You are on page 1of 20

LANGKAH-LANGKAH UNTUK

MENGATASI MASALAH INFLASI

• Semasa inflasi, harga umum naik berterusan


bermakna kos hidup rakyat naik berterusan.
• Keadaan ini akan merendahkan taraf hidup
rakyat kerana semakin sedikit barang/
perkhidmatan dinikmati berdasarkan sejumlah
pendapatan nominal.
• Pelbagai langkah boleh diambil untuk
menurunkan tingkat harga umum untuk
mengatasi inflasi atau mengurangkan kadar
inflasi.
12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 1
LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MENGATASI MASALAH INFLASI

• Apabila inflasi tarikan permintaan berlaku, langkah-langkah yang


berikut boleh diambil:
a) Dasar fiskal menguncup
b) Dasar kewangan menguncup
• Apabila inflasi tolakan kos berlaku, langkah-langkah yang berikut
boleh dilaksanakan:
a) Dasar sebelah penawaran
b) Kawalan terhadap kesatuan sekerja
c) Dasar harga maksimum terhadap bahan mentah/ bahan api
d) Peningkatan kualiti faktor pengeluaran.
• Apabila inflasi diimport berlaku, langkah-langkah yang berikut
boleh dijalankan;
a) Kawalan langsung
b) Kempen penggantian import
12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 2
A. DASAR FISKAL MENGUNCUP

• Apabila kerajaan menaikkan cukai dan


mengurangkan perbelanjaan kerajaan,
kemampuan membeli masyarakat akan
menurun.
• Ini mengurangkan perbelanjaan agregat dan
permintaan agragat.
• Pengurangan permintaan agregat akibat
daripada dasar fiskal mengucup akan
menyebabkan harga umum dan akhirnya
masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi.

12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 3


A. DASAR FISKAL MENGUNCUP

12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 4


B. DASAR KEWANGAN MENGUNCUP

• Bank pusat boleh mengurangkan bekalan wang melalui


gabungan langkah-langkah yang berikut:
a) Menaikkan nisbah cadangan
b) Menaikkan kadar bank
c) Menjual bon kerajaan di pasaran terbuka
d) Melaksanakan funding
e) Mengetatkan kawalan kredit terpilih
f) Pembujukan moral
• Pengurangan bekalan wang akibat perlaksanaan dasar
kewangan menguncup akan mengurangkan permintaan
agregat dan menurunkan harga umum dan akhirnya
mengatasi inflasi tarikan permintaan.

12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 5


B. DASAR KEWANGAN MENGUNCUP

12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 6


C. DASAR SEBELAH PENAWARAN

• Kerajaan boleh menggalakkan firma-firma


supaya menambahkan penawaran
masing-masing melalui pengurangan
cukai, galakan pelaburan dan sebagainya.
• Pertambahan penawaran agregat akibat
daripada dasar sebelah penawaran akan
menurunkan tingkat harga umum dan
akhirnya mengatasi inflasi tolakan kos.

12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 7


C. DASAR SEBELAH PENAWARAN

12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 8


D. KAWALAN TERHADAP KESATUAN
SEKERJA
• Tuntutan kenaikan upah semasa ekonomi pada guna
tenaga penuh akan menaikkan kos pengeluaran firma-
firma.
• Ini akan memaksa firma-firma mengurangkan
penawaran agregat untuk mengurangkan bebanan
kenaikan kos. Akhirnya tingkat harga umum naik.
• Pihak kerajaan/ Kesatuan Majikan boleh berunding
dengan Kesatuan Sekerja supaya tidak menuntut
kenaikan upah.
• Kerjasama antara Kesatuan Sekerja dengan pihak
kerajaan/ Kesatuan Majikan boleh mengatasi inflasi
tolakan kos kerana rundingan tersebut dapat
mengelakkan kenaikan kos pengeluaran.

12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 9


E. DASAR HARGA MAKSIMUM

• Dasar harga maksimum boleh dilaksanakan oleh


kerajaan terhadap bahan api/ bahan mentah
yang penting dalam sektor perindustrian supaya
kenaikan harga bahan api/ bahan mentah
berkenaan dikawal.
• Apabila kerajaan menetapkan harga maksimum
terhadap bahan api/ bahan mentah berkenaan,
harga bahan api/ bahan mentah tersebut tidak
boleh dinaikkan lagi.
• Oleh itu, masalah inflasi tolakan kos dapat
diatasi.
12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 10
E. DASAR HARGA MAKSIMUM

12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 11


G. KEMPEN PENGGANTIAN IMPORT

• Kerajaan dan firma swasta boleh


bekerjasama dalam pelaksanaan kempen-
kempen menggalakkan penggunaan
barang/ perkhidmatan tempatan supaya
masyarakat tempatan kurang mengimport.
• Apabila banyak kempen penggantian
import dilaksanakan dari semasa ke
semasa, inflasi diimport boleh dicegah.

