Maritim
 1.     Pelabuhan Pembekal kemudian pelabuhan kerajaan
 2.     Terletak dipesisiran pantai, sungai dan di kepulauan
 3.     Pelabuhan entrepot
 4.     Penduduknya pelbagai terdiri daripada orang tempatan,
pedagang luar, orang laut.
 5.     Wujud bahasa lingua franca
 6.     Kerajaan maritim srivijaya ada bala tentera laut yang besar dan
kuat.
 7.     Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapal
 8.     Menjadi pusat perkembangan agama hindu buddha.
 
 ·        Peranan Pelabuhan Kerajaan Maritim
 1.     Pelabuhan Pembekal – bekalkan barangan tempatan  kepada
pedagang kemudian pelabuhan kerajaan  apabila  menjadi sebuah
kerajaan dan negeri dan jadi pelabuhan entrepot – membekalkan hasil
tempatan dan luar kepada perdagangan antarabangasa.
 2.     Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapal
 
 Pengaruh Hindu Buddha
 
 Amalan masyarakat dalam Zaman Logam – Animisme . Dalam abad
ke 3M dipengaruhi kepercayaan dan budaya kerajaan India .
 Antaranya sistem kepercayaan dan agama, sistem pemerintahan
beraja, kesenian dan kesusasteraan.
 Bukti kemasukan pengaruh India:
 Peninggalan data arkeologi seperti Candi Lembah Bujang, Candi
Borobudur, Candi di Angkor.
 Perkembangan agama Hindu dan Buddha di Sriwijaya dapat juga
dilihat melalui  data I Tsing 671M terdapat 1000 bhiksu  yang belajar
agama Buddha dan nahu sanskrit
 
 Cara kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha.
 1.     Dibawa oleh golongan kesyatria atau tentera. –
 2.     Pedagang atau vaisya.
 3.     Golongan Brahmin atau pendeta.
 4.     Proses pengambilan aspek budaya India dan disesuaikan dengan
budaya tempatan. – Diterima oleh sejarawan dengan bukti berikut:
§        Jumpaan seni arca yang kasar yang ada langgam
bercirikan AT spt arca dengan ikatan tali kulit
harimau di Srivijaya.
§        Candi yang didirikan spt Borobudur, Lembanh
Bujang, Prambanam, Angkor Wat.
§        Amalan  kepercayaan – agama Buddha dan
Hindu . Kedah Tua – Buddha, Dieng, Indonesia –
Hindu. 7 M Kerajaan di Takuapa dan Pulau Bangka –
Hindu, Sumatera dan Jawa – Buddha Mahayana.
§        Sistem beraja
§        Aspek amalan agama dan sistem beraja
dipengaruhi perdagangan sejak 5SM. – untuk
dapatkan emas. Ketara bila Maharaja Vespian ,Rom
hentikan  perdagangan emas dengan India.
Pengaruh hindu Budha dalam sistem pemerintahan
Ketua di Asia Tenggara mendapat gelaran raja yang berkuasa
mutlak dalam semua aspek pemerintahan seperti perintah
raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan oleh
rakyat tanpa sebarang bantahan. Manakala penderhaka
tidak akan diampunkan.
Raja juga digambarkan sebagai bayangan tuhan sehingga
melahirkan konsep dewa-dewa, unsur mitos dan legenda.
Malah, adat istiadat seperti pertabalan raja diwujudkan
untuk mengukuhkan kedaulatan raja berdasarkan konsep
itu.
Untuk menjadi raja yang terulung mereka mendirikan
kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta
atau orde kosmos yang membuktikan keagungan mereka
seperti Raja Suryavarman II telah membina Angkor Wat.
Pengaruh hindu Budha dalam sistem
pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal
 Gelaran raja kepada ketua  Menggunakan unsur mitos
pemerintah untuk kuatkan kedudukan raja
 Dibawahnya kerabat diraja &  Adat istiadat pertabalan raja
pembesar termasuk ahli oleh golongan brahmin bagi
agama(brahmin)rakyat dan kukuhkan kedaulatan
hamba  Konsep orde kosmo(alam
 Raja berkuasa mutlak semesta)cth Raja Suyarvarman
 Peritah raja adalah undang2 yg II bina Angkor Wat
wajib dilaksana  Raja dibantu oleh
 Sekiranya melanggar perintah pembesar(pegawai tentera dan
bermakna menderhaka & tidak hakim)-setiap daerah terdapat
akan diampunkan pembesar dan gabenor
 Raja perlu adil terhadap gologan  Golongan brahmin berperanan
yang diperintah penting dalam upacara
 Raja dianggap bayangan tuhan keagamaan
Pengaruh hindu budha dalam kesusasteraan
zaman kerajaan awal asia tenggara
Unsur mitos dalam kesusasteraan Pengaruh sastera india dalam puisi &
klasik asia tenggara- hasil pengaruh prosa jawa seperta nagarakertagama,
sastera india seperti epik sutasoma,arjunwiwaha & Kunjarkuna
ramayana,Mahabrata dan Puranas

