You are on page 1of 4

Catan

Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut (atau
medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas, kanvas atau
dinding. Ini dilakukan oleh pelukis; takrif ini digunakan terutamanya jika ia merupakan
kerjayanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan.

Perkataan lukisan digunakan sebagai bererti lukisan gambar seterusnya dalam rencana ini.

Lebih khusus lagi, rencana ini tentang lukisan pada permukaan untuk sebab artistik, dianggap
salah satu pekara penting dalam bentuk seni.

Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat
yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang
menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang
terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba.
Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek
dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah,
media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul
satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang
mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang
sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang
banyak menggunakan media cat air.

[sunting] Media
Cat Air

Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut
sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal
sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan
ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan
beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas
seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk
mencuci berus.

Cat Poster

Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat
legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya
menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis
‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk
menghasilkan campuran warna.

Cat Tempera
Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia mengandungi
bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan
cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal,
kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan
yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.

Cat Minyak

Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak
ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau
minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda,
kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto,
glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.

[sunting] Teknik Catan


Teknik Basah Atas Kering

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk
menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis
media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna
yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan
lut sinar.

Campuran Warna

Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas
hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.

Cara

Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan
ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan
transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan.
Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

Teknik Basah Atas Basah

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia
menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air
dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu
yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan
pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.

Campuran warna

Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus
mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang
cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.

Cara

Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila
permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam
garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan
kering berlegap.

Teknik Berus Kering

Ciri-ciri

Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini
boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk
menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.

Campuran warna

Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan
pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.

Cara

Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan
dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada
bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur.
Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan
kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas
lapisan warna yang telah kering.

Teknik Kecatan

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan
selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan
kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.

Campuran warna
Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak
menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.

Cara

Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna
yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas
sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.

You might also like