12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 12


H. PENINGKATAN KUALITI FAKTOR
PENGELUARAN
• Inflasi tolakan kos boleh diatasi dengan
peningkatan kualiti faktor pengeluaran, iaitu
perkembangan teknologi dan peningkatan daya
pengeluaran buruh/ kemahiran buruh.
• Perkembangan teknologi dan peningkatan daya
pengeluaran buruh akan menambahkan
penawaran agregat, mengurangkan kos purata
pengeluaran dan menambahkan keluaran.
• Kesannya, keluk penawaran agregat beralih ke
kanan, pendapatan negara benar naik dan
harga umum turun.
12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 13
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI
MASALAH PENGGANGURAN
• Semasa pengangguran, tenaga buruh yang sedia ada tidak
digunakan sepenuhnya.
• Hal ini bermakna pembaziran sumber manusia berlaku dan
wujudnya lebihan kapasiti ekonomi dalam negara.
• Firma-firma belum beroperasi 100% dan keluaran negara
masih dapat dipertingkatkan lagi.
• Apabila berlakunya pengangguran, permintaan agregat dan
harga umum adalah rendah kerana kemampuan membeli
masyarakat adalah rendah setelah mereka hilang pekerjaan
dan pendapatan.
• Pelbagai langkah boleh diambil untuk menambahkan
permintaan agregat demi mengatasi pengangguran/
mengurangkan kadar pengangguran, iaitu:
a) Dasar fiskal mengembang
b) Dasar kewangan mengambang
c) Pembangunan sumber manusia
d) Lain-lain
12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 14
A. DASAR FISKAL MENGEMBANG
• Apabila kerajaan menambahkan perbelanjaan ke atas
projek-projek pembangunan awam yang baru, lebih
banyak peluang pekerjaan dapat dicipta. Hal ini
seterusnya mengurangkan pengangguran dalam negeri.
• Pada masa yang sama, penurunan cukai oleh kerajaan
akan menaikkan pendapatan boleh guna masyarakat.
• Hal ini seterusnya menambahkan penggunaan dan
permintaan agregat. Keadaan ini akan mendorong firma-
firma menambahkan pelaburan masing-masing serta
menambahkan pengambilan buruh untuk
mengembangkan penawaran agregat bagi memenuhi
pertambahan permintaan agregat tersebut.
• Pertambahan permintaan agregat dan harga umum
serta pertambahan peluang pekerjaan akibat daripada
pelaksanaan dasar fiskal mengembang boleh mengatasi
pengangguran kitaran dan pengangguran geseran.
12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 15
A. DASAR FISKAL MENGEMBANG

12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 16


B. DASAR KEWANGAN MENGEMBANG

• Bank pusat boleh menambahkan bekalan wang dalam


ekonomi melalui gabungan langkah-langkah yang
berikut:
a) Menurunkan nisbah cadangan
b) Menurunkan kadar bank
c) Membeli bon kerajaan di pasaran terbuka
d) Melonggarkan kawalan kredit terpilih
e) Pembujukan moral

• Pertambahan bekalan wang akibat daripada


perlaksanaan dasar kewangan mengembang akan
menaikkan permintaan agregat dan harga umum.
• Hal ini dapat mengatasi masalah pengangguran,
umpamanya pengangguran kitaran.
12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 17
B. DASAR KEWANGAN MENGEMBANG

12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 18


D. LAIN-LAIN
• Pengangguran bermusim boleh dikurangkan jika
penganggur dalam sektor utama dapat mempelbagaikan
kegiatan ekonomi masing-masing supaya memperoleh
pendapatan dari sumbe rlain apabila gagal meneruskan
kegiatan ekonomi harian. Kerajaan boleh memberikan
bantuan kewangan melalui agensi kerajaan tertentu
kepada pihak-pihak berkenaan.
• Pengangguran tak ketara yang melibatkan lebihan
tenaga buruh berbanding dengan keluasan tanah di
negara-negara yang mempunyai ledakan penduduk
adalah sukar diatasi dalam jangka pendek. Dalam jangka
panjang, kawalan keluarga dan permodenan sektor
pertanian perlu dipertingkatkan oleh kerajaan supaya
lebihan tenaga buruh dikurangkan/ dihapuskan. Kerajaan
juga perlu meningkatkan taraf pendidikan golongan
petani supaya mereka berubah sikap daripada giat
dalam pertanian tradisional ke arah pertanian moden/
perladangan.
12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 19
D. LAIN-LAIN

• Pengangguran sukarela yang melibatkan penduduk


yang sengaja menganggur/ tidak aktif mencari
pekerjaan bukan jenis pengangguran yang serius.
Masalah ini boleh diatasi jika kerajaan negara
berkenaan sentiasa mengingatkan penduduknya
tentang kepentingan sikap positif terhadap sebarang
pekerjaan. Tindakan kerajaan boleh berjaya melalui
sistem pendidikan yang terancang dan menyeluruh.
Sebaran am juga memainkan peranan penting
dalam mengatasi pengangguran sukarela.
• Pengangguran geseran hanya boleh diatasi dengan
meningkatkan mobiliti buruh dan memperluaskan
maklumat pekerjaan. Majikan perlu menyediakan
keadaan kerja yang lebih baik supaya tidak timbul
perasaan tidak puas hati.
12/07/2021 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 20

You might also like