Epik Ramayana melahirkan hikayat


Seri Rama Epik Mahabrata melahirkan nafkah
hikayat yang diadun unsur tempatan
seperti hikayat pendewa lima,hikayat
pendawa jaya & hikayat Sang Samba
Cerita epik Ramayana dan Mahabrata
telah mempengaruhi cerita lisan &
teater seperti wayang kulit
Bukti pengaruh hindu Budha dalam
kerajaan awal asia tenggara
 Pemerintah beraja & raja sebagai ketua pemerintah
 Raja berkuasa mutlak dan rakyat tidak boleh langgar perintah raja
 Raja dianggap dewa raja wakil tuahan di bumi
 Adat istiadat tabal raja oleh golongan brahmin
 Brahmin golongan tertinggi selepas raja & amat berpengaruh
 Bahasa sanskrit menjadi bahasa komunikasi& ilmu
 Seni bina candi merupakan pengaruh Hindu Budha
 Sebuah negara mengambarkan satu alam semesta (orde kosmo)
 Raja bertanggunjawab atur kesejahteraan negara & rakyat selaras
dengan dharma( peraturan alam semesta)
 Terdapat istilah pentadbiran menggunakan bahasa sanskrit seperti
gelaran,arahan raja,& sistem perundangan
 Unsur mitos ,puisi ,prosa& hikayat dalam satera klasik hasil pengaruh
epik Ramayana,Mahabrata & puranas
Pengaruh islam dalam masyarakat melayu
Agama Islam mula tersebar di Asia Tenggara pada
abad ke-7.
Walau bagaimanapun,pernyataan ini tidak
mempunyai bukti yang sahih. Menurut Sejarah
Melayu, negeriChampa mulai menerima Islam pada
abad ke-15 tetapi dalam Sejarah China, Islam
dikatakan wujud di Sumatera pada abad ke-13.
Namun begitu, Islam mula dibawa masuk ke Tanah
Melayu khasnya Melaka hanya selepas penghujung
abad ke-14.
Pemerintah Melaka yang pertama menganuti Islam
ialah Sultan Mahkota Iskandar Syah.
Penerimaan agama Islam oleh masyarakat tradisional
bukan sahaja membawa pengaruh kepada akidah, tetapi ia
juga membawa pengaruh terhadap aspek kehidupan yang
lain.
Dari segi pentadbiran:-
Islam telah mempengaruhi pentadbiran Kerajaan Melayu
Melaka,kerajaan-kerajaan lain seperti Kedah, Johor dan
Terengganu. Ciri-ciri kerajaan ini berubah menjadi sama
seperti ciri-ciri pentadbiran kerajaan di Timur Tengah
seperti Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Konsep dewaraja telah diambil alih oleh konsep Sultan
yang menganggap Sultan sebagai zul-illahi-fil-alam iaitu
pegangan bahawa Sultan itu adalah amanah Allah s.w.t. di
muka bumi. Sultan juga dianggap sebagai Aminul
Mukminin iaitu ketua kepada umat Islam.
Dalam sektor agama:-
o Sultan menjadi ketua agama Islam dan baginda
bertanggungjawab memerintah dengan adil dan
menjagakebajikan rakyat jelatanya. Selain daripada
peranan Sultan, ahli-ahli sufi dan ulamaulama juga
menjadi penasihat tentang agama Islam kepada raja.
Kini, agama Islam telah dijadikan sebagai agama
rasmi.
Dari segi undang-undang :-
Perundangan Islam telah menjadi tunjang kepada
undang-undang bertulis seperti Hukum Kanun
Melaka
Hal ini pula diwarisi oleh negeri-negeri Melayu yang
lain pada hari kemudian. Sebagai contoh, Undang-
undang 99 Perak dan Undangundang Pahang.
Dari segi kehidupan masyarakat :-
o kehadiran agama Islam telah mengubah cara hidup
mereka. Kepercayaan asal iaitu animisme, Hindu dan
Buddha telah berubah menjadi agama Islam. Agama
Islam telah mengubah cara pemikiran orang Melayu.
o Mengikut agama Islam, ia menyuruh umatnya berfikir
untuk menerapkan unsur-unsur rasionalisme dalam
pemikiran mereka. Selain itu, unsur-unsur metafizik
telah terterap ke dalam nilai hidup msyarakat
tempatan.
Kini, masyarakat Melayu mempunyai pandangan dan
falsafah hidup yang berkaitan dengan unsur-unsur
Islam seperti mencari rezeki yang halal,kewajipan
mencari ilmu pengetahuan dan sebagainya.
Islam juga membawa pengaruh kepada adat resam
masyarakat tempatan. Agama Islam membawa sistem
nilai sosial yang berbeza dengan sebelumnya.
Masyarakat Melayu telah membuat penyesuaian
antara unsur-unsur Hindu dan Islam untuk
mengelakkan amalan yang diamalkan pada dahulu
kala bertentangan dengan ajaran Islam.
Agama Islam telah menghapuskan sistem nilai sosial
yang berasaskan perbezaan taraf atau sistem kasta.
Mengikut agama Islam, semua umat Islam
merupakan stu gagasan.
Mereka haruslah sentiasa beriman dan bersaudara
dan menjadikannya sebagai prinsip ke arah
perpaduan masyarakat.
Antara adat resam yang banyak dipengaruhi oleh
Islam ialah adat bercukur, adat perkahwinan dan
sebagainya. Selain itu, aspek Islam yang baru juga
diamalkan, contohnya membayar zakat, bekerjasama,
bergotong-royong dan kekeluargaan.
o dari segi pendidikan masyarakat Melayu :-
Pendidikan formal mula wujud sejak Kesultanan
Melayu Melaka dengan kedatangan pada pendakwah
dan alim ulama agama Islam. Istana telah dijadikan
pusat pendidikan, pusat kegiatan intelektual dan
menjadi tumpuan alim ulama dari negara negara
Arab, India dan Parsi.
Istana juga menjadi khazanah hikayat yang
memberipengajaran agama bertemakan kisah para
nabi, contohnya, Hikayat Abu Samah dan Hikayat Nabi
Yusof. Mereka mengadakan pendidikan Islam dengan
tujuan melahirkan pelajar-pelajar yang tahu tentang
agama Islam, memupuk akhlak mulia dan sebagainya.
Para ibu bapa sangat mementingkan pendidikan anak-
anak mereka. Mereka menghantar anak-anak mereka
ke rumah tok guru untuk menerima pelajaran agama.
Pada peringkat pertama, mereka akan belajar tentang
muqaddam dan al-Quran mengikut tajwid yang betul.
Pada peringkat kedua, mereka akan belajar tentang
fardu ain dan akhlak mulia.
Pelajar-pelajar ini tidak dikenakan bayaran tetapi ibu bapa
akan memberi penghargaan dengan menghantar padi,
beras, ubi sebagai membalas budi tok guru.
Selepas peringkat ini, mereka akan melanjutkan pelajaran
ke masjid atau surau untuk melanjutkan pelajaran tentang
ilmu agama. Di sini, mereka terus mempelajari tentang al-
Quran, mendalami fardu ain pada siang pagi. Kaedah
hafalan digunakan dalam pembelajaran, iaituseseorang itu
menghadapi kesulitan untuk memahami sesuatu kitab,
mereka akan hafalkannya sahaja.
Selain itu, sistem pengajian madrasah juga merupakan
sebahagian daripada sistem pendidikan di Tanah Melayu
selepas kedatangan Islam. Ia merupakan lanjutan daripada
sistem pendidikan di masjid dan surau.
Seterusnya, sekolah pondok merupakan pusat
pengajian tertinggi di Tanah Melayu.Ramai ibu bapa
tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah
pondok kerana kesempitan wang.
Sekolah pondok ini amat terkenal di negeri Kelantan
sehingga negeri ini digelar sebagai “Serambi Mekah”.
Mereka menekankan aspek agama dan matapelajaran
seperti saraf, tafsir, wujudiah diajar. Selepas 10 tahun,
pelajar boleh melanjutkan pelajarannya di Mekah
atau berkhidmat sebagai guru dipondoknya juga
sekiranya ia lulus.